Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KEDUA TAHUN 2011

Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran: En. Jeffri bin Saad Pn. Salomah binti Ahmad Rashid Pn. Faridah bt. Majid Pn. Noor Zuraida Fauziah bt. Zainon Pn. Norhashimah bt. Ismail En. Ahmad Marzaidi b. Md. Zainol En. Mohd. Azlan bin Mohamed Cik Suraya Hani bt. Md. Yahaya Cik Rusnani bt. Othman Pn. Solihah binti Razali Hadir Bersama: En. Nor Azmay b. Penghulu Jasin Agenda 1 : Kata-kata Aluan Pengerusi (En. Jeffri bin Saad) 1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah. Mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu di atas kehadiran mereka ke mesyuarat kali ini. 1.2 Pengerusi berharap mesyuarat kali kedua 2011 akan memantapkan lagi kecemerlangan panitia Bahasa Melayu.
1.3 Pengerusi menyampaikan pesanan daripada Guru Besar semasa mesyuarat kurikulum kali kedua. -Dapatan daripada pemantauan En. Rosli daripada JPN - Beliau meminta semua guru hafal visi dan misi sekolah. Visi dan misi sekolah hendaklah dipamerkan dan dilekatkan dalam buku rancangan mengajar serta kelas. - Mesyuarat panitia hendaklah dipengerusi oleh Ketua panitia. - Sistem Taksiran peperiksaan tiada post mortem. - Borang HHC 3 perlu dilekatkan dalam buku RPH. - Mesyuarat panitia perlu ikut takwim. - Minit mesyuarat hendaklah berformat seperti di dalam lampiran. - Borang maklum balas minit mesyuarat yang dilampirkan yang telah diedarkan dalam Mesyuarat kurikulum. Diminta guru-guru mengisinya untuk tindakan susulan. - Sistem tafsiran peperiksaan mesti ada pengesahan dari JSU dan JSI . - Failkan soalan-soalan peperiksaan dalam fail koleksi soalan sementara soalan yang belum digunakan hendaklah disimpan dalam fail bank soalan. - Buku rekod mengajar mestilah kemas dan bersih kerana lambang peribadi guru. - Hasil pemantauan juga , En. Rosli juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru kerana kekemasan buku RPH mereka.

: : : :

4.7.2011 Isnin 1:15 petang Makmal Komputer SKMB

m.s 1

- Semua guru mesti tahu maksud dan tujuan KSSR. - Berhubung dengan kewangan , ketua panitia hendaklah berjumpa pentadbir pejabat untuk tujuan semakan baki kewangan panitia. - Sekiranya peruntukkan wang panitia tidak dibelanjakan sehingga bulan Ogos , maka wang yang ada boleh dibahagikan kepada panitia lain. - Hasil lawatan juga sekolah telah mendapat 3.91 daripada keseluruhan markah Pemantauan Kurikulum Berkualiti .Syabas untuk semua guru-guru. - Kursus dalaman hendaklah diberikan kepada rakan-rakan guru yang lain selepas berkursus. - Guru hendaklah kenalpasti head count pencapaian murid-murid dengan ETR. Kenalpasti juga masalah murid-murid. - Lihat semula rancangan panitia samaada dilaksanakan atau tidak. Tindakan: Ketua panitia dan semua guru BM Agenda 2: Ucapan Pen .Kanan 1 (En. Nor Azmay b. Penghulu Jasin) Penasihat berharap panitia memberi penekanan ulasan yang lebih terperinci dalam post mortem setiap peperiksaan. Nyatakan bagaimana guru mengambil tindakan untuk mengatasi tindakkan apa sahaja program yang dirancang samaada tercapai atau tidak. Setiap program mega perlu ada dokumentasi. Fail-fail panitia hendalah dikemaskini dan surat-surat berkaitan panitia hendaklah disimpan dalam fail panitia. MBI dan MBM akan dipantau dan tarikh belum ditetapkan dan berharap guru-guru sentiasa bersedia. Penasihat berharap panitia membincangkan fokus utama apa perancangan panitia yang telah dirancang dan akan dibuat pada masa akan datang. Dasar latihan minimum telah dipatuhi dalam kelas yang diajar mengikut kemampuan murid. Penasihat juga menyatakan agar panitia dapat melaksanakan perancangan dan mengkaji keherkesanan program yang telah dirancangkan. Penasihat juga menyatakan pemantauan terhadap buku latihan murid serta meminta guru menghantar buku latihan murid . Penasihat juga berharap agar pencapaian murid tercapai sepertimana yang disasarkan terutama dalamUPSR. Guru-guru tahun 1 diharap dapat mengukuhkan lagi pembacaan terhadap murid tahun 1.

Tindakan: Semua guru BM

Agenda 3: Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu 3.1 Minit mesyuarat telah dicadangkan untuk disahkan oleh Pn.Norhashimah dan disokong oleh En. Ahmad Marzaidi. Tindakan: Makluman m.s 2

Agenda 4: Perkara Berbangkit 4.1 Tiada perkara berbangkit Tindakan : Makluman Agenda 5: Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun 5.1 Pengerusi membacakan analisis peperiksaan pertengahan tahun dan meminta semua guru BM membuat post mortem. Analisa Peperiksaan Pemantau Pertengahan Tahun 2011 (Pemahaman) Kelas Jumlah Calon Bil Calon yang Mendapat A 6C 6G 5C 5G 4C 4G 3C 2C 1C 28 22 26 26 24 22 35 26 36 19 1 4 3 1 9 12 21 B 9 13 11 11 10 6 15 8 5 C 7 8 7 10 8 8 6 2 D 1 3 5 6 2 8 E 1 1 1 % A+B+C 100 95.45 88.5 81 83 68.18 91.43 100 77.8 % D+E 4.55 11.5 19 17 31.82 8.57 22.2

Analisa Peperiksaan Pemantau PertengahanTahun 2011 BM (Penulisan)

Kelas

Jumlah Calon

Bil Calon yang Mendapat A B 15 2 7 12 7 4 6 C 2 15 8 5 7 5 9 D 4 5 4 6 9 4 E 1 2 1 3 2 1 % A+B+C 100 77.27 73.1 81 63 50 85.71 % D+E 22.73 26.9 19 38 50 14.29

6C 6G 5C 5G 4C 4G 3C 2c 1C

28 22 26 26 24 22 35 26 36

11 4 4 1 2 15

5.2 Pengerusi mengingatkan semua guru BM menyediakan soalan topical agar murid dapat memahami kehendak soalan pada ujian-ujian akan datang. 5.3 Panitia mencari langkah-langkah yang perlu bagi mengatasi masalah murid yang lemah terutama dalam Bahasa Melayu Penulisan. Tindakan : Semua Guru Bahasa Melayu

m.s 3

Agenda 6: Laporan Program Khas PROTIM/LINUS/PEMULIHAN/NILAM/LDP 6.1 Program Linus - Pn. Noor Zuraidah memaklumkan bahawa setakat ini hanya seorang murid sahaja yang terlibat dengan Linus .Murid tersebut masuk ke kelas pemulihan tetapi diajar ikut Linus.Murid-murid tahun 1 telah menjalani saringan lisan Numerasi dan Literasi dan untuk Lisan semua murid telah lulus. 6.2 Pemulihan - Pn. Faridah memaklumkan setakat ini murid tahun 2 hanya seorang ditempatkan kelas pemulihan. Untuk program Linus tahun 1 , seramai 8 orang telah dihantar pada awal bulan Julai atas permintaan guru Linus untuk tempoh cubaan selama sebulan. 6.3 Nilam - Pn. Norhashimah memaklumkan data Nilam telah dikemaskinikan dalam system Tarantula i-NILAM. Program ini lambat dan ada masalah sukar untuk masukkan data. Walau bagaimanapun perjumpaan berkaitan untuk mengatasi masalah tersebut akan diadakan pada 12/7 di PKG Kodiag. Beliau juga memaklumkan murid-murid boleh masuk ke pusat sumbar seperti biasa.

Tindakan: Makluman

Agenda 7:

Hal-hal Lain

7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa bengkel cara-cara memeriksa kertas Bahasa Melayu (Penulisan) akan diadakan sehingga diberitahu tarikh. 7.2 Ujian pecutan 1 dan pecutan 2 akan diadakan dan akan diberitahu tarikhnya kemudian. Dan diharap guru yang terlibat akan menyediakan soalan. Guru tahun 6 juga diminta membuat analisa seperti biasa untuk direkodkan. 7.3 Peperiksaan Percubaan akan dilaksanakan dalam bulan Ogos.Soalan akan dibekalkan dari JPN. 7.4 PLBS kali kedua - Semua guru Bahasa Melayu dikehendaki menyiapkan borang PLBS iaitu model 4 @ 5 . Tindakan: Makluman Penutup Akhir sekali pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua guru dalam menjayakan mesyuarat kali kedua ini.Mesyuarat diakhiri dengan surah An-Asri.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukukl 2.30 petang. Dicatat oleh: .. (Pn. Salomah bt. Ahmad Rashid) Setiausaha Panitia Bahasa Melayu SK. Manggol Bongor . Disemak oleh; .

Disahkan oleh; ..................... m.s 4

Anda mungkin juga menyukai