Anda di halaman 1dari 26

BIODATA

NAMA UMUR NOMBOR I/C ALAMAT

: MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD AMIN : 20 TAHUN : 910611-02-5219 : 74, JALAN PERMAI 5 , TAMAN DESA PERMAI , 09600 , LUNAS, KEDAH DARUL AMAN. : 6 JULAI 1991 : HOSPITAL BESAR ALOR SETAR, KEDAH

TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR

AMBILAN MAJOR KELAS NO. TELEFON

: JANUARI 2011 : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI : PISMP RBT2 : 019-4524523

Halaman pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya .

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

= = =

.................................................................................... ................................................................................... ....................................................................................

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BIODATA HALAMAN PENGAKUAN ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 PENDAHULUAN KERANGKA TUGASAN IBNU SINA 3.1 3.2 4.0 PENGENALAN TOKOH PERANAN SERTA SUMBANGAN

1 2 3 4 5-11 12 12-13 13-16 17 17-18 18-22 23 24 25 26 27

AL-FARABI 4.1 4.2 PENEGENALAN TOKOH PERANAN SERTA SUMBANGAN

5.0

KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI REFLEKSI BORANG KOLABORASI LAMPIRAN

1.0

PENDAHULUAN

Keagungan empayar Islam satu ketika dahulu telah memberikan sumbangan yang amat besar di dalam pembentukan sejarah ketamadunan manusia. Di antara ciri-ciri keagungan yang telah dicapai oleh umat Islam pada zaman kegemilangan mereka ialah kemajuan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan. Kemajuan sains dalam sejarah kebangkitan ilmu dalam Islam telah melahirkan tokoh-tokoh ternama yang sangat ramai. Antaranya ialah Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Khawarizmi, Al-Kindi, Al-Biruni, dan sebagainya. Mereka ini beserta ramai lagi tokoh ilmu yang lain telah meninggalkan kesan yang besar dalam kemajuan ilmu pengetahuan bagi manusia sejagat.

Kelahiran mereka membawa satu perubahan dalam arus kehidupan. Mereka membesarkan keagungan empayar islam dengan pengusaan dalam banyak bidang ilmu pengetahuan. Ketinggian ilmu mereka dapat dilihat dengan penghasilan banyak karya-karya serta pandangan dan falsafah mereka tentang ilmu mereka miliki. Ketinggian ilmu mereka juga telah memberi impak yang besar dalam dunia Islam serta Barat yang lain. Karya-karya mereka serta pandangan dan falsafah mereka menjadi rujukan oleh ilmuwan Islam dan Barat ketika itu hingakan ada yang telah diguna pakai sehingga hari ini.

Selain itu, terdapat juga karya-karya mereka yang telah dicetak semula serta ada juga ilmuwan barat yang telah mengalih ke bahasa mereka supaya karya-karya ini senang untuk menjadi rujukan mereka. Ini telah menyebabkan ilmuwan Islam tersebut menjadi terkenal dengan penghasilan karyanya yang menjadi rujukan oleh ilmuwan Barat.

2.0

KERANGKA TUGASAN

LAHIR PADA BULAN SHAFAR 370H/AUGUSTU S 980M DI AFGHANISTAN

BERASAL DARI KELUARGA YANG MAMPU KERANA AYAHNYA SEORANG PENGUASA KETIKA ITU

PENDIDIKAN PERTAMA : AL-QURAN SASTERA

CABANG ILMU TAFSIR FIGH TASAWUF DAN LAINLAIN

KETIKA BERUMUR 18 TAHUN, MENGUASAI SELURUH CABABG ILMU PENGETAHUAN PADA WAKTU ITU.

MULA BELAJAR KETIKA BERUMUR 5 TAHUN

SELEPAS ITU, MEMPELAJARI ILMU HUKUM, LOGIKA, MATEMATIK, FIZIKAL, POLITIK,DAN KEDOKTORAN.

BELIAU MENGHEMBUS KAN NAFAS YANG TERKHIR PADA TAHUN 107M KETIKA BELIAU BERUMUR 56 TAHUN.

BIDANG PERUBATAN

BIDANG FALSAFAH

BIDANG POLITIK DAN AGAMA

KARYA TERKENAL : BUKU AL-QANUN FU AL-TIBB. MERUPAKAN SATU PERHIMPUNAN PERBENDAHARAAN MENGENAI ILMU PERUBATAN MENGHASILKAN 116 KARYA DALAM BIDANG PERUBATAN. ILMU PSIKOLOGI DALAM PERUBATAN. PENEMUAN ILMU PERUBATAN PSIKOSOMATIKS

SUMBANGAN BIDANG PERUBATAN

DOKTOR PERUBATAN PERTAMA YANG MENCATATKAN BAHAWA PENYAKIT PARU-PARU SATU PENYAKIT YG BOLEH BERJANGKIT

MENGEMBANGKAN ILMU DIAGNOSIS MEMALUI DENYUTAN JANTUNG

AL-SYIFAA

MEMUATKAN SEGALA CABANG ILMU FALSAFAH SATU ENSIKLOPEDIA FALSAFAH YANG MEMEMUATKAN ILMU METAFIZIK, FIZIKA,PSIKOLOGI DAN LAIN-LAIN JUGA DINAMAKAN KITAB AL-NAJAT MENGULAS TENTANG BIMBINGAN DAN PERINGATAN DI SAMPING MEMPERKATAKAN PRINSIP KETUHANAN DAN KEAGAMAAN

KITAB AL-ISYARAAT WA AL-TANBIHAT

KITAB AL-HUDUD

MEMBICARA PELBAGAI SEBUAH KARYA YANG MEMBICARAKAN PELBAGAI KESIMPULAN DAN RUMUSAN BERHUBUNG DENGAN ISTILAH ATAU PENGERTIAN YG DIGUNAKAN DALAM ILMU FALSAFAH

BIDANG POLITIK DAN AGAMA


AL-SYIFAA MEMBICARAKAN AWAL DAN AKHIR DUNIA MENETAPKAN NUBUWAH CARA-CARA DAKWAH NABI RISALAH AL-`SIYASAH MEMBICARAKAN ILMU POLITIK AL-ARZAQ MEMBICARAKAN PEMBAHAGIAN EKONOMI SECARA UMUM,SAMA ADA PENDAPATAN INDIVIDU ATAUPUN NEGARA

LAHIR PADA TAHUN 275H./870M. DI DAEARAH FARAB,WASIJ TURKISTAN

SEJAK KECIL SUDAH MENUNJUKKAN KECERDASAN LUAR BIASA DENGAN DAPAT BERTUTUR BANYAK BAHASA.

AYAH BELIAU BERBANGSA IRAN DAN BERKAHWIN DENGAN SEORANG WANITA TURKISTAN

BELIAU TELAH BERGURU DENGAN ABU BISYR BIN MATTIUS

DI WAKTU ITU,BAGHDAD MERUPAKAN PUSAT PEMERINTAHAN DAN PUSAT ILMU PENGETAHUAN

DALAM USIA YANG SANGAT MUDA , BELIAU BERSAMA AYAHNYA PERGI KE BAGHDAD UTK BELAJAR

PADA MULANYA BELIAU MEMUSATKAN PENGAJIAANYA KEPADA BIDANG LOGIKA DAN TATABAHASA ARAB

KEMUDIAN BERPINDAH KE HARRAN DAN PINDAH SEMULA KE BAGHDAD UNTUK MENGUASAI BIDANG FILASAFAT, MATEMATIK, KEDOKTORAN, DAN BAHASA ARAB

BELIAU MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR PADA 339H./950M DI DAMAKUS DALAM USIANYA LEBIH KURANG 80 TAHUN

BIDANG MANTIK

BIDANG SOSIOLOGI

BIDANG MUZIK

BIDANG FALSAFAH

BIDANG MANTIK
DALAM BIDANG MANTIK, BELIAU MEMBUAT PENGAJIAN SISTEMATIK DENGAN MEMBAHAGIKAN KEPADA 2 KATEGORI

TAKHAYYUL (PENDAPAT/ IDEA)

THUBUT (BUKTI / DALIL)

BIDANG SOSIOLOGI MENULIS BEBERAPA BUAH BUKU DALAM BIDANG SOSIOLOGI

BUKU INI MEMBERI SUMBANGAN BESAR DALAM BIDANG SOSIOLOGI

BUKU TERKENAL, ARA AHL ALMADINA ALFADILA

BIDANG MUZIK
MERUPAKAN SEORANG PEMUZIK YANG HANDAL

PENCIPTAAN NOT-NOT MUZIK

BERJAYA MENCIPTA ALAT MUZIK YANG DIKENALI GAMBUS

PENCIPTA DAN PENGEMBANG SENI MUZIK DARIPADA ALAT RABAH DAN QANUN

10

BIDANG FALSAFAH
BANYAK MENGKAJI FALSAFAH DAN TEORI SOCRATES, PLATO DAN ARISTOTLE

TELAH MENULIS MENGENAI ILMU LOGIK DALAM BIDANG YUNANI DALAM BAHASA ARAB SECARA TERATUR

MESKIPUN BANYAK PENGARUH DENGAN FALSAFAH YUNANI NAMUN MENENTANG PENDAPAT PLATO MENGANJURKAN KONSEP PEMISAHAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

SEORANG AHLI FALSAFAH TIDAK HARUS MEMISAHKAN DIRINYA DARIPADA SAINS DAN POLITIK SEBALIKNYA MENGUASAI KEDUANYA UNTUK MENJADI SEORANG AHLI FALSAFAH

11

RAJA DIRAJANYA DOKTOR PENEMU PELBAGAI ILMU 3.0 3.1 IBNU SINA (980-1037M) PENGENALAN TOKOH

Ibnu Sina yang lebih dikenali di barat dengan nama Avincenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al-Huseyn bin Abdullah bin Hasan Ali bin Sina. Menurut Ibnu Khallikan dan al-Qaqifti serta Bayhaqi, ia lahir pada bulan Shafar 370H./Augustus 980M. Menurut Ibnu Abi Ushaybiah ia lahir pada tahun 375H di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Prospinsi Bukhara Afghannistan. Ayahnya golongan mampu, berasal dari Balkh yang diangkat oleh penguasa Samanish, Nuh 2 bin Mansyur untuk menduduki jabatan gabenor di distrik di Bukhara. Pelajaran pertama yang diterimanya pada masa kanakkanak adalah al-quran dan sastera yang diberikan secara privat kepadanya. Masa belajarnya pada masa pendidikan formal terlalu singkat, namun tidak seorang pun menyangsikan ketajaman otaknya yang luar biasa serta daya ingatannya yang amat kuat. Dia mula belajar pada usia kecilnya iaitu ketika berumur 5 tahun dan telah belajar selama 13 tahun. Ketika beliau berumur 18 tahun, beliau telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu seperti ilmu-ilmu agama seperti tafsir, figh, usuluddin, tasawuf, dan sebagainya. Setelah itu , beliau telah mempelajari ilmu hukum, logika, matematik, fizikal, politik, kedoktoran dan filsafat. Pada masa
12

kecilnya dia telah dibimbing oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, Abu Bakr al-Khawarizmi dan oleh ayahnya sendiri. Apabila beliau sudah dewasa , beliau telah dikenali di kalangan masyarakat barat, merupakan seorang ahli falsafah dan doktor perubatan yang berpengaruh dalam kebudayaan Eropah. Beliau adalah orang ternama dunia yang telah menyumbang ilmu dan pemikirannya dalam pembinaan tamadun kemanusiaan. Dunia seluruhnya Timur dan Barat telah hidup berpandukan ilmu kedoktoran dan falsafahnya buat beberapa abad lamanya. Pendidikan yang dilalui oleh beliau boleh dibahagi kepada beberapa bidang ilmu pengetahuan, iaitu ; i. Ilmu agama ; dimulakan dengan al-Quran, tafsir , fiqah , usuluddin , tasawuf , dan lain-lain. Ketika umurnya 10 tahun, beliau sudah menghafal al-Quran dan dapat menguasai cabang-cabang ilmu agama serta sastera Arab. ii. Ilmu falsafah ; selepas itu, beliau mempelajari ilmu falsafah dan berjaya menguasai bidang tersebut yang merangkumi ilmu logika, arkitek , falsafah dan perubatan atau kedoktoran ketika berusia 16 tahun sahaja. iii. Ilmu politik ; beliau juga telah diperkenalkan dengan ilmu politik ketika usia masih muda dan telah mengikut satu aliran politik terkenal dengan nama alMadinah al-Fadilah.

3.2

PERANAN SERTA SUMBANGAN IBNU SINA

Ibnu Sina terkenal sebagai seorang pengarang yang sangat produktif. Buku karangannya meliputi berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Antara bidang ilmu yang ditulis olehnya ialah falsafah umum, logika, sastera, ilmu alam, psikologi, kedoktoran, kimia, matematik, metafizik, tafsir al-Quran, tasawuf, akhlak, politik, muzik dan lain-lain. i. Bidang Perubatan. Hasil karya beliau yang terkenal dalam bidang kedoktoran ialah buku al-Qanun fu al-Tibb ( Peratuan Perubatan ). Buku itu merupakan suatu perhimpunan perbendaharaan
13

mengenai

ilmu

perubatan

yang

mengandungi 14 jilid. Dari segi penggunaan ubat, diagnosis dan pembedahan dalam ilmu perubatan moden banyak diambil daripada Ibn Sina. Buku-buku lain karya beliau dalam bidang ini ialah al-Urjuzah fi al-tibb ( Puisi Kedoktoran ), al Adwiyah al-Qalbiyah ( Ubat-Ubat Jantung ), Kitab al-Qoulanj ( Penyakit Colic), dan Majmuah Ibn Sina al-Kubra ( Cara-Cara Pengubatan Penyakit ). Antara karyanya ini telah diterjemahkan kepada bahasa latin dan menjadi rujukan utama dalam bidang perubatan di universiti-universiti Eropah sehingga abad ke-17. Karya tersebut telah disalin dan dicetak sebanyak 16 kali, iaitu 15 edisi bahasa Latin dan sebuah edisi lagi dalam bahasa Yahudi. Penulis-penulis barat menganggap Ibnu Sina sebagai Bapa Kedoktoran kerana beliau telah berjaya menyatukan teori perubatan Yunani Hipprocrates dan Galen,

pengalaman daripada ahli-ahli perubatan India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri. Dalam bidang ilmu Tauhid ( Ketuhanan ), Ibnu Sina terpengaruh dengan falsafah Plato dan Aristotle, sebagaimana dihuraikan oleh Imam al-Ghazali dalam karyanya yang berjudul Tahafut al- Falasifah ( Ketidaksinambungan Dalam Pemikiran Filosuf ). Beliau dapat mengusai ilmu ini setelah

mempelajarinya daripada buku Aristotle dengan dibantu oleh buku karangan alFarabi tentang falsafah. Ibnu Sina telah mengembangkan ilmu psikologi dalam perubatan. Beliau juga telah membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatiks ( psychosomatic medicine). Beliau juga telah mengembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung ( pulse diagnosis ), iaitu untuk mengenal pasti ( dalam masa beberapa detik sahaja ) ketidakseimbangan humor yang berkenaan. Diagnosis melalui denyut jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim ( doktor-doktor muslim ) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang mengunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari Amerika syarikat ( 1981 ) melaporkan bahawa para hakim ( doktor ) di Afghanistan, China, India dan Parsi sangat berkebolehan
14

dalam penentuan penyakit melalui denyutan jantung. Kaedahnya bukan sahaja mengira berapa denyut jantung di yang dirasai, tetapi mutunya yang pelbagai, merangkumi sama ada kuat atau tidak denyutan, masa antara denyutan, kandungan lembab ( moisture content ) di paras kulit dekat denyutan itu dan sebagainya. Daripada ukuran-ukuran denyutan jantung, seorang hakim ( doktor ) mengkin mengetahui penyakit yang dihadapi dalam tubuh pesakit tersebut dengan tepat. Ibnu Sina adalah doktor perubatan pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru adalah satu penyakit yang boleh berjangkit. Beliau memberikan tanda-tanda penyakit kencing manis dan kesan atau masalah yang timbul daripadanya. Beliau sangat berminat dalam bidang berkenaan dengan kesan akal ke atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan dengan ganguan psikologi. Sepanjang hidupnya, Ibnu Sina telah menghasilkan kira-kira 250 buah karya yang kekal sehingga masa kini, termasuk 116 buah karyanya dalam bidang perubatan. Banyak karyanya yang ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa karya dalam bahasa Parsi. Al-Qanun fi al-Tibb merupakan karya beliau yang paling terkenal di Eropah dan dicetak berulang kali pada zama Renaisans. Karya beliau ini mempunyai pengaruh asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman tersebut, malah merupakan buku rujukan yang utama di universityuniversitinya sehingga abad ke-17M.

ii.

Bidang Falsafah. Di samping buku-buku kedoktoran, Inu Sina juga terkenal dalam menyumbang buku dalm bidang falsafah. Karya beliau yang terkenal mengenainya ialah al-Syifaa yang memuatkan segala cabang ilmu falsafah. Buku ini mempunyai 18 jilid semuanya, merupakan satu ensiklopedia falsafah yang memuatkan ilmu metafizik, fizika, psikologi dan lain-lain. Karya ini juga dinamakan Kitab al-Najat. Antara bukunya yang lain dalam bidang ini telah Kitab al-Isyaraat wa al-Tanbihat. Buku ini mengulas tentang bimbingan dan
15

peringatan, di samping memperkatakan prinsip ketuhanan dan keagamaan. Beliau juga telah menghasilkan Kitab al-Insaaf, iaitu mengenai proses keinsafan yang berasal daripada bukunya Hikmat al-Masyriqiyyin, iaitu kupasan tentang falsafah timur. Sebuah lagi karya Ibnu Sina dalam bidang falsafah ini ialah Kitab alHudud, iaitu sebuah karya yang membicarakan pelbagai kesimpulan dan rumusan berhubung dengan istilah atau pengertian yang digunakan dalam ilmu falsafah.

iii.

Bidang politik dan agama. Menurut Ibnu sina , perbincangan tentang politik tidak dapat dipisahkan daripada agama, kerana hampir kesemua cabang ilmu Islam ada hubungan denga politik. Sebgai contoh bukunya bernama alMabdawa al-Maaad yang mengulas tentang bermula dan berakhirnya dunia ini, di samping kupasan tentang ilmu fiqh atau hukum-hukum ibadat dan lain-lain lagi. Sekalipun diakui bahawa tidak banyak buku politik karangan Ibnu Sina, namun penjelasan beliau mengenainya cukup untuk menyusun suatu teori dalam ilmu politik. Antara karya beliau dalam bidang ini ialah : a) Al-Syifaa yang membicarakan awal dan akhir dunia, menetapkan nubuwah dan cara-cara dakwah nabi, ibadat dan faedah di dunia dan akhirat, peraturan membentuk rumah tangga, khalifah atau imam dan kewajipan taat kepadanya, juga mengenai muamalat dan akhlak. b) Risalah al-Siyasah yang secara khusus membicarakan ilmu politik. c) Al-Arzaq yang membicarakan pembahagian ekonomi secara umum, sama ada pendapatan individu ataupun negara. Menerusi karyanya dalam bidang agama, Ibnu Sina sering

menghubungkan dengan bidang politik. Sebahagian besar karyanya dalam bidang agama telah hilang, namun banyak perbahasan beliau mengenainya terdapat dalam beberapa karyanya yang lain.
16

KOMENTATOR ARISTOTELES YANG CERGAS SEJAK KECIL 4.0 4.1 AL-FARABI PENGENALAN TOKOH

Dalam teks-teks latin di abad pertengahan, ia dikenali dengan nama Alfarabius at.lu Avennasar. Sedang sebutan al-Farabi diambil dari nama kota kelahirannya, Farab. Nama lengkapnya Abu Nasr Muhammad bin Muhammad bin Tarkhan bin Awzalagh alFarabi. Ia adalah salah seorang filasuf Muslim yang terkemuka dan termasyur, di

samping dikenal dengan komentator Aristoteles dan sebagai tokoh pertama bidang logika. Al-Farabi lahir pada tahun 275H. / 870M. di daerah Farab, Wasij Turkistan, dan meninggal di Damakus pada tahun 339H. / 950M. dalam usia kurang lebih 80 tahun. Sejak kecil ia sudah menunjukkan kecerdasannya yang luar biasa, iaitu boleh bertutur di bidang bahasa, khususnya bahasa Persia, Turkistan dan Kudistan. Ayahnya, seorang yang berbangsa Iran yang berkahwin dengan wanita Turkstan. Dalam usianya yang sangat muda, beliau bersama ayahnya pergi ke Baghdad, di waktu itu di sana merupakan pusat pemerintahan dan ilmu pengetahuan untuk belajar. Di sana juga, beliau telah menuntut ilmu daripada Abu Bisyr bin Mattius.
17

Pada mulanya, beliau memusatkan perhatiannya di bidang logika dan tatabahasa Arab ( nahu dan saraf ) pada Abu Bakr as-Sarra. Sesudah itu, beliau berpindah ke Harran dan kembali semula menetap di Baghdad untuk mempelajari

bidang filsafat. Beliau menetap lebih kurang 30 tahun disana dan menghabiskan waktu tersebut untuk menguasai bidang filasafat, matematik, kedoktoran dan bahasa Arab. Di samping itu, semasa beliau menguasai bidang ilmu tersebut, beliau sempat untuk mengajar serta menulis karya-karya berkaitan ilmu yang dikuasainya. Pada tahun 330H. / 942M.,beliau berpindah ke Damsyik kerana telah mendapat undangan daripada pemerintah SyiI Hamdaniddan Sayf ad-Dawlah. Disana beliau telah tinggal bersama para pengikutnya serta beberapa rakannya, di Aleppo hingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

4.2

PERANAN SERTA SUMBANGAN AL-FARABI

Al-Farabi memang jauh lebih dikenal sebagai seorang filsuf ulung daripada ahli di bidang lain. Namun demikian, dapat diketahui daripada beberapa sumber bahawa karya-karyanya banyak pula yang berkait dengan disiplin ilmu lain selain filasafat, misalnya politik, etika, metafizik, logika, matematika, kedoktoran, dan lain-lain lagi. i. Bidang Mantik. Sumbangan al-Farabi adalah dalam bidang mantik, falsafah dan sosiologi. Tambahan lagi, beliau memberi sumbangan yang amat besar dalam bidang ilmu hisab, sains, perubatan dan muzik. Beliau juga mengarang ensiklopedia. Dalam bidang mantik, beliau membuat pengajian sistematik dengan membahagikan subjek kepada 2 kategori:

1. Takhayyul (pendapat/ idea) 2. Thubut (bukti / dalil).

Beliau menggabungkan teori Platonik dan Aristotle dengan teologi dan menulis komentar tentang fizik, mantik dan meteorologi. Al-Farabi yakin dan percaya bahawa falsafah dan Islam wujud dalam harmoni.
18

ii.

Bidang Sosiologi. Al-Farabi menulis beberapa buah buku dalam bidang sosiologi, iaitu Ara Ahl al-Madina al-Fadila (Bandar Contoh) adalah yang terkenal. Ia adalah sumbangan terbesar dalam bidang sosiologi dan sains politik. Beliau juga mengarang buku untuk bidang metafizik dan psikologi termasuk hasil kerja aslinya.

iii.

Bidang Seni Muzik. Di dalam seni muzik, al-Farabi merupakan seorang pemuzik yang handal dan lagu hasil karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga berjaya mencipta sejenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus (Umar, 1983). Mahayudin (2004) pula menyatakan bahawa al-Farabi adalah pencipta dan pengembang seni muzik daripada alat rabah dan qanun.

Al-Farabi turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam yang diberi judul al-Musiqa (Haliza, 2006, Mahayudin, 2004, Abd Alim dan Syed Idrus, 1995). Menurut Mahayudin (2004), beliau juga terkenal menerusi karyanya yang diterjemahkan bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On The Classification of Rhythm. Buku-buku ini sebenarnya diterjemahkan daripada karya bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di Eropah. Selain itu, beliau juga memberi sumbangan yang besar dalam penciptaan not-not muzik.

iv.

Hasil Karya. Terdapat banyak karya lain yang telah dihasilkan oleh Al-Farabi Karyanya di bidang logika : 1. At-Tawtia fi al-Mantiq, diedit oleh M.Turker dengan terjemahan bahasa Turki. (Ankara-1958M)
19

2. Introductory section on Logic. Edisi bahasa Inggeris oleh D.M.Dunlop (1955M), dan edisi bahasa turki oleh M.Turker .(Ankara-1958M) 3. Treatise in the Canons of Art of Poetry. Edisi bahasa Inggeris oleh A.J.Arherry(1938M), dan teks bahasa Arabnya dicetak oleh A.Badawi.(Cairo1953M) Karyanya di bidang fizikal ; 1. Against astrology yang diedit oleh F.Dieterici( Leiden-1980M) yang terjemahannya dalam bahasa Jerman terbit pada tahun 1892M. 2. De Intelectu(Filaql). Untuk buku in terdapat edisi kritik oleh M.Bouyges (Beirut-1936M), sedang versi bahasa Latinnya dikerjakan oleh E.Gilson (1929M) Karyanya di bidang metafisika 1. About the Scope of Aristotles Mattephysics yang diedit dan diterjemahkan dalam bahasa Jerman oleh f.Dieterici 2. On the One (Fi al-Wahid wa al-Wahda), yang edisi kritik dan terjemahannya dalam bahasa Inggeris oleh H.Musntaq. Selain itu masih terdapat lagi karangan yang lain seperti Survey of the Sciences(Kitab Ihsa Al-ulum). Edisi terbaik buku ini dihasilkan oleh Uthman Amin (Cairo-1931-1948M), kemudian diterjemahkan dalam bahasa Latin abad tengah oleh A.Gonzales Palencia. Ia dihasilkan dengan kerjasama oleh sebuah edisi teks bahasa Arab dan sebuah terjemahan bahasa Sepanyol. Selain itu, buku beliau yang bertajuk 'Fusus al-Hikam' telah digunakan sebagai bahan teks falsafah buat beberapa abad di Eropah. Beliau banyak mempengaruhi bidang sains dan falsafah untuk beberapa abad lamanya. Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku tersebut ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.
20

V.

Bidang Falsafah. Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.

Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia. Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.

Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini, beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah.

Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.

21

KESIMPULAN

Kesimpulannya , dalam membangunkan sesebuah tamadun perlunya lahir seseorang ilmuwan yang sentiasa berfikir untuk mengembangkan sesebuah tamadun itu sendiri. Tokoh seperti Ibnu Sina, Al-Farabi serta tokoh-tokoh lain harus diberi pujian dan dijadikan contoh ikutan kerana lahirnya mereka telah mengubah perspektif dunia terhadap tamadun Islam.

Kelahiran tokoh-tokoh ini memainkan banyak peranan dalam membangunkan sesebuah tamadun terutama dari bidang penulisan. Karya-karya yang dihasilkan bukan sahaja digunapakai di kalangan mereka, malahan juga menjadi rujukan oleh ilmuwan Barat yang lain. Ini menunjukkan tokoh-tokoh ini banyak memainkan peranan dalam bidang penulisan.

Selain itu, tokoh-tokoh ini seperti Ibnu Sina dan Al-Farabi banyak menghasilkan sesuatu rekaan yang baru. Sebagai contohnya, Ibnu Sina banyak berperanan dan menghasilkan sumbangan di bidang perubatan. Beliau banyak menghasilkan buku berkenaan bidang perubatan serta menjumpai banyak kaedah perubatan yang lebih moden pada ketika itu.

Berbanding dengan Al-Farabi, beliau banyak menghasilkan sumbangan di bidang falsafah. Buah fikiran beliau menjadi rujukan oleh ilmuwan Barat ketika itu. Hasil karya beliau memberi impak yang besar dalam dunia falsafah serta banyak membuka minda para ilmuwan Islam dan Barat ketika itu.

22

BIBLIOGRAFI

Ab. Alim Abdul Rahim. (1995), Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abd Aziz Mohd Zain. (2006), Tamadun Islam Dan Tamadun Melayu. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Ismail saad. (1985), Pengenalan Tamadun Islam Dalam Ilmu Perubatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. IBNU SINA TOKOH PERUBATAN ISLAM. Diakses pada 2 Mac 2011 http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/zuraidah.html IBNU SINA. Diakses pada 2 Mac 2011 di http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id3.html Muhammad Nur Effendi. (1997), Cendiakawan Muslim Pembina Tamadun dan Kecemerlangan Umat. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Siapa Al-farabi. Diakses pada 2 Mac 2011 di http://falsafahhidup.blogspot.com/2009/04/siapa-al-farabi.html Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia. Diakses pada 2 Mac 2011 di http://tayibah.com/eIslam/Tamadun/tamadun2.htm Sumbangan Al-Farabi. Diakses pada 2 Mac 2011 di http://thezikrullah.blogspot.com/2010/04/sumbangan-al-farabi.html

23

REFLEKSI Alhamdulilah, bersyukur kehadrat ilahi kerana dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang diberikan. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang banyak memberi bantuan serta nasihat dari pensyarah pembimbing. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mencari maklumat dan mengumpul maklumat sebelum memulakan tugasan. Banyak maklumat saya telah perolehi setelah pergi ke perpustakaan. Di sana, banyak buku tentang tokoh-tokoh yang terkenal di zaman tamadun Islam yang boleh saya jadikan sebagai rujukan. Antara cabaran yang telah saya lalui semasa menyiapkan tugasan ini ialah kurangnya pemahaman tentang bagaimana untuk melaksanakan tugasan ini. Setelah melakukan beberapa perbincangan bersama rakan serta pensyarah masalah ini dapat diatasi. Bukan itu sahaja, dalam menyiapkan tugasan ini, saya berdepan masalah dalam memilih bahan yang harus dimasukkan dalam tugasan ini. Setelah melakukan kolaborasi, jalan penyelesaian telah dapat dicapai. Walaupun berdepan dengan cabaran tersebut, ia akan menjadi satu panduan yang sangat berguna kepada saya dalam menempuhi dunia pembelajaran yang sentiasa berubah mengikut zaman. Di samping itu, saya juga memperolehi pelbagai maklumat tambahan berkaitan tokoh-tokoh yang terkenal dalam tamadun Islam yang boleh dijadikan contoh serta ikutan yang akan membawa manfaat bukan sahaja untuk tugasan ini tetapi juga untuk kegunaan dalam hidup saya sendiri.
24

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN 22200,BESUT , TERENGGANU BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS/PROJEK

NAMA NO. MATRIK KUMPULAN MATA PELAJARAN

:...... :...... :.SEMESTER... :..

PENSYARAH BIMBINGAN : TARIKH PERKARA DIBINCANGKAN KOMEN TANDATANGAN

25

LAMPIRAN

26

Anda mungkin juga menyukai