Anda di halaman 1dari 3

5.0 Jangka masa 10 minit 6.0 Tempat Gelanggang Bola Tampar 7.

0 Kumpulan sasaran Murid tahap 2 (10 12 tahun) Rumusan Permainan kanak-kanak merupakan permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak kecil. Permainan kanak-kanak biasanya dimainkan oleh beberapa kanak-kanak di kawasan perumahan atau kampung pada masa lapang. Permainan-permainan begini perlu dimainkan selalu agar badan sihat dan dapat mengisi masa lapang dengan penuh faedah. Permainan ini berpandukan kepada kaedah jaring dan dinding. Jaring dan

dinding merupakan perkara yang penting yang wajib ada dalam permainan kanakkanak bagi kategori ini. Semangat pasukan penting dalam permainan ini.Tambahan pula, permainan ini juga dapat merangsangkan pemikiran kanak-kanak yang bermain permainan ini.

Refleksi (AINA AMIRAH BINTI AHAMD KEFLEE) Pada 24 Ogos 2010 kumpulan saya yang terdiri daripada saya sendiri Aina Amirah bt Ahmad Keflee, Afiq Fikrie B Mohammad, Mohd Ekhzan Mat Yassin dan Tengku Nur ` Aina bt Tengku Alwi telah menerima tugasan Kerja Kursus Pendek

(KKP) Permainan Kanak-Kanak. Kumpulan kami harus mengurus dan mengelola permainan berkaitan dengan kategori jaring dan dinding. Kami telah berbincang tentang permainan permainana yang bakal kami urus pada hari tersebut. Setelah berbincang untuk keberapa kali, akhirnya kami telah mendapat kata putus untuk membuat permainan kanak-kanak yang diberi nama Bola Kain. Kami merupakan kumpulan yang kedua dalam mengelola amali Permainan Kanak- Kanak. Alhamdulillah amali pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Keadaan cuaca pada hari tersebut mengizinkan kami untuk mengadakan amali dengan jayanya. Kebanyakkan peserta yang bermain permainan Bola Kain ini berasa gembira dan seronok. Tiada masalah yang dihadapi olah kami pihak yang mengelola dan para perserta semasa permainan Bola Kain berlangsung. Selain itu melalui amali yang dijalankan juga dapat meningkatkan lagi stamina saya. Sebelum ini saya kurang berminat untuk bersukan namun melalui amali yang dijalankan ia serba sedikit meningkatkan lagi minat saya terhadap sukan. Bagi saya semangat pasukan yang wujud semasa bermain permainan kanak-kanak ini merupakam nilai yang harus diteruskan. Hal ini dapat saya rasai dan lihat semasa proses amali ini dijalankan. Banyak pengalaman baru yang saya perolehi sepanjang merancang dan mengendali permainan kanak-kanak ini. Amali yang dijalankan bukan sahaja sekadar penilaian terhadap sesuatu kumpulan sahaja bahkan ia mengukuhkan lagi ukhwah diantara kumpulan lain yang terdiri daripada kelas yang berlainan. Secara

keseluruhannya saya berasa amat gembira sepanjang proses amali ini dijalankan. Segala ilmu yang diperolehi harap dapat digunakan sebagai seorang pendidik pada masa akan datang kelak. Insya Allah.

Anda mungkin juga menyukai