Anda di halaman 1dari 11

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

MATLAMAT Matlamat TMK adalah memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan serta kemahiran asas TMK. Menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan serta menjana pemikiran kritis dan kreatif, berinovatif serta meningkatkan kualiti pembelajaran.

OBJEKTIF Pada akhir persekolahan di peringkat rendah, murid akan dapat: Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika. Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian. Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat. Menggunakan TMK untuk memperoleh dan berkongsi maklumat. Menggunakan TMK untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran. Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif. FOKUS Digunakan dalam p&p Diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar Diajar sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran.

PRINSIP 1. Prinsip penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran: Murid mesti menguasai kemahiran asas TMK untuk membolehkan mereka mengendalikan perkakasan dan perisian. Murid akan mengaplikasikan dan mengintegrasikan TMK dalam pembelajaran mereka. 2. Untuk menjayakan perkara ini, murid perlu belajar TMK secara kaedah amali (hands-on). PENDEKATAN Terdapat tiga pendekatan utama bagi TMK merentas kurikulum Belajar MENGENAI TMK Memerlukan murid menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran displin ilmu yang khusus dalam bidang TMK iaitu Sistem Komputer, Rangkaian, Sistem Maklumat, Multimedia dan Pengaturcaraan.

Belajar DENGAN TMK Murid menggunakan TMK sebagai alat untuk belajar seperti perisian dan perkakasan TMK. Contoh perisian MS Word, MS PowerPoint, MS Excel. Manakala perkakasan pula ialah seperti pencetak, pengimbas dan kamera digital. Tujuan: menjadikan murid lebih kreatif dan inovatif sesuai mengikut tahap pemikiran mereka. Belajar MELALUI TMK Murid menggunakan TMK untuk mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan. Menggunakan media TMK seperti CD-ROM, DVD-ROM, perisian kursus dan Internet. Contohnya perisian kursus PPSMI, EduwebTV dan Google Earth. KONSEP PENGINTEGRASIAN TMK MERENTAS KURIKULUM Dilaksanakan dalam konteks mata pelajaran Teras kecuali PJ. Pengintegrasian TMK dalam mata pelajaran, kemahiran murid dapat dikuasai dengan lebih berkesan. Dikukuhkan melalui tugasan atau kerja projek sesuatu mata pelajaran. Menggunakan perkakasan dan perisian TMK yang bersesuaian dengan topik yang hendak diajar. Mengukuhkan konsep dan kemahiran yang murid kuasai dalam suasana yang menyeronokkan. Mengintegrasikan TMK dalam kurikulum dapat menghasilkan perkara-perkara berikut: o Meningkatkan kefahaman terhadap pelajaran. o Memberi peluang pembelajaran yang sama. o Meningkatkan motivasi. o Membolehkan pembelajaran kendiri. o Mengakses maklumat yang sukar diperoleh. o Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan mencabar. o Meningkatkan kreativiti dan imaginasi. o Pembelajaran berkesan dengan bimbingan minimum. o Meningkatkan kemahiran TMK.

PENGGUNAAN TMK DALAM STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Teknologi Maklumat dan Komunikasi TIDAK SEMESTINYA DIGUNA PAKAI sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid perlu mengenal pasti keperluan TMK dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran mereka. Membolehkan guru dan murid mengukuhkan lagi P&P dan mencapai standard kurikulum. Menjadikan P&P lebih seronok serta guru dan murid menjadi lebih kreatif dan inovatif.

CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengajaran dan pembelajaran TMK akan menjadi lebih berkesan dengan menggunakan strategi berikut: o Pembelajaran Kendiri o Kolaboratif o Pembelajaran Berasaskan Projek o Inkuiri-Penemuan o Penyelesaian Masalah o Pembelajaran Masteri o Konstruktivisme

KREATIVITI
MATLAMAT Bertujuan untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan pada masa hadapan. Adalah aset negara yang mampu menyumbang ke arah pembangunan masyarakat, bangsa, negara dan agama.

OBJEKTIF Objektif pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum persekolahan adalah untuk membolehkan murid: o Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu kreatif. o Menguasai kemahiran dalam proses kreatif. o Menghasilkan idea kreatif dan inovatif. o Menguasai kemahiran komunikasi. o Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif. o Menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus kehidupan harian secara kreatif dan inovatif. Definisi-definisi kreativiti adalah: o Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif. o Kebolehan atau kemampuan individu untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif. o Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau baru. o Hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan.

Mengapa Guru Perlu Kreatif dan Inovatif? Pendidikan pada masa ini sedang berada dalam keadaan yang serba tidak menentu ini, guru akan memainkan salah satu daripada peranan berikut: o Guru menjadi pemangkin yang mempercepatkan proses globalisasi; o Guru menjadi penghalang keburukan-keburukan hasil daripada globalisasi; dan o Guru menjadi mangsa globalisasi kerana mereka tidak dapat mengikuti rentak dan perubahan semasa. Mengapa Murid Perlu Kreatif dan Inovatif? Antara kepentingan kreativiti kepada murid adalah untuk: o Menggalakkan murid meneroka bidang dan teknologi baru. o Membiasakan minda mencari jawapan yang bilazim dan tidak konvensional. o Mencerna idea untuk menghasilkan penulisan bagi menyelesaikan tugasan dengan lebih lancar. o Menilai kualiti hasil kerja yang dihasilkan dan membuat penambahbaikan. o Mengerahkan pemikiran bercapah dan think out in a box o Mencari penyelesaian berdasarkan penaakulan, imaginasi dan visualisasi. o Menyerlahkan personaliti individu yang kreatif. STANDARD PENGAJARAN PEMBANGUNAN DOMAIN KREATIVITI Standard Pengajaran Pembangunan Domain Kreativiti menjelaskan kriteria yang perlu guru faham dan perlu dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat. Standard pengajaran ini digubal berdasarkan tanggapan yang berikut: o Matlamat yang dinyatakan memerlukan perubahan secara sistemik. o Perkara yang murid peroleh dan kuasai dipengaruhi cara mereka diajar. o Kreativiti boleh diajar dan dibangunkan. o Pemahaman murid dibangunkan dengan aktif secara individu dan melalui proses sosial. Lima Standard Pengajaran yang digubal terdiri daripada: o Merancang Pengajaran dan Pembelajaran - Guru merancang pengajaran dan pembelajaran berasaskan kepada proses kreativiti. o Membimbing dan Menjadi Fasilitator - Guru membimbing dan menjadi fasilitator dalam pembelajaran murid. o Menaksir Berterusan - Guru menjalankan pentaksiran secara berterusan tentang pengajarannya dan tentang pembelajaran murid. o Mengurus Persekitaran Pembelajaran - Guru merangka dan mengurus persekitaran pembelajaran supaya dapat menimbulkan motivasi intrinsik murid. o Membangunkan Komuniti - Guru membangunkan komuniti murid yang kreatif yang menunjukkan sikap positif terhadap idea baru dan sentiasa mempunyai keinginan untuk berkreatif.

MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KREATIF Dalam membangunkan domain kreativiti, terdapat beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai diaplikasikan oleh guru. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dalam pelaksanaan dan pembangunan kreativiti ialah: o Konstruktivisme o Inkuiri penemuan o Pembelajaran berasaskan masalah o Membuat keputusan o Pembelajaran berasaskan projek
Proses Kreatif Terarah Persediaan Imaginasi Orientasi idea Penstrukturan berasaskan idea pengetahuan Meneroka sedia ada Menjelas Konstruk idea baru Memerhati Meneroka Menciri Merancang Mengelas Meramal Menyoal Membuat hipotesis Mengenal pasti Mencari masalah alternative penyelesaian Menjelaskan masalah Mencari penyelesaian Mengumpul Meramal maklumat Menyusun Mengenalpasti alternatif matlamat Pemilihan Mengenal pasti alternatif alternative Menganalisis alternative Tinjauan Meneroka berfokus/berstr Merancang uktur Meramal Penyoalan Perkembangan Penjelasan lanjut Aplikasi idea Tindakan Penilaian Kaji semua perubahan idea Penyiasatan lanjutan Membuat kesimpulan Melapor Dokumentasi Mentaksir Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat Membuat keputusan Membuat rumusan

Model P&P

Konstruktivism e

Inkuiri Penemuan

Menguji hipotesis

Pembelajaran Berasaskan Masalah

Melakukan operasi Menilai penyelesaian masalah Menilai alternative yang dipilih

Membuat Keputusan

Pembelajaran Berasaskan Projek

Meneroka Mencari maklumat Membuat prototaip

Menganalisis maklumat Merumus Mentaksir Melapur Dokumentasi

Menguji prototaip

Subject Year Time Content Standard

: English :1 : 60 minutes : 4.3 by the end of the of the 6-year primary schooling, pupils will be able to plan, organize and produce creative works for enjoyment Learning Standard : 4.3.1 Able to take part with guidance in a performance based on: c. fables/stories Objective : By the end of the lesson, pupils will be able to act and take part in a stage performance. Assessment : Teacher evaluates the speaking skills of the pupils, their creativity, teamwork and cooperation in putting up a stage performance. Reflection : Pupils participate in staging a performance and enjoy the activity.

ELEMEN KEUSAHAWANAN
DEFINISI KEUSAHAWANAN Keusahawanan merupakan segala-gala yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran untuk menjadi usahawan (Kamus Dewan, 2002). Secara amnya, keusahawanan membawa maksud kepada seseorang yang berusaha mengendalikan sesuatu perniagaan dan berani mengambil risiko dalam perniagaan yang diceburinya. Schumpeter (1934) pula mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri. McClelland (1961), menyatakan usahawan sebagai seseorang yang berdaya inovatif dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencapai sesuatu. Dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan, maka definisi yang sesuai digunakan ialah menyediakan murid untuk mempunyai ciri-ciri diri yang akan terserlah dalam bentuk tingkah laku untuk bertindak dalam situasi yang terarah ke arah kesejahteraan diri, keluarga dan negara. MATLAMAT Bertujuan untuk murid mengamalkan elemen keusahawanan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran sehingga menjadi budaya dalam kehidupan seharian mereka. Objektif Elemen Keusahawanan: o Mengamalkan sikap keusahawanan; o Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan; o Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam aktiviti kehidupan seharian yang relevan; o Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi dan vokasional; juga o Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan. FOKUS ELEMEN KEUSAHAWANAN Elemen Keusahawanan ini dibina berasaskan lima elemen keusahawanan. Memberi penekanan secara langsung dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak dibekalkan dalam diri murid. Fokus penerapan elemen keusahawanan tersebut ialah: Mengamalkan sikap keusahawanan (EK1)

Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan (EK2) Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam aktiviti kehidupan seharian yang relevan (EK3) Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran teknologi dan vokasional (EK4) Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan (EK5) PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM MENERAPKAN ELEMEN KEUSAHAWANAN Terdapat tiga pendekatan penerapan elemen keusahawanan yang boleh dipilih oleh guru untuk menerapkan elemen-elemen tersebut. o Pendekatan penyebatian; o Pendekatan pengintegrasian; dan o Pendekatan pengaplikasian.

Pendekatan penyebatian Aktiviti pengajaran yang dipilih pada hari tersebut secara terang-terangan mempunyai elemen-elemen keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan boleh mula diterapkan dari set induksi, langkah 1, 2 dan seterusnya tiba masa guru merumuskan pembelajaran pada hari tersebut.

Pendekatan pengintegrasian Guru boleh mengguna pakai pendekatan pengintegrasian dalam mana-mana topik apabila aktiviti yang dirancang tidak jelas ke arah membincangkan hal yang berkaitan elemen keusahawanan.

Guru boleh menerapkan mana-mana elemen keusahawanan dengan cara meminta pandangan murid dalam situasi-situasi yang berkaitan.

Pendekatan pengaplikasian Guru memilih jenis pendekatan pengaplikasian dalam usaha menerapkan elemen keusahawanan ke dalam diri murid. Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan seperti apa yang dirancang oleh guru. Tetapi setelah objektif pengajaran pada hari itu tercapai, guru mengaplikasikan hasil pembelajaran tersebut dengan mana-mana elemen keusahawanan yang berkaitan. Pengaplikasian ini boleh dilaksanakan secara menghubungkaitkan perkara yang dipelajari pada hari itu dengan situasi keusahawanan sebenar.

Contoh Penerapan Elemen Keusahawanan Dalam Matapelajaran English Subject Theme Topic Time : English : World of Stories; Rin and Ash : Rin and Ash : 60 minutes alphabet. : 2.1.2 (a) Able to recognize and articulate initial, medial and the final sounds in single syllable words within given content: /s/ (s); /ae/ (a); /t/ (t); /p/ (p) Lesson Objective Activities : By the end of the lesson, pupils will be able to recognize and articulate the phoneme /ae/ : 1. Make sounds of animals and pupils guess (EK1- 1.4; EK2-2.1); 2. Read the story Rin and Ash aloud. Pupils read after teacher. 3. Point to the words with phoneme /ae/, pupils say the words aloud; 4. Get one pupil to say a word aloud and other points to the words; 5. Pupils match word cards and picture cards (EK3- 3.1). EMK Teaching Aids : 1. Good value and politeness 2. Entreprenuer Element: (EK1, EK2, EK3) : Big book, word cards, picture cards

Learning Standards : 2.1.1 Able to identify and distinguish the shapes of the letters in the

Evaluation Reflection

: Pupils ability to pronounce and articulate the phoneme /ae/ : 1. Nine pupils were able to achieve the lesson objective. 2. Three pupils are slow learners and they are being coached constantly.

Contoh Modul Bahasa Inggeris ini menerapkan elemen keusahawanan secara Pendekatan Pengintegrasian. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi dari pelbagai haiwan dan murid diminta untuk meneka haiwan yang mengeluarkan bunyi tersebut. Dengan menggunakan daya kreativiti (EK1 - 1.4 Daya kreativiti dan inovasi), murid akan memberi jawaban yang diperlukan. Guru memberi peluang kepada murid untuk mengajuk bunyi-bunyi haiwan yang mereka ketahui (EK2- 2.1 Amalan memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan). Dalam aktiviti ke-5, sebelum murid membuat aktiviti padanan gambar dengan perkataan, guru boleh meminta murid menyusun kad-kad gambar dalam barisan selari dengan kad perkataan agar murid dapat membuat padanan dengan cepat. Ini adalah kaedah menerapkan elemen ke-3 (EK3 - 3.1 Merancang sesuatu projek dengan teliti).

Anda mungkin juga menyukai