Anda di halaman 1dari 11

TAMANKU

Kutemui taman indah pesona ikhlas ku bertuah buahnya kebenaran dari putik kasi sayang membenih murni pengorbanan hingga engganku berpisah. Tiba malam bintang mengerlip oh, taman itu temanku seorang!

FATAMORGANA
Lihat di sana Ada pelangi Kukejar ia hingga ke kaki senja Kutinggalkan bumi yang menangis Aku lupa mentari yang setia Hampa, kecewa Pelangi indah sirna sudah Aku pulang ke pangkuan bumi Yang masih sudi menyambut Mentari masih senyum menyapa Terima kasih Aku akan tetap setia pada kalian.

RINDU KEKASIH
Aku merenung di dada langit Menatap malam cerah disinar bulan Walaupun tanpa dipagari bintang berjuta Namun cahayamu menyimbah ke wajahku. Aku termanggu sendiri Meratap rindu kepada kekasih Betapa mahu kubisikkan rasa Ratapan rindu di bawah sinar rembulan. Bilakah kita bertemu kembali Saling mencurah rindu terpendam Mengungkap kata mengatur bahasa Menyalur rasa penuh beradab.

Alangkah bahagia tika kita Bersama sujud di sepertiga malam Mengadu cinta kepada yang satu Meluah harapan membina cita.

TENTANG DIA
Pertemuan pertama Tiada yang istimewa Dia bukan sesiapa Lalu kewujudannya tak dirasa

Tatkala dunia terasa menjauh Dia menghulur tangan Dahi berkerut Seribu pertanyaan menerjah Mengapa? Dia tersenyum Sinis tetapi tampak ikhlas

Kini kehadiran dirasa Seiring langkah Senyum dan tangis dikongsi Kerana ikatan sudah terpatri Antara dua jiwa Yang bergelar sahabat

RAHSIA
Rahsia silap mata selalunya mengecewakan. Rahsia bisnes selalunya menggembirakan. Rahsia dalam percintaan selalunya pengkhianatan Rahsia dalam persahabatan selalunya kesetiaan

Rahsia dapat membuat hidup kita merana Rahsia dapat membuat hidup kita gembira
Rahsiakan pada orang lain ya

SAYANG
Sayang kawan kawan mungkin lari dikala kesusahan Sayangkan teman teman mungkin lari di kala kedukaan Sayangkan sahabat sahabat mungkin lari di kala kesempitan Justeru, sayangilah Tuhan yang esa kerana Dia sentiasa bersama kita hatta di kala kesusahan, Kedukaan dan kesempitan.

IKRAR
Puncak ilmu, langit restu Ini janji, ini ikrarku, Biar jalan penuh liku Belum pernahku khianati Cita-citaku sendiri Mengisi minda seluas benua, Jadi insan yang sempurna.

ANAK-ANAK HARI INI


Tingkahnya pelbagai laku tiada kata yang bangkit tiada juga kata nasihat biar lakunya seperti tidak diajar kurang pasti datangnya dari ibu ataupun bapa mungkin juga dari dirinya kalau ketam tidak berjalan betul jangan dicuba ajar pada anak

Apakah itu tanggungjawab atau hanya pandai kepala diusap setiap dari mulut disuap Itulah yang silap anak kini tidak diajar untuk kenal siapa diri untuk kenal siapa Ilahi hanya tahu duniawi akibat lupa ukhrawi

KEHILANGAN
Waktu kau memerlukanku, Tak boleh tolonglah, cubalah awak tanya orang lain. Waktu kau cuba mencari perhatianku, Janganlah main-main, saya ada kerja. Waktu kau kebuntuan, Saya pun tengah pening juga. Waktu kau sakit, Maaf tak dapat datang, saya ada hal.

Waktu kau tiada lagi di sisi, Aku rasa dunia ini tibatiba sepi. Hingga kuterfikir, berputarlah kembali waktu lalu. Kehilangan itu membuatku terkilan. Pesanku buat semua, Hargailah dia sebelum kehilangannya.

PESAN GURUKU
Hari itu, Guru berpesan, Hidup adalah perjuangan, Usah menjadi pengemis cinta, Yang tiada sempadan. Berjuanglah, Demi mutiara keimanan.

SELAMAT TINGGAL SEMUA


Hati ini digamit duka Jiwa ini dicengkam resah Apakah kau bisa menyingkap lara ini? Lenaku dibuai mimpi Laraku diulik janji Apakah ini ilusi sketsa rindu? Aduhai! Segalanya pasti seandainya kau di sisi Segalanya pasti seandainya kau mengerti Kasih, dikau amat kusayangi Andai takdir memisahkan Itu adalah tanpa rela Kuyakini setiaku hanya untuk mu

Anda mungkin juga menyukai