Anda di halaman 1dari 34

KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KULIAH 1

MASYARAKAT
Merujuk kepada sekumpulan manusia yang berkongsi budaya yang sama, menduduki satu kawasan khas dan merasai kewujudan mereka sebagai entiti yang bersatu padu dan berbeza dengan yang lain

sambungan

Masyarakat adalah kelompok manusia yang mempunyai hubungan sosial dalam sesuatu penempatan yang sama. Hubungan mungkin dari segi kekeluargaan, pekerjaan, tempat tinggal dan lain-lain.

SAMBUNGAN

Akan mewujudkan satu organisasi atau institusi tertentu yang dapat menyatukan lagi manusia dalam kumpulan unit sosial. Jadi masyarakat didefinasikan sebagai jaringan perhubungan pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial.

KEPERLUAN MENGKAJI MASYARAKAT


Manusia hidup bermasyarakat Memahami cara hidup bermasyarakat Memahami budaya dan masyarakat lain Memupuk kerjasama di kalangan masyarakat. CIRI-CIRI MASYARAKAT Manusia yang hidup berkelompok Melahirkan kebudayaan Mengalami perubahan Berinteraksi Terdapat kepimpinan Stratifikasi sosial

Tahap-Tahap Masyarakat
STRUKTURNYA:
ORGANISASI GLOBAL DAN ANTARABANGSA

NEGARA BANGSA

NEGARA BANGSA

KOMUNITI

KOMUNITI

FAMILI

FAMILI

MASYARAKAT MAJMUK (MM) DAN PLURALITI


KONSEP MASYARAKAT MAJMUK (PLURAL SOCIETY)
Konsep ini mula diperkenalkan oleh J.S Furnivall(1948); ia merujuk kepada masyarakat yang dicirikan oleh perpecahan dan konflik antara kumpulan manusia yang bernaung di bawah satu sistem politik.

sambungan

Smith (1965); masyarakat yang mempunyai kepelbagaian budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula ia dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan tersendiri. MM wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama.

sambungan

Van den Berghe (1967) pula membezakan kemajmukan sosial (yang wujud apabila masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat atas dasar bukan budaya) daripada kemajmukan budaya (yang timbul akibat wujud beberapa kumpulan etnik).

sambungan

Ciri-Ciri masyarakat majmuk: 1. ketiadaan pemuafakatan (konsensus) nilai 2. Kepelbagaian budaya 3. Wujud konflik antara kelompok yang berlainan. 4. Wujud autonomi 5. Wujud paksaan dan saling bergantungan ekonomi sebagai dasar integrasi sosial

sambungan

6. 7.

Dominasi politik oleh golongan tertentu. Hubungan antara kelompok lebih bercorak secondary, segmental dan utilitarian, manakala hubungan dalam kelompok lebih bersifat primary.

KONSEP MASYARAKAT PLURALITI BAHARU (MPB)


Konsep MPB melihat bagaimana proses perindustrian, modenisasi dan globalisasi menambahkan lagi pluraliti MM yang sedia ada. Faktor utama yang mewujudkan MPB ialah perkembangan teknologi maklumat, komunikasi, pengangkutan, perindustrian, globalisasi dan migrasi bangsa .

KEBUDAYAAN
Definisi Sebagai keseluruhan cara hidup yang wujud dalam sesuatu masyarakat.
Jencks(1993) terdapat 4 cara pengunaan konsep kebudayaan. Dilihat sebagai satu pemikiran. Dikaitkan dengan tamadun Dilihat sebagai satu badan kolektif tentang seni dan kerja intelektual dalam masyarakat. Dilihat sebagai keseluruhan cara hidup manusia.

a) b) c) d)

sambungan

Linton (1945), kebudayaan sesebuah masyarakat ialah cara hidup ahlinya, koleksi idea dan tabiat mereka belajar, berkongsi dan menurunkan sesuatu dari satu generasi kepada satu generasi Dalam bidang sosiologi ia bermaksud kepercayaan sesuatu masyarakat dan perlambangan simbolik kepercayaan dalam aktiviti kreatif. Kebudayaan dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu: i. Budaya kebendaan Ii. Budaya bukan kebendaan

SAMBUNGAN

Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Budaya bukan kebendaan kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang CIRI-CIRI BUDAYA Dipelajari Perkongsian Kesejagatan Diwarisi Berubah

Fungsi Budaya dalam kehidupan


Memenuhi dan menyediakan keperluan Sebagai panduan kepada anggota masyarakat dan bertingkah-laku Mengatur hubungan sesama manusia Sebagai Penggalak kepada manusia untuk mencipta Sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti.

sambungan

Jenis-Jenis Kebudayaan Kebudayaan tinggi, kebudayaan rakyat, kebudayaan massa, kebudayaan popular dan sub kebudayaan.

ETNIK, RAS DAN IDENTITI ETNIK


Scupin(2003) istilah etnik (ethnic) atau etnisiti (ethnicity) berasal daripada perkataan Yunani ethnos (berasal daripada perkataan ethnikos) Istilah ini digunakan untuk merujuk kepada orang bukan Yunani ataupun orang lain yang berkongsi ciri biologi, kebudayaan dan cara hidup yang sama.

sambungan

Pada abad ke-19, dalam pelbagai bahasa Eropah, perkataan ini dilihat sama dengan istilah ras yang mengasingkan kumpulan manusia berdasarkan perbezaan ciri fizikal seperti warna kulit, rangka tubuh, bentuk kepala dan tekstur rambut.

sambungan

Terdapat tiga jenis teori yang biasa digunakan untuk mengklasifikasikan manusia berdasarkan perbezaan biologi iaitu: a) Ras sebagai keturunan. b) Ras sebagai jenis. c) Ras sebagai subspesis Pandangan ahli sosiologi, konsep ras lebih dilihat sebagai satu hasil konstruksi sosial (social construction). Ras merupakan sekumpulan manusia yang melihat diri mereka dan juga dilihat oleh orang lain sebagai mempunyai keturunan yang membezakan mereka dari yang lain.

sambungan

Konsep rasisme a) Tahap individu-bahawa ada ras tertentu yang berstatus unggul (superior) dan ada yang berstatus lebih rendah (inferior) b) Tahap Institusi-melibatkan dasar dan dasar pelaksanaan bersifat diskriminasi yang akhirnya mewujudkan ketidaksaksamaan pada manusia dari ras yang berlainan.

sambungan

a) b)

Etnik pada masa kini mementingkan aspek : Objektif-kebudayaan yang dapat dilihat dan simbol yang dikongsi bersama. Subjektif-kepercayaan dalaman kumpulan, semangat kekitaan dan perpaduan komuniti. Oleh itu identiti etnik merupakan identiti yang bersifat kebudayaan dan bukan bersifat biological walaupun ramai yang melihatnya sebagai sesuatu yang tetap.

Ia merujuk kepada keahlian dalam sesuatu kumpulan kebudayaan yang didefinasikan mengikut ras, sejarah, pengalaman, agama, bahasa yang dikongsi bersama.

MINORITI
Kumpulan sosial yang tertindas disebabkan ciri etnik, ras, biological dan sebagainya. Louis Wirth; kelompok manusia yang disebabkan ciri fizikal dan kebudayaannya yang diasingkan daripada orang lain dalam masyarakat, menerima layanan yang tidak sama rata dan dilihat sebagai objek untuk didiskriminasi secara kolektif.

sambungan

Kinloch (1974) Ciri kumpulan minoriti: a) Fizikal; ras, jantina dan umur. b) Kebudayaan; agama dan etnisiti. c) Ekonomi; kelas sosial. d) Tingkah laku; devians

PRASANGKA
Sikap atau tanggapan lazimnya bersifat negatif terhadap sesuatu kumpulan manusia atau ras yang lain atau sikap yang dibentuk berdasarkan generalisasi yang tidak rasional tegar kerana kumpulan tersebut mempunyai ciri atau kualiti tersebut.

sambungan

Dari aspek ras dan etnik, prasangka terdiri daripada tiga kompenan berikut: a) Kompenan kognitif b) Kompenan afektif c) Kompenan kelakuan

Diskriminasi
Satu proses apabila ahli sesuatu kumpulan atau kategori dalam masyarakat dinafikan hak untuk mendapat layanan yang saksama dari segi undang-undang dan hak untuk menikmati manfaat sosial yang lain. Ia juga bermaksud layanan yang berlainan diberi kepada individu dan kumpulan disebabkan faktor ras, agama dan jantina.

sambungan

Kaitan antara diskriminasi dan prasangka a) Prasangka boleh wujud tanpa diskriminasi. b) Diskriminasi boleh wujud tanpa prasangka. c) Diskriminasi boleh menjadi penyebab kepada prasangka. d) Prasangka dan diskriminasi lazimnya saling menguatkan antara satu sama lain.

INTEGRASI DAN INTEGRASI NASIONAL


Penyatuan pelbagai kumpulan tanpa mengira keturunan sama ada majoriti atau minoriti dan lenyapnya sifat prasangka dan kelakuan diskriminasi terhadap satu sama lain

sambungan
Menurut Ting (1987) Proses integrasi boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti ; a) Akulturasi b) asimilasi c) amalgamasi

sambungan

Integrasi Sosial (IS) Menurut Ting (1997) Proses menyatupadukan berbagai-bagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan dan identiti masing-masing. IS penting untuk mencapai keharmonian, kesejahteraan dan kestabilan dalam masyarakat jika wujud keselarasan dari segi norma dan nilai.

PLURALISME KEBUDAYAAN

Tindakan hidup bersama secara aman damai dalam kalangan pelbagai kumpulan etnik dan setiap kumpulan etnik akan mengekalkan identiti masing-masing. Di Malaysia pluraliti budaya diperkenalkan bagi menyelesaikan masalah hubungan ras sejajar dengan matlamat kebudayaan Kebangsaan

sambungan

Kebudayaan kebangsaan bertujuan merapatkan jurang perbezaan pelbagai kaum agar semua rakyat dapat bersatu padu bagi membolehkan negara ini muncul dengan identitinya yang tersendiri. Pendekatan pluraliti budaya dikatakan sebagai pendekatan yang terbaik berbanding teori asimilasi dan amalgamasi.

KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK


a) Mencerminkan sifat struktur sosial, keadaan sosial dan ikatan sosial masyarakat, darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik dan struktur masyarakat bersifat kolonial. b) Mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. c) Mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial. d) Menggambarkan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku masyarakat; isu prasangka dan diskriminasi.

Anda mungkin juga menyukai