Anda di halaman 1dari 2

CARA MENGAWAL PENULARAN WABAK MEMBAHAYA

Dasarwarsa ini, pembangunan ekonomi semakin pesat dan rancak. Ciptaan-ciptaan terkini yang wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan telah memudahkan manusia dalam rutin hidup mereka. Tetapi, pada April 2009, penduduk dunia digemparkan oleh satu penyakit berjangkit yang membahaya yang digelar Influenza A H1N1. Sejak menularnya wabak ini, ribuan manusia telah terkorban dan ratusan ribu lagi dijangkiti. Malah, aktiviti ekonomi and industry pelancongan juga telah merudum. Keadaan ini telah menjejaskan seluruh penduduk dunia. Seperti pepatah,Di mana cendawan tumbuh, di situ tembilang teratah, setiap masalah pastinya mempunyai penyelesaiannya tersendiri. Justeru, langkah-langkah efektif bagi membendung penularan wabak membahaya perlu difikirkan dengan segera sebelum pisang berbuah dua kali. Salah satu langkah dominan bagi menghalang tersebarnya wabak membahaya adalah dengan perkongsian maklumat mengenai penyakit antara negara. Negara yang dijangkiti perlu mewartakan maklumat-maklumat terkini mengenai jangkitan tersebut. Tamsilnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah perlu memberi data yang terkini dan terperinci tentang kawasan mana yang telah dijangkiti, jumlah orang yang dijangkiti dan jumlah kematian yang dicatakan. Langkah menyebarluaskan maklumat ini membolehkan negara-negara lain boleh mengambil langkah berjaga-jaga. Kata orang sediakan paying sebelum hujan. Sememangnya, penyebaran maklumat dapat mencegah penularan penyakit berbahaya. Dalam konteks ini, pergerakan rakyat dunia juga perlu dikurangkan. Pihak kerajaan perlu memberi nasihat kepada rakyat supaya tidak ke negara-negara yang dijangkiti sesuatu wabak tersebut. Tindakan tersebut dapat mengelakkan penularan penyakit itu ke dalam negara. Semasa penularan H1N1 di seluruh dunia,contoh kerajaan Malaysia mengamalkan konsep mencegah lebih baik daripada mengubati dan telah menyarankan rakyat untuk menjauhi negara-negara yang dijangkiti mahupun negara-negara jiran. Jika terpaksa pergi ke negara-negara tersebut, maka perlulah mengambil langkah proaktif bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti seperti memakai topeng muka, menerima suntikan vaksin dan membawa ubatan asas. Seyogianya, pergerakan rakyat perlu diminimumkan bagi memastikan wabak membahaya tidak tersebar. Tambahan pula, pihak berkuasa perlu melaksanakan langkah pencegahan yang sistematik dan berkesan. Misalannya, di pintu masuk di seluruh negara , pengunjung khusunya pelancong dari luar negara perlu menjalani pemeriksaan kesihatan yang mendalam bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak ke dalam negara. Metode lain yang boleh diaplikasikan ialah mengkuarantinkan mereka yang telah dijangkiti oeh sesuatu penyakit. Dengan kata lain, pesakit hendaklah diasingkan daripada orang awam agar penyakit tersebut tidak akan disebarkan kepada orang lain. Seterusnya, keadaan ini tidak akan menjejaskan kesihatan manusia malahan industry pelancongan juga tidak terganggu. Tindakan ini bagai serampang dua mata. Tegasnya, sistem pencegahan yang efektif amat penting bagi menghalang penularan wabak membahaya.

Alang-alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar hitam. Pepatah ini bersesuaian sekali dengan usaha mencari ubat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit memFbahaya. Ianya merupakan satu cabaran yang cukup susah, tetapi jika boleh tercapai, ia akan menjadikan dunia ini lebih selamat daripada ancaman penyakit berjangkit. Bagi mencapai matlamat ini, doktor dan saintis seluruh dunia perlulah berganding bahu dan memerah otak bagi menyelesaikan kemelut global ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sementalahan itu, vaksin sedia ada perlulah digunakan semaksimumnya. Vaksin ini perlu disuntik kepada setiap ahli masyarakat . Tuntasnya, para cendekiawan di seluruh pelosok dunia perlu bekerjasama bagi mengekang masalah ini daripada terus berlanjutan. Dalam pada itu, pertubuhan-pertubuhan dunia juga memainkan peranan yang ampuh seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Mereka perlu mengadakan kempen kesedaran tentang bahayanya penyakit berjangkit kepada masyarakat dunia.Kempen ini boleh dijalankan melalui forum pencegahan penyakit, poster-poster dan juga melalui pameran.Di samping itu, media massa termasuklah internet, surat khabar dan radio juga boleh digunakan. Rentetan daripada itu, penduduk akan menjadi lebih berhati-hati dan melakukan langkah-langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan pada peringkat keluarga. Selain itu, ahli masyarakat dunia akan memberi lebih kerjasama dengan pihak berkuasa. Secara total , negara-negara dunia perlu berkolaborasi bagai our dengan tebing bagi mengawal penularan wabak berbahaya.Tidak sepatutnya ada pihak yang melepaskan batuk di tangga dalam hal yang begitu penting ini. Janganlah sudah terhantuk baru hendak terngadah. Selain itu, aspek kebersihan juga perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian. Sekiranya aspek kebershan diabaikan sudah pasti mudah penyakit itu menyerang mangsanya. Sikap terpuji ini juga selaras dengan slogan, Rakyat Sihat Negara Sejahtera