Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Pengajian Kajian Sosial merupakan salah satu daripada bidang pengajian yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran di sekolah rendah. Bidang pengajian ini memainkan peranan dalam membentuk sahsiah dan keperibadian mulia para pelajar di mana bidang ini banyak menekankan aspek-aspek tingkah laku manusia dan aspekaspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia dalam sesuatu kelompok masyarakat. Oleh kerana pengetahuan sains sosial mempunyai maksud yang terlalu luas, ia terpaksa dibahagikan kepada beberapa bidang yang berlainan dengan memberikan pengkhususan yang tertentu iaitu sains politik, ekonomi, sejarah, geografi, komunikasi, sosiologi, psikologi, antropologi, agama dan undang undang. Sosiologi merupakan kajian berkenaan dengan interaksi dan perhubungan manusia dan organisasi sosialnya. Psikologi bermaksud mengkaji minda dan personaliti seseorang individu. Ia juga mengkaji tingkah laku seseorang dan bagaimana tingkah laku ini dipengaruhi oleh tingkah laku orang lain.

Tingkah laku bermaksud semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan dinilai. Maksud umumnya personaliti ialah sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Dari perkataan Inggeris/Latin persona yang bermaksud topeng muka sesuatu watak pelakon pentas pada zaman Yunani. Crow dan Crow (1983) adalah perwatakan fizikal, corak pertuturan dan daya penarik yang dimiliki seseorang.

Menurut Abdul Majid (1997), Personaliti ialah perkaitan di antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia yang berkait rapat dengan perwatakan dan dapat dilihat dari aspek tingkah laku, percakapan dan cara menyelesaikan masalah. Menurut Gordon Allport (1980) pula, tingkah laku manusia adalah dinamik, sentiasa berubah dan penyesuaiannya dengan alam persekitaran.

Carl Jung mengelaskan personaliti kepada tiga jenis iaitu Introvert, Ekstrovert dan Ambivert. Individu yang mempunyai personaliti Introvert sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi nyata. Dalam interaksi sosial individu yang mempunyai personaliti seperti ini tidak banyak bercakap. Mereka lebih banyak masa ditumpukan kepada mendengar pertuturan orang lain, bersikap serius, pendiam dan pemalu. Mereka juga kurang bercita-cita dan inisiatif serta suka kepada sistem kehidupan yg teratur.

Individu yang mempunyai personaliti Ekstrovert suka dengan dunia luar, suka bergaul dengan orang, bersemangat, aktif dan banyak bercakap.uka melibatkan diri dalam perbagai aktiviti sosial. Individu yang mempunyai personaliti seperti ini sering mengambil inisiatif sendiri, suka kepada perubahan dan sering cepat membongkar perasaan tetapi cepat pula mengubahnya.

Walau bagaimanapun, tidak ada yang boleh dikategorikan kepada introvert atau ekstrovert sepenuhnya. Setiap individu mempunyai kedua-dua personaliti ini, bergantung kepada ciri mana yang lebih dominan. Individu yang mempunyai personaliti Ambivert merupakan individu yang mempunyai kedua-dua ciri introvert dan ekstrovert. Individu yang mempunyai personaliti seperti ini biasanya aktif tetapi sensitif, suka berkawan tetapi memilih pekerjaan secara individu serta bertutur lancar tetapi berfikir sebelum memberi pendapat.

Terdapat beberapa faktor-faktor yang boleh membentuk personaliti dan tingkah laku pelajar dalam sekolah iaitu faktor genetik atau baka dan faktor persekitaran. Faktor genetik atau baka merangkumi aspek bentuk tubuh badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi. Faktor persekitaran merangkumi lima aspek iaitu keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan pengalaman kendiri.

Aspek bentuk tubuh badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi dalam faktor genetik atau baka mempengaruhi personaliti seseorang individu. Menurut Sheldon

(1985), personaliti berkait rapat dengan bentuk tubuh badan. Terdapat tiga jenis bentuk tubuh badan iaitu endomorph, mesomorf dan ektomorf.

Endomorf merujuk kepada rupa bentuk badan bulat dan lembut. Individu yang mempunyai tubuh seperti ini suka bergaul, cepat, mesra dan santai. Mesomorf merujuk kepada otot kuat dan berkemahiran psikomotor. Individu yang memiliki tubuh seperti ini tegas, agresif, suka riadah serta sedia hadapi cabaran. Ektomorf pula merujuk kepada individu yang bentuk badannya kurus tinggi. Mereka tidak suka bergaul, introvert dan tidak suka aktiviti fizikal.

Pengaruh genetik / baka pula merujuk kepada keadaan fizikal contohnya cacat pendengaran dan cacat penglihatan yg diwarisi. Pengaruh genetik/baka mempengaruhi perkembangan personaliti. Mereka mungkin mempunyai ciri personaliti introvert, pendiam dan pemalu. Darjah kecerdasan tinggi juga boleh diwarisi dari ibu atau bapa akan menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara, berani, bijak atau mungkin angkuh. Manakala dari segi emosi pula, individu yang mewarisi emosi tidak stabil mungkin akan berpewatakan agresif dan pembengis atau pemarah.

Faktor kedua yang mempengaruhi pembentukan dan pekembangan personaliti ialah faktor persekitaran yang merangkumi: 1. 2. 3. 4. 5. Keadaan keluarga Sekolah Rakan sebaya Masyarakat Pengalaman kendiri

1.

Keadaan keluarga

Pengaruh persekitaran yang pertama dapat dilihat melalui keadaan keluarga. Keadaan rumah dan hubungan keluarga yang harmonis, mesra dan erat menggalakkan perkembangan personaliti yang positif. Rumah tangga yang tegang, kucar-kacir menggalakkan perkembangan personaliti yang negatif.

2.

Sekolah

Pengaruh persekitaran yang merangkumi sekolah ialah guru yang penyayang dan dedikasi akan menjadi role model untuk membentuk personaliti positif. Guru yang sering guna kekerasan untuk mengajar dan mendisiplinkan pelajar akan membentuk sikap pendendam atau personaliti yang pasifIklim sekolah yang kondusif serta penglibatan aktif pelajar dalam kokurikulum memupuk perkembangan personaliti yang positif.

3.

Rakan sebaya

Persepsi rakan sebaya dan individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan ciri personaliti berkeyakinan. Pergaulan dengan rakan sebaya yang

berpesonaliti negatif juga akan memberi implikasi personaliti yang negatif kepada individu berkenaan.

4.

Masyarakat

Nilai-nilai dan kebudayaan masyarakat boleh mempengaruhi pembentukan personaliti seperti adab dan sopan santun yang diamalkan oleh masyarakat.

5.

Pengalaman kendiri

Pengalaman yang dialami sendiri oleh individu sendiri akan mempengaruhi personaliti seseorang. Pengalaman pahit dan sedih boleh menggalakkan pembentukan personaliti sifat menarik diri, pemalu, penakut atau sakit jiwa. Personaliti individu akan mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Personaliti Aktivis suka mencari

pengalaman baru, aktif melibatkan diri dengan banyak menyoal. Personaliti Reflektor pula suka mengumpul dan menganalisis data untuk membuat kesimpulan.

Personaliti Teoris suka membuat rumusan berdasarkan bukti, analisis dan logik. Personaliti Pragmatis: suka mencari fakta untuk memastikannya sama ada berguna dalam situasi. pembelajaran. Murid yang introvert tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti Murid yang ekstrovert lebih suka belajar berkumpulan dan suka

menyoal dalam kelas. Murid yang bersifat berdikari suka belajar secara inkuiri dan penemuan. Murid suka bergantung kepada orang lain suka belajar melalui penerangan dan syarahan.

Konsep Tingkah Laku Negatif

Konsep Tingkah Laku Negatif merupakan manifestasi gangguan tingkah laku yang boleh menjelaskan pembelajaran murid dalam bilik darjah. Guru hendaklah membantu pelajar-pelajar membuat penyesuaian tingkah laku agar mereka berada dalam keadaan emosi yang stabil.

Tingkah Laku Masalah Negatif

Tingkah Laku Masalah Negatif bermaksud tingkah laku yang boleh mengganggu proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Destruktif, Disruptif, Bergantung, Hiperaktif, Bimbang, Murung, Pengunduran Diri dan Pengasingan Diri merupakan contoh jenis tingkah laku negatif.

Proses modifikasi tingkah laku terbahagi kepada empat ialah mengenal pasti tingkah laku, merekod kekerapan tingkah laku yang hendak diubah, jenis tindakan yang akan dikenakan dan penilaian.

a. Tingkah Laku Destruktif

Kerap terjadi dikalangan pelajar berumur antara 10 hingga 14 tahun. Sikap agresif kelihatan dalam bentuk tingkah laku destruktif. Contoh jenis destruktif

vandalism ialah merosakkan kerusi,meja,peralatan,telefon awam dan sebagainya. Jenis destruktif permusuhan nyata iaitu aktiviti kumpulan liar, amalan tumbuk menumbuk, mengugut, mencalar kereta atau motosikal guru, menconteng dan melukis lakaran lucah pada dinding bangunan sekolah.

b. Tingkah Laku Distruptif

Jenis tingkah laku distruptif termasuk hiperaktif,perubahan yang melampau ,kebisingan,pergerakan pelajar yang tidak perlu,menggangu rakan sedarjah,gelak ketawa yang amat kuat dan kelakuan agresif fizikal seperti tolak menolak atau tumbuk menumbuk di dalam kelas. Antara sebab timbulnya tingkah laku distruptif ialah kaedah pengajaran guru kurang menarik, keadaan fizikal yang kurang sesuai,iaitu bilik darjah yang mengandungi terlalu ramai pelajar, suasana sosioemosi yang kurang sihat, iaitu terdapat klik-klik (kumpulan-kumpulan kecil yang tertutup), dan terdapat pelajar yang kurang sihat yang menyebabkan ia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru.

c. Tingkah Laku Bergantung

Tingkah Laku Bergantung bermaksud keadaan di mana seseorang itu bergantung kepada orang lain,sama ada guru atau rakanya untuk menjalankan sesuatu tugasan atau membuat sesuatu keputusan. Antara faktornya ialah Ibu bapa yang mengamalkan perlindungan terlampau,sama sekali tidak membenarkan anaknya membuat keputusan, Pelajar yang kurang berkeyakinan biasanya bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan dan konsep kendiri pelajar yang lemah. Pelajar juga mengangap dirinya kurang baik dan kurang cekap.

Pendekatan pengajaran guru yang tidak banyak memberi peluang kepada pelajar untuk membuat rumusan atau keputusan terhadap satu-satu tugasan atau projek. Aktiviti pengajaran pembelajaran yang terlalu sukar untuk diikuti oleh pelajarpelajar. Pelajar banyak bergantung kepada guru untuk mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar. Suasana rumah tangga yang terlalu tegang. Ibu bapa yang bersifat autokratik tidak menggalakkan anak-anaknya mencuba sesuatu yang baru atau membuat sesuatu keputusan,walaupun dalam perkara yang kurang penting. Sifat guru yang kurang tegas menggalakkan timbulnya masalah disiplin. Arahan yang kurang jelas.Ini mungkin

menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelajar.

d. Tingkah Laku Hiperaktiviti

Tingkah Laku Hiperaktiviti bermaksud keadaan seseorang individu yang terlampau aktif berbanding keadaan biasa. Kanak-kanak seperti ini tidak boleh duduk diam, sentiasa bergerak ke sana ke mari tanpa sebarang tujuan dan sukar dikawal. Hiperaktiviti mungkin disebabkan oleh kecederaan otak atau makanan yang mengandungi bahan pengawet. Makanan yang mengandungi bahan pewarna dan

salisilat ialah epal, buah anggur, limau, strawberi, tomato dan minuman teh. Dalam pengajaran mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra dan tenang juga boleh menenteramkan kanak-kanak yang terlalu aktif. Guru yang berusaha untuk memahami kanak-kanak seperti ini juga dapat membantu pelajar-pelajar yang mengalami masalah hiperaktiviti.

e. Tingkah Laku Murung

Merujuk kepada satu-satu keadaan yang amat sedih.

Ia boleh dialami oleh

sesiapa jua. Pelajar yang mengalami kemurungan tidak berupaya berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Dia akan sentiasa termenung dan berkhayal. Faktor-faktor menimbulkan kemurungan ialah masalah keluarga. kurang penerimaan, kegagalan mencapai sesuatu, konflik dengan ibu bapa, kekurangan kasih sayang ibu bapa, citacita tidak direstui oleh ibu bapa dan putus hubungan percintaan.

f. Pengasingan Diri

Amalan seperti ini mungkin disebabkan oleh personaliti pelajar sendiri yang tidak gemar bercampur gaul dengan dengan rakan-rakan di dalam kelas. Dia mungkin tidak diterima oleh pelajar-pelajar lain. Pelajar seperti ini didapati mempunyai harga diri

yang rendah akan cenderung menunjukan tingkah laku antisosial bagi tujuan mendapatkan perhatian atau layanan guru.

g. Pengunduran Diri

Pengunduran Diri merujuk kepada penarikan daripada suatu situasi yang dirasai kurang selamat atau mengancam.

Langkah-langkah Mengatasi Tingkah laku Negatif

Pertama, tekankan kepada pendekatan berpusatkan pelajar.

Adakan aktiviti-

aktiviti dimana pelajar mempunyai peluang untuk membuat keputusan dan rumusan. Seterusnya pastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan itu sejajar dengan kebolehan pelajar. Cara ini akan mengurangkan pergantungan kepada guru ketika menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut. Berikan layanan yang sepatutnya kepada pelajar-pelajar yang lemah.

Pada peringkat awal, aktiviti asuhan dan bimbingan boleh diberikan. Selepas suatu tempoh masa tertentu ,ia boleh dikurangkan secara beransur-ansur. Jika boleh elakkan daripada mengutuk seseorang pelajar di hadapan pelajar-pelajar yang lain. Setiap individu memerlukan penghormatan diri. Jangan menyindir kerana perasaan

ingin membalas dendam pasti akan tertanam dalam diri pelajar yang disindir. Elakkan daripada menghukum seluruh kelas kerana salah laku beberapa orang pelajar. Seterusnya jangan menengking atau berleter. Suasana yang tegang tidak

menggalakkan pengajaran dan pembelajaran. Berikan pujian jika pelajar menghasilkan atau menunjukan sesuatu yang baik seperti hasil kerja tangan atau tingkah lakunya. Jika didapati ada pelajar yang tidak diterima rakan-rakan dalam kelas, guru perlu berusaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan daripada kelas agar menerima pelajar berkenaan.

Tingkah Laku Positif

Tingkah Laku Positif merupakan tingkah laku yang terlalu cepat dalam melaksanakan sesuatu menyebabkan berlaku kekosongan aktiviti selepas itu. Terdapat 3 jenis Tingkah Laku Positif iaitu Tingkah Laku Ingin Tahu/Proaktif, Tingkah Laku Cepat Belajar dan Tingkah Laku Cerdas.

a) Tingkah Laku Ingin Tahu/Proaktif

Ingin tahu merupakan naluri yang terdapat pada setiap individu. Pada peringkat awal melihat sesuatu yang menarik perhatian, murid akan bergerak menuju kepada sesuatu objek dan bertindak membukanya. Tingkah laku seperti ini boleh menimbulkan situasi berbahaya terutamanya di makmal.

b) Tingkah Laku Cepat Belajar

Murid-murid kategori

ini biasanya akan dapat memahami sesuatu konsep

dengan

cepat. Oleh itu ,jika guru mengulangi peneranganya ,murid-murid yang cepat belajar ini akan berasa bosan dan tidak akan memberi penumpuan lagi. Lantaran itu, mereka mula

menimbulkan pelbagai jenis ganguan seperti mengusik rakan dan melempar kapal terbang mainan.

c) Tingkah Laku Cerdas

Pintar cerdas merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai kebolehan atau potensi dalam aktiviti intelek seperti pemikiran abstrak, logik, kemahiran lisan dan daya reka cipta yang tinggi. Mereka cepat mencapai pemahaman terhadap konsep-konsep yang disampaikan.

Menyebabkan mereka berasa cepat bosan sekiranya kaedah pengajaran guru adalah lambat dan tidak menarik. Kebosanan ini menyebabkan mereka menimbulkan pelbagai jenis masalah dalam bilik darjah.

Langkah-Langkah Mengatasi Tingkah Laku Positif

1) Sediakan satu set peraturan bilik darjah atau makmal yang jelas dan mudah dipatuhi. 2) Tekankan kepentingan mematuhi arahan dan peraturan kepada murid berkenaan. 3) Bagi pelajar Pintar Cerdas, perkenalkan hobi-hobi yang kreatif kepada mereka,lebihlebih lagi waktu terluang. 4) Gunakan permainan dan kaedah pertanyaan dalam pengajaran. Kaedah pengajaran seperti ini akan memenuhi keperluan murid-murid. 5) Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap dan sesuai serta lebih mencabar bagi murid-murid pintar cerdas 6) Menguruskan aktiviti pengayaan dalam aktiviti kumpulan bagi murid cepat belajar,ingin tahu dan pintar cerdas. 7) Melantik murid-murid proaktif sebagai pemimpin dalam aktiviti kumpulan.

MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Modifikasi Tingkah Laku bermaksud tingkah laku yang perlu diubah. Terdapat dua jenis modifikasi tingkah laku iaitu Ubah Suaian Dalaman (Kendiri) Dan Ubah Suaian Luaran (Modelling).

i.

Ubah Suaian Dalaman (Kendiri)

Tingkah laku dalaman tidak dapat diperhatikan dengan jelas. Contoh terdengar lagu ibu. Lagu ini menyebabkan kita terkenang masa bersama-sama ibu semasa kecil,yang

mengasuh dan terkenang segala jasa-jasanya. K ebiasaan murid enggan mengulang kaji pelajaran mungkin disebabkan minat yang berkurangan dan sikap yang negatif. Tingkah laku dalaman ini perlu diubah agar prestasi akademik akan bertambah baik.

Minat murid tersebut dapat ditingkatkan dengan menjadikan pengajaran guru itu lebih menarik. Pendekatan pengajaran guru perlu berpusatkan murid-murid,agar mereka mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid yang mula menyertai proses pengajaran secara aktif minat mereka akan terus meningkat. dalaman murid itu telah berubah. Oleh itu tingkah laku

ii.

Ubah Suaian Luaran (Modelling)

Tingkah laku boleh dikategorikan sebagai tingkah laku luaran(nyata), dapat diperhatikan. Tingkah laku luaran iaitu tingkah laku lisan dan motor. Tingkah laku lisan melibatkan

penggunaan bahasa. Manakala tingkah laku motor,melibatkan pergerakan badan yang tidak memrlukan bahasa.Contoh menendang bola,berjalan dan sebagainya.

Modelling melibatkan sekurang-kurangnya dua orang peserta iaitu pemerhati terhadap murid yang mana tingkah lakunya akan diubah dan seorang model yang menunjukkan tingkah laku yang diingini. Jika kita berhenti di sebuah bilik kosong dan melihat ke arah bilik tersebut. Tidak lama kemudian,kita akan dapati beberapa orang yang lain, juga akan berhenti dan melihat ke dalam bilik yang kosong itu.

Ketika di padang, cuba lihat ke arah langit. Tidak lama kemudian kita akan dapati beberapa orang juga akan melihat ke arah langit. Dua eksperimen/contoh tersebut

menunjukan modelling merupakan satu teknik mengubah tingkah laku orang lain.

Panduan Modelling

Aras tingkah laku model (pelajar yang dicontohi ) perlu sesuai dengan aras tingkah laku klien. (pelajar yang hendak diubah tingkah lakunya). Gunakan modelling disertai arahan dan tunjuk ajar. Model yang digunakan seharusnya berupaya menunjukan contoh yang baik.

Sebaiknya, model yang digunakan perlu mempunyai umur dan jantina yang sama dengan klien berkenaan. Penggunaan lebih daripada satu model digalakkan. Pengukuhan atau ganjaran(hadiah) perlu diberi terhadap peniruan tingkah laku model secara betul.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KE ATAS P&P

Guru boleh mengadakan gerak kerja berkumpulan. Guru juga perlu mengadakan pelbagai jenis aktiviti untuk memberi peluang kepada murid-murid menjalankan aktiviti yang mereka gemari. Guru boleh menyediakan tajuk-tajuk pembelajaran yang berbentuk bebas. Guru perlu bijak menggunakan banyak contoh, bahan bantu mengajar,gerakkerja lisan dan

bertulis,ulangan dan latih tubi dan sebagainya dalam pengajaran mereka. Guru juga boleh menyediakan motivasi-motivasi yang memberangsangkan.

Anda mungkin juga menyukai