Anda di halaman 1dari 12

MASYARAKAT DAN NEGARA

Hormat menghormati
1. A) Hormat kepada raja dan negara
Hormati raja berperlembagaan dan lambanglambang kebesaran negara. Peka terhadap pembangunan dan pentadbiran negara. Menghargai jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh pahlawan-pahlawan kita.

2. B) Hormat kepada hak asasi


Menyedari dan mengambil berat tentang hak-hak individu sebagaimana yang terkandung dalam perlembagaan manusia. Berhati-hati dan berwaspada dalam pertuturan dan perlakuan supaya tidak menyinggung perasaan.

C) Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan

Menyedari isu-isu berkaitan agama dan kebudayaan. Bertolak ansur dan memahami adat dan kebudayaan untuk mengelakkan pertelingkahan. Tidak menghina dan menganggu adat, kepercayaan, keagamaan dan adat resam orang lain.

Semangat cinta kepada negara


Menjadi Warga Negara yang bertanggungjawab dengan mendukung prinsip-prinsip rukun negara. Menumpahkan taat setia kepada Negara Cinta kepada keamanan dan keharmonian, iaitu :
i) mewujudkan keamanan di dunia. ii) bersedia menghulurkan bantuan kepada negara-negara asing. iii) mengelakkan kehancuran dan kemusnahan akibat daripada peperangan.

Kasih Sayang
A) Sayang kepada nyawa
Menghargai nilai nyawa dengan sebaik-baiknya. Bersedia berkorban demi menyelamatkan nyawanya. Menjaga dan mengawal perasaan, nafsu serta tingkah laku daripada melakukan pembunuhan, penganiayaan.

B) Sayang kepada alam sekeliling


Menghargai dan menyayangi alam sekitar. Menjaga kebersihan. Melindungi alam daripada kemusnahan persekitaran dan sumber lain.

Kerjasama
A) Persaudaran
Mewujudkan perhubungan yang erat sesama anggota masyarakat. Tidak mengamalkan sikap perkauman dan diskriminasi antara kaum. Menganggap anggota masyarakat sebagai saudara.

B) Tanggungjawab bersama
Menjaga hak dan kepentingan diri-sendiri Sentiasa menghargai, menyokong dan melibatkan diri dalam sesuatu hal dengan harapan dapat memberikan manfaat untuk kepentingan bersama.

C) Gotong royong
Melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat dengan rela hati. Sanggup bergaul dan bekerja bersama-sama tanpa mengira pangkat, kedudukan, kaum dan lain-lain. Tidak mengharapkan upah. Menyedari manfaat yang boleh didapati daripada amalan gotong royong.

D) Toleransi
Mengamalkan sikap sabar, tentang dan tidak terburu-buru

apabila menghadapi sesuatu situasi. Tidak membesarkan perkara yang remeh-remeh. Perlu bertolak ansur dan sentiasa menghormati pendapat dan kepercayaan orang lain.

E) Perpaduan
Menyedari pentingnya amalan nilai perpaduan dan berusaha mewujudkanperasaan kekitaan dan persefahaman. Bergaul mesra dengan semua kaum dengan tidak mewujudkan sikap perkauman. Mementingkan kasih sayang antara anggota keluarga dan masyarakat. Bersatu padu dan sanggup bekerjsama untuk keamanan dan kemajuan Negara

Semangat bermasyarakat
I. Bermuafakat
Bertolak ansur dan mempunyai fikiran terbuka dalam sebarang aktiviti, mesyuarat dan kegiatan yang membabitkan kumpulan. Bekerjasama dan mendapatkan persetujuan bersama mengenai sesuatu perkara. Mempunyai rasa tanggungjawab dalam masyarakat dan Negara

ii)

Kejiranan Mengamalkan semangat kejiranan tanpa mengira kaum, keturunan, agama, warna kulit dan pangkat. Menghormati sesama jiran. Tidak menyakiti hati jiran.

iii) Peka terhadap isu-isu moral Sentiasa menyedari, mengambil erat da berusaha mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah demi kebaikan bersama. Menyedari tanggungjawab sebagai anggota. Mementingkan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat tanpa mengira kaum, agama, keturunan dan lain-lain.

Thank you.

Anda mungkin juga menyukai