Anda di halaman 1dari 7

Kaedah penyimpanan rekod yang terawal adalah berevolusi dari sistem pengiraan yang menggunakan token tanah liat

kecil yang bermula di Sumeria, sekitar 8,000 S.M.[4] Apabila orang Sumeria mahu menyimpan rekod "dua ekor biri-biri", mereka memilih dua token tanah liat yang mengandungi tanda "+" yang dibakar padanya. Setiap token mewakili seekor biri-biri. Oleh kerana kurang praktikal jika seratus biri-biri diwakili oleh seratus token, jadi mereka mencipta token-token tanah liat yang berbeza bagi mewakili nombor yang berbeza bagi setiap komoditi khusus, dan mengikatnya seperti manik-manik pada seutas tali. Terdapat sejenis token untuk seekor biri-biri, token lain pula untuk 10 biri-biri, token lain untuk sepuluh kambing, dan sebagainya. 32 biri-biri akan diwakili oleh 3 token sepuluh biri-biri diikuti dengan 2 token seekor biri-biri. Untuk memastikan tiada siapa pun yang dapat mengubah jumlah atau jenis token, mereka mencipta satu bekas tanah liat berbentuk bulat di mana token-token pada tali akan diletakkan, dikunci, dan dibakar. Jika berlaku pertelingkahan tentang nombor tersebut, bekas itu akan dipecahkan dan pengiraan semula akan dilakukan. Bagi mengelak kerosakan pada rekod, mereka melakar tanda nombor dan cop mohor saksi pada bahagian luar bekas tersebut sebelum ia dibakar, setiap tanda adalah sama dengan bentuk token-token yang diwakilinya. Oleh kerana pemecahan bekas ini jarang dilakukan, tanda-tanda pada luar bekas ini menjadi sistem penulisan nombor yang pertama pada tanah liat. Sekitar 3500 S.M, token-token dan bekas tanah liat mula digantikan dengan angka yang dinyatakan dengan jejarum bulat dari pelbagai sudut pada tablet tanah liat yang kemudiannya dibakar.[5] Satu jejarum tajam digunakan untuk mengukir piktograf yang mewakili pelbagai jenis token.Setiap tanda mewakili komoditi serta jumlah atau sukatan komoditi tersebut. Pada 3100 S.M, nombor bertulis mula dipisahkan dengan benda yang dibilang, dan angka abstrak mula dicipta.[6] Benda yang dibilang dinyatakan dengan piktograf yang dipahat dengan jejarum tajam di sebelah angka jejarum bulat. Orang Sumeria memiliki beraneka jenis sistem nombor yang berbeza sama sekali antara satu sama lain dan setiap bandar memiliki kaedahnya yang tersendiri untuk menulis angka. Contohnya pada 3100 S.M, terdapat lebih dari sedozen sistem angka yang berbeza di bandar Uruk sahaja.[7] Satu sistem nombor digunakan untuk membilang objek diskret seperti binatang, alatan dan bekas. Sistem yang berbeza digunakan untuk menyukat keju dan produk bijirin. Sistem yang lain pula digunakan untuk menyukat isi padu bijirin dan pecahan. Sistem-sistem yang berbeza juga digunakan untuk menyukat ramuan minuman keras, berat barang dan luas tanah. Dalam beberapa tahun, kesemua sistem ini berkemungkinan akan berubah. Contohnya, nombor yang digunakan untuk menyukat bijirin akan berubah apabila saiz bakul yang digunakan berubah. Orang Sumeria adalah bangsa yang mencipta roda, dan mereka juga mencipta aritmetik. Pendaraban dan pembahagian dilakukan dengan jadual-jadual pendaraban yang dibakar pada tablet tanah liat.

Al-Khawarizmi perkenal algebra, pakar aritmetik


Pencapaian paling ulung Al-Khawarizmi ialah apabila beliau memberi nilai kepada angka kosong sedangkan dalam sistem nombor Hindu, kosong tiada nilai. Sehingga hari ini, istilah yang bermakna kosong digunakan bangsa Eropah sebenarnya berakar daripada istilah diperkenal Al-Khawarizmi sebagai sifar. Beliau turut mengasaskan fungsi punca ganda dua dalam usahanya menyelesaikan beberapa masalah kiraan dengan simbol asal menggunakan huruf jim, kemudian diwarisi tokoh seperti AlUqlidisi dan simbol itu juga sudah berubah. Al-Khawarizmi menyusun risalah kecil dalam bidang aritmetik yang dianggap sebagai pertama dalam bidang itu yang kemudiannya dikenali dengan nama Algorizam beberapa kurun selepasnya. Beliau juga menghasilkan buku pertama dalam algebra yang dinamakan Aljabar wal Muqabalah, dibiayai oleh Khalifah Abbasiyyah, Abdullah Al-Makmun yang sentiasa memberi galakan kepada mereka ingin mempelajari ilmu pengetahuan. Antara baris yang ditulisnya dalam buku itu berbunyi: Imam Al-Makmum, Amil al-Mikminin memerintahkan saya menerangkan sesuatu yang masih samar dan memudahkan sesuatu yang sukar. Baginda juga memerintahkan saya mengarang sebuah buku ringkas mengenai pengiraan algebra dan perbandingan kerana ia amat diperlukan dalam pembahagian harta pusaka, wasiat, pembahagian hartanah perniagaan serta transaksi. Sesungguhnya Al-Khawarizmi yang meninggal dunia pada 232 Hijrah/814 Masihi di Baghdad, Iraq, mempunyai kedudukan penting dalam bidang matematik sama ada di Timur mahu pun di Barat. Permulaan yang diperkenalkan beliau kemudian dikembangkan ilmuwan lain khususnya pengkaji Barat dalam kajian mereka. Pembongkaran semula rahsia keilmuan Islam silam yang hampir tenggelam dalam lipatan sejarah boleh disaksikan dan difahami lebih mendalam melalui siri Ilmuwan Islam di TV3 jam 9.30 malam ini. Siri mengenai tokoh matematik itu turut memperlihatkan jasa Al-Khawarizmi yang turut mendapat komentar sebilangan tokoh sarjana Islam di pelosok dunia antaranya Nasaruddin AlTusi yang memperbaharui bidang trigonometri. Kitab dihasilkan Al-Uqlidisi pula adalah antara bukti bahawa kaedah pecahan perpuluhan diasaskan dalam zaman Islam manakala Omar Khayam menjelaskan secara lanjut mengenai persamaan kubik.

Source: http://ms.shvoong.com/society-and-news/news-items/1767517-beritaharian/#ixzz1X5k8dL1P

PARADIGMA KEWUJUDAN NILAI SIFAR


Dalam perkataan dan tanggapan seharian, angka {0} ini sering disamakan dengan kosong. Pada hal angka {0} ini dengan kosong berbeza sama sekali, bahkan perbezaannya jauh panggang dari api, bagaikan langit dengan bumi. Angka {0} ini adalah sifar yang ada nilai, sedangkan kosong tidak ada nilai. Bilangan {0} ini, jika dibahagi dengan berapa trilion angka sekalipun, hasilnya tetaplah {0}. Tetapi kosong, sama ada dibahagi atau didarab dengan apa sekalipun nescaya tidak akan menunjukkan sebarang nilai atau hasil. Malahan, menuliskan simbol bagi sifat kosong sahaja pun sebenarnya belum ada. Apakah sifat utama dan bagaimanakah {0} berfungsi? Apabila {0} diletakkan di sebelah kanan angka lain, maka nilai angka tersebut akan meningkat menjadi sepuluh kali ganda, namun jika diletakkan di bahagian kiri pada angka lain, maka nilai angka tersebut tidak bertambah ataupun berkurang. Dalam usaha membincangkan soal fungsi {0}, berapa banyak sekalipun bilangan {0} yang dijumlah memang akan menghasilkan {0}. Oleh yang demikian, nilai bilangan {0} boleh dikatakan sangat kecil. Tetapi sebesar mana dan sebanyak mana sekalipun suatu angka jika didarab dengan {0}, hasilnya tetaplah dengan bilangan {0} juga. Oleh itu, pengaruh bilangan {0} juga boleh dikatakan sangat besar. Dalam usaha hendak mentakrifkan fungsi {0} bagi membezakannya dengan kosong, pertama sekali perlu diketahui bahawa konsep dalam matematik adalah relatif dan bukan tidak berubah. Bilangan {0} walaupun boleh dibahagi sebanyak mungkin, namun selain dirinya sendiri, bilangan {0} tidak dapat membahagi bilangan lain. Contohnya 0:0=0, tetapi 1:0, 2:0 atau apa sahaja, hasilnya tidak dapat ditakrifkan. Tetapi, bukan itu yang menjadi titik pusat bagi keagungan sifar {0}. Yang menjadi titik pusat bagi keagungan sifar {0} ialah wibawa dan peranan {0} itu sendiri. Yang mana, dengan keagungan fungsi bilangan sifar {0} maka dapat dicipta pelbagai teknologi canggih, termasuklah tenaga elektrik, telefon, kereta, kalkulator, kapal terbang, kapal selam, roket, nuklear dan tentu sahaja komputer yang

kini kita guna bersama. Bahkan, semua teknologi moden tidak akan dapat dirakit tanpa pengiraan dan pengukuran yang tepat. Ketepatan mengira dan mengukur hanya dapat dilakukan setelah makna dan fungsi bilangan {0} ditemui dan disedari, yang membawa kepada penemuan sistem Binary dan titik Decimal. Berikut merupakan pengenalan ringkas yang berhubung dengan angka Binary dan Decimal yang diguna pakai dalam jaringan Protokol IP (Internet Protocol) antarabangsa. Angka dalam format decimal. Contoh: 192. 168. 15. 36 Angka dalam format binary. Contoh: 11000000. 10101000. 10001111. 00100100 Decimal Asas: 10 = 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 Binary Asas: 2=0000,0001,0010,0011,0100,0101,0110,0111,1000,1001 Contoh: 128+64+32+16+8+4+2+1=255 1 1 1 0 0 1 1 0 0 0 1 1 1 1 1 1=255 0 0 0 0 0 0=192 1 0 1 0 0 0=168 0 0 1 1 1 1=15 1 0 0 1 0 0=36

11000000. 10101000. 00001111. 00100100=192. 168. 15. 36.

Bilakah fungsi bilangan {0} ditemui? Siapakah penemu fungsi bilangan {0}? Fungsi bilangan {0} ditemui oleh seorang cendekiawan Arab yang bernama Muhammad Musa Alkhawarizmi pada tahun (780M). Dialah yang telah mengembangkan angka Arab ke seantero dunia menerusi bukunnya yang paling masyhur (Aljabar). Angka yang dimaksudkan ialah {1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 0}. Sebelum penemuan angka Arab, angka yang paling masyhur adalah angka yang dinamakan angka Rom, iaitu ( I,V,X,L,C,D,M.) Angka Rom ini sebenarnya merupakan suatu hasil peradaban yang sangat maju, tetapi untuk menulis angka yang besar sangat susah. Sebab itu, agak susah untuk menulis bilangan 1020. 10030. 100040. 1000050. 10000060. 100000070. 1000000080. 10000000090 dan seterusnya dengan angka Rom! kenapa angka Rom tidak memiliki bilangan {0}? Sebab cendekiawan lama Rom menganggap angka Rom sudah cukup sempurna untuk menulis segala bilangan dan ukuran di alam ini. Demikianlah masyarakat Rom menjunjung tinggi angka yang menjadi teras kepada peradaban mereka, namun akhirnya larut juga oleh pengaruh angka sifar. Dan lagi, berkat penemuan fungsi bilangan {0} dan pemakaian angka sifar menjadikan matematik berkembang pada skala yang sangat maju. Kini masyarakat global mengetahui Aljabar, Aritmatik, Logaritma, kalkulus dan trigonometri. Berkat penemuan bilangan {0} juga sistem pengiraan dan pengukuran manusia sekarang menjadi lebih mudah, ringkas dan tepat. Umat manusia juga dapat mengira dari kiri ke kanan atau dari atas ke bawah. Sesungguhnya penemuan fungsi bilangan {0} dan sistem angka sifar menjadikan masyarakat dunia mudah dan ringkas menulis angka serta semakin teliti dalam mengukur meter dan liter. Ketelitian dan ketepatan mengira dan mengukur sangat penting. Tidak dapat dibayangkan akibat buruk yang akan berlaku sekiranya para saintis salah menghitung dos dalam ubatubatan atau reaktor nuklear. Mungkin umat manusia akan menjadi mangsa oleh ubat yang menjadi racun atau radiasi nuklear yang menjalar ke seluruh penjuru bumi. Apa yang akan terjadi jika dunia demikian? Nasib baik ditemui fungsi bilangan sifar {0} ini. Demikian, betapa kita manusia tidak dapat melihat hakikat wajah asli alam sepenuhnya. We see the world as we are, not as it is. Hence, adalah nyata bahawa cara kita memandang sesuatu masalah adalah masalah itu sendiri. Dalam bahasa seharian, cara kita memandang ini sering disebut dengan

pelbagai istilah seperti persepsi, tanggapan, wawasan, keyakinan, pemikiran dan pandangan. Semua istilah ini boleh dirangkum dalam istilah paradigma. Paradigma adalah jendela untuk melihat dunia atau asas mula sesuatu perkara. Sesungguhnya paradigma merupakan milik setiap orang yang sangat penting. Mengapa? Kerana semua tindakan seseorang akan didasari oleh suatu paradigma! Mata ada dua, telinga ada dua, kaki ada dua, tangan ada dua. Bibir ada satu? Tidak, ada bibir bawah dan ada bibir atas. Hidung? Hidung ada dua lubang, lubang hidung sebelah kanan dan lubang hidung sebelah kiri. Kalau ada orang yang mempunyai hanya satu lubang hidung, tentu nampak pelik. Kepala ada satu sahaja? Tidak, kepala berpasangan dengan badan. Sebab itu, ada istilah kepala keretapi dan badan keretapi. Sebab ia berpasangan. Berbalik kepada hidung. Hidung nampak saja macam satu, tapi ia tetap dua, sebab ada dua lubang. Tegasnya, ia tetap berpasangan. Maknanya setiap ciptaan Tuhan adalah secara berpasang-pasangan. Penciptaan manusia adalah terdiri daripada jasad dan roh. Yang nampak dengan deria penglihatan adalah jasad. Bagaimana dengan Nabi Adam? Nabi Adam di awal penciptaannya tidak bergerak sehinggalah roh dimasukkan ke dalam badannya yang ketika itu adalah tanah. Nabi Adam yang diceritakan dalam Alkitab dan AlQuran, adalah gabungan antara jasad dan roh. Jasad + Roh=1 Nabi Adam. Nabi Adam yang difahami sebagai 1 entiti adalah gabungan antara dua unsur, iaitu jasad dan roh. Manusia semasa, selain Nabi Adam dan Hawa, akan melalui proses kelahiran yang merupakan gabungan antara sperma dan ovum, yang berevolusi membentuk zigot, embrio, fetus dan seterusnya bayi. Ada baik, mesti ada jahat, ada kecil, mesti ada besar, ada syurga, ada juga neraka, ada mitos, ada juga etos. Sebab itu, jumlah kromozom dalam sperma (23) merupakan separuh dari jumlah kromozom seorang manusia. Jumlah kromozom dalam ovum (23) juga merupakan separuh dari jumlah kromozom seorang manusia. Apabila sperma dan ovum bercantum, maka jumlah kromozom maintain 46. Dalam Ilmu Numerologi apabila angka 46 ini disusun akan menjadi 4+6=10, 1+0=1. Begitu juga dengan ayat pertama dalam surah pertama AlQuran terdiri daripada 19 huruf. 1+9=10. 1+0=1. Equivalent Trade merupakan salah satu perkara penting dalam Paradigma 1+1=1. Hidrogen + Oksigen = Air.

Dalam matematik, 1+1=2. Justeru, dalam tajuk ini saya gunakan istilah Paradigma Kewujudan Nilai. Tidak logik memang betul. Tapi ada intersection dalam logik dan tidak logik. Dalam logik, ada tidak logik. Dalam tidak logik, ada logik. Simbol Yin Yang dalam fahaman Tao, dalam kawasan putih, ada bulatan hitam dan dalam kawasan hitam, ada bulatan putih. Kadang kala ada perkara di luar pemikiran manusia. Ada sempadan yang tidak dapat dilangkah. Ada benda yang tidak dapat disentuh. Ada maujud yang tidak dapat dijangkau. PENUTUP Bilangan {0} merupakan salah satu dari angka persepuluhan, ia adalah sifar dan bukan kosong. Nilai sifar bergantung kepada kedudukan kiri dan kanan pada angka lain. Oleh sebab itu, nilai {0} boleh jadi ada dan boleh jadi tiada, ada tapi tiada, tiada tapi ada. Umat manusia yang beragama tahu bahawa Tuhan itu ada tapi tidak nampak, tidak nampak tapi ada, hanya tidak kelihatan oleh deria penglihatan mata kasar makhluk. Ada Makhluk sebab ada Khalik. Ada Ciptaan sebab ada Pencipta. Ciptaan adalah benda yang dicipta oleh Pencipta. Pencipta itu Tuhan. {0} adalah untuk Pencipta. (1) adalah untuk Ciptaan. 1+1=1. Dalam diri peribadi manusia ada dua unsur (Jasad+Roh=Manusia). Namun, manusia wujud sebagai satu entiti. {0} adalah untuk Tuhan yang Maha Esa.:)
http://naspazi.multiply.com/journal/item/363

Anda mungkin juga menyukai