Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Sebagaimana yang termaktub di dalam Dasar Sukan Negara adalah untuk mempastikan bahawa sukan dan aktiviti melibatkan pertama, sukan untuk masyarakat dan kedua, sukan prestasi tinggi. Dari kedua-dua kenyataan ini, di bawah inisiatif kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui Projek Bisai iaitu dibawah Kementerian Pendidikan adalah untuk menaik-taraf mutu pembangunan institusi-institusi pendidikan baik diperingkat rendah mahupun menengah.

Projek bisai merupakan satu usaha kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk menaik-taraf mutu pembangunan institusi-institusi pendidikan baik di peringkat rendah mahupun tinggi. Projek ini merupakan rancangan jangka masa Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan telah memperuntukkan wang berjuta ringgit namun pelaburan ini adalah untuk wawasan pendidikan negara sejajar dengan Sistem Pendidikan Negara Abad 21 (SPN 21) dan juga hasrat untuk mencapai Wawasan 2035.

Projek Bisai ini dilaksanakan secara berperingkat. Fasa pertama telah bermula pada tahun 2006 dan disambung dengan fasa kedua pada bulan November 2008-2010. Di antara pembangunan yang dinaik taraf dan pembaikkan adalah seperti membina kompleks sukan, sistem amaran dan peralatan, pembaikkan am dan mencat semula, pendawaian semula, sanitasi dan juga internet.

Dengan terlaksananya Projek Bisai ini pihak Kementerian Pendidikan berharap kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan juga akan dapat diperbaiki dan seterusnya mutu sukan sekolah akan lebih berprestij sebanding dengan pendidikan jasmani di luar negeri.

LATAR BELAKANG

Latar belakang kajian adalah untuk melihat bagaimana usaha Projek Bisai ini dapat menangani masalah mengenai kekurangan serta penyediaan kelengkapan dan kemudahan sukan di sekolah. Misi Projek Bisai adalah untuk memberikan bantuan professional dan juga perkhidmatan yang berkualiti ke arah pendidikan yang seimbang selaras dengan projek-projek sukan di luar negeri. Sekarang Projek Bisai ini telah menempuh satu strategi jangka masa panjang dan ini seterusnya akan membantu kaedah pengajaran pendidikan di sekolah menengah dan sekolah rendah.

Menurut ucapan Kementerian Pendidikan, iaitu Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Awang Abd Rahman di Majlis Pelancaran Perlaksanaan Sistem Pendidikan Abad 21 (SPN 21) mengatakan bahawa,

Di tahun kewangan 2009-2010, Kementerian Pendidikan akan meneruskan usaha-usaha meningkat baik infrastruktur institusi-institusi pendidikan melalui Projek BISAI yang sedang rancak dilaksanakan.

Ini akan menyediakan persekitaran yang selesa bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan dan berkesan. Oleh itu, pengkaji ingin mengetahui adakah Projek Bisai ini mengikut piawaian kaedah pengajaran pendidikan jasmani seperti yang terdapat pada negara-negara maju dalam aspek pendidikan jasmani dan bagaimana ianya dapat diaplikasikan di negara ini.

PERNYATAAN MASALAH

Peralatan dan kemudahan sukan merupakan elemen penting bagi mengajar Pendidikan Jasmani. Peralatan bermaksud alat atau perkakas yang digunakan bagi berbagai-bagai aktiviti. Sementara itu, kemudahan sukan bermaksud sesuatu tempat yang memudahkan dan mempermudahkan sesuatu usaha atau kegiatan dijalankan.Selain itu juga peralatan dan kemudahan sukan juga diperlukan bagi melaksanakan aktiviti kokurikulum.Kokurikulum telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam pada masa ini. Jika sekolah tidak mempunyai peralatan dan kemudahan yang tidak mencukupi, ini akan mengurangkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.

Pentadbiran

Pentadbiran merujuk kepada fungsi pengurusan yang terdapat dalam sesuatu organisasi demi mencapai sesuatu tujuan. Antara tugas pentadbir ialah: Merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti tahunan sekolah. Mengurus dan mentadbir hal ehwal guru dan sekolah. Mengurus dan mentadbir hal ehwal guru yang berkaitan dengan kebajikan dan cuti. Merancang pembangunan dan pembinaan sekolah selaras dengan pembangunan yang dilaksanakan oleh agensi/jabatan lain. Mengurus dan merancang hal ehwal yang berkaitan dengan bantuan-bantuan baik pulih, peralatan dan alat bantu mengajar kepada sekolah. Mengurus dan menyelaras hal ehwal perkhidmatan kawalan keselamatan dan pembersihan sekolah.

Merancang, mengurus, mnyusun dan meyelaras pembangunan fizikal sekolah. Mengurus dan menyelaras laporan kewangan, guru dan pelajar.

Menurut Charles A. Bucher (1987), garis panduan pengurusan dan prinsip-prinsip bagi perancangan kemudahan yang terpakai kepada semua peringkat organisasi termasuk: 1. Semua perancangan mestilah berasaskan kepada matlamat yang mengakui bahawa jumlah persekitaran fizikal dan bukan fizikal mesti selamat, menarik, selesa, bersih, praktikal dan disesuaikan dengan keperluan individu. Ini memastikan kemudahan itu berkonsepkan mesra alam dan selamat untuk digunakan. 2. Kemudahan harus ditumpukan kepada standard kesihatan, yang penting dalam melindungi kesihatan individu dan dalam menentukan hasil. 3. Kemudahan seharusnya mudah diakses atau digunakan. Kemudahan yang baik ialah apabila kemudahan itu dapat digunakan bagi sesuatu aktiviti dan membantu mencapai objektif aktiviti tersebut. Kemudahan ini memerlukan penyelengaraan yang berterusan agar kemudahan ini dapat dipakai bagi tempoh masa yang lama. 4. Keadaan geografi dan iklim perlu dipertimbangkan apabila merancang kemudahan. Contohnya, pentadbir perlu memastikan bahawa bahan-bahan yang digunakan bagi membangunkan kemudahan itu sesuai dengan persekitaran. Jika kemudahan itu dibina menggunakan bahan-bahan yang tidak sesuai, ini akan merugikan pihak pentadbir kerana perlu melakukan peyelengaraan atau baikpulih kemudahan secara berulang-kali.

Belanjawan:

Menurut Krotee (1998), beliau mengatakan bahawa pentadbiran sekolah hendaklah menyediakan rancangan dan program untuk pendidikan jasmani dan sukan. Mereka menentukan perkara-perkara seperti saiz kelas, bekalan, peralatan dan kemudahan, kaedah yang digunakan, keputusan dan nilai-nilai pendidikan yang diminta serta pencapaian peribadi.

Dalam beberapa organisasi selain daripada sekolah, ianya adalah pengawal yang mempunyai kuasa untuk meluluskan, menolak atau meminda belanjawan, selain lembaga pendidikan dalam kebanyakan komuniti, dan juga mempunyai hak untuk meluluskan, menolak atau dengan ketara mempengaruhi cadangan dalam belanjawan.

Sehingga ini hampir keseluruhan sumber kewangan untuk pembangunan dan kemajuan sukan bergantung kepada sumber Kerajaan. Dasar Sukan Negara menekankan supaya lama-kelamaan dan setapak demi setapak semua program sukan dapat berdikari dan mempunyai sumber kewangannya sendiri dan semua program dapat diungkayahkan tanpa masalah kewangan.

Perancangan kemudahan-kemudahan:

Bucher dan Krotee (1998), menyenaraikan garis panduan pengurusan dan prinsipprinsip perancangan kemudahan yang menitikberatkan tahap pendidikan dan organisasi adalah seperti berikut:

Perlunya perancangan yang baik bagi pembangunan kemudahan. Pentadbir perlu menentukan siapa yang bakal menggunakan kemudahan tersebut agar kemudahan itu dapat digunakan dengan sebaik mungkin.

Semua rancangan perlu berdasarkan matlamat yang merekognisi sama ada persekitaran menyeluruh fizikal ataupun tidak fizikal yang selamat, menarik, bersih, praktik dan dapat diadaptasi oleh keperluan seseorang.

Menggunakan kos yang rendah untuk dikendalikan dan bagi penyelenggaraan. Ini memastikan kemudahan itu sentiasa berada di dalam keadaan baik dan dapat digunakan oleh orang ramai.

Kemudahan memainkan peranan dalam menghasilkan persekitaran yang sihat. Contoh persekitaran yang sihat adalah menyediakan kawasan bermain yang cukup, mempertimbangkan kebersihan, pengudaraan yang betul,

pemanasan,dankebersihansedikit menggalakkanberapaberkesannyakesihatandan kesejahteraan.

sebanyakakan

Berbagai-bagai kemudahan sukan telah disediakan dan dirancang oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian/ Jabatan, Kementerian kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Sekolah-sekolah dan pihak berkuasa tempatan. Kemudahan-kemudahan ini pada keseluruhannya memenuhi kehendak semasa. Walau bagaimanapun terdapat kelemahan dari segi penyelarasan penggunaan kemudahankemudahan tersebut yang menimbulkan keadaan penggunaan yang tidak maksima. Taburan dan penyelengaraan kurang menggalakkan kemajuan sukan terutama di sektor Sukan Untuk Masyarakat.

Bucher dan Krotee (1998) ada mengatakan yang keadaan geografi, ekologikal dan keadaan cuaca juga perlu diambil perhatian ketika membuat perancangan membangun

kemudahan. Ini akan memberikan potensi yang tinggi sama ada pada masa akan datang guru akan melakukan aktiviti diluar ataupun dalam dewan.

Kemudahan dan peralatan

Peruntukan

sumber

yang

mencukupi

termasuk

kemudahan,

peralatan

dan

penyelengaraan boleh membantu dalam mempengaruhi sikap dan memudahkan kejayaan program. Melalui pendidikan jasmani dan program-program sukan, pembelajaran menunjukkan bahawa kemudahan yang perlu akan disediakan untuk kanak-kanak yang terlibat di dalam aktiviti yang melibatkan mendaki, melompat, skipping, menendang, melontar, menangkap dan mereka juga terlibat dalam aktivitiaktiviti kemahiran asas dan lain-lain orrganisasi permainan rendah, pelbagai koperasi: aktiviti pasukan dan persaingan. Cadangan: Kemudahan dan peralatan yang disediakan hendaklah selamat dan berguna bagi meningkatkan kesihatan atlet. Penyediaan perlaatan perlindungan. Ini memastikan kanak-kanak dapat bermain dengan selamat dan mengurangkan risiko kecederaan. Peralatan asas harus disediakan kepada semua pelajar termasuk bola, tali skipping, kon, gegelang, beg kacang dan lain-lain. Dengan mempelbagaikan lagi penggunaan peralatan asas, pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan. Semua Sekolah Tadika mesti dilengkapkan dengan ruang dan pelbagai kemudahan untuk mendaki, merangkak, melompat dan sebagainya. Ini kerana kanak-kanak lebih cenderung untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang

membabitkan kemahiran asas.

Peruntukan perlu dibuat untuk kemudahan sukan dalam bangunan. Ini kerana faktor cuaca juga memainkan peranan. Jika cuaca tidak mengizinkan bagi pengajaran dilakukan diluar kelas, maka guru dapat melakukan aktiviti-aktiviti di dalam bangunan.

Pembelian dan penjagaan peralatan

Dalam masa beberapa tahun ini, banyak peralatan telah diambil tetapi hanya sedikit sahaja peralatan digunakan. Peralatan-peralatan ini selalunya terhad bagi sebarang sukan. Contohnya, pihak sekolah hanya mengambil peralatan sukan yang popular di sekolah tersebut. Jika dibandingkan dengan dahulu, peralatan dahulu adalah tidak mencukupi berbanding masa sekarang. Menurut salah seorang pegawai Jabatan Kokurikulum, penyediaan peralatan memerlukan peruntukan yang besar.

Penyediaan peralatan di sekolah

Penyediaan peralatan di sekolah adalah bagi kegunaan intramural program.Sesetengah sekolah mengenakan bayaran bagi membersihkan peralatan dan ada juga memberikan tugas kepada pelajar. Melalui kajian yang dibuat, 60% sekolah tinggi, 48% sekolah tinggi sederhana dan 34% sekolah tinggi kecil memberikan kemudahan dan peralatan di sekolah. Penyediaan seperti kasut, sarung tangan dan stokin diadakan di sekolah. Akan tetapi, masalah timbul apabila pelajar tidak dapat membeli peralatan tersebut. Oleh

yang demikian mereka menggunakan peralatan yang murah, pinjaman atau barang lama yang dapat dipakai.

Pembelian barang

Jurulatih atau guru haruslah mempunyai pengetahuan mengenai peralatan yang releven dan memberitahu spesifikasi mengenai peralatan tersebut. Jurulatih atau guru juga perlu memahami kegunaan peralatan tersebut. Kualiti barangan hendaklah mempunyai gred yang baik.Peralatan itu mempunyai mutu yang tinggi dan dapat digunakan berpanjangan. Kita dapat membuat perbandingan diantara penggunaan barangan yang berkualiti dan yang tidak berkualiti. Barangan yang berkualiti dapat digunakan bagi tempoh yang lama, manakala barangan yang tidak berkualiti selalunya mudah rosak. Pihak sekolah seharusnya memberikan peruntukan untuk membeli barang atau peralatan sukan dan memberikan kekuasaan untuk membeli peralatan sukan.

Bekalan alat-alatan yang mencukupi:

Tong (1984) ada menyatakan bahawa Pendidikan Jasmani mendidik kanak-kanak melalui pendekatan aktiviti. Oleh itu, sekolah-sekolah mestilah sekurang-kurangnya mempunyai kelengkapan yang minimum dan mencukupi untuk membenarkan guru-guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan memuaskan. Kekurangan alatan-alatanbagi pendidikan jasmani adalah satu aspek yang sentiasa mengecewakan guru-guru dan mendinginkan semangat murid-murid dalam pelajaran pendidikan jasmani di sekolah. Salah satu punca kekurangan ini adalah berpunca daripada dasar perbelanjaan oleh pihak skolah. Kebanyakkan sekolah mempunyai peralatan yang tidak mencukupi berbanding jumlah pelajar yang ramai. Ini

menyebabkan pelajar-pelajar terpaksa berkongsi alatan dengan rakan mereka smeasa menjalankan aktiviti sukan. Bagi pelajar yang berkemampuan mereka tidak menghadapi masalah untuk membeli peralatan sukan. Masalah ini biasanya akan dihadapi oleh pelajar yang tinggal diluar bandar yang tidak berkemampuan.

Dalam soal perbelanjaan sekolah, guru besarlah yang mempunyai kuasa atas penggunaan peruntukan daripada pihak Kementerian Pelajaran.Perbelanjaan mestilah mengikut dan berasaskan keutamaan. Oleh kerana alat-alatan pendidikan jasmani perlu ditokoktambah atau diganti dari semasa ke semasa, guru besar patutlah member perhatiannya kepada keperluan-keperluan perkara itu.

Tong (1984) menyatakan bahawa bagi sekolah-sekolah yang telah lama wujud, masalah kekurangan alat-alatan tidak patut timbul. Tetapi masalah ini masih dialami oleh ssesetengah sekolah dalam negara kita walaupun pembelian peralatan-peralatan dilakukan setiap tahun.Punca masalah ini adalah penjagaan dan pemeliharaan peralatan-peralatan yang kurang memuaskan. Kalau demikian halnya, guru besar perlu memberi perhatiannya yang serius supaya keadaan itu dibetulkan oleh semua pihak berkenaan. Dengan kawalan yang rapi, stok peralatan-peralatan untuk pelajaran pendidikan jasmani sepatutnya bertambah tahun demi tahun. Kekurangan peralatanperalatan itu tidak boleh dibiarkan menjadi satu masalah yang berkekalan.

Charles A. Bucher (1987) berpendapat bahawa pentadbiran kemudahan dan kelengkapan berkuasa di dalam bidang pendidikan jasmani dan program

atlet.Pentadbiran merujuk kepada fungsi yang terdapat dalam sesuatu organisasi demi mencapai sesuatu tujuan.Kemudahan-kemudahan yang pelu dititik beratkan adalah seperti kemudahan luar, seperti padang bola dan taman permainan, dan kemudahankemudahan lain seperti loker, bilik mandi dan sebagainya. Beberapa perkembangan

baru-baru ini mempunyai implikasi bagi pengurusan kemudahan. Kos bahan dan buruh yang meningkat akibat inflasi menyebabkan kaedah faedah yang tinggi menjadikan sukar untuk kemudahan pembinaan. Penjimatan tenaga dan kos perlu diambil kira. Penggunaan barangan yang jimat tenaga dan mesra alam amat dititik beratkan penggunaanya. Penglibatan masyarakat mesti diberikan keutamaan dalam banyakbanyak projek kemudahan. Dana yang diberikan adalah terhad, dan ini menyebabkan pengurangan kos yang melibatkan rancangan pembinaan dan penggunaan tenaga.

Anda mungkin juga menyukai