Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 2 PISMP AMBILAN JANUARI 2008 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN

TEKNIK KUALA LUMPUR

Nama Aktiviti Tarikh Lokasi Anjuran Kumpulan Sasaran

: Bina Insan Guru Siri 2 (Khidmat Masyarakat) : 24 Oktober 2008 : Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat, Banting Selangor : PISMP RBT2 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGM KPT : Semua Pelajar 2 PISMP RBT 2 Ambilan Januari 2008

Laporan Harian Masa 9.00 pagi 11.00 pagi

: Perkara Bertolak ke Sek. Keb. Tanjung Sepat Bertolak dengan menggunakan bas insitut Sampai di sekolah dan mengangkat barang-barang keperluan Selepas semua bersedia, kami mendapat sedikit taklimat daripada Pen Kanan dan ucapan aluan oleh mentor RBT 2

11.30 pagi

Ketua projek kami juga ada memberitahu cara pelaksanaan mural. Kami mula dibahagikan kepada 3 kumpulan Satu kumpulan akan membuat mural di bengkel Kemahiran Hidup.

satu kumpulan lagi akan membuat mural di blok kantin

satu lagi kumpulan akan membuat mural di tangga menuju ke pejabat pentadbiran

1.30 tengahari 4.30 ptg

2.30 ptg

Kami di agihkan dengan pelaka, cat dan berus Kami juga menyalin baju untuk melakukan kerja setelah mendapat arahan Aktiviti membuat mural diteruskan tanpa sebarang pindaan dan gangguan Berhenti seketika untuk berehat dan solat Pihak sekolah juga ada menyediakan makanan tengahari untuk peserta program big 2 ini. Kami rasa sangat bersyukur kerana dilayan sebegitu baik sekali. Setelah masa rehat tamat dan kami telah makan tengahari, kami kembali ke kawasan mural untuk menyambung kerja-kerja yang belum disiapkan lagi Terdapat guru-guru yang tumpang sekaki mewarna mural tersebut Kami minum petang bersama Setelah segalanya selesai, kami mengemas barang-barang Kami mengadakan upacara menyampaikan cenderamata kepada wakil pihak sekolah

5.00 ptg

Kami membersihkan kawasan sekitar dan bersedia untuk berangkat pulang. Pulang ke insitut

Kebaikan

1. Pihak sekolah memberi banyak kerjasama dan komitmen yang sangat baik 2. kawasan sekitar sekolah yang menarik dan strategic untuk kami melaksanakan program BIG 2 ini. 3. Pada program kali ini, hanya satu kelas sahaja yang akan kami jumpa iaitu kelas RBT 2, kelas kami sendiri. Oleh itu, kami lebih mudah bekerjasama sesama sendiri. Kami juga lebih mudah berinteraksi antara satu sama lain 4. Kamudahan peralatan sangat baik. Banyak peralatan yang kami bawa dan kesemuanya digunakan dengan sebaik mungkin 5. Terdapat pelukis terhebat di kalangan ahli kelas kami. Ini sangat memudahkan kerja kami membuat mural dan setiap orang ada menutup setiap kecacatan yang berlaku.

Kelemahan

1. Masa yang kami ada cukup untuk membuat mural tetapi kami tidak dapat beramah mesra dengan ramai warga sekolah kerana kami sibuk membuat mural 2. Kami juga pulang lewat ke institut oleh kerana kesesakan lalu lintas apabila masuk dalam kawasan Kuala Lumpur 3. Mural yang kami rancang untuk laksanakan itu terlalu banyak dan kompleks. Ini menyebabkan kami berkejar-kejar untuk menyiapkannya. 4. Kami bertolak sedikit lewat oleh kerana sedikit kesilapan teknikal Cadangan Penambahbaikan :

1. Saya mencadangkan supaya, selain daripada taklimat dari pihak pentadbiran, perlu ada satu sesi suai kenal bersama dengan guru-guru supaya hubungan dan ukhwah itu terjalin. 2. Cadangan seterusnya ialah, pihak insitut perlu memberi masa yang lebih lama kepada kami supaya kami boleh buat bermacam perkara semasa aktiviti kemasyarakatan. 3. Kami perlu bertolak lebih awal dan memilih masa yang lebih sesuai untuk melakukan aktiviti.

Anda mungkin juga menyukai