Anda di halaman 1dari 48

PROGRAM PENOLONG PEGAWAI FARMASI KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SG.

BULOH TUGASAN 1 SISTEM BEKALAN WAD FARMASI PESAKIT DALAM TAHUN 3 SEMESTER 1
NAMA PENYELARAS : PN. AYU ZELITA BINTI OSMAN NAMA PELAJAR : MUHAMMAD SUHAIL BIN JASNI NOMBOR MYKAD : 910217-01-5629 NOMBOR MATRIK : BPF2009-10331 KUMPULAN : 56 HOSPITAL : HOSPITAL PUTRAJAYA NO. TELEFON : 019-3730384 TARIKH HANTAR : 15 OGOS 2011

1.0

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi akhirnya saya berjaya juga menyiapkan laporan ini dengan jayanya pada masa yang ditetapkan.

Oleh itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pekerja-pekerja serta staf-staf di Jabatan Farmasi Hospital Putrajaya daripada Ketua Pegawai Farmasi, Pegawai-Pegawai Farmasi, Pegawai Farmasi Provisional, Penolong Pegawai Farmasi, Pekerja Rendah Am serta rakan-rakan seperjuangan pelatih yang lain. Jutaan penghargaan saya ditujukan terutamanya kepada Pn Yuzlina bt Mohd. Yunus , Pegawai Farmasi U48 selaku local preseptor (1), Puan Nisamany a/p Periasamy, Penolong Pegawai Farmasi U36 selaku local preseptor (2), serta Cik Faridah binti Jasiman, Penolong Pegawai Farmasi U32, Hospital Putrajaya yang begitu banyak memberi penerangan serta tunjuk ajar kepada saya tentang tugas-tugas sebagai seorang Penolong Pegawai Farmasi.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengajar-pengajar yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan sesi pembelajaran di kolej sebelum ini yang banyak saya praktikkan semasa praktikal di Hospital Putrajaya. Segala jasa baik dan tunjuk ajar yang
i

diberikan amatlah saya hargai untuk dijadikan ilmu pengalaman kerja yang akan diamalkan setelah saya bekerja kelak. Sekian terima kasih.

ii

2.0

PENGENALAN

Jabatan Farmasi adalah satu jabatan yang amat penting dalam organisasi sesebuah hospital atau klinik kesihatan. Di peringkat hospital, Jabatan Farmasi dibahagikan kepada beberapa unit bagi memastikan keberkesanan tugas-tugas dalam membekalkan ubatubatan kepada pesakit luar atau pun pesakit dalam iaitu di wad. Farmasi Pesakit Dalam adalah unit utama yang membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit-pesakit yang berada di dalam wad serta klinik/ unit pakar lain yang terdapat di hospital.

Farmasi Pesakit Dalam di Hospital Putrajaya terletak di aras paling bawah (Lower Ground LG) dan berdekatan dengan stor pusat Hospital Putrajaya. Farmasi Pesakit Dalam di Hospital Putrajaya tidak mempunyai Farmasi Satelit seperti kebanyakan hospital-hospital besar yang lain kerana wad-wad yang terdapat di Hospital Putrajaya tidak terlalu banyak. Oleh itu, semua pembekalan ubat-ubatan kepada wad serta klinik/ unit pakar lain akan disediakan terus dari Farmasi Pesakit Dalam.

Antara wad-wad serta klinik/ unit pakar yang mendapat bekalan ubat-ubatan dari Farmasi Pesakit Dalam adalah wad Obstretik & Ginekologi (2A/ 2B), Paedriatik (2C), Pembedahan (3A/ 3B), Orthopedik (3C), Perubatan (4A, 4B), Eksekutif (5A), Unit Rawatan Rapi (ICU/ CCU), Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Wad Bersalin (L&D), serta Wad Harian Pembedahan dan Perubatan (WSDC/ WMDC). Unit-unit pakar yang

iii

juga mendapat bekalan ubat-ubatan dari Farmasi Pesakit Dalam adalah unit Hemodialisis, Unit Radiografi, Unit Perubatan Nuklear, serta Unit Kecemasan & Trauma.

Terdapat 3 sistem bekalan wad yang diamalkan di Farmasi Pesakit Dalam di Hospital Putrajaya iaitu Unit Use, Unit Dose, dan Floor Stock. Sistem Unit Dose diamalkan untuk bekalan ubat-ubatan kepada wad Pembedahan (3A/ 3B) dan wad Perubatan (4A/ 4B). Manakala sistem Unit Use pula diamalkan untuk bekalan ubatubatan kepada wad-wad lain iaitu wad Eksekutif (5A), Unit Rawatan Rapi (ICU/ CCU), Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Wad Bersalin (L&D), serta Wad Harian Pembedahan dan Perubatan (WSDC/ WMDC). Floor Stock pula akan dibekalkan kepada semua wad serta klinik/ unit pakar yang membuat pesanan.

iv

3.0

DEFINISI/KONSEP/TERMINOLOGI TAJUK

3.1

SISTEM = Aturan, peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, teknik, panduan, ketetapan, stail, polisi, tertib, dan ketentuan.

3.2

BEKALAN = Barang/ benda yang dipakai serta disediakan sebagai bekalan untuk persediaan. Bekalan disini bermaksud ubat-ubatan berpandukan tugasan ini.

3.3

WAD = Bilik atau bahagian di sesebuah hospital yang menjadi tempat tinggal pesakit dalam tempoh rawatan tertentu.

3.4

FARMASI = Tempat ubat dan bahan-bahan perubatan disediakan, diberikan ataupun dijual kemudian didispens.

3.5

PESAKIT DALAM = Pesakit yang dimasukkan ke dalam wad untuk menjalani rawatan akibat penyakit ataupun kecelakaan yang dihadapi.

vi

4.0 Bil 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 5.1 5.2 5.3

ISI KANDUNGAN Kandungan PENGHARGAAN PENGENALAN DEFINISI/KONSEP/TERMINOLOGI ISI KANDUNGAN PERBINCANGAN TAJUK LATAR BELAKANG CARTA ORGANISASI SISTEM BEKALAN WAD FARMASI PESAKIT DALAM DI HOSPITAL PUTRAJAYA Muka surat i ii-iii v-vi 1 2 2-3 4 5-32

6.0 7.0 8.0 9.0

RUMUSAN CADANGAN RUJUKAN LAMPIRAN

33 35 36 37-41

5.0 5.1

PERBINCANGAN TAJUK LATAR BELAKANG

Farmasi Pesakit Dalam Hospital Putrajaya di aras paling bawah (Lower Ground LG) dan berdekatan dengan stor pusat Hospital Putrajaya. Di dalam Farmasi Pesakit Dalam Hospital Putrajaya juga terdapat unit-unit farmasi yang lain seperti unit Galenikal, unit Aseptik, Pusat Maklumat Ubat atau Drug Information System (DIS), dan unit Farmasi Klinikal. Selain itu, terdapat juga substor ubat seperti stor tablet, stor suntikan, stor losyen dan krim, stor Total Parenteral Nutrition, stor Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR), dan bilik aseptik.

Farmasi Pesakit Dalam terdiri daripada Pegawai Farmasi, Pegawai Farmasi Provisional (PRP), Penolong Pegawai Farmasi, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Penolong Pegawai Farmasi Pelatih dalam melaksanakan tanggungjawab dalam menyediakan bekalan ubat-ubatan kepada wad-wad serta klinik/ unit pakar lain yang memerlukan ubat-ubatan.

Farmasi Pesakit Dalam Hospital Putrajaya beroperasi setiap hari bermula hari Isnin sehingga Ahad. Berikut adalah waktu operasi Farmasi Pesakit Dalam:Isnin Jumaat: 8.00 pagi hingga 8.00 malam Sabtu Ahad: 9.00 pagi hingga 5.00 petang Pada waktu selain dari yang dinyatakan disebelah, Pegawai Farmasi yang bertugas dalam panggilan atau on-call akan bertanggungjawab menyediakan ubatubatan yang diperlukan oleh wad pada bila-bila masa.

5.2

CARTA ORGANISASI
KETUA JABATAN FARMASI PEGAWAI FARMASI U54 PUAN KAMARUNNESA BT. MOKHTAR AHMAD PEGAWAI FARMASI U54 PUAN NORAINI BT. MOHAMAD PEGAWAI FARMASI U48 YUZLINA BT MOHD YUNUS

PEGAWAI FARMASI U41 CIK NGAN YUIH SZE EN. SEE CHEE CHOON CIK CHOW YEN NEE PENOLONG PEGAWAI FARMASI U36 PN. NISAMANY A/P PERASAMY

PENOLONG PEGAWAI FARMASI U32 CIK FARIDAH BT. JASIMAN EN. NIK ISMAIL B. ISMAIL EN. KAMAZLAN BT. MD YUSOF

PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29 EN. MOHD ALISOBRI PN. AZLYN NUZLINA BT. ABDUL HALIM

5.3

SISTEM BEKALAN WAD FARMASI PESAKIT DALAM HOSPITAL PUTRAJAYA

Di Farmasi Pesakit Dalam Hospital Putrajaya, terdapat tiga sistem bekalan wad yang diamalkan dalam proses membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit di dalam wad atau klink/ unit pakar. Tiga sistem tersebut adalah Floor Stock, Unit Use, dan Unit Dose.

Sistem Floor Stock diamalkan untuk semua wad dan klinik/ unit pakar termasuklah Unit Kecemasan, Unit Hemodialisis, Unit Perubatan Nuklear, Unit Rawatan Rapi, Unit Rawatan Harian, Unit Rawatan Rapi Neonatal dan unit-unit lain di Hospital Putrajaya. Manakala sistem bekalan Unit Use digunakan untuk membekalkan ubat-ubatan kepada semua wad iaitu wad Obstretik & Ginekologi (2A/ 2B), Paedriatik (2C), Orthopedik (3C), Eksekutif (5A), Unit Rawatan Rapi (ICU/ CCU), Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Wad Bersalin (L&D), serta Wad Harian Pembedahan dan Perubatan (WSDC/ WMDC) kecuali wad Pembedahan (3A/ 3B) dan Perubatan (4A, 4B) yang membekalkan ubat menggunakan sistem unit dose.

Ketiga-tiga sistem tersebut diamalkan untuk memastikan bekalan ubatubatan adalah sentiasa mencukupi, betul dan tepat untuk diberikan kepada pesakit.

Sistem-sistem bekalan wad seperti Unit Use dan Unit Dose ini mempunyai kelebihan dalam membekalkan ubat-ubatan secara individu dan berterusan kepada pesakit, meningkatkan komplian dan mengurangkan pembaziran jika

dibandingkan dengan sistem tradisional yang mana wad memesan ubat dalam kuantiti yang banyak dan yang akhirnya mengundang kepada stok berlebihan di wad.

5.3.1

FLOOR STOCK

Floor Stock adalah stok yang disimpan di dalam wad untuk kegunaan pesakit di dalam wad tersebut yang diberikan penyimpanannya mengikut disiplin wad-wad dan klinik/ unit pakar di Hospital Putrajaya yang akan digunakan selepas waktu pejabat atau After Office Hours (AOH).

Definisi Floor Stock itu sendiri bermaksud stok ubat-ubatan yang disimpan di Unit-unit/ Wad-wad mengikut keperluan yang diluluskan oleh Jabatan Farmasi Hospital Putrajaya yang akan digunakan selepas waktu pejabat.

Ubat-ubat yang disenaraikan sebagai Floor Stock seharusnya terdiri daripada ubat untuk kegunaan harian yang sering digunakan di wad-wad dan perlu disediakan secara pukal. Kuantiti ubat-ubatan untuk setiap wad dan klinik/ unit pakar mungkin berbeza antara setiap wad dan klinik/ unit pakar mengikut ketetapan yang telah dipersetujui bersama Jabatan Farmasi dan Ketua Jururawat yang bertanggungjawab di setiap wad, klinik atau unit pakar.

Floor Stock ubat-ubatan yang dibekalkan kepada wad serta klinik atau unit pakar di Hospital Putrajaya terbahagi kepada empat kategori iaitu:-

i. Tablet dan Suntikan ii. Lotion dan Mixture/ Syrup iii. Dadah Berbahaya dan Ubat Psikotropik iv. Intravenous (IV) Drip Pembekalan ubat-ubatan tersebut adalah mengikut hari-hari tertentu yang ditetapkan untuk setiap kategori ubat-ubat di bawah. Pembahagian hari-hari tersebut adalah seperti berikut:Kategori Ubat Tablet dan Suntikan Lotion dan Mixture/ Syrup Dadah Merbahaya dan Ubat Psikotropik Intravenous (IV) Drip Isnin dan Khamis Hari Pembekalan Selasa dan Jumaat Isnin, Rabu dan Jumaat Selasa dan Jumaat

Bin-bin ubat yang disediakan untuk pembekalan Floor Stock juga mengikut kategori ubat-ubat seperti berikut:Kategori Ubat Tablet dan Suntikan Lotion Mixture/ Syrup Kelabu Merah Biru Warna Bin

Bekas-bekas persediaan yang dibekalkan kepada wad-wad dan klinik serta unit pakar juga mengikut jenis-jenis persediaan. Berikut adalah kategorinya:Kategori Ubat Tablet Lotion Mixture/ Syrup Bekas Persediaan Botol kaca amber Botol kaca amber 500ml Botol plastik clear 120ml (ready-made dalam botol plastik asal)

Simpanan ubat di wad-wad mestilah mengikut jenis dan bilangan yang telah dipersetujui oleh Ketua Jururawat yang menyelia wad tersebut dan Pegawai Farmasi Pesakit Dalam.

Senarai Floor Stock disediakan atas permintaan wad/ unit tersebut dan dipersetujui oleh Ketua Jabatan yang menjaga wad/ unit tersebut. Pemberian bekalan dan kuantiti adalah atas pertimbangan Pegawai Farmasi Pesakit Dalam mengikut beberapa aspek iaitu :i. Keperluan kecemasan/ selepas waktu pejabat ii. Kemudahan/ kesesuaian penstoran di wad iii. Keperluan kuantiti stok mengikut dos dan indikasi serta keperluan lain yang berkenaan

Kuantiti yang diinden perlu dianggar supaya tidak melebihi keperluan untuk minggu itu kerana inden Floor Stock untuk Tablet/Capsule, IV Drips, Dadah Merbahaya dan Psikotropik (DD & Psy) dilakukan dua kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Jumaat. Manakala Floor Stock untuk Losyen/ Mixture dilakukan tiga kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu, dan Jumaat.

10

PROSES KERJA FLOOR STOCK


Wad memerlukan stok Jururawat membuat pesanan ubat melalui Stock Requisition (SR) Ringkasan :PPK Pembantu Perawatan Kesihatan PPF Penolong Pegawai Farmasi SR Stock Requisition PPF akan melihat pesanan yang telah diterima oleh wad dan klinik/ unit pakar

PPK menghantar bekas kosong sekiranya perlu beserta bin ubat

Pesanan lengkap dan tiada masalah

tidak akan menghubungi Jururawat PPF


dan menjelaskan masalah

Tidak

PPF akan mengemaskini sistem mengenai penjelasan yang dibuat

PPF mencetak SR untuk rujukan bekalan yang hendak dibuat

PPF merujuk kepada fail Floor Stock wad sebelum membuat bekalan

PPF mengisi item-item yang diinden dan diisi ke dalam bin mengikut wad

PPF akan mengemaskini sistem untuk stok yang dikeluarkan

Jururawat akan mengambil stok dan menandatangan.

11

Apabila wad memerlukan stok yang tidak mencukupi, Jururawat yang bertugas akan membuat pesanan menggunakan inden melalui sistem yang dipanggil Stock Requisition (SR) pada jam 8.15 pagi pada hari pembekalan Floor Stock yang telah ditetapkan. Kemudian Pembantu Perawatan Kesihatan akan menghantar bekas kosong beserta bin ubat dari wad masing-masing ke Farmasi Pesakit Dalam.

Penolong Pegawai Farmasi akan menyemak pesanan yang diterima oleh wad-wad melalui sistem. Sekiranya terdapat masalah pada pesanan, Penolong Pegawai Farmasi akan menghubungi wad berkenaan dan menjelaskan masalah yang didapati dan kemudian mengemaskini atau update sistem. Setelah tiada sebarang masalah, Penolong Pegawai Farmasi akan mencetak Stock Requisition (SR) untuk dijadikan rujukan bekalan semasa proses membekalkan ubat-ubat tersebut kepada wad. Kemudian, Penolong Pegawai Farmasi akan merujuk kepada fail Floor Stock wad/ unit tersebut untuk memastikan pesanan yang dibuat tidak melebihi jumlah maksimum yang telah ditetapkan sebelum membuat pembekalan yang telah dipesan. Selepas itu, barulah Penolong Pegawai Farmasi akan mengisi item-item yang dipesan ke dalam sampul dan kemudian melabelkannya serta meletakkan tarikh luput ubat tersebut. Selepas semua ubat telah diisi di dalam bin ubat, ianya akan diletakkan di kabinet yang telah disediakan mengikut wad masingmasing. Penolong Pegawai Farmasi akan mengemaskini sistem untuk stok yang telah dibekalkan.

12

Manakala untuk pembekalan floor stock bagi dadah merbahaya dan ubat psikotropik, ianya akan dikendalikan oleh Pegawai Farmasi Provivional (PRP) di bilik simpanan Dadah Merbahaya dan Ubat Psikotropik. Setiap pembekalan hendaklah direkod di dalam buku rekod pembekalan mengikut jenis ubat. Pembekalan ubat-ubat bagi dadah merbahaya dan ubat psikotropik dibekalkan di dalam bekas simpanan yang berkunci.

Pegawai Farmasi akan membuat semak silang semula ke atas bekalan ubat-ubatan yang telah diisi berpandukan Stock Requisition (SR) yang telah dicetak dari sistem dan ditandatangani oleh Penolong Pegawai Farmasi yang mengisi pembekalan ubat. Setelah tiada sebarang masalah, ubat-ubat yang dibekalkan telah sedia untuk diambil oleh wadwad yang membuat permohonan. Pembantu Perawatan Kesihatan atau Jururawat akan mengambil bekalan ubatubatan yang telah dipesan dan dibekalkan oleh Jabatan Farmasi Pesakit Dalam dan kemudian mereka akan menurunkan tandatangan pengesahan penerimaan pada Stock Requisition (SR) tersebut. Hasilnya, bekalan stok di wad-wad yang tidak mencukupi dapat ditambah.

13

Pembekalan ubat-ubatan kepada wad-wad adalah mengikut kategori dan berbeza unit yang membekalkannya. Berikut adalah kategori ubat-ubatan dari unit farmasi yang membekalkannya :-

Kategori Ubat Tablet dan Suntikan

Unit yang membekalkan

Farmasi Pesakit Dalam Dadah Merbahaya & Ubat Psikotropik Lotion & Mixture/ Syrup Intravenous (IV) Drip Galenikal Farmasi Pesakit Dalam (stok diambil di Stor Pusat)

14

KELEBIHAN FLOOR STOCK Pengunaan Floor stock dianggap tradisional kerana telah digunakan sejak dari awal penubuhan hospital di Malaysia. Walaupun ia telah lama digunakan tetapi masih terdapat beberapa kelebihan dalam floor stock ini. Antaranya; i. Floor stock diberi dalam satu kuantiti yang pukal yakni satu kuantiti yang banyak. Bagi wad-wad pakar dan kecemasan, kuantiti yang banyak ini boleh membantu jika terdapat kes kes yang dimana memerlukan ubat dalam satu kuantiti yang banyak. ii. Walaupun floor stock boleh menyebabkan pembaziran tetapi sock yang banyak pada satu satu wad boleh membantu dalam keadaan dimana jika bekalan ubat dari farmasi telah kehabisan atau sedang menunggu barang dari stor utama.

KELEMAHAN FLOOR STOCK

Oleh keranan floor stock adalah sabuah system pemberian ubat ke wad yang purba, jelas sekali terdapat banyak kelemahan dipamerkan. Antaranya;

i.

Pembaziran berlaku dengan banyak oleh kerana setiap ad kadangkala memesan ubat tanpa melihat stok ubat masing masing terlebih dahulu di stor ubat wad. Terdapat jugak keadaan dimana ubat tersebut telah mencapai tarikh luputnya kerana ubat yang dipesan tidak digunakan tetapi dipesan dengan kuantiti yang banyak.

15

ii.

Terdapat banyak ubat return yakni ubat yang dipulangkan. Ini boleh meyebabkan penindihan stock di farmasi. Adakalanya, jika farmasi telah menukarkan jenama sesuatu ubat dan terdapat ubat return dari wad, ini boleh menyebabkan kekeliruan yang mungkin membawa kepada kesilapan pendispensan.

16

5.3.2

UNIT USE

Unit Use didefinisikan sebagai cara pembekalan ubat-ubatan melalui preskripsi kepada pesakit secara individu di mana regim yang ditulis oleh doktor dibekalkan dalam bentuk bungkusan yang mengandungi satu course ubat untuk satu jangkamasa yang tertentu.

Unit Use di Farmasi Pesakit Dalam Hospital Putrajaya diamalkan kepada wadwad utama iaitu Wad Obstretik & Ginekologi (WOBA-2A/ WOBB-2B), Paedriatik (WPAE-2C), Orthopedik (WORT-3C), Ekxekutif (WEXE-5A) dan wad Unit Rawatan Rapi/ Unit Rawatan Rapi Koronari (ICU/ CCU). Selain wad utama berikut, sistem ini juga diamalkan untuk wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan Unit Rawatan Harian (WSDC/ WMDC).

Sistem Unit Use yang diamalkan di Farmasi Pesakit Dalam akan dibekalkan setiap hari kepada pesakit-pesakit di wad berdasarkan pesanan atau order yang telah dibuat mengikut tempoh yang tertentu. Tempoh maksimum yang akan dibekalkan biasanya tiga hari dan dibekalkan secara separa atau partial. Selepas tiga hari, Pegawai Perubatan akan menyemak semula pesanan tersebut sama ada terdapat perubahan atau rawatan masih diteruskan. Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada rawatan, Pegawai Perubatan akan membatalkan preskripsi yang sebelumnya. Kemudian Pegawai Perubatan

17

akan membuat pesanan semula sekiranya terdapat perubahan pada rawatan. Seterusnya Pegawai Farmasi akan menyemak semula pesanan yang telah dibuat oleh Pegawai Perubatan tersebut. Jururawat yang bertugas akan menghubungi pihak Farmasi untuk membekalkan ubat susulan untuk tiga hari lagi bagi meneruskan rawatan sekiranya tiada perubahan.

18

PROSES KERJA UNIT OF USE

Pesakit memerlukan ubat

Pegawai Perubatan membuat order melalui Pharmacy Information System(PIS)

Pegawai Farmasi menyaring pesanan Pegawai Perubatan melalui PIS Hubungi dan jelaskan pada doktor masalah yang dihadapi

Tiada masalah pada order

Tidak

Ya

Ya

Pegawai Farmasi menyaring semula order baru

Doktor membetulkan order

Pegawai Farmasi akan memasukkan kuantiti yang perlu dibekalkan dan mencetak label

sambungan

19

sambungan

Penolong Pegawai Farmasi menyediakan ubat

Penolong Pegawai Farmasi meletakkan ubat di dalam bin ubat

Adakah troli ubat telah sampai

Letakkan ubat ke tepi

Pindahkan ubat pesakit ke atas troli ubat

Penolong Pegawai Farmasi mencetak laporan Drug Distribution List

Penolong Pegawai Farmasi menyemak ubat yang disediakan dengan laporan Drug Distribution List

Pegawai Farmasi membuat semak silang ubat yang disediakan dengan laporan Drug Distribution List

Jururawat menyemak penerimaan ubat dan menandatangani laporan Drug Distribution List mengesahkan penerimaan ubat-ubat

20

Proses kerja Unit of Use bermula apabila pesakit memerlukan rawatan dan pengubatan. Pegawai Perubatan akan membuat order menggunakan Pharmacy Information Service (PIS).

Pegawai Farmasi akan menyaring preskripsi yang dibuat oleh Pegawai Perubatan melalui Pharmacy Information Servive (PIS). Sekiranya terdapat sebarang masalah terhadap preskripsi tersebut, Pegawai Farmasi akan menghubungi Pegawai Perubatan dan menjelaskan masalah yang didapati. Kemudian Pegawai akan mengemaskini sistem untuk intervensi ubat. Pegawai Perubatan akan membuat pembetulan ke atas order berikut mengikut keperluan.

Selepas mengisi ubat tersebut, letakkan ubat yang telah siap disediakan ke dalam bin ubat. Sekiranya troli ubat dari wad telah pun sampai, Penolong Pegawai Farmasi akan mencetak laporan Drug Distribution List untuk setiap wad. Penolong Pegawai Farmasi akan memindahkan ubat-ubat di dalam bin ubat ke atas troli dan memeriksa ubat-ubat yang telah disediakan berpandukan laporan Drug Distribution List. Pegawai Farmasi akan memeriksa kembali ubat-ubat yang telah diisikan untuk disemak silang.

Kemudian Jururawat yang bertugas akan turun ke Farmasi Pesakit Dalam untuk mengambil troli ubat dan memeriksa kembali ubat-ubat yang diterima serta menurunkan tandatangan pengesahan penerimaan ubat-ubat tersebut.

21

KELEBIHAN UNIT USE Dengan amalan sistem Unit Use yang diamalkan di hospital, terdapat beberapa kelebihan yang dapat diperolehi. Antaranya ialah :i. Kawalan kegunaan ubat adalah lebih baik dan tidak terjadinya kelebihan stok ubat-ubatan di wad-wad. Ini dapat mengurangkan pembaziran kerana ubat hanya akan dibekalkan mengikut keperluan pesakit sahaja. ii. Proses memesan ubat menjadi lebih mudah dan cekap bagi Pegawai Perubatan disamping dapat mengesan dan menyemak semula penggunaan ubat ke atas pesakit. iii. Penggunaan ubat-ubatan adalah lebih rasional berbanding sistem tradisional kerana ubat dibekalkan berpandukan permintaan carta medikasi pesakit dan bukannya mengikut keperluan wad tersebut. iv. Ubat-ubatan pesakit juga tidak dicampurkan dan diasingkan mengikut bin ubat masing-masing di troli wad. Secara tidak langsung ini dapat mengurangkan kesilapan pengubatan kerana setiap bin dilabel dengan nama pesakit dan nombor katil. v. Mengurangkan beban Jururawat kerana setiap bungkusan ubat telah dilabel dengan arahan yang lengkap tentang bilangan ubat yang perlu diambil sekali dan kekerapannya. vi. Sebarang polifarmasi, interaksi dan kesilapan dos dapat dikesan semasa Pegawai Farmasi menerima pesanan.

22

KELEMAHAN UNIT USE Walaupun amalan sistem Unit of Use mempunyai kelebihan. Namun ianya juga terdapat kelemahan iaitu memerlukan tenaga manusia yang banyak dan memerlukan masa yang lebih untuk proses kerjanya.

23

5.3.3

UNIT DOSE

Sistem Unit Dose adalah sistem bekalan ubat mengikut setiap unit dos kepada pesakit pada masa tertentu dalam bentuk yang sedia untuk digunakan. Sistem Unit Dose merupakan sistem pembekalan dan pengawalan ubat-ubatan yang diselaraskan oleh pihak farmasi di mana pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit dibekalkan mengikut dos individu. Unit Dose adalah satu kaedah pembekalan ubat-ubatan di mana ubat-ubatan pesakit disediakan dalam dos individu oleh pihak farmasi dan kemudian dibekalkan di dalam bungkusan sampul berlabel secara individu kepada pesakit untuk diberikan oleh jururawat yang bertugas mengikut jadual yang ditetapkan.

Amalan sistem bekalan wad Unit Dose di Farmasi Pesakit Dalam Hospital Putrajaya ini hanya digunakan untuk wad Pembedahan (WSUA-3A/ WSUB-3B) dan wad Perubatan (WMEA-4A/ WMEB-4B) sahaja. Ini kerana sistem bekalan wad secara Unit Dose baru sahaja diamalkan di Hospital Putrajaya pada hujung bulan Jun 2010. Pada peringkat percubaan hanya wad Pembedahan (WSUA-3A, WSUB-3B) yang

menggunakan pembekalan secara sistem Unit Dose. Pada masa hadapan, pembekalan ubat-ubatan pesakit dalam akan diseragamkan dengan menggunakan sistem Unit of Dose di kesemua wad-wad di Hospital Putrajaya.

24

Dengan sistem ini, ubat-ubatan untuk setiap pesakit akan dibungkus dan dilabel dalam satu unit dos penggunaan bagi tempoh sehari dan akan diletakkan di dalam bin individu pesakit mengikut slot masa pemberian ubat yang ditetapkan mengikut frekuensi pengambilan ubat dalam sehari.

Kelebihan utama sistem Unit Dose ialah mengurangkan kesalahan medikasi atau medication error serta dapat meningkatkan kualiti dan keselamatan pembekalan ubatubatan kepada pesakit. Selain itu, ianya dapat meningkatkan kecekapan penggunaan personel dan kepuasan pelanggan iaitu pesakit. Kelebihan lain ialah sistem ini dapat meningkatkan pemantauan dan kawalan ubat seseorang pesakit. Ini dapat memastikan jururawat memberikan setiap dos ubat kepada pesakit dan seterusnya memastikan komplian kepada pesakit terhadap pengambilan ubat. Di samping itu, ianya dapat mengurangkan peratusan pemulangan ubat dari wad-wad seterusnya mengurangkan pembaziran ubat-ubatan yang tidak digunakan. Interaksi antara personel dengan Jabatan Farmasi, Pegawai Perubatan, serta Jururawat dapat ditingkatkan dalam memastikan pharmaceutical care tercapai.

Setiap wad Pembedahan (WSUA-3A, WSUB-3B) dan wad Perubatan (WMEA4A, WMEB-4B) akan disediakan satu troli dan satu removable drawer totes untuk pertukaran dan pengisian semul. Semua ubat susulan dan pesanan medikasi baru akan disaring bermula dari pukul 8.00 malam (hari sebelumnya) sehingga pukul 12.00 tengah

25

hari keesokkannya (hari penyediaan). Troli akan dibawa turun oleh Jururawat untuk ditukar dengan drawer yang telah siap diisi pada jam 2.00 petang setiap hari.

26

PROSES KERJA UNIT OF DOSE


Pegawai perubatan memesan ubat mengunakan Pharmacy Information System (PIS) Preskripsi diterima oleh pegawai farmasi melalui sistem perkomputeran Pegawai Farmasi menyaring pesanan Pegawai Perubatan melalui PIS Hubungi dan jelaskan pada doktor masalah yang dihadapi

Tiada masalah pada order

Tidak

Pegawai Farmasi mengemaskini sistem untuk intervensi ubat

Pegawai Farmasi menyaring semula order baru

Pegawai Farmasi akan memasukkan kuantiti yang perlu dibekalkan dan mencetak label

sambungan

27

sambungan

Penolong Pegawai Farmasi akan Print Screen senarai nama pesakit di dalam wad dari Electronic Medication Report (EMR) dan failkannya

Penolong Pegawai Farmasi mengeluarkan Cumulative Medication Report (CMR) pesakit yang telah discaj

Penolong Pegawai Farmasi menyemak drawer dan mengeluarkan semua ubat dan label bin pesakit yang telah discaj dan merekodkannya di dalam borang Unit Dose (UOD2)

Penolong Pegawai Farmasi menyediakan Cumulative Medication Report (CMR) dan label bin untuk pesakit baru

Penolong Pegawai Farmasi menyediakan ubat pesakit mengikut label yang ditampal di dalam Cumulative Medication Report (CMR) dan diletakkan ubat mengikut slot masa yang betul di setiap bin

Pegawai Farmasi akan melakukan semak silang ke atas ubat-ubat yang telah diisi ke dalam bin pesakit

Jururawat akan membawa troli dan menukar Drawer yang telah siap diisi kemudian menurunkan tandatangan penerimaan ubat

28

Proses kerja Unit Dose bermula apabila pesakit memerlukan ubat untuk rawatan dan Pegawai Perubatan akan membuat pesanan atau order melalui Pharmacy Information System (PIS). Pegawai Perubatan boleh membuat pesanan atau order seperti biasa tetapi maksimum sehingga 14 hari. Pegawai Perubatan tidak perlu membuat pesanan atau order setiap tiga hari. Sekiranya terdapat perubahan regim untuk rawatan, Pegawai Perubatan akan memaklumkannya kepada Pegawai Farmasi melalui Advice Note atau telefon. Kemudian Pegawai Perubatan akan membatalkan order dalam sistem dan kemudian membuat pesanan atau order baru.

Pegawai Farmasi akan menyaring pesanan atau order yang telah dibuat oleh Pegawai Perubatan. Sekiranya terdapat sebarang masalah seperti polifarmasi, kesalahan dos, kesalahan frekuensi atau lain-lain lagi, Pegawai Farmasi akan menghubungi dan menjelaskan permasalahan tersebut kepada Pegawai Perubatan yang berkenaan untuk membetulkan pesanan atau order tersebut. Setelah Pegawai Perubatan membetulkan pesanan atau order tersebut barulah Pegawai Farmasi akan menyaring semula dan kemudian mencetak label ubat tersebut setelah tiada sebarang masalah lagi.

Setiap pagi, Penolong Pegawai Farmasi akan mencetak senarai nama pesakit yang berada di dalam wad-wad yang menggunakan sistem Unit Dose iaitu wad Pembedahan (WSUA-3A, WSUB-3B) dan wad Perubatan (WMEA-4A, WMEB-4B) dari Electronic Medication Record (EMR) dan memfailkannya. Penolong Pegawai Farmasi akan menyemak senarai nama pesakit di dalam wad dan mengenalpasti pesakit yang telah
29

discaj. Penolong Pegawai Farmasi akan mengeluarkan Cumulative Medication Record (CMR) pesakit yang telah discaj dari fail wad tersebut. Penolong Pegawai Farmasi akan menyemak drawer bin dan mengeluarkan semua ubat dan label bin pesakit yang telah discaj serta merekodnya dalam borang Unit Dose 2 (UOD2).

Kemudian Penolong Pegawai Farmasi akan menyediakan Cumulative Medication Record (CMR) dan label bin untuk pesakit baru. Kemudian, Penolong Pegawai Farmasi akan menyediakan ubat-ubatan mengikut label-label ubat bagi setiap pesakit mengikut turutan nombor katil. Ubat-ubat pesakit akan diletakkan mengikut slot masa yang telah ditetapkan mengikut frekuensi dos yang betul. Setiap pembekalan ubat yang dimasukkan adalah mengikut slot dan direkodkan di dalam fail Cumulative Medication Record (CMR) setiap pesakit.

Selepas Penolong Pegawai Farmasi selesai mengisi dan menyediakan ubat-ubatan di dalam bin, Pegawai Farmasi akan melakukan semak silang ke atas ubat-ubatan tersebut berpandukan fail Cumulative Medication Report (CMR) setiap pesakit. Jururawat akan turun membawa troli pada pukul 2.00 petang dan kemudian drawer yang telah siap diisi ubat akan ditukarkan ke dalam troli tersebut. Jururawat yang menerima ubat tersebut mestilah menurunkan tandatangan pengesahan penerimaan ubat-ubatan tersebut.

30

KELEBIHAN UNIT DOSE Dengan amalan sistem Unit Dose yang diamalkan di hospital, terdapat beberapa kelebihan yang dapat diperolehi. Antaranya ialah :i. Dapat mengawal penggunaan ubat yang maksimum. Secara tidak langsung ini dapat mengurangkan pembaziran dari berlaku. ii. Mengurangkan insiden kesalahan pengubatan ke tahap yang minimum kerana satu Unit Dose penggunaan mengekalkan identiti setiap ubat sehingga ia diadministrasi oleh pesakit. Kedua-dua pihak farmasi dan jururawat juga saling menyemak setiap pesanan yang dibuat oleh Pegawai Perubatan. iii. Memastikan Pharmaceutical Care dapat dicapai di mana pesakit dapat meningkatkan kualiti hidup dengan mendapat kesan terapeutik ubat yang sepatutnya. iv. Pembekalan ubat-ubatan juga diberikan dalam bentuk dos yang sedia untuk digunakan dan ini memudahkan jururawat semasa memberikan ubat kepada pesakit. KELEMAHAN UNIT DOSE Walaupun amalan sistem Unit Use mempunyai banyak kelebihan. Namun ianya juga terdapat kelemahan. Antaranya ialah :i. Memerlukan tenaga manusia yang banyak dalam menyediakan ubatubatan mengikut dos bagi setiap pesakit.

31

ii. Meningkatkan beban kerja farmasi terutamanya kerja membungkus, melabel dan merekod yang mengambil masa yang agak lama. iii. Memerlukan penyemakan intensif ke atas pembekalan ubat-ubatan tersebut supaya tiada kesalahan pengubatan yang berlaku.

32

6.0

RUMUSAN

Sistem bekalan wad yang baik dan berpraktikal adalah sangat diperlukan dan amat berguna dalam membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit di wad-wad serta klinik/ unit pakar di Hospital Putrajaya mahupun hospital-hospital lain juga. Ini dapat memastikan bahawa setiap pesakit yang memasuki wad akan mendapat Pharmaceutical Care yang optimum supaya pesakit mendapat kesan terapeutik ubat yang diambil dengan cepat dan berkesan.

Ketiga-tiga sistem bekalan wad yang diamalkan di Farmasi Pesakit Dalam Hospital Putrajaya iaitu sistem Floor Stock, Unit Use, dan Unit Dose dapat dilihat sebagai sistem yang tersusun, berpraktikal, mudah dan senang untuk diamalkan bagi kedua-dua pihak sama ada pihak farmasi sendiri serta dengan pihak wad-wad atau klinik/ unit pakar yang memerlukan bekalan ubat-ubatan dari masa ke semasa. Lebih memudahkan lagi apabila sistem teknologi maklumat digunakan seperti Pharmacy Information System (PIS) dan Stock Requisition (SR) untuk memudahkan Pegawai Perubatan dan Jururawat membuat pesanan serta berurusan dengan pihak farmasi.

Secara kesimpulannya, kebaikan amalan sistem-sistem yang dipakai ini ternyata lebih baik dari sistem tradisional yang diamalkan suatu ketika dahulu di mana pembekalan ubat-ubatan dibuat secara pukal ke wad-wad untuk disimpan dan digunakan oleh pesakit-pesakit di wad. Apabila sistem Unit of Use dan Unit

33

of Dose diamalkan di hospital secara tidak langsung dapat mengurangkan beban kerja jururawat dalam penyediaan ubat-ubat di samping dapat mengurangkan kesalahan pengubatan.

34

7.0

CADANGAN

Terdapat beberapa cadangan yang dapat difikirkan dalam meningkatkan lagi perkhidmatan bekalan wad di Farmasi Pesakit Dalam Hospital Putrajaya. Pertama sekali, amalan sistem Unit of Dose boleh diaplikasi kepada semua wad yang terdapat di Hospital Putrajaya secara berperingkat. Bermula dari wad Pembedahan (WSUA-3A, WSUB-3B) sebagai percubaan yang dilihat berjaya dalam mengamalkan pembekalan Unit of Dose dan seterusnya wad Perubatan (WMEA-4A, WMEB-4B) yang juga dilihat berjaya mengamalkan pembekalan secara sistem Unit of Dose, maka langkah-langkah untuk mempertingkatkan lagi amalan sistem Unit of Dose haruslah difikirkan sebaik mungkin sama ada menambahkan keperluan yang diperlukan serta menambahkan sumber tenaga manusia yang secukupnya dalam melaksanakan sistem ini dengan cekap.

Selain itu, komunikasi antara Jururawat dan Pegawai Perubatan serta dari pihak farmasi sendiri haruslah dipertingkatkan supaya wujud komunikasi antara dua hala dalam meningkatkan Pharmaceutical Care kepada pelanggan atau pesakit. Perbincangan dua hala boleh memudahkan lagi cara yang difikirkan sesuai bagi kedua-dua belah pihak dalam pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit.

35

8.0

RUJUKAN

i. DOKUMEN AWAM - Fail Meja Penolong Pegawai Farmasi U29 - Fail Carta Aliran Kerja - Perlaksanaan Sistem Unit of Dose

ii. BUKU - Kamus Dwibahasa Oxford Fajar - Oxford Advanced Learners Dictionary - Kamus Jururawat Oxford Fajar

iii. LAMAN WEB - www.hpj.gov.my/pjh/ - www.translate.google.com.my - www.jknselangor.moh.gov.my - www.pharmacy.gov.my/aeimages/File/lap_thn_2006-edit_jan-dis - http://en.wikipedia.org/wiki/Electronic_medical_record

36

9.0

LAMPIRAN

Troli beserta drawer yang digunakan dalam penyediaan Unit of Dose

37

PENGESAHAN PENYELIA / PERSEPTOR

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan reflektif ini dan pada pandangan saya tugasan ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti sebagai sebahagian dari penilaian Latihan Praktis bagi Diploma Penolong Pegawai Farmasi Tahun 3 Semester 1

Tandatangan : .

Nama Penyelia : ...........................

Tarikh :

38

CONTOH STOCK REQUISITION (SR) UNTUK FLOOR STOCK

39

CONTOH LAPORAN DRUG DISTRIBUTION LIST DALAM UNIT USE

40

CONTOH CUMULATIVE MEDICATION RECORD (CMR) DALAM UNIT DOSE

41