Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT

Nama guru pembimbing : Puan Hasnah binti Md Dahal Nama guru : Norhazwanee binti Hasan Bilangan pelajar : 25 / 25 orang. Tarikh : 16 /8 /2011 (selasa) Minggu : Ke 7 Masa : 8.15 pagi 8.55 pagi ( 40 minit ) Modul : Bertema Tema: Negara Saya Subtema : Kemerdekaan Negara Tajuk : Tanggal 31 Tunjang : Perkembangan Kreativiti Standard pembelajaran : (KTI2.1.11) Menyanyi mengikut mud lagu (riang dan bersemangat) (KTI 2.1.12) Menyanyi dengan perasaan dan ekspresi. (KTI 1.1.5) Mewarna gambar dalam ruang tertentu. Tunjang yang disepadukan : ( PSE 2.3.6) Menyatakan emosi mengikut situasi. ( BM 1.1.2) Mendengar arahan mudah dan memberi respon. Objektif pembelajaran : Di akhir pembelajaran murid dapat : i. ii. Menyanyi lagu dengan bersemangat dan betul. Menghasilkan bendera tangan.

Pengalaman sedia ada: Murid pernah mendengar lagu Tanggal 31 di radio dan televisyen. Kemahiran berfikir : Menjana idea, membanding beza. Penerapan nilai : Mendengar arahan , bekerjasama, bedisiplin dan berkeyakinan.

Bahan bantu mengajar (BBM: laptop,speaker,lirik lagu, kertas A4 (jalur gemilang tangan),buluh, straw, jalur gemilang. Fokus MI : kinestetik,verbal linguistik ,visual dan spatial,interpersonal dan intrapersonal. LANGKAH MASA Set induksi (5 minit ) ISI PELAJARAN Jalur gemilang Penyampaian Langkah 1 (5 minit) Memperkenalkan bendera Malaysia G: apa yang cikgu pakai ni? M: bendera Malaysia. G:apa nama lain bendera Malaysia? M: jalur gemilang. G: bendera kita ada berapa jalur? M: 14 jalur. G: apa warna yang terdapat pada bendera ini? M:biru, kuning, merah,putih. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru meminta murid berkumpul di ruangan perbualan pagi. Murid berkumpul di ruangan perbualan pagi. Guru membawa masuk bendera dengan cara mengikat bendera pada badan. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai bendera Malaysia. Murid menjawab dengan yakin dan bersemangat. Guru menampalkan carta lirik lagu di papan putih. Guru meminta murid membaca carta tersebut bersamasama. Murid membaca lirik lagu bersama-sama. Guru membimbing murid membaca hingga lancer. CATATAN BBM : bendera jalur gemilang. Nilai : mendengar arahan KB: menjana idea

Bacalah Daku Membaca lirik lagu Tanggal 31.

BBM: carta lirik lagu. Nilai: bekerjasama dan mendengar arahan

Langkah 2 ( 10 minit)

Menyanyilah. Menyanyi lagu Tanggal 31.

Setelah murid dapat membaca dengan lancar, guru membimbing murid menyanyi lagu tanpa iringan muzik. Murid menyanyi lagu tanpa iringan muzik. Guru menyanyi lagu secara berperingkat dan; Murid mengikut menyanyi lagu secara berperingkatperingkat. Guru memperdengarkan lagu Tanggal 31. Murid mendengar lagu sambil mengikutnya secara pelahan-lahan. Guru mengulangi semula lagu tersebut. Murid menyanyi lagu dengan iringan muzik. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid. Murid menulis nama,tarikh dan hari pada kertas. Guru memberikan penerangan mengenai cara menyiapkan tugasan. Murid mendengar arahan dengan teliti. Guru memantau murid melakukan tugasan dan memberi bantuan

BBM: speaker,labtop, carta lirik lagu. Nilai: bekerjasama dan mendengar arahan. KB: menjana idea, kreatif

Langkah 3 (15 minit)

Lembaran kerja Mewarna bendera bentuk tangan.

BBM: bendera tangan yang kosong dan yang telah siap di warna,lidi dan straw.

kepada murid yang lemah. Murid menyiapkan tugasan.

Penutup (5 minit)

Rumusan

Guru meminta murid menyanyikan lagu Tanggal 31 sekali lagi dengan iringan murid sambil melambai bendera tangan. Murid menyanyikan lagu dengan bersemangat sambil melambai-lambai bendera tangan.

REFLEKSI : Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan pengajaran hari ini.Pengajaran pada hari ini dapat dijalankan dalam keadaan yang baik. Pada masa akan datang saya akan merancang aktiviti yang menarik seperti ini juga.

Anda mungkin juga menyukai