Anda di halaman 1dari 4

Bincangkan peranan adat, peraturan dan undang-undang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional.

Hukum adat dan peraturan merupakan amalan yang dilakukan dalam sesebuah masyarakat sehingga ia menjadi sebati dalam kehidupan masyarakat. Amalan ini dapat dilihat daripada adat resam yang diamalkan secara turun temurun. Manakala undang-undang pula lebih merupakan peraturan bertulis yang bertujuan untuk menjaga hak dan kepentingan pemerintah dan ahli keluarganya. Bagaimanapun hukum adat, peraturan dan undang-undang ini penting bagi mengawal perlakuan masyarakat, sekaligus dapat membentuk masyarakat yang harmoni. Sesungguhnya adat, peraturan dan undang-undang penting dalam kehidupan masyarakat tradisional. Dengan adanya peraturan dan undang-undang, masyarakat akan sentiasa patuh dan sentiasa berhati-hati dalam apa sahaja tindakan yang akan dilakukan. Ini bermakna adat, peraturan dan undang-undang merupakan garis panduan yang mesti dipatuhi dalam masyarakat tradisional. Sesiapa yang melanggar adat dan peraturan sudah tentu akan dikenakan hukuman. Misalnya seseorang yang tidak menurut perintah raja akan dikenakan hukuman. Dalam soal peraturan dan adat pula pelanggarannya akan membawa seseorang itu dipandang serong atau dipulaukan dalam sesebuah masyarakat. Dengan adanya peraturanperaturan sebegini, keselamatan rakyat terjamin dan seterusnya negara akan aman dan makmur Disamping itu masyarakat tradisional terkenal dengan sopan santun yang tinggi. Seseorang yang mempunyai nilai budi yang tinggi akan disanjung dan disebut namanya dalam masyarakat sehinggakan dalam soal pemilihan jodoh, orang yang mempunyai budi pekerti yang tinggi menjadi satu syarat dalam pemilihan menantu. Dalam soal menjaga ketertiban dalam masyarakat ini jelas sekali bagaimana orang-orang yang lebih tua akan mendidik dan mengasuh bagaimana untuk menghormati orang tua, orang yang lebih muda mesti menghormati orang yang lebih tua, kanak-kanak tidak boleh mencampuri perbualan orang tua dan jika ini berlaku maka seseorang itu dianggap biadap.segala adat dan peraturan ini jelas sekali mendidik generasi muda supaya menjaga ketertiban agar dipandang mulia disisi masyarakat. Undang-undang dan adat yang terdapat dlm masyarakat digunakan untuk menjaga dan mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah iaitu raja dan pembesar. Ini dapat dibuktikan dalam HKM, Undang-undang Pahang dan Undang-undang Johor jelas memperlihatkan keistimewaan raja dan larangan-larangan kepada rakyat jelata. Contohnya larangan memakai pakaian kuning, menggunakan bahasa dalam dan sebagainya adalah bertujuan agar masyarakat menghormati, dan menyanjung raja. Kedudukan raja ini diperkukuhkan lagi dengan konsep daulat dan derhaka sehingga rakyat tidak boleh mempersoalkannya. Dalam hukum adat, peraturan dan undang-undang jelas sekali memperlihatkan peraturanperaturan yang mesti dipatuhi. Misalnya dalam Hukum Kanun Melaka disenaraikan peraturan-peraturan yang meliputi semua aspek kehidupan yang merangkumi perkara-perkara seperti adat lembaga, perbuatan jenayah, dan undang-undang awam. Semua peraturan ini menjadi panduan dan penyelewengan undang-undang ini akan dikenakan tindakan hukuman. Tindakan menghukum kepada pesalah secara tidak langsung memberi amaran kepada sesiapa yang melanggar undang-undang dan dalam masa yang sama melatih rakyat berdisiplin dan mengikut peraturan.

Undang-undang dan adat dapat menentukan tanggungjawab dan hak setiap anggota masyarakat dalam masyarakatnya. Tanggungjawab dan hak setiap anggota masyarakat tidak boleh dipersoalkan kerana telah termaktub dalam undang-undang dan adat. Contohnya dlm UULM telah dinyatakan bidang tugas nakhoda, jurumudi,jurubatu, malim dan kiwi. Sebagai kesimpulan, jelaslah bahawa Hukum Adat peraturan dan undang-undang memberi sumbangan yang besar dalam masyarakat Melayu. Ia meliputi dalam semua aspek kehidupan. Pengamalannya menjamin keharmonian, kesejahteraan dan keamanan dalam masyarakat Melayu tradisional

peranan adat, undang-undang dan peraturan dalam masyarakat Melayu tradisional pada abad ke-19.

Adat menjadi pegangan masyarakat Melayu tradisional.Segala bentuk Undang-undang bersumberkan daripada adat.Undang-undang terbahagi kepada tiga jenis iaitu undang-undang bertulis , tidak bertulis dan undang-undang Islam. Undang-undang tidak bertulis terbahagi kepada dua iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Undang-undang lisan disebut sebagai hukum adat. Adat ialah peraturan yang diamalkan dalam sesuatu masy. secara turun-temurun sehingga akhirnya berubah menjadi hukum yang harus dipatuhi. Di Tanah Melayu Hukum Adat berdasarkan dua sumber iaitu resam / adat turun-temurun dan hukum syarak (Hukum Islam) Peranan adat, peraturan dan undang-undang. 1.Menjamin keamanan, keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan dalam masyarakat. 2.Mengawal tingkah laku manusia dan mengeratkan persaudaraan. 3.Menentukan hak seseorang dalam masyarakat terutamanya harta warisan terjamin. 4.Menjamin kedudukan raja dan pembesar dan membentuk pemerintahan yang adil dan saksama. 5.Semua anggota masy mesti mematuhi dan mengamalkan adat. Sesiapa ingkar dikenakan hukuman. 6.Dijadikan garis panduan untuk melakukan sesuatu perkara 7.Masyarakat sedar batas-batas mereka sebagai rakyat; keamanan dan kesejahteraan akan terjamin Penting mematuhi undang-undang dan adat dalam kehidupan seharian. Pepatah Melayu biar mati anak jangan mati adat Penting untuk membentuk ikatan erat antara anggota masy. adat dan peraturan sebagai peraturan hidup bermasyarakat. Amalkan konsep gotong-royong dan kerjasama seperti menuai atau merayakan sesuatu majlis seperti perkahwinan. Anggota masyrakat akan sedar tugas dan tanggungjawab masing-masing; masy. akan harmoni dan sejahtera. Ikatan erat juga digambar melalui sikap tolong-menolong,bermuafakat dan tolak ansur seperti amalan masyarakat Minangkabau dalam Adat Perpatih. Adat juga dapat membentuk keperibadian sesebuah masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial.contohnya dalam masyarakat yg amalkan adat perpatih, mereka lebih mementingkan wanita dalam soal pembahagian harta pusaka dan nasab keturunan, manakala dalam Adat Temenggung, kaum lelaki diutamakan dalam pelbagai hal. Untuk menjaga dan mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah iaitu raja dan pembesar. Dengan adanya undan-undang, raja dapat mengukuhkan kedudukannya kerana rakyat tidak berani mempersoalkan hak-hak keistimewaan raja.

Dapat menentukan hak dan tanggungjawab setiap anggota masyarakat. Tanggungjawab dan hak setiap anggota masyarakat tidak boleh dipersoalkan kerana telah termaktub dalam undang-undang dan adat. Dalam Adat Temenggung; jawatan Sultan diwarisi secara turun-temurun dan mempunyai kuasa mutlak. Perkara-perkara ini diterima oleh rakyat tanpa ragu-ragu, rakyat pula bertanggungjawab untuk taat setia kepada pemerintah.

Jelas bahawa adat, peraturan dan undang-undang penting untuk menjamin kesejahteraan hidup masyarakat secara keseluruhannya.Jika semua lapisan masyarakat tahu dan sedar akan hak dan tanggungjawab mereka, maka keamanan dan kemakmuran hidup antara anggota masyarakat akan terjamin dan berkekalan.