Anda di halaman 1dari 1

Secara asas, berikut ialah resipi sambal hitam: Belimbing buluh (direbus dengan garam sehingga kehitam-hitaman, dibuang

airnya) Ikan bilis Lada Minyak masak Bawang merah Belimbing buluh yang sudah direbus (biasanya antara satu hinga dua jam, bergantung kepada kuantitinya) dituskan airnya. Belimbing yang bertukar warna coklat kehitamhitaman ini digelar asam belimbing. Tumbuk ikan bilis sekadarnya jangan sampai hancur lebur. (Tumbuk dalam lesung batu ya, bukan guna penumbuk tangan) Masukkan lada sepedas yang dikehendaki. Tumbukkan bawang juga. Akhirnya masukkan asam belimbing yang memang sudah masam. Tumbuk atau lenyek sahaja dengan antan lesung batu sebab belimbing tu sudah sedia lembik pun. Garam tak perlu dimasukkan sebab asam belimbing sudah dicampur garam. Namun jika belum mencapai tahap leleh yang dikehendaki oleh air liur, boleh saja tambahkan garam. Panaskan minyak masak dalam kuali. Semua bahan tadi dimasak sehingga naik aromanya. Selepas itu bolehlah dihidang dan dimakan bersama lauk-pauk yang lain. Menariknya, statusnya sebagai sambal kerap dinaiktarafkan sebagai lauk utama. Sambal ini juga boleh tahan untuk beberapa hari tanpa dingin beku. Jika disimpan dalam peti sejuk, lebih lama tahannya. Ada juga orang memakan sambal ini secara mentah sahaja. Awas, jangan makan berlebihan. Impaknya sama macam makan sambal belacan...

Anda mungkin juga menyukai