Anda di halaman 1dari 2

FORUM: KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET

Pengerusi forum: Tan Hong Boon Ahli panel : Kuan Jin Chung Ong Ming Yee Lim Chuan Terng Pengerusi forum : Salam sejahtera guru-guru dan rakan sekelas. Pada pagi ini kita bersyukur kerana berpeluang membincangkan tentang kebaikan dan keburukan internet. Tanpa melengahkan masa, izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli panel, iaitu Kuan Jin Chung, Ong Ming Yee dan Lim Chuan Terng. Seterusnya saya mempersilakan ahli panel pertama kita, iaitu Kuan Jin Chung. Apakah kebaikan internet? Bolehkan anda terangkannya? Kuan Jin Chung: Terima kasih kepada pengerusi forum. Dewasa ini, internet menjadi amat penting bagi orang ramai terutamanya untuk mencari maklumat. Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had masa. Maklumat yang di perolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar. Enjin carian seperti google.com, search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk mendapatkan maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Ong Ming Yee: Bukan ini sahaja tetapi ia juga digunakan sebagai alat komunikasi. Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi.Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing hanya dengan internet. Di samping itu ianya amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di merata dunia. Komunikasi dapat digunakan di antara setiap cawangan dengan hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference. Pengerusi forum: Terima kasih Ong Ming Yee. Nampaknya, Lim Chuan Terng ada sesuatu yang hendak diucapkan. Silakan. Lim Chuan Terng: Melalui internet, kita juga boleh dapat berita terkini. Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan suratkhabar mempunyai laman web mereka sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini akan dikemaskini dan ianya memapar berita terkini yang berlaku di seluruh dunia. Pengerusi forum: Terima kasih kepada semua ahli panel kerana memberikan pandangan yang bernas. Internet memang terdapat banyak kebaikan. Namun, setiap perkara mempunyai kebaikannya dan keburukannya. Ini juga termasuk internet. Apakah keburukan internet? Dipersilakan Kuan Jin Chung. Kuan Jin Chung: Terima kasih. Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet. Namun demikian, adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang lain bagi tujuan menjatuhkan orang/golongan tertentu. Oleh yang demikian kita mestilah pandai untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat tersebut. Ong Ming Yee: Internet juga terdapat bahan-bahan yang tidak bermoral. Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai

ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Ianya memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah di dapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau lama-laman web yang di access oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet filtering Software perlulah di install di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang di access oleh anak-anak mereka. Lim Chuan Terng: Bukan itu sahaja tetepi internet juga membazir masa. Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain games, berchatting dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mestilah terhad. Paling terkini laman sosial facebook, terdapat pelbagai applikasi dalam laman tersebut yang boleh diguna dan juga terdapat fungsi untuk berchatting. Sesetengah syarikat menyekat access ke laman tersebut kerana ianya boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka. Pengerusi forum: Terima kasih Lim Chuan Terng dan saya kira kita sudah berada pada penghujung forum. Sebagai rumusannya, internet mempunyai pelbagai kebaikan dan keburukan. Oleh itu, saya menyeru agar semua pihak dapat menggunakan internet dengan baik. Di samping itu, izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih yang setinggi-tinggi kepada ahli-ahli panel. Namun, apakan daya masa tidak mengizinkan kita berbicara dengan lebih lanjut. Sekian, terima kasih.