Anda di halaman 1dari 5

1. Irama Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik. a.

Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil. b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek. c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter. d. Beat-beat mempunyai tekanan. e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang. Simbol Verbal : Irama detik not dan tanda rehat irama,ostinato,rentak. Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik 2. Membezakan panjang pendek sesuatu nilai not dalam corak irama. 3. Merasa tekanan / accent pada sesuatu lagu. 4. Membezakan irama/rentak yang sama dan tidak sama. 5. Mengenal pasti meter sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan/didengar. meter tekanan corak

2. Melodi Susunan pic secara melintang. a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi,rendah dan mendatar. c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat. d. Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic.

e. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu. f. Pic boleh disusun secara berurutan. g. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu. Simbol Verbal : Melodi skel (major,minor,pentatonik) frasa lagu / melodi sekuens nada

Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid anak mendapat mengenal pasti dan membezakan : 1. Antara melodi dan iringan. 2. Pic tinggi,tengah dan mendatar. 3. Skel yang dimainkan. 4. Pic yang melompat dan berulang. 5. Nada sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan

3. Warna Ton Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri. Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri dibuat daripada bahan-bahan tertentu dibuat,cara dibuat dan dibunyikan. Simbol Verbal: Alat suara - manusia,binatang,kenderaan,alam semula jadi dll. perkataan deskriptif ton - gelap , cerah , padat , garau , kasar suara - soprano , alto , tenor dan bes Keluarga alat muzik - membranofon, aerofon , kordofon dan idiofon. Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Mengenal psati bunyi-bunyian yang didengar di sekeliling mereka. 2. Menghasilkan pelbagai bunyi yang didengar,diterokai / eksperimen dll.

3. Membezakan dan mengenal pasti bunyi-bunyian yang lembut,kasar,tinggi,rendah,padatgarau dll. 4.Mengenal pelbagai jenis alat muzik seperti piano,rekoder,dram,trumpet,gong,violin dll.

4. Bentuk Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton. a. Gabungan siri-siri pic menghasilkan satu idea. b. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang lebih besar. c.Segmen muzik (motif,frasa,seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan. d. Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan. Simbol Verbal : Motif frasa seksyen,koras,rangkap ABA , berulang,kontras intro,koda

Objektif P & P : Pada akhir pembelajaan murid-murid akan dapat membezakan dan mengenalpasti : 1. Frasa yang sama dan yang lain melalui lagu-lagu yang dinyanyikan/mainkan. 2. Rangkaian lagu berangkap da korasnya. 3. Intro dan koda sesebuah lagu atau muzik.

5. Harmoni. Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menengak dan dinyanyikan/dimainkan serentak. a. Dua pic boleh dibunyikan serentak. b. Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara serentak. c. Dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan dibunyikan serentak. d. Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni. Simbol Verbal :

Harmoni jeda homofoni Objektif P & P :

triad tonik/kord

round,polifoni,deskan,kaunter melodi kord iringan

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat : 1. Membezakan antara melodi (rangkaian pic) dan harmoni (himpunan pic-pic - iringan). 2. Mengenal pasti antara lagu/muzik satu suara dan muzik/lagu dua atau lebh dua suara. 3. Menyanyi lagu pusingan - round,berkembar dan lagu-lagu yang mengandungi kaunter melodi dan deskan.

6. Ekspresi Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang mengandungi satu ekspresi ide muzik. a. Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut. b. Satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur. c. Sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan,dilicinkan dan dipendekkan atau dilembutkan secara beransur- ansur. d. Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan. e. Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri - mud. Simbol Verbal : Dinamik Volume cerscendo diminuendo susutain,legato,staccato cepat,lambat

mud - riang,tenang,cemas,cergas. Objektif P & P : Di akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat : 1. Membeza dan mengenal pasti di antara bunyi pada sesebuah lagu dan muzik yang kuat dan lembut. 2. Memahami bahawa pada tempat-tempat yang tertentu dalam sesebuah lagu/muzik boleh beransur- ansur menjadi kuat atau perlahan. 3. Memahami bahawa sesetengah lagu/muzik boleh dipelbagaikan dengan bunyi pendek,lembut,panjang,terputus-putus dan lain-lain lagi.

7. Tekstur / Jalinan Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar. a. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau satu / teba atau banyak. b. Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni. Simbol Verbal Solo duet trio quartet Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Mengenal pasti samada lagu/bunyi yang didengar itu dinyanyikan/dimainkan oleh seorang,dua atau lebih. 2. Membezakan bunyi yang bercirikan monofoni,homofoni dan polifoni. orkestra monofoni homofoni polifoni

Anda mungkin juga menyukai