Anda di halaman 1dari 72

Suria Fatin

Bab 1
Asrama, 1998 bawah.

AK ATIEN! Cepat la dah lama orang kat bawah ni! jerit Shikin dari tingkat

Bising betul Shikin ni, dah la aku baru balik latihan hoki, itu pun dikira baik aku nak temankan. Aku yang baru usai mandi menarik keluar baju kurung ungu kegemaranku dari almari dan bersiap secepat mungkin. Mana Pika? soalku sejurus melihat Shikin sedang menantiku di tangga. Pika ada di pondok jaga, baru nak hantar kad keluar dia, ujar Shikin sambil menarik tanganku supaya segera berjalan menuju ke arah Pika yang kelihatan sedang bercakap dengan seseorang di pondok jaga. Semakin hampir dengan pondok jaga, kedengaran

Bila Cinta

suara ketawa dan diselangi suara Syafiqa yang seperti tidak puas hati. Suka benar mereka mengusik Si Pika ni. He he he biasalah tu, aku pun suka usik dia ni. Aku dapat menangkap satu suara yang aku kenali. Budak kecik, kamu masuk lambat ya tadi, outing sorang aje tadi? Aku dan Shikin meneruskan langkah ke arah Pika. Pika, jom! ujar Shikin. Semua yang ada di situ diam. Kenapa pulak semua diam, aku ni ada rupa hantu ke? Pada masa yang sama, Hafez Azfar yang kelihatan gembira mengusik Pika sebentar tadi, mengangkat kayu hokinya dan terus berlalu. Kak Atien tengok dia orang ni, suka-suka kata kat Pika, rungut Pika pada aku. Aku hanya tersenyum pada mereka. Kau orang ni tak mandi-mandi lagi, isy apa nak jadi? Sengaja aku ingin mengusik mereka. Kau tu entah-entah tukar baju aje kut, ujar Adi padaku sambil disokong oleh Naim dan Rizal yang turut berada di situ. Kaki kau ujar Naim tiba-tiba. Namun belum sempat Naim menghabiskan ayatnya, aku terus menarik Shikin dan Pika. Pergi mandi la budak-budak!!! jerit aku setelah berlalu beberapa langkah. Kak Atien, tadi Kak Amalina cari. Ujar Shikin ketika kami sedang berjalan. Aku hanya membiarkan katakatanya. Huh, mesti tidak ada hal lain punya Kak Lina cari aku! Apa dia ingat aku ni posmen dia ke? Tak ada masa aku

Suria Fatin

nak jadi posmen karat dia dengan Hafez Azfar. Hafez ni pun satu, kenapalah kau handsome sangat. Setiap kali tengok muka kau, pasti aku rasa macam nak gila! Tapi apa yang aku musykil sekarang, kenapa tibatiba dia berubah. Semenjak aku masuk sekolah ni, tak pernah dia nak tegur aku, pandang pun susah. Kenapa tak macam dulu. Mungkin aku tak layak, entahlah tapi aku rasa tak salah kalau aku minat pada dia.

AKU menyapu minyak angin yang diberikan Fizah ke kakiku. Aduh, pedih sakit! Aku menggosok-gosok perlahan tulang keringku yang sudah kelihatan lebam dek penangan kayu hoki si bertuah tu tadi. Cikgu Zainal pun satu, gemar mengarahkan pasukan perempuan lawan dengan lelaki. Mana adil!!! Mataku tiba-tiba tertangkap pada bungkusan yang berada di dalam almariku. Ya Allah macam mana aku boleh lupa nak bagi dekat dia. Mama ni pun satu, suka pesan kat aku bagi macam-macam pada Hafez. Siapa anak dia sekarang ni, aku atau Hafez? Sikit-sikit acik, sikit-sikit acik! Huh, malas aku nak fikir. Tapi yang malas itu jugak yang selalu aku fikir. Sakit sangat ke? Tiba-tiba Shikin menyergah aku. Mati terus khayalan aku terhadap lelaki pujaan aku seorang itu.

Bila Cinta

Bab 2
ATAKU memandang kosong cermin solek di hadapanku. Bilik yang begitu indah tidak sedikit pun menyentuh perasaan. Aku tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan perasaan aku tika ini, bahkan aku merasakan seperti hati ini bukan lagi milik tubuhku. Mahu menangis pun tidak tetapi nak senyum terasa perit. Lamunanku tiba-tiba terhenti apabila terdengar pintu bilikku diketuk dan dikuak perlahan. Hafez berdiri di muka pintu dengan berbaju Melayu dan berkain pelikat. Melihat Hafez, baru aku tersedar yang aku masih belum menukar pakaian. Serasa aku tidak keluar dari bilik ini sejak waktu majlis akad selesai. Mungkin kerana terlalu asyik memikirkan bagaimana hari-hari mendatang yang bakal aku tempuhi dan yang penting sekali, tepatkah keputusan yang aku buat ini? Aku bangun lantas mencapai tuala dan pakaianku dan terus ke bilik air.

Suria Fatin

Sewaktu aku keluar dari bilik air, Hafez sudah pun lena di atas sofa. Penat agaknya. Aku memperlahankan penyaman udara dan menggantung kemas semula baju pengantinku. Gila betul aku ni! Rasanya akulah satu-satunya pengantin yang tidak berperasaan, selalunya orang mesti gembira, kalau tidak pun ada yang menangis, mungkin sebab dipaksa. Aku? Sebaik sahaja aku ingin melelapkan mata, terdengar Hafez memanggil namaku. Kenapa? Kalau acik nak selimut, ambil tepi tu, ujarku. Malas rasanya ingin membuka mata. Aku terdengar dia mengeluh. Fatin, Hafez rasa kita perlu berbincang, ujarnya perlahan. Aku bangun dan bersandar pada kepala katil sambil memeluk lututku. Aku hanya menanti kata-kata seterusnya daripada Hafez. Hafez tau semua ni berlaku secara tiba-tiba dan kita berdua sedar akan hakikat perasaan kita, ujar Hafez perlahan. Engkau tu ahli nujum ke, boleh tahu perasaan aku macam mana? Hafez rasa, kita sendiri dah tahu bagaimana kesudahan kita nanti... sambung dia lagi. Hah! Entah-entah dia ni ahli sihir dunia gelap, boleh meramal masa depan. Tapi, kalau kita belum cuba belum tahu, kan? Hafez rasa kita perlukan ruang untuk mencuba, kalau dalam masa setahun ni kita masih tak dapat teruskan, maka setakat

Bila Cinta

tu aja la. Macam mana? sambung Hafez lagi tanpa ada sahutan dariku. Wah... wah... dah tahap nak minta ruang pula ni. Memang sah la dia ni ahli sihir dunia gelap, tapi aku tak takut langsung! Fatin! Mati terus khayalan aku apabila Hafez menyergah aku sebegitu. Apalah yang aku mengarut ni! Fatin dengar tak apa yang Hafez cakap? soalnya kembali merendahkan suara. Isy orang dengar la, ujarku sambil mengurut dada. Terkejut aku dibuatnya. Hmmm.. kalau macam tu, baguslah Fatin sambunglah tidur. Katanya perlahan. Aku sempat memandang sekilas pada wajahnya. Ada kesedihan di situ. Tapi tak perlulah tunjuk depan aku. Cara dia cakap pun macam aku tak kisah dengan semua ni, macam aku tak sedih dengan semua ni. Sedihkah aku? Bukankah ini yang pernah aku impikan suatu ketika dulu? Ah, aku tak mahu fikir.

USAI solat subuh, aku mengemaskan tempat tidur. Hafez masih lagi nyenyak di sofa. Alahai kenapalah kau handsome sangat. Tapi poyo, entah macam mana mama sayang sangat dengan dia ni. Aku menguak perlahan daun pintu dan terus menuju ke dapur. Pedih rasanya perutku. Baru aku perasan,

Suria Fatin

dari tengah hari semalam aku tidak menjamah apa-apa makanan pun. Sebaik sahaja melangkah ke pintu dapur, aku dapat menangkap kelibat kak long yang sedang sibuk memasak. Aku meneruskan misi aku mencari makanan. Hai pengantin baru... awalnya bangun, tegur kak long. Kak long, bibik mana? soalku menukat topik. Tengah mandikan Iskandar, kamu cari apa tu? Kalau lapar, roti ada la. Nasi goreng tak siap lagi, beritahunya. Nasib baik kak long tak tanya lebih-lebih. Aku mengambil sekeping roti dan terus berlalu di situ apabila menyedari saudara-mara aku yang masih berada di sini sudah mula sibuk ke dapur. Baik aku pergi sebelum jadi bahan usikan mereka. Aku turun ke ruang tamu, kelihatan bibik sedang memakaikan baju ke tubuh Iskandar. Bik, tinggalkan, pergi tolong kat dapur, arahku pada bibik lantas menyambung tugas bibik sebentar tadi. Inilah salah seorang buah hati aku, Iskandar. Lihat sahaja wajah bersih Iskandar, boleh melenyapkan seketika semua masalah aku. Sedang aku leka bermain dengan Iskandar, terdengar suara mama menjerit memanggil nama aku. Apa sahaja la mama ni. Fatin, kamu tak dengar mama panggil ke? Mama kini sudah berada di hadapanku. Orang tengah jaga Is la mama... jawabku senang.

Bila Cinta

Tinggal dia dekat bibik, kamu pergi panggil suami kamu makan, arah mama. Bibik sibuk dekat dapur la, nanti dia lapar dia la keluar sendiri nanti. Jawabku malas. Aku memandang mama, kelihatan wajahnya serius, maknanya aku harus mengikut arahannya. Aku mengangkat Is lantas kuhulurkan pada mama. Isy ingat dia anak rajakah nak berjemput? Aku merungut di dalam hati sambil melangkah ke tingkat atas.

AKU membuka pintu bilik, tetapi terkejut dibuatnya tatkala melihat Hafez yang hanya bertuala. Hafez juga kelihatan terkejut, mungkin tidak menyangka aku akan masuk. Acik, sarapan dah siap, kataku ringkas lantas melangkah laju keluar dari bilik. Panas muka aku dibuatnya. Mesti sudah memerah muka aku, minta-minta la dia tak perasan. Aku mengambil tempat di meja makan. Lapar betul rasanya, tadi pun hanya sempat jamah sekeping roti. Segera aku capai senduk dan mengisi pingganku dengan nasi goreng. Baru aku ingin menyuap nasi, kelihatan Hafez mendekati meja dan mengambil tempat di sebelahku. Entah kenapa, aku rasa segan pula dengan dia, sedikit pun aku tidak menoleh padanya. Fatin, tunggu apa lagi, tuangkanlah air untuk suami kamu tu, ujar mama yang juga berada di sebelahku. Ala, kan teko tu ada sebelah mama, mamalah yang tuangkan, balasku selamba.

Suria Fatin

Satu cubitan hinggap di pehaku. Mama kalau bab cubit ni dah jadi hobi dia agaknya. Aku menurut arahan mama dan menghulurkan secawan kopi pada Hafez, dia menyambut dengan senyuman yang aku sendiri tidak pasti maksudnya. Wah, malu-malu pula pengantin baru ni. Usik mak su, sengaja. Bila masa entah aku malu, geram aku dengan mak saudara aku yang memang terkenal dengan mulut becok tu. Karang ada juga yang kena sumpah dengan aku ni, jadi katak. Eh tak, baik jadi peti ais, gerenti tak kecoh lagi. Sakit hati aku apabila menjadi bahan usikan saudara-mara aku, tapi aku tetap kena bersabar. Kontrol jiwa.

Bila Cinta

Bab 3
KU menyumbat semua barangbarang aku ke dalam kereta. Tidak sabar rasanya ingin keluar dari rumah ni. Bukannya aku tak suka tinggal kat rumah ni tapi mama yang membuatkan aku rimas. Semua benda dilihatnya tidak kena pada aku. Entahlah, mungkin kerana krisis beberapa tahun dulu. Aku menuju ke arah babah dan mencium tangannya, begitu juga mama. Kamu tu, nanti ingatkan la acik. Bawak kereta baik-baik, jangan nak cepat sampai aje, pesan babah. Baik bos, balasku. Seronoknya orang tu, nak pergi honeymoon. Tengok-tengok tak lama lagi jadi nenek la aku ni, celah mak su yang entah dari mana munculnya. Menyampah betul aku dengan orang tua ni, patut la sampai ke tua tak ada orang berkenan. Kalau bab bergaya bukan main lagi, tapi perangai macam hampas. Selalu aje melekat kat rumah ni, macam tak ada rumah sendiri.

10

Suria Fatin

Acik! Cepat la sikit, jerit aku. Pap! Terasa bahu aku ditampar. Apa mama ni, sakitlah! ngomelku sambil mengusap bahu. Yang Si Hafez ni pun satu, lagi lama dekat sini nanti lebih banyak pula bebelan yang aku terpaksa dengar daripada mak su. Dia tu sekarang suami kamu, mana boleh panggil acik lagi, bebel mama. Macam-macam la mama ni. Ha, betul tu! Apalah kamu ni, yang tu pun nak diajar, celah mak su lagi. Wahai suamiku! Cepatlah keluar, isterimu dah lama menunggu, jeritku sekali lagi. Okey tak? sambungku lagi sambil menyoal mama yang sudah masam mencuka. Aku tersengih menampakkan gigi yang tersusun cantik. Eh, ya ke cantik? Tidak pasal-pasal satu cubitan hinggap di lenganku. Pada masa yang sama, aku lihat Hafez sudah pun berada di muka pintu dengan bagasinya. Ha, Hafez banyak tu aja ke barang kamu? soal mama sambil tersenyum pada Hafez yang sedang menyarung kasut. Amboi mama dengan Si Hafez ni, bukan main lembut lagi dia bercakap. Kalau dengan aku, jangan haraplah! Ada lagi ma, yang lain ada kat rumah mak, nanti Hafez singgah rumah mak dulu, beritahunya sopan. Untung juga aku kahwin dengan orang dekat, nanti tak payah gaduh pasal balik kampung, macam cerita dalam TV tu. Tapi, wujudkah perkataan nanti tu? Ah, lupakan aja!

11

Bila Cinta

DARI mula perjalanan aku hanya mendiamkan diri. Lagipun aku memang tak biasa bersembang sangat dengan Hafez ni. Aku cuba pejamkan mata, tapi tak dapat lelap. Hendak membaca, takut pening. Aku buka mata kembali dan merenung pemandangan luar, tiada yang menarik. Aku mengalihkan pula pandangan pada Hafez. Kelihatan dia tenang memandu. Kenapa pandang macam tu? soal Hafez memecah kesunyian. Mana ada. Orang tengok kat luar tu, balasku cuba mengelak. Hmmm... kenapa acik tak bawak kereta sendiri? Aku cuba mencari topik apabila melihat Hafez asyik tersenyum, sedangkan aku sudah tahu jawapannya. Hafez tidak membawa pulang keretanya dari Terengganu. Dia bekerja di sebuah syarikat petroleum di sana. Jadi kami memang akan tinggal berasingan selepas ni. Aku di KL, manakala dia di Terengganu. Aku tidak akan sesekali melepaskan pekerjaan aku semata-mata kerana perkahwinan ini walaupun pernah disuarakan oleh mama. Sebut tentang KL, membuatkan aku teringat pada butik, Shikin, Jojie, Bell dan...

KAMI tiba di tempat penginapan lebih kurang pukul dua. Cantik juga tempat ni, terdapat dua bilik, ruang tamu dan dapur. Aku melangkah ke dalam bilik yang sederhana besar dan terus menuju ke balkoni. Dari sini aku dapat lihat pemandangan tasik yang

12

Suria Fatin

tenang. Aku beralih ke katil, seronok juga kalau lelapkan mata sebentar. Sepanjang perjalanan tadi aku langsung tidak tidur. Sebaik sahaja aku terjaga daripada tidur, jam sudah pun menunjukkan pukul empat setengah petang. Aku terus bangun lalu mencapai beg pakaianku mencari tuala mandi. Dekat mana pula aku letak ni? Pakai ajalah tuala yang ada di sini. Selepas mandi aku bersiap ingin keluar, ada lagi barang yang tertinggal di kereta. Rasanya Hafez sudah pun keluar, kasutnya tidak ada. Lantaklah, peduli apa aku dia nak ke mana.

PEMANDANGAN tasik yang indah membuatkan aku menangguhkan dulu niatku. Aku menuju ke arah kerusi yang terletak di tepi tasik. Kenapalah hati aku tak mampu menjadi setenang ini. Bila bersendirian begini, aku tidak dapat mengawal diriku daripada mengingati seseorang. Seseorang yang sentiasa dirindui. Azlan, bagaimana keadaan kau sekarang? Hati aku terasa perit bila teringat hubungan kita berakhir begini. Azlan, maafkan Fatin. Tepatkah keputusan yang aku buat ni? Kalau tepat kenapa aku masih teragak-agak. Perlukah aku lalui semua ini dan yang penting, kenapa aku? Air mataku menitis apabila memikirkan aku telah melukakan hati orang yang disayangi. Kenapa ni? Fatin menangis ke? soal Hafez tibatiba.

13

Bila Cinta

Ha? Mana ada, orang mengantuklah, cerita ni boring. Aku mengesat air mataku. Filem yang ditayang tidak sedikit pun menarik perhatianku. Berkali-kali aku menguap sehingga menitis air mata. Aku terbayang saat aku bersama Azlan, walaupun kami baru setahun berkenalan, aku berasa senang dengannya. Tidak mungkin dengan mudah aku akan melupakannya. Hai, jauh termenung? Lamunanku terhenti apabila disapa, terbang semua khayalanku. Hafez mengambil tempat di sebelahku. Aku segera mengesat air mata yang tadinya mengalir. Dia tak perasan agaknya. Hai! ujarku tidak tahu ingin berkata apa. Aku lihat dia melepaskan pandangannya ke arah tasik kemudian berpaling menghadiahkan senyuman padaku. Wah kalaulah beberapa tahun dahulu dia senyum macam ni, dah pasti aku cair. Tapi sekarang hati aku telah terpaut pada seseorang. Tapi secara jujurnya, tak tentu arah juga aku bila dia senyum macam tu. He he he.... Kak Marni macam mana sekarang? soalku tanpa berfikir. Pap! Aku menampar pipiku sendiri apabila menyedari aku tidak patut membangkitkan tentang itu, Kak Iza pun sudah pesan. Apalah bengap sangat aku ni, macam mana boleh terkeluar soalan tu. Errr... maaflah kalau... Dia sihat agaknya. Tak ada apa yang perlu dirisaukan pasal dia, harap dia bahagia dengan pilihannya, ujar Hafez memotong kata-kata aku.

14

Suria Fatin

Ada satu riak pada wajahnya yang sukar untuk aku tafsirkan. Apakah yang dia rasakan sekarang ni? Wajahnya yang pada awalnya tadi agak ceria, hilang seri walaupun dia cuba mengukir senyuman. Dah nak senja ni, jomlah! Ajak Hafez lantas bangun. Aku hanya mengekorinya perlahan-lahan.

15

Bila Cinta

Bab 4
INTU bilik yang diketuk bertalutalu mengejutkan aku daripada tidur. Aku mencapai jam tanganku yang diletakkan di atas meja sisi katil. Baru pukul lima pagi, malaslah aku hendak bangun lagi. Aku menarik semula selimutku supaya menutup seluruh tubuh. Namun hasratku tidak kesampaian apabila sekali lagi kedengaran pintu bilikku diketuk. Isy... apa pulak ni? Aku menggaru-garu kepalaku walaupun tidak gatal. Aku melangkah malas ke arah pintu dan membukanya. Aku menggosok-gosok mataku kerana pandangan masih kabur dan aku menguap lagi. Sebaik sahaja aku membuka mata, aku lihat Hafez terpacak di hadapanku. Dia seperti sedang menahan tawanya. Aku pantas menutup kembali pintu. Aku menepuk dahi, terasa malu pula bila kelakuanku yang agak tidak senonoh itu dilihatnya. Eee malunya aku.

16

Suria Fatin

Aku mengemaskan kembali rambutku yang serabai menggunakan jari dan menarik nafas panjang sebelum membuka kembali pintu. Kenapa acik? soalku dengan muka selamba bagi menyembunyikan rasa maluku. Tak. Sebenarnya Hafez nak ajak pergi joging. Tapi kalau Fatin mengantuk tak apalah, katanya masih tersenyum. Eh tak, tunggu kejap! jawabku pantas. Mana ada aku mengantuk. Siapa kata aku mengantuk? Aku mengomel sendiri. Kalau rasa nak ketawa, teruskan aje la tak payah nak tahan-tahan. Kataku sebelum menutup pintu. Baik dia ketawa terus, daripada tersengih-sengih macam kerang busuk.

TENGAH HARI, kami masuk ke water park di Bukit Merah ni. Aku memang suka bab main air ni. Sorang pun tak apalah, aku peduli apa. Walaupun tak padan dengan umurku. Bosan betul Si Hafez ni, asyik menghadap buku tu aje. Detik hatiku apabila melihat dia asyik dengan buku yang aku sendiri tidak pasti tajuknya. Cakap dengan aku pun kalau ada kepentingan. Lapar tak? Jom makan. Hafez nak ke sana, ya tak? bebelku sendiri bila teringat patah ucapan yang acap kali keluar dari mulut Si Hafez tu. Keluar sekali, tetapi kalau berjalan, dia lima ela di depan. Kami kemudian berjalan di kedai-kedai yang

17

Bila Cinta

terdapat di situ. Bagi aku inilah percutian yang paling membosankan. Tetapi nasiblah bercuti di sini, dekat sikit. Lagipun aku tidak punya banyak masa. Sudah hampir seminggu aku tinggalkan butik semata-mata kerana perkahwinan ini, dan kalau bukan kerana mama, aku takkan terlibat dengan percutian gila ni. Teringat aku ketika mama membangkitkan isu bulan madu. Nah! Mama menghulurkan sekeping sampul berwarna merah, siap dengan reben lagi. Aku segera mengoyak sampul terebut. Apa ni ma, babah? soalku pada mama dan babah yang berada di hadapanku. La, pakej bulan madu untuk kamu la, balas mama. Aku membelek tiket yang diberikan mama. Gila apa nak suruh aku ke sana. Yalah. tapi kenapa pula sampai kena ke Itali? Buang masa la mama, ujarku lantas memasukkan semula tiket ke dalam sampul dan meletakkannya di atas meja di hadapan kami. Apa lagi kamu ni. Orang nak suruh pergi melancong pun susah! Mama mula mengeraskan suaranya. Dah la paksa aku kahwin, lepas tu nak suruh aku pergi buang masa aku yang cukup berharga ni, pulak. Huh, kali ini jangan haraplah aku nak setuju. Mama ingat Fatin tak ada kerja ke, mana boleh tinggal butik tu lama-lama. Hafez pun mesti tak ada masa juga, balasku mencari alasan dan sudah pastinya aku tidak mahu mengalah. Butik... butik... butik. Tak habis-habis! Hafez fikir

18

Suria Fatin

macam mana? Mama mengalihkan pertanyaan pada Hafez yang duduk di sebelahku. Nasib baiklah pada waktu itu Hafez bersetuju dengan aku. Dan akhirnya, demi tidak membangkitkan kemarahan mama, aku bersetuju untuk ke sini sahaja. Honeymoon la konon. Aku berhenti di hadapan sebuah kedai cenderamata. Ada sesuatu yang menarik pandanganku. Aku menarik Hafez yang berada beberapa langkah di hadapanku. Ops... errr... masuk sini kejap, ajakku lalu melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Cantik-cantik cenderamata di sini. Aku membelek beberapa gelas yang unik berwarna hitam putih. Aku perasan sejak melangkah masuk ke kedai ini kami seperti diperhatikan. Aku memerhati sekilas pada seorang gadis yang turut berada di dalam kedai itu. Cantik betul gadis tu, dengan baju merah jambu dan jumper skirt berwarna krim, dia tampak ringkas dan ayu. Tapi kenapa dari tadi dia pandang ke arah kami. Siapa pula ni? Aku kenal ke dia tu. Isy... tak ingat la. Nak kata pelanggan aku... entah la, yalah kut. Well akukan terkenal. Ha ha ha... perasan! Aku tersentak apabila tiba-tiba Hafez memaut pinggangku. Aku cuba menolak tetapi bertambah erat pula pautan Hafez. Kita ke tempat lain, ujar Hafez lembut, lantas menarik aku keluar dari kedai tersebut. Errr... acik, susah la nak jalan macam ni, ujarku kerana tangan Hafez masih di pinggangku. Apa masalah mamat ni? Tiba-tiba aje. Nampaknya

19

Bila Cinta

tindak-tanduk ahli sihir dunia gelap ni sudah tidak dapat dijangka! Isy... apa aku merepek ni. Oh emmm... sorry, tak perasan tadi. Fatin kalau letih, balik la dulu. Nanti kita jumpa kat sana ya. Kata Hafez seraya melepaskan pautan dan terus berlalu. Isy... mamat ni, betul ke tidak? Bila pula aku cakap aku letih? Aku ada cakap ke? Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Musykil aku tapi bagus juga, aku memang suka jalan sorang-sorang. Lagi bagus daripada jalan dengan mamat psiko tu.

20

Suria Fatin

Bab 5
AFEZ AZFAR bersandar pada sofa. Lampu apartmennya pun tidak dinyalakan. Dia melepaskan keluhan berat sementara matanya dipejam rapat. Rasa penat berada di dalam bas tadi tiada apa-apa jika hendak dibandingkan dengan berat galas di dalam hatinya. Dia tersenyum apabila teringat gelagat Fatin ketika menghantarnya ke Jalan Duta siang tadi. Kelam-kabut jadinya, semuanya kerana terlewat bangun. Nasib Hafez tidak ditinggal bas. Sepanjang perjalanan dari Bukit Merah ke KL... Fatin tidak berhenti-henti merungut kerana Hafez tidak membangunkannya. Ha... cepat la bawak turun beg tu, orang pergi tengok bas, ujar Fatin kepadanya sebaik sahaja tiba di Jalan Duta. Fatin terkocoh-kocoh menuju ke arah kaunter tanpa mempedulikan orang sekeliling. Entah berapa orang yang dilanggarnya pun dia tidak pasti. Namun dia masih mampu memberikan senyuman.

21

Bila Cinta

Bila difikirkan, Hafez rasa cemburu dan pada masa yang sama terdetik rasa kagum pada gadis itu. Bagaimana dia masih mampu tenang, masih mampu ketawa. Padahal dia harus menerima suatu yang bukan atas kehendaknya. Hafez menyalakan lampu meja di sebelah sofa apabila telefon bimbitnya sekali lagi berbunyi. Nama itu muncul lagi di skrin telefon. Rasa rindu pada nama itu masih belum terpadam, malah semakin menyesakkan dadanya. Tetapi kenapa nama itu perlu muncul lagi setelah apa yang berlaku. Hafez sekadar merenung skrin telefonnya. Untuk apa Marni? Detik hati Hafez sebelum berlalu ke bilik dan hanya membiarkan telefon terus berbunyi.

WAH! Berseri-seri nampak muka bos kita, ujar Shikin sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam butik. Tak ada maknanya, Shikin. Seri muka ke... tepung talam ke... cekodok ke... bab membodek nombor satu. Selamba aje aku memerli Shikin apabila melihatnya yang sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk. Eleh, Kak Atien ni... puji pun salah, ngomel Shikin dengan muncung sudah sedepa. Bukan salah... Kak Atien pun sedar, memang Kak Atien sentiasa berseri-seri. So, tak payah nak tekankan lagi. Sudah, pergi sambung kerja. Ni... Jojie mana? soalku. Perasan! Ya la... orang tengah buat kerja la ni. Jojie cuti, balas Shikin sambil tangannya lincah menyalin pakaian pada patung.

22

Suria Fatin

Hai... suka-suka aje cuti. Urgent ke? ujarku pula. Entah la, Kak Atien... urgent la kut. Kalau tak salah, dia kata, nenek dia nak kahwin, Ha? Macam-macam la korang ni. Kata aku lantas terus berlalu menuju ke pejabat. Rindu rasanya pada pejabat ni. Di sinilah tempat aku melakarkan imaginasi aku, berunding dengan pelanggan. Semua atas dasar minat menyebabkan aku tidak pernah rasa jemu bekerja. Tidak kisahlah kalau ada orang nak kata aku ni gila kerja atau gila duit, sebab memang aku suka duit pun! Kah kah kah!!! Aku mendepakan kedua-dua belah tangan aku. Isy... kenapa aku gelak jahat ni. Nasib baik tak ada orang, kalau tak bertambah kuatlah fakta yang mengatakan aku ni gila. Hmmm..... rasanya tidaklah lama sangat aku cuti, tapi banyak pula benda yang aku kena uruskan.

PEN yang dari tadi digenggamnya, dilemparkan ke tepi. Azlan tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap dokumen yang berada di hadapannya. Dia meraup wajahnya. Kenapa terlalu sukar untuk melupakannya? Kenapa aku harus tanggung semua ini... rintih hati Azlan. Sebelum ini dia nekad akan cuba melupakan Fatin. Tapi mengapa apabila melihat wajah itu, senyuman itu, hati terasa bagai dicarik-carik. Terasa benci akan diri sendiri. Azlan teringat pada pertemuan tadi, tapi dia hanya mampu memandang dari jauh. Pedih apabila menyedari kenyataan bahawa insan yang dicintai tidak mungkin dimiliki.

23

Bila Cinta

Sakit apabila terpaksa menerima hakikat hanya mampu memandang dari jauh. Menatap di dalam sembunyi. Agaknya inilah rasa orang yang pernah dikecewakannya suatu ketika dahulu. Semua kerana rasa benci terhadap wanita. Azlan, you ingat seronok ke memendam rasa? I benar-benar cintakan you. Dari dulu I sering perhatikan you dari jauh, Ima menarik nafas sebelum meneruskan katakatanya. Terasa sesak dada. Azlan masih diam tanpa sebarang reaksi. Kemudian, you seperti memberi I harapan. Tapi bila I luahkan perasaan I pada you... sambung Ima dengan mata yang mula berkaca. Maafkan I... I tak mungkin dapat menerima manamana perempuan di dalam hidup I, tegas Azlan bersahaja. Tapi kenapa? You tak boleh terus membenci perempuan... ibu you juga seorang perempuan, desak Ima dengan suara tersekat-sekat kerana menahan sebak. Huh, ibu? Dah la I tak nak terus beri you harapan. Baik hentikan semuanya di sini, balas Azlan sebelum berlalu. Kini kata-katanya pada waktu itu seperti memakan diri. Ketika hadir seorang wanita yang berjaya mengubah persepsinya, dia dilukai. Mungkinkah ini suatu pembalasan? Azlan mencapai kembali pen yang dilempar tadi dan dimasukkan ke dalam bekasnya. Pen pemberian Fatin yang selama ini tidak pernah ditinggalkan diletakkan di dalam laci. Hatinya perlu kuat, Fatin harus dilupakan. Khayalannya mati apabila pintu biliknya diketuk. Azlan mengemaskan kertaskertas di atas meja yang berselerak dek tempias emosinya sebentar tadi.

24

Suria Fatin

Encik Azlan, ini dia surat ikatan penyerahan hak yang encik minta. Najwa pekerjanya datang menyerahkan dokumen yang diminta. Kau ni cuba fokus sikit boleh tak? Kan saya minta surat aku janji dan sebut harga! Azlan mula meninggikan suaranya. Tapi... Najwa ingin menyambung kata-katanya tetapi pantas dipotong oleh Azlan yang menyuruhnya keluar. Gila apa bos aku ni? Tadi betul la dia minta surat ni, takkan aku pekak kut, detik hati Najwa.

25

Bila Cinta

Bab 6
ELAS yang berisi air kosong itu sudah hampir separuh diminum, namun insan yang dinanti masih belum tiba. Aku merenung jam di pergelangan tangan. Perasaanku bercampur baur ketika ini. Harap-harap dia datang, kerana selama ini sudah banyak kali aku cuba menghubunginya tetapi tiada jawapan. Nasiblah akhirnya dapat juga aku buat temu janji dengan dia. Itu pun sebab aku telefon pejabat. Entah apa yang sibuk sangat pun tak tahu. Tapi pelik juga sebab sebelum ni, Shikin pernah cakap waktu aku cuti dulu dia sibuk cari aku. Bosan pula menunggu Si Azlan ni, kalau tak mahu datang cakaplah awal-awal. Puas aku membebel sendiri. Aku mencapai kentang goreng di hadapan lalu disusun satu per satu menjadi satu perkataan. W. I. T. C. H isy apasal ahli sihir pula. Aku mengubah pula dengan menyusun secara bertingkat-tingkat. Hai! Nak tukar profesion ke? Jadi arkitek pulak... design bangunan?

26

Suria Fatin

Opocot Mak Zah kau jatuh! Fuh, terkejut aku. Nasib baik tak melatah betul-betul. Imaginasi aje lebih. Hah! Hai duduklah, ujarku sambil mengurut dada. Terkejut aku. Dah la lambat, lepas tu muncul mengejut. Nasib baik hidup lagi aku ni. Kalau kena heart attack nanti ramai pula yang makan hati. Akukan ramai peminat. Wah... perasan betul aku ni. Ya, Fatin nak cakap apa? Maaflah, Azlan tak ada banyak masa ni, ujar Azlan sebaik sahaja duduk. Hatiku sedikit tersentuh apabila dia berkata begitu. Selama ini Azlan tak pernah pun begini, dia juga pernah kata yang apabila bersama dengan aku, masa bagai terhenti dan tidak kisah kalau melayan kerenahku seharian pun. Hmmm... Shikin dah beritahu semuanya, kan? Jadi Fatin nak pulangkan ni, ujarku perlahan lantas menghulurkan kotak yang sedari tadi aku terletak di atas meja. Azlan menyambut kotak itu dan aku lihat dia tersenyum. Anything else? soal Azlan yang kelihatan tenang sahaja. Tingkahnya membuatkan aku serba salah. Seolaholah pertemuan ini tidak mempunyai makna dan reaksinya ketika aku memulangkan cincin lamarannya tidak aku duga. Aaa... errr tak ada apa dah. Okeylah Fatin pergi dulu. Aku terus bangun dan berlalu. Tahan la aku, Azlan. Kenapa tak tahan, aku nak pergi ni. Isy apa kesudahan ni, tak macam dalam drama yang aku selalu layan tu. Bukankah waktu-waktu macam ni hero seharusnya tahan heroin daripada pergi atau sekurang

27

Bila Cinta

kurangnya minta aku berikan penjelasan. Takkan aku nak patah balik. Oh, tak mungkin!!!

AZLAN menoleh ke arah Fatin yang baru sahaja melangkah keluar dari restoran itu. Hatinya terasa bagai dicarik-carik. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya apabila cuba menahan kesedihan berhadapan dengan insan yang disayangi. Senyuman yang dilemparkan pada Fatin sebentar tadi bagaikan suatu virus yang kini memakan dirinya. Kotak cincin yang sejak dari tadi berada di tangan, digenggam erat.

AKU melangkah masuk ke dalam butik. Sudah hampir setengah hari aku tinggalkan butik. Semua kerana suatu pertemuan yang sia-sia. Kenapa semuanya berakhir begini? Aku tidak pernah menjangka Azlan akan menunjukkan reaksi sebegitu. Apa aku ni tak langsung bermakna pada pandangan dia? Kenapa dia setenang tu, palsukah kata-katanya suatu ketika dulu? Memanglah aku yang bersalah, aku yang mengkhianatinya. Tetapi sekurang-kurangnya izinkanlah aku memberi penjelasan, paling tidak pun, marahlah aku, atau katakan saja kau bencikan aku. Jika begitu, sekurangkurangnya aku tahu macam mana perasaan kau. Wah... aku macam tak percaya. Ini tak boleh jadi... ingat aku hadap sangat ke dengan dia. Huh! Boleh jalanlah! Helo, sis! Hidup lagi ke ni? tanya Shikin sambil

28

Suria Fatin

tangannya melambai-lambai di hadapan muka aku. Terkejut juga aku apabila melihat wajah Atie dan Jojie yang begitu hampir denganku. Apa? soalku agak malas. Tak ada la... kita orang tengok sejak dari masuk tadi, Kak Atien asyik duduk kat sini. Muka macam orang tak berperasaan aje.... sudah macam zombie, tapi mulut asyik terkumat-kamit macam baca mantera, terang Shikin bersungguh. Apa zombie? Kau orang ni tak ada kerja ke? Baik pergi sambung kerja sekarang sebelum Kak Atien jadi zombie betul-betul! ugutku pada mereka berdua. Tahu pun kelamkabut bila aku cakap macam tu. Uish... semenjak dah jadi isteri orang ni, makin garang pula, rungut Jojie. Apa kau kata Jojie? Aku macam terdengar ada orang minta kurangkan gaji aje. Sengaja aku ingin menyakat. Tak adalah bos. Ni ha... cerita kat Atie, isteri Wak Leman tu bela kucing Siam, bukan main garang lagi! jerit Jojie yang sedang berjalan menuju ke arah stor. Oh... macam tu ya. Setahu Kak Atien la kan, isteri Wak Leman tu dah lama meninggal. Balasku sebelum melangkah masuk ke dalam bilik.

ISTERI? Kenapa kadang-kadang aku boleh lupa yang aku ini sudah pun menjadi isteri orang.

29

Bila Cinta

Aku mengalihkan tubuhku supaya mengiring. Bantal yang berada di sebelah aku dakap erat. Setelah sebulan aku sah menjadi isteri orang, sebentar tadi aku menerima panggilan daripada Hafez. Katanya kami perlu pulang ke rumah mama hujung minggu ni juga, dalam erti kata lain esok la tu! Mama ni pun satu, ada aja arahan yang nak diberi, sudah tu bukan nak beritahu awal-awal. Apa pula rancangan mama kali ini?

AKU tiba di Sungai Petani lebih kurang jam dua petang tadi dan pada ketika itu Hafez belum pun sampai. Puas aku dengar bebelan daripada mama kerana tidak pulang sekali dengan Hafez. Kalau Hafez duduk kat KL tak apalah, ni Terengganu. Sedang aku leka menonton televisyen, terdengar bunyi enjin kereta di luar. Hafez sudah sampai la tu. Fatin! Kedengaran suara mama memanggil aku dari luar. Alah... nak apa lagi, tahu la menantu kesayangan dia dah pulang. Sampai sahaja di pintu, aku hanya memandang ke arah mama dan pada ketika itu Hafez sedang mengangkat begnya keluar dari kereta. Mama menjegilkan mata padaku seperti memberi isyarat. Aku memandang mama sekali lagi. Ha, kenapa yang tercegat macam patung dekat situ? tegur mama apabila menyedari aku tidak membantu suamiku itu. Erk.... Ooo... faham... faham. Banyak songeh betul la mama ni.

30

Suria Fatin

Oh, suamiku yang tersayang sudah tiba ruparupanya. Bagaimana dengan perjalanan kanda? Tahukah bahawa dinda sudah lama menanti, ujarku pada Hafez lantas menghulur tangan padanya dan tangannya kucium. Hafez kelihatan sedikit terkejut dengan kelakuan aku yang secara tiba-tiba itu. Pandai juga aku berlakon, kalau tak salah aku ni kali kedua aku terpaksa menebalkan muka bersalaman dengannya. Kali pertama, sudah semestinya waktu selepas akad. Wah, nampak sangat aku ni isteri mithali, kan? Ketika ingin melangkah masuk ke dalam rumah, mama berbisik pada aku. Tak payah la over sangat! Aku hanya tersenyum, memang aku sengaja nak mengenakan mama.

31

Bila Cinta

Bab 7
PA? Aku meletak kembali cawan ke atas meja di hadapanku. Tersedak aku dibuatnya. Macam mana mama boleh terfikir macam ni. Tidak! Tak mungkin aku dapat ikut kehendak mama dan babah kali ini. Alah... betul kata babah kamu tu. Kau orang dah kahwin, sampai bila nak tinggal berasingan macam ni? soal mama yang bersetuju dengan saranan babah. No way, mama! Kalau mama nak Fatin tinggalkan kerjaya Fatin, Fatin tak setuju! balasku tanpa sedar sedikit meninggikan suara. Setelah apa yang aku usahakan dan aku kecapi demi cita-cita aku ini, tak mungkin aku akan lepaskan begitu sahaja. Kamu sedar sikit yang kamu tu perempuan dan sekarang dah jadi isteri orang! Apa salahnya kalau kamu lupakan butik kamu tu dan tinggal aja bersama Hafez. Dia pun mampu! marah mama tidak puas hati.

32

Suria Fatin

Suasana menjadi semakin tegang, babah hanya mendiamkan diri, begitu juga Hafez. Isy... takkan nak gaduh lagi ni. Suasana sekarang benar-benar mengingatkan aku pada pertengkaran aku dan mama dulu. Pada waktu aku memilih untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang rekaan. Hasilnya hampir berbulan aku dan mama tidak bercakap. Okey... kalau mama tetap nak paksa aku, aku pun takkan berganjak daripada pendirian aku sekarang. Huh! Ni Fatin la... dengan kuasa bulan, akan menghukummu! Isy... aku merepek lagi! Ha, kenapa kamu diam? Aku memandang ke arah mama apabila disoal begitu. Mama... Fatin akan tetap dengan keputusan Fatin! Aku malas ingin berkata panjang. Lagipun segan rasanya bertengkar di depan Hafez. Kamu tak faham ke cakap mama! Kalau dah mama cakap macam tu macam tu la! Cakap aja berapa ganti rugi untuk butik kamu tu, mama boleh ganti! ujar mama turut tidak mahu mengalah. Aku lihat babah cuba menenangkan mama. Bukan duit yang aku mahu. Mama tak faham dan tak mungkin akan faham. Ma... Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, terasa tanganku disentuh Hafez. Aku memandang ke arahnya. Sudah la... tak payah risau. Biar Hafez aja yang minta tukar. Kalau susah-susah... Hafez berhenti pun tak apa, ujar Hafez yang tiba-tiba bersuara. Aku membulatkan mata memandang ke arahnya. Apa yang dia cakap ni?

33

Bila Cinta

Isy... takkan la sampai macam tu, ujar babah serba salah dengan Hafez manakala mama hanya mampu terdiam. Tak apalah babah lagipun Hafez memang dah minta transfer, tapi sampai sekarang tak dapat keputusan. Kalau berhenti pun tak apa, sebab Hafez ada terima tawaran daripada kawan. Dia ajak kerja dengan syarikat family dia, tambah Hafez lagi sambil tersenyum. Kalau macam tu tak apalah Hafez tapi malu pula mama dengan Fatin ni. Sepatutnya isteri yang kena ikut suami, ini tak! Kata mama lantas bangun menuju ke bilik. Terasa juga aku... teruk sangatkah aku ni, tapi...

JAM menunjukkan hampir pukul dua belas tengah malam. Seram sejuk pula rasa duduk di luar ni. Tak sedar pula berapa lama aku termenung di sini. Terleka dibuatnya berada di tepi kolam ni. Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Hafez tentu sudah tidur, mungkin letih memandu dari Terengganu. Tanggapanku meleset apabila sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik, kelihatan Hafez sedang khusyuk di hadapan lap-topnya. Aku meneruskan langkahku menuju ke arah bilik air untuk membersihkan muka. Alah... kenapalah mamat ni tak tidur lagi, gerutu hatiku. Acik tak nak tidur lagi ke? soalku setelah melihat Hafez masih lagi sibuk dengan kerjanya sedangkan aku sudah bersiap untuk tidur. Kenapa? Cerah sangat ke? Nak Hafez tutup lampu? soalnya.

34

Suria Fatin

Mana ada cerah pun setakat lampu meja yang dipasang. Eh, tak adalah... saja tanya, jawabku lantas menarik selimut. Aku sebenarnya rasa bersalah pula apabila tidak langsung mahu mengalah. Beberapa kali aku mengalih posisi namun mataku masih begitu degil. Aku berpaling ke arah Hafez yang masih sibuk dengan kerjanya. Kenapa? soal Hafez tiba-tiba sedangkan matanya masih tertumpu pada lap-topnya. Ha? Dia perasan ke aku tengok dia. Isy... dah sah dia ada kuasa sihir! Eh... tak adalah. Acik betul-betul tak kisah ke? dugaku. Hafez membuka cermin mata yang hanya dipakai sekali-sekala itu lalu diletakkan di atas meja. Entah kenapa aku rasa suka pula melihat dia buat begitu. Macam bergaya sangat. Alamak! Macam mana boleh terfikir macam tu? Ala biasa la tu watak jahat selalu berlagak cool. Hu hu hu.... Sudahlah tak payah fikir pasal tu. Hafez dah buat keputusan dan itulah yang Hafez mahu, tegas Hafez sambil memandang ke arahku sekejap sebelum kembali menyambung kerjanya. Tapi... Aku masih merasa ragu. Itu bukan jawapan yang aku mahukan. Dia kembali berpaling padaku. No more tapi tadi bukan Fatin nak tidur dah ke? Tak mengantuk dah ke or nak Hafez temankan baru boleh tidur? tanya Hafez tanpaku sangka. Mak ai!!! Eh, bila orang cakap tak mengantuk? Huwahhh mengantuknya. Tak tahan dah ni. Betul mengantuknya.

35

Bila Cinta

Okeylah, selamat malam! ujarku cepat-cepat. Sengaja buat begitu takut lain pulak yang jadi. Wah, pandai tak aku berlakon? Agaknya dia perasan tak aku berlakon tadi? Hu hu hu... tak kut. Tapi macam mana ni? Aku tak mengantuk lagi pun. Alah, pejam ajalah. Aku tak dapat bayangkan kalau ahli sihir tu tidur di sebelah aku. Apa akan jadi pada aku? Mungkin senyap-senyap dia akan tikam aku atau menggunakan kuasanya untuk membunuh aku, macam dalam anime yang aku tengok semalam. Oh tidak! Imaginasiku semakin melampau sekarang. Inilah akibatnya kalau suka sangat tonton televisyen. Hafez tersenyum sendiri. Entah kenapa kebelakangan ini dia semakin mudah tersenyum, walaupun kerana perkara yang kecil. Fatin berjaya buat dia tersenyum. Hafez merenung wajah Fatin, dia tahu Fatin masih belum tidur. Apa istimewanya Fatin, jika hendak dibandingkan dengan Marni yang jauh lebih manis dan sopan? Tetapi dia tahu ada sesuatu kelainan di dalam diri Fatin yang membuatkan dia lain daripada orang lain. Dia punya sesuatu, sesuatu yang benar ingin diketahui Hafez. Baginya, Fatin merupakan gadis yang biasa tetapi penuh rahsia.

36

Suria Fatin

Bab 8
ELEFON yang berbunyi membuatkan tidurku sedikit terganggu, padahal aku juga yang kunci jam. Ah, baru pukul lima setengah pagi. Pantas aku mematikan jam. Mataku masih belum dapat dibuka sepenuhnya. Malam tadi entah pukul berapa baru aku boleh tidur. Aku menarik selimut supaya menutupi seluruh tubuhku. Ha... syoknya tidur sejuk-sejuk macam ni. Mami Su! Mami Su! Tiba-tiba terasa bahuku digoncang. Ini tak lain mesti Si Adam, mesti mama yang suruh dia gerakkan aku. Aku menarik selimut yang menutupi wajahku. Apa Adam... jangan la kacau Mami Su nak tidur, ujarku malas. Aku melihat jam yang terpapar di skrin telefonku. enam empat puluh lima pagi dah? Cepatnya. Argh!!! Tapi aku masih mengantuk. Tuk ma panggil Mami Su. Bangun la tuk ma

37

Bila Cinta

kata kalau bangun lambat nanti rezeki tak come in! kata Adam sementara tangannya masih menggoncang tubuhku. Banyak la kau! Dengusku di dalam hati. Adam baru saja berumur empat tahun. Tapi kalau bab bercakap, kalah mak su aku. Adam keluar dulu. Cakap kat tuk ma, Mami Su ada kerja, ujarku lantas menarik semula selimut. Banyak la aku punya kerja! Nasib baik dengar cakap pula Si Adam ni. Sebelum memejamkan mata, aku sempat mengerling ke arah tempat tidur Hafez, dan dia tiada di situ. Ah lantaklah, aku mengantuk ni! Rasanya baru lima minit aku terlena, sekali lagi tidurku diganggu. Bahuku digoncang lagi tapi kali ini lebih lembut. Adam lagi la ni. Ah, malas aku nak layan.... Aku menarik selimut menutup seluruh tubuh. Kenapa banyak sangat rintangan untuk aku tidur ni. Aku cuba untuk menyambung kembali tidurku tetapi tidak berjaya. Sayang oi... jangan la kacau... mengantuk ni! ngomelku malas bercampur geram. Aku menolak tangan yang sedari tadi berada di bahuku. Aik? Kenapa besar pula tangan Si Adam ni. Aku buka mataku perlahan-lahan. Mak kau! Bukan Adam, Hafez rupa-rupanya. Aku pantas menutup kembali mataku, berpurapura tidur. Tak boleh buka mata, malunya aku. Dah la aku pergi sebut sayang. Tak pasal-pasal pula dia perasan nanti.

38

Suria Fatin

Sorry ganggu. Sebenarnya nak ajak pergi rumah mak sekejap. Tapi kalau Fatin mengantuk, tak apalah, terang Hafez lembut. Ish... serba salah pula aku. Aku membuka mataku kembali. Aku lihat dia berada di meja kerja dan tersenyum ke arahku. Ya la... tapi kena tunggu orang mandi dulu. Aku segera bangun dan mencapai tuala sebelum melangkah malas ke bilik air. Isy... tension betul! Dari semalam ada sahaja benda yang menyakitkan hati. Mamat ni pula, entah kenapa dari tadi asyik tersengih-sengih macam kerang busuk. Cepat sikit mandi tu ya sayang! usik Hafez sebaik sahaja aku menutup pintu bilik air. Argh! Jeritku. Geram betul! Itu tak lain nak perli aku la tu. Salah aku juga, yang aku pergi sebut sayang tadi buat apa, tapi... aku ingat Adam. Ah, peduli apa aku. Tapi... bencinya!!! Hafez hanya tersenyum sebelum melangkah keluar dari bilik.

SEMINGGU sudah berlalu dan semalam Hafez menelefonku. Katanya, pertukarannya telah diluluskan dan pada hujung bulan ini dia akan berpindah ke sini. Oh tidak! Aku tak dapat terima kenyataan ni. Isy... leceh la, lepas ni hilanglah privacy aku dekat rumah sendiri. Aku mengemas lakaran-lakaran yang bersepah di atas meja, dan bersiap ingin keluar. Sebentar lagi aku ada

39

Bila Cinta

temu janji dengan pelanggan di Le Meridien Hotel. Masih ada satu jam lagi, sempatlah aku singgah Kinokuniya untuk beli buku kegemaranku atau lebih tepat lagi, komik. Ramai orang berpandangan aku seperti budak-budak kerana minat aku terhadap benda-benda seperti ini. Kata mereka, tak berpadanan dengan umur aku. Tapi aku peduli apa, komik dan anime banyak memberi inspirasi di dalam kerjaya aku sebagai pereka fesyen. Tapi aku akui la, sedikit sebanyak ia mempengaruhi corak pemikiran, itu la sebabnya imaginasi aku dahsyat. Aku melangkah keluar dari butik dan berjalan menuju ke Kinokuniya. Tidak jauh pun dari butik aku. Separuh jalan, aku terasa malas pula nak masuk. Tetapi alang-alang dah dekat, masuk ajalah. Aku meneruskan langkahku ke arah sudut kegemaran. Semenjak aku melangkah masuk tadi, entah kenapa aku terasa diri diperhatikan. Aku menoleh ke kanan, jantungku bagai disentap apabila terpandang wajah itu. Wajah insan yang sering muncul di dalam sketsa mindaku. Azlan! Aku melambai ke arahnya sambil tersenyum. Tak sangka pula dapat bertembung dengannya, aku sangka pertemuan yang lepas merupakan pertemuan yang terakhir. Dia tak nampak aku ke? Kenapa dia pusing ke arah lain? Terdetik hatiku apabila melihat reaksi Azlan seperti tidak perasankan aku. Bukankah tadi dia memandang ke arah aku? Tak apalah, biar aku yang pergi tegur dia. Tapi sebaik saja aku memulakan langkah, aku lihat dia pantas melangkah keluar. Dia tak nampak aku ke? Atau... dia sengaja nak

40

Suria Fatin

larikan diri dari aku? Isy... tak mungkin. Dia tak perasan la tu. Tapi malu pula aku dari tadi asyik melambai sorangsorang. Amoi ni pun dari tadi pandang aku semacam, baik aku keluar. Terbantut niat aku nak cari komik kegemaranku.

AKU suka suasana di KL Sentral ini. Aku dapat melihat pelbagai ragam gelagat manusia. Sudah lama rasanya aku tidak naik LRT. Entah apa mimpi aku hari ni. Aku tertarik melihat satu pasangan yang duduk tidak jauh daripada tempat aku berdiri sekarang. Tangan lelaki itu melingkari bahu pasangannya sambil bermain dengan bayi yang dipegang oleh wanita itu. Sesekali aku dapat lihat dia menghadiahkan senyuman kepada wanita itu. Aku dapat rasa, betapa bahagianya mereka. Bertuahnya wanita tu. Kalaulah aku yang berada di tempatnya alangkah bagusnya. Ini tidak, pada luaran semua orang ingat aku bertuah, punya segala-galanya kerana berkerjaya hebat pada usia begini. Huh, sebenarnya akulah orang paling malang. Ada kerjaya tetapi tak direstui mama, ada kekasih tetapi semakin menjauh malah aku sekarang punya suami tetapi sekadar pada nama. Aku melihat jam di pergelangan tangan. Alamak, lagi sepuluh minit! Ni semua berangan punya pasal. Aku memulakan langkahku pantas. Aduh! Kerana tergesa-gesa, secara tidak sengaja aku terlanggar seseorang. Buta ke? marah gadis yang berlanggar dengan aku tu. Cantik perempuan ni, tapi tak berbudi bahasa,

41

Bila Cinta

hampeh! Dia kemudian berlalu begitu saja, aku pun tak sempat nak minta maaf. Eh, kejap! Macam pernah tengok la perempuan ni. Tapi di mana ya? Ah, lantaklah! Aku pun dah lambat ni.

42

Suria Fatin

Bab 9
AGI ini seperti biasa, aku bangun lewat lagi. Nasib baik malam tadi aku sudah siap mengemas rumah. Ya. Hari ni merupakan satu hari yang bakal memberi impak pada aku walaupun impaknya tidaklah sebesar hari aku bergelar isteri. Argh! Macam mana ni? Hari ni Hafez akan pindah masuk. Apa harus aku buat? Bentang permaidani merah dan taburkan kelopak mawar sebaik saja dia masuk sambil menyanyi lagu You Were Meant For Me? Atau aku boleh tukar suasana rumah ni, tutup semua langsir, nyalakan lilin banyak-banyak... mainkan lagu tema The Phantom Of The Opera dan aku akan berusaha buatkan dia lari dari sini dan takkan kembali? Ataupun... aku tinggalkan mesej pada dia, katakan aku terpaksa pergi ke luar negara buat sementara waktu, padahal aku tak akan kembali lagi buat selamalamanya? Ha ha ha! Apa yang aku fikirkan ni? Aku menggaru-garu kepala walaupun tidak gatal.

43

Bila Cinta

Hmmm... hakikat tetap hakikat dan aku harus terima ataupun lebih tepat aku sepatutnya menerima hakikat ini semenjak aku menerima panggilan daripada mama beberapa bulan yang lalu. Panggilan yang menyatakan hakikat pada masa itu aku bakal bergelar isteri kepada Hafez Azfar. Bukan pada insan yang telah melamar aku pada malam yang sama aku menerima panggilan itu. Hujung minggu ni kamu boleh balik tak? soal mama sebaik saja aku menjawab salamnya. Kenapa ma? Rasanya tak boleh, banyak kerja la. Ada hal penting ke? balas aku. Mimpi apa pula mama ni telefon malam-malam macam ni. Mesti la penting. Takkan kamu tak boleh balik sekejap pun? soal mama lagi seakan mendesak. Rasanya baru dua minggu lepas aku balik sana, bukannya aku tak nak balik, tapi banyak kerja yang perlu aku selesaikan. Apa yang penting sangat tu, cakap sekarang tak boleh ke ma? Sudahlah, kalau kamu tak nak balik, ni... mama nak beritahu siang tadi famili Uncle Rosli kamu datang, meminang kamu untuk Hafez! Apa ma? Fatin tak setuju! bentakku. Apa yang mama cakap ni? Kenapa pula tak setuju? Kamu ingat kamu tu muda sangat? Nak harap kamu cari sendiri, agaknya sampai mama mati pun belum tentu. Asyik sibuk dengan kerja yang kononnya bagus sangat. Kata-kata mama kedengaran keras. Tapi ma ni soal hidup Fatin. Fatin dah Dari dulu semua orang kena ikut kata kamu, tak kira. Mama dah pun terima pinangan tu, kamu jangan nak

44

Suria Fatin

malukan mama. Kalau tak, jangan panggil mama lagi! marah mama kemudian berlalu pergi. Kata-kata mama pada ketika itu masih lagi terngiang-ngiang. Aku tidak mungkin lupa hari itu, hari aku menerima dua kejutan besar di dalam hidup aku. Malam itu aku telah dilamar Azlan. Memang aku gembira mendengar luahan hati Azlan tetapi aku sengaja tidak memberi jawapan pada ketika itu. Kononnya nak tiru macam di dalam filem tu, bila dilamar, cakap nak fikirkan dulu. Huh, belum apa-apa... balik rumah malam tu, aku terima panggilan maut daripada mama. Bunyi loceng pintu membuatkan aku kembali ke alam nyata. Itu mesti tak lain. Kalau bukan Hafez, mesti budak piza. Eh, mana ada aku pesan piza. Mengarut aja aku ni! Aku pantas melangkah menuju ke arah pintu, dan seperti yang aku jangkakan, memang Hafez, bukan budak piza atau Pak Mat, ketua pengawal keselamatan yang cukup berhemah di sini. Sila, harap acik tak kisahlah... apartmen ni tak la besar mana pun, ujarku kepada Hafez yang kelihatan sedikit kekok melangkah masuk ke rumahku. Oh... tak... tak apa... cantik. Terasa macam filem dulu-dulu pula. Semua hitam putih, ujarnya sambil berjalan menuju ke arah sofa. Hitam dan putih adalah warna kegemaran aku, kalau boleh semua benda aku nak hitam dan putih. Hiasan dalaman rumah aku ni pun semua aku punya idea. Tapi kalau orang tengok rumah aku ni, rasa-rasanya mesti ingat aku ni psiko. Oh tidak! Tak ada la semua... tu bunga tukan warna merah. Lagi... ha, ni majalah ni warna-warni. Nak tambah warna lagi, buka TV. Ni TV warna tau, balasku sambil menunjuk ke arah

45

Bila Cinta

majalah yang berada di atas meja dan TV pada Hafez. Aku lihat dia hanya tersenyum. Aaa... tak apalah, acik duduk dulu, Fatin pergi buat air kejap, tambah aku apabila melihat Hafez masih diam. Terasa janggal pula bila terdapat lelaki di dalam rumah ni, biasanya aku duduk sorang aja. Tambah pula... aku tak tahu nak berbual-bual apa dengan dia. Aku macam tak percaya yang aku bakal tinggal sebumbung dengan seorang lelaki walaupun pada hakikatnya dia suami aku. Argh!!! Macam mana hari-hari aku seterusnya. Banyak ni aja barang acik? Aku meletakkan secawan kopi di hadapan Hafez dan mengambil tempat di sofa sebelahnya. Aku cuba berlagak biasa, harap-harap dia tidak perasan kejanggalan aku. Buat masa sekarang, ni aja la. Hmmm... tak sunyi ke duduk seorang-sorang kat rumah ni? soal Hafez. Cawan di hadapannya dicapai. Siapa kata duduk sorang? balasku. Dia meletakkan kembali cawan ke atas meja. Reaksinya menunjukkan seperti dia terkejut. Nak tergelak pula aku. Bell! Bell! Mana pula dia pergi ni. Siapa? soal Hafez. Kucing la... entah mana pula dia pergi, tidur agaknya, balas aku dengan mata masih meliar mencari kelibat Bell. Aku memandang ke arahnya, kelihatan reaksinya sama seperti tadi. Aku buat lawak ni, kenapa dia tak gelak atau senyum macam biasa. Ini tidak. Asyik buat muka tidak ada perasaan saja. Agaknya spesis dari dunia gelap memang macam ni. Tapi sekurang-kurangnya cakaplah sesuatu, tidaklah aku rasa kekok macam ni.

46

Suria Fatin

Hmmm, tak apalah acik. Fatin kena pergi butik ni, tu bilik acik. Buatlah apa yang patut dan satu lagi, kunci rumah ada dekat tepi pintu tu. Okeylah, Fatin nak pergi bersiap ni. Pesanku lantas segera bangkit dari sofa. Baik juga aku keluar, daripada duduk di dalam suasana yang pelik macam ini. Nampaknya sekarang aku sudah dapat merasakan aura dunia kegelapan di dalam rumah aku ni.

HONDA JAZZ hitam dipandu perlahan. Ke mana sebenarnya yang aku nak pergi pun tak pasti. Takkanlah nak pergi butik pula, akukan cuti hari ni. Isy... nak ke mana ni? Nampaknya... aku tak ada pilihan lain. Aku melangkah masuk ke dalam butik. Boleh tahan pula aku tengok pelanggan hari ni, tak sia-sialah aku datang walaupun cuti. Eh bos, kata cuti. Kenapa datang pula ni? soal Jojie yang entah muncul dari mana. Tiba-tiba saja, nasib baik aku tak melatah. Hai... nikan butik aku. Tak boleh ke kalau aku datang? ujar aku pada Jojie sementara dia hanya tersengih seperti kerang busuk. Haahkan... betul juga tu, macam mana boleh terlupa pula. Jojie menggaru-garu kepalanya. Yalah tu macam-macam la kamu! Ni, pergi panggil Shikin, cakap aku tunggu kat dalam, ujarku sebelum melangkah menuju ke pejabat. Aku bersandar pada kerusi sambil jari-jemari aku mengetuk meja. Apa aku nak buat ni? Kerja pun tak banyak

47

Bila Cinta

sekarang, sebab itulah aku boleh ambil cuti. Tempahan untuk minggu depan pun aku sudah siapkan. Aku merenung skrin komputer di hadapanku, takkanlah aku nak main game. Bosanlah, tak ada game baru pun. Hai, Kak Atien... jauh termenung! Bila pulalah Si Shikin ni masuk, bukan tahu nak ketuk pintu dulu. Tak ada maknanya termenung. Kak Atien tengah fikir pasal kerja ni, Yalah sangat aku fikir pasal kerja. Shikin hanya tersenyum, aku tahu dia mesti tak percaya pun cakap aku. Aku mana ada masalah sangat pun kalau hal kerja. Kalau ada pun, aku takkan termenung macam ni. Ha! Kamu ni pun satu. Masuk sini bukan tau nak ketuk pintu, tak pun bagilah salam, tegurku apabila melihat Shikin masih tersenyum. Ops, sorry! Terlupa. Hmmm... kenapa Kak Atien nak jumpa Shikin ni? Shikin menarik kerusi di hadapanku dan terus duduk. Hai... siapa jemput kamu duduk? Ni, cash yang Kak Atien suruh bank-in semalam dah buat? soalku sambil tangan bermain dengan pen di atas meja. Penat la berdiri. Duit tu dah selesai semalam lagi, jawab Atie sambil menghulurkan fail kepada aku. Fabrik untuk Puan Mona tu dah sampai? soalku lagi. Cepat la pula Si Shikin ni buat kerja, selalu kalau aku suruh, dua tiga hari baru jalan. Kan bagus kalau dia belum bank-in lagi duit tu, ada la juga kerja yang aku nak buat.

48

Suria Fatin

Belum sampai lagi, kenapa? Kan kita baru order semalam, ujar Shikin sambil merenung aku. Betul juga tu, macam mana aku boleh lupa pula. Hmmm... tak apalah kalau macam tu, pergilah buat kerja kamu. Aku beralih semula pada skrin komputer. Bosan betullah, selalu kalau banyak kerja, banyak sangat pula. Kak Atien nampak peliklah. Kenapa tak duduk rumah aja hari ni? Bukan Abang Hafez pindah hari ni ke? tanya Shikin yang masih merenung ke arah aku. Apa yang pelik pula ni? Memanglah dia pindah hari ni, apa kena-mengena Kak Atien kena duduk rumah pula? balasku sambil mata masih lagi tertancap pada skrin komputer. Tak adalah. Selalunya Kak Atien kalau cuti, tak mahu diganggulah, tak mahu dengar langsung pasal hal butiklah, tapi hari ni, boleh pula datang kerja, bebel Shikin. Kamu pun sama dengan Jojie. Nikan butik Kak Atien, suka hatilah nak kerja or cuti. Sudahlah, pergi sambung kerja. Nanti kita lunch sekali. Balas aku sambil memberi isyarat menyuruh dia keluar dari bilik. Kalau tak buat macam tu, mesti lagi banyak soalan yang bakal muncul dari mulut Shikin.

AZLAN menatap pelan yang masih belum lengkap sepenuhnya di skrin komputer. Hanya jumlah beban menanggung bagi setiap tiang sahaja yang belum dimasukkan. Setelah berpuas hati dengan pelan tersebut, Azlan beralih pula pada pelan di atas meja yang memerlukan tandatangannya.

49

Bila Cinta

Azlan cuba sedaya upaya menumpukan perhatian terhadap kerjanya namun tidak berjaya. Panggilan dari abangnya dua hari lepas sedikit sebanyak membuatkan fikirannya terganggu. Bukan sebab itu sahaja. Wajah Fatin yang semakin cuba dilenyapkan, entah kenapa semakin kerap pula menghantuinya.

USAI mandi dan solat, Hafez merebahkan badannya di atas katil, matanya merenung ke arah siling. Betulkah keputusan yang aku buat ni? Detik hati Hafez. Jam sudah pun menunjukkan pukul dua petang. Lapar pula rasanya. Semenjak dari pagi tadi dia tidak menjamah apa-apa pun. Barang-barang pun sudah siap dikemasnya. Telefon yang berada di sebelah, pantas dicapai apabila terdengar bunyi mesej masuk. Mesej daripada Marni dibiarkan dulu, jemarinya pantas mencari nombor telefon Adi. Tiba-tiba dia teringat kawan baiknya yang seorang tu. Sudah lama rasanya dia tidak berjumpa dengan Adi. Semenjak mereka tamat pengajian di UTP. Ada juga orang yang boleh teman aku makan, ujar Hafez sendiri.

LAMA betul aku tak jumpa kau, macam tak percaya pula kau transfer ke sini, ujar Adi sebaik sahaja pelayan yang

50

Suria Fatin

menghidangkan makanan mereka beredar. Memang dia tidak menyangka langsung, sahabat baiknya itu akan menjadi rakan sekerjanya pula. Itulah pasal, aku sebenarnya dah naik menyampah tengok muka kau. Dari sekolah menengah, lepas tu kat UTP (Universiti Teknologi Petronas) ni pula, terpaksa kerja sekali, cerita Hafez. Dia menarik gelas yang berada di hadapannya. Perut yang sejak dari tadi kosong perlu diisi sesuatu. Tidak pernah dibuatnya makan tengah hari pukul tiga petang. Alah... itu kau yang ikut aku. Anyway, bila kau masuk kerja? soal Adi. Isnin ni, jawab Hafez ringkas dan bersahaja. Bukan apa, cuma dia rasa tidak sesuai untuk berbincang soal kerja sekarang. Nasi goreng yang berada di hadapannya lebih menarik perhatian. Oh, senang pula kau minta transfer? Nasi goreng di hadapannya hanya dikuis-kuis, masih kenyang rasanya. Senang kau kata. Dah berapa lama aku minta. At last dia orang kasi sebab aku cakap aku nak berhenti. Sudahlah, aku malas cakap pasal kerja selagi tak masuk hari Isnin, balas Hafez. Okey... okey... aku tukar topik. Hmmm... so apa khabar girlfriend kesayangan kau tu? Still dengan dia lagi ke? Soalan Adi memang sudah dijangkakan Hafez. Dia sudah mengagak, kalau jumpa Si Adi ni, memang tak ada benda lain nak ditanya. Aku dah kahwin, balas Hafez perlahan. Wait! Kau jangan kata, at last, kau kahwin juga dengan Marni? Tak. Aku macam tak percaya. Dari dulu aku

51

Bila Cinta

tengok kau orang ni memang tak padan. Tak sangka pula... Sudu dan garfu yang berada di tangannya diletakkan di tepi pinggan. Bukan dengan Marni la.... Kau nikan, dari dulu memang suka busybody! ujar Hafez malas. Fatin la. Kau pun kenal dia. Kau boleh tak kalau tak pandang aku macam tu, tambah Hafez lagi apabila melihat Adi yang masih merenung ke arahnya. Fatin? soal Adi yang masih memandang ke arah Hafez. Hafez sekadar mengangguk. Pinggan nasi goreng yang masih bersisa di hadapannya ditolak sedikit. Entah kenapa, seleranya mati tiba-tiba. Fatin. Kau macam mana? Ha... dari dulu aku cakap kau tak nak percaya. Kan dulu aku ada kata kau tak ber... Adi, enough okay. Aku tak nak kau ungkit benda lepas. Makan tu bagi habis, kalau tak kau bayar sendiri! Pintas Hafez sebelum sempat Adi menyambung kata-katanya. Mana boleh, kan kau yang kata nak belanja aku.

WEH! Itukan budak yang baru pindah kat sekolah ni? Dahsyat betul, macam mana Cikgu Zainal senang-senang aja pilih dia masuk team hoki sekolah? ujar Adi sambil tangannya lincah membuka penutup botol mineral. Adi kemudian mengambil tempat di sebelah Hafez. Budak mana pulak? soal Hafez ingin tahu. Alah... budak yang kau perhati dari tadi itulah. Ingat aku tak perasan ke? Nasib baik aku ni bukan Amalina.

52

Suria Fatin

Kalau tak, confirm dia cemburu tengok kau asyik tenung perempuan lain macam tu, perli Adi sengaja. Yalah tu... mana ada aku tenung dia. Kalau kau maksudkan budak perempuan yang pakai T-shirt kelabu tu, anak kawan baik mak ayah aku. Famili kita orang memang rapat. Dekat sekolah lama dulu dia antara top player, mungkin sebab tu cikgu pilih dia kut, terang Hafez yang kemudian kembali berdiri Oh. Siapa nama dia? soal Adi. Cikgu Zainal dah panggil tu. Jom sambung balik latihan. Hafez pantas berlari kembali ke tengah padang. Hafez tersenyum sendiri apabila mengenangkan zaman persekolahannya dahulu. Pertemuan dengan Adi sebentar tadi membuatkaan Hafez terkenangkan kisah lama. Begitu banyak rasanya kenangan yang ditinggalkan di sekolah dulu. Hafez memberhentikan keretanya di hadapan Seven Eleven. Ada beberapa barang yang perlu dibelinya.

MAK! MAK! Alan nak ikut. Alan tak nak tinggal dengan nenek. Azlan menarik lengan baju ibunya yang sudah sedia ingin melangkah keluar dari rumah bersama sebuah beg besar. Mak, Alan janji... Alan tak akan nangis. Alan tak nakal. Alan nak ikut mak, tambah Azlan lagi sedangkan ibunya sedikit pun tidak berpaling ke arahnya. Pautan pada lengan ibunya direntap kasar dan ibunya berlalu pergi begitu sahaja tanpa sepatah kata. Peristiwa dua puluh tahun dahulu terasa masih

53

Bila Cinta

segar di ingatan Azlan walaupun pada ketika itu dia masih terlalu mentah untuk memahami segala-galanya namun pengalaman itu membuatkan dia menjadi lebih matang daripada usianya. Azlan masih teringat bagaimana dia terpaksa berpisah dengan abangnya yang diserahkan kepada keluarga angkat kerana neneknya tidak mampu untuk menyara mereka berdua. Dia juga juga masih ingat bagaimana dirinya sering dijadikan buah mulut orang kampung. Bagaimana dia terasa begitu terhina, semuanya kerana seorang perempuan yang sepatutnya menjadi pendorong dan pelindungnya pada usia sebegitu. Kau tengok tu... itulah cucu Mak Ngah Zainab. Alah, yang mak dia lari ikut lelaki kaya. Lepas tu ditinggalnya budak tu dekat mak ngah. Kata-kata sindiran seperti itu sudah menjadi makanannya ketika itu. Bagaimana seorang budak yang baru berusia lapan tahun terpaksa menerima semua itu? Adilkah untuk dia menanggung semua itu? Segala cacian, sindiran, yang diterimanya dahulu masih terngiang-ngiang rasanya. Alan janji, Alan takkan nangis. Argh! Memang aku takkan menangis! Takkan!!! Azlan menjerit sepuas hati, cawan yang semenjak tadi berada di tangannya dilempar ke dinding. Hatinya terasa begitu sakit setiap kali teringat peristiwa lepas. Azlan bersandar di sofa, matanya dipejam rapat. Cuba mencari kembali ketenangan. Dia menarik nafas panjang dan satu keluhan berat dilepaskan. Wajahnya diraup beberapa kali.

54

Suria Fatin

ALAHAI... malaslah nak mandi. Lagipun baru pukul enam setengah pagi, aku menggumam sendiri sambil mengemas katilku. Elok juga kalau aku pergi cari benda untuk mengisi perut pagi-pagi ni. Rasanya roti yang aku beli hari tu masih ada. Dengan rambut yang masih kusut masai, aku melangkah keluar dari bilik. Baru selangkah keluar dari bilik, aku terdengar bunyi yang datangnya dari arah dapur. Takkan Bell pula? Aku berpaling ke arah ruang tamu, kelihatan Bell sedang nyenyak di atas sofa. Alamak! Rumah aku kena masuk pencuri ke? Tak! Takkan perogol atau pembunuh bersiri yang terlepas dari penjara. Tak pun... argh... apa aku nak buat. Tak. Tak. Aku tak nak mati lagi. Isy... apa yang aku fikir ni. Nanti dulu, malam tadi aku tak kunci pintu ke? Ni mesti kes mengantuk sangat semalam sampai lupa nak kunci pintu. Itulah, balik lambat lagi. Aku mencapai bingkai gambar yang tergantung pada dinding, hanya itu yang aku terfikir untuk capai. Aku menggosok-gosok mataku yang masih terasa kabur. Aku melangkah perlahan dan bersembunyi di sebelah pintu dapur, aku takkan terus masuk ke dapur. Yalah, entah-entah... orang jahat tu pakai senjata berbahaya mana aku tahu. Bila aku terdengar seperti dia ingin melangkah keluar dari dapur, aku menggenggam kemas bingkai gambar keluli itu dan bersedia untuk melakukan serang hendap. Ini kalau kena ni, confirm pengsan. Satu... dua... tiga! Argh!!!

55

Bila Cinta

AKU masih lagi kaku di situ walaupun bingkai tersebut sudah terlepas dari tangan aku. Apa aku dah buat ni? Rasa bersalah yang teramat sangat menyerang aku bila melihat Hafez yang terduduk di hadapanku sambil memegang kepalanya. Isy... macam mana aku boleh lupa yang sekarang ni aku bukan lagi tinggal sorang. Gila apa, ngomel Hafez yang masih memegang kepalanya yang terasa begitu sakit. Aaa!!! jeritku sekuat hati. Kenapa jerit macam tu? soal Hafez pelik. Darah! Darah! Aku mula menjadi kelam-kabut. Alamak! Berdarah la pulak! Apa aku nak buat ni??? Aku duduk di sebelahnya, kelihatan darah mengalir membuatkan aku risau dan terasa begitu bersalah. Aduh, sakitlah! Hafez pantas menolak tangan aku yang menyentuh dahinya. Memanglah sakit. Kalau tak, tak adalah berdarah macam ni.... Aku berdiri semula dan mula mundar-mandir di hadapannya. Isy... apa aku nak buat ni? Hospital. Hospital. Ya... kita pergi hospital. Aku pantas menarik tangannya supaya berdiri. Fatin... tak! Hafez merenung ke arahku. Aku melepaskan kembali tangannya secara tidak sengaja dan menyebabkan dia terduduk. Aduh! Hafez menggeleng-gelengkan kepalanya. Ha. Semua salah Fatin. Hmmm... ambulans, call ambulans. Ya... right! Aku pantas melangkah ingin menuju ke arah telefon namun terasa lenganku ditarik.

56

Suria Fatin

Hafez kini sudah pun berdiri di sebelahku dan memandang tepat ke arahku. Tenang sikit boleh tak? Cuba tarik nafas perlahanlahan, ujar Hafez padaku. Kenapa? Aku ni kalut sangatkah? Mana ada. Biasa aja aku rasa. Aku menarik nafas dan menghembus perlahan seperti yang diarahkan Hafez. Memang aku memerlukan oksigen pun pada waktu ini. Ha... macam itulah. Okey, sekarangkan lebih tenang. So, boleh tak kalau Hafez nak mintak kalau ada first aid ke atau apa-apa yang berkaitan? soal Hafez perlahan pada aku. Ya... first aid, macam mana aku boleh tak teringat. Lagipun bila tengok balik luka dia tak adalah sampai tahap perlu panggil ambulans. Aku saja yang ter over. Ha... ada. Tapi lepas la dulu tangan ni, macam mana Fatin nak pergi ambil. Kataku padanya. Pantas saja tangannya melepaskan pautan yang agak kuat itu dan dia terus berlalu mengambil tempat di sofa. Apalah aku ni... apa yang dah aku buat kat dia ni? Aku ni memang selalu buat sesuatu tanpa berfikir dengan betul.

PETI KECEMASAN yang selama ini hanya menjadi hiasan di dalam almari, akhirnya digunakan juga. Biasalah tu... macam dalam karangan autobiografi yang pernah aku tulis masa sekolah rendah dulu. Aku sebuah peti kecemasan. Eh, apa yang aku merepek ni? Isy!

57

Bila Cinta

Aku letakkan peti itu di atas meja dan duduk di sebelah Hafez. Tak apa... biar Hafez buat sendiri, ujar Hafez apabila melihat aku membuka peti kecemasan yang berada di hadapan kami itu. Tak payah... biar Fatin yang buat. Acik duduk diam-diam, balasku kemudian. Tangannya yang ingin mencapai kapas aku tepis. Kelihatan dia tidak lagi membantah, wajahnya masih serius. Marah benarkah dia? Tak apa... aku tak kisah pun kalau dia marah. Mana tidaknya... kalau aku jadi dia pun aku akan marah. Sakit tu.... Fatin, sebut Hafez lembut memanggil nama aku. Dia memandang ke arah aku yang sedang membersihkan lukanya. Hafez minta maaf sebab tadi. Hafez tercakap Fatin gila. Sorry ya... terkeluar, kata Hafez kesal. La... kenapa dia pula nak minta maaf ni. Kan ke yang salahnya aku. Ish! Tak... tak! Fatin yang salah. Fatin ingatkan pencuri atau perogol. Tak pun pembunuh bersiri tadi yang pecah masuk rumah. Terasa serba salah pula aku. Hafez menolak membersihkan lukanya. tangan aku yang sedang

Kenapa? Acik janganlah marah sangat. Kalau nak marah pun, tunggu lepas Fatin siap bubuh ubat. Aku menepis tangannya yang cuba menghalang aku daripada menyentuh dahinya. Tak... tapi... boleh tak perlahan sikit... sakitlah! Wajah Hafez kelihatan berkerut. Aku memandang ke arahnya. Aku tak perasan pula aku terkasar dengannya. Cuma aku ni memang tak boleh

58

Suria Fatin

kawal diri kalau dalam keadaan kelam-kabut. Yalah... mana tak kelam-kabut, aku dahlah terasa bersalah teramat sebab buat dia sampai jadi begini, alih-alih dia pula nak minta maaf pada aku. Sorry.

59

Bila Cinta

Bab 10
ARI pertama masuk sudah banyak kerja yang Hafez perlu lakukan. Dia menyusun fail-fail di atas mejanya supaya menjadi lebih teratur dan kemas. Dia cukup tidak suka kerja yang tidak teratur. Terasa kering pula tekaknya. Oleh kerana insiden pagi tadi dia tidak sempat bersarapan. Penat-penat buatkan sarapan, alih-alih semuanya tak menjadi. Mangkuk yang berisi nasi goreng yang dimasaknya pagi tadi semuanya ke lantai gara-gara dia terjatuh. Aku ni, ada gaya macam orang jahat ke? Detik hati kecil Hafez. Hafez melangkah menuju ke arah pantri dengan cawan berisi Cadbury 3 in 1 untuk mencari air panas. Sekurang-kurangnya air ni bolehlah buat aku bertahan sampai tengah hari kalau kerja banyak, gumam Hafez sendiri. Hafez menarik kerusi yang berada di pantri itu lalu duduk berhadapan dengan tingkap. Cantik juga pemandangan di sini. Eh... kan butik

60

Suria Fatin

Fatin pun dekat sini. Tapi tingkat berapa ya? Isy... tak ada masalah aku nak survey tempat ni. Hafez baru teringat tentang tempat kerja Fatin yang tidak pernah diambil tahunya. Plaster yang dilekat Fatin pagi tadi disentuh perlahan. Sakit yang terasa memang tidak dinafikan tetapi bila teringat reaksi Fatin pagi tadi membuatkan Hafez tersenyum sendiri. Kelam-kabut... tapi cute. Lawak pun ada. Hai... hari pertama datang kerja dengan bertampal macam ni, apa cerita? soal Adi yang baru perasan dahi Hafez berplaster. Mati terus lamunan Hafez apabila ditegur Adi yang baru memasuki pantri. Hafez bangkit menuju ke arah singki bersama cawan yang sudah pun kosong. Aku ni ada gaya macam pencuri or pembunuh ke? Tak pun perogol bersiri? soal Hafez tiba-tiba tanpa menjawab soalan Adi. Adi memandang Hafez pelik. Ini apa punya soalan ni? balas Adi namun belum sempat dia meneruskan kata-katanya, telefon Hafez yang berada di atas meja berbunyi. Adi mencapai telefon yang betul-betul berada di sebelahnya namun dengan pantas Hafez menyambar dari tangan Adi. Adi memandang tepat ke arah kawannya yang sorang itu. Marni? soal Adi pada Hafez yang berada di hadapannya. Dia seakan pelik. Sorry Ill call you back, jawab Hafez lalu segera mematikan talian.

61

Bila Cinta

So... its Marni? soal Adi sekali lagi. Wajah Hafez kelihatan cuak. Oh please it is N. O. Y. B! ujar Hafez, malas melayan soalan daripada Adi. Telefon yang berada di tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Hai... Marni dah tukar nama jadi noyb ke? Ooo... nama manja mungkin? perli Adi. Dia yakin nama Marni yang terpapar pada skrin telefon Hafez sebentar tadi. It is None Of Your Business! Balas Hafez sebelum melangkah keluar. Banyak lagi kerja yang boleh dilakukan daripada melayan Si Adi tu.

AZLAN nak jumpa aku? Macam tak percaya pun ada. Aku meneliti sekali lagi mesej yang terpapar di skrin telefon bimbitku. Alah... apalah aku ni, baca berapa kali pun macamlah mesej tu boleh bertukar-tukar. Aku tersenyum sendiri. Akhirnya sudi juga Azlan berjumpa dengan aku lagi. Bukan apa, kelakuannya sebelum ini benar-benar buatkan aku keliru. Sekurang-kurangnya bila dapat jumpa dia nanti mungkin aku dapat kembalikan hubungan kami seperti dulu walaupun tidak mungkin menjadi serapat dahulu. Namun aku tetap tidak mahu kehilangan seorang sahabat sebaik Azlan. Aku meletak semula telefon di atas meja. Kau duduk jauh sikit, sebab asyik tenung kaulah aku tak jadi buat kerja. Aku menolak telefon itu jauh sedikit. Eh, sekejap. Baik aku check lagi sekali mesej tu. Betulkah dia nak keluar dengan aku... tapi kenapa dia tak cakap pun pukul

62

Suria Fatin

berapa dan di mana. La... kan aku belum balas lagi aku setuju ke tak nak keluar. Mungkin sebab tu dia tak cakap. Alah kalau aku tak balas mesej nanti, sure dia call aku macam biasa. Tapi apa salahnya kalau aku balas mesej tu. Aku mencapai semula telefon yang berada di hujung meja dan pantas membalas mesej daripada Azlan tadi. Setelah berpuas hati, aku menyimpan telefonku ke dalam beg tangan. Tidak sampai beberapa minit selepas itu, telefonku berbunyi. Ha... kan aku dah kata, dia mesti telefon sendiri. Aku mencapai beg yang berada tidak jauh daripada aku itu, namun secara tidak sengaja beg itu terjatuh. Isy... ni yang aku malas ni. Hari ni semua benda yang aku lakukan, semuanya serba tak kena. Aku tunduk dan segera mencapai telefon terjatuh di bawah meja. Ya helo... I setuju. So, you just set the time and place. Anytime anywhere, ujarku sebaik sahaja menjawab panggilannya. Isy... kenapa aku rasa macam ter over pula ayat aku. Tapi kenapa dia senyap pula ni. So, tambahku bila dia masih lagi senyap. Kenapa pula la mamat ni. Helo. Akhirnya kedengaran satu suara dari hujung talian. La... ni macam bukan suara Azlan, tapi siapa pula ni? Aku terdiam, isy salah aku juga, bukan nak tengok dulu siapa yang call. Aaa... this is Hafez but sorry. How did you know that Im gonna ask you out? tanya Hafez pelik. Isy... macam mana aku nak buat ni... malunya tersilap orang. Aduh! Kepala aku terhantuk pada meja bila aku

63

Bila Cinta

cuba kembali pada kedudukan asal. Sakitnya kepala aku. Itulah semua sebab beg aku yang terjatuh bawah meja tadi. Kalau tak, tak adalah aku nak jawab telefon di bawah meja. Sorry, the number you have dialed is out of service, ujarku spontan sebelum menamatkan talian. Isy... apa aku merepek ni. Dah terang-terang aku angkat telefon tadi. Yang aku pergi menyamar jadi operator telefon buat apa. Aku menampar dahiku sendiri bila menyedari kebodohan aku sendiri. Telefonku berbunyi sekali lagi. Nama Hafez tertera di skrin. Dia ni telefon la petang nanti ke... tak pun cakap dekat rumahkan senang. Malu tadi pun tak habis lagi. Hmmm so the answer is, apa kata dekat rumah aja. Pukul berapa tak confirm lagi, ujar Hafez sebaik sahaja aku menjawab panggilannya. Aduh, dia ni memang sengaja nak malukan aku ni. Oh, shut up! Kalau nak gelak, teruskan. Tak payah nak perli, ujarku padanya. Aku menjarakkan sedikit telefon dari telinga. Tawanya yang sememangnya pasti begitu ikhlas itu membuatkan aku sakit hati dan menyakitkan telinga. Yang dia pergi gelak betul-betul tu kenapa. Hmmm.... teruskanlah gelak tu. Kalau dah boring gelak sorang, ajak satu opis sekali, perliku geram apabila dia masih tidak berhenti ketawa. Okey kejap, nak buat announcement, balas Hafez dengan tawa yang masih bersisa. Whatever! Kataku sebelum mematikan talian. Isy... dia ni muka saja nampak baik, tapi perangai betul-betul macam ahli sihir. Dia memang pun ahli sihir. Tak

64

Suria Fatin

pun, mungkin dia raja kejahatan dari dunia gelap yang sedang menyamar. Tak apa aku tak takut akukan watak utama. Eh, aku lupa pula nak tanya sebab apa dia telefon aku. Ah, lantaklah!

AKU masih ingat, suatu ketika dahulu seseorang pernah berkata padaku, untuk membuatkan orang menyukai kita, kita terlebih dahulu perlu menyukainya. Cuba cari kebaikan seseorang yang kita benci kerana itu akan menghindarkan kita daripada membencinya. Aku akan sentiasa ingat kata-kata itu walaupun terasa payah untuk melaksanakannya. Abang Fatin rindu abang, detik hatiku. Entah kenapa tiba-tiba aku terasa rindu pada arwah abang. Isy... kenapa aku nak sentimental pula ni. Alamak, tersalah mood la pulak! Akukan gembira sekarang ni. Aku melangkah keluar dari bilik menuju ke arah Shikin dan Jojie yang berada di kaunter. Sekarang sudah pun menunjukkan jam lapan malam, aku tidak mahu terlewat untuk temu janji dengan Azlan malam ni. Shikin, malam ni Kak Atien balik awal. Jangan lupa buat apa yang Kak Atien suruh tadi, pesanku pada Shikin sambil menyerahkan kunci kepadanya. Gembira nampak? tegur Jojie pada aku. Mestilah... ada date, balasku ringkas. Aku meneliti penampilanku buat kali terakhir pada cermin yang terletak di tengah-tengah butik. Ooo... kirim salam dekat Abang Hafez ya, sampuk

65

Bila Cinta

Atie pula. Bila masa pula aku kata nak keluar dengan Hafez ni? Pandai-pandai aje dorang ni. Bukan Hafez, tapi dengan Azlan, ujarku. Shikin dan Jojie saling berpandangan. Ah, lantaklah mereka nak fikir apa. Sebaik sahaja aku ingin melangkah keluar, aku berpatah balik ke arah Shikin. Shikin, tumpangkan Kak Atien boleh? Please terlupa pula tadi kereta tinggal di bengkel. Aku memandang ke arah Shikin yang kelihatan tercengang. Jojie, kau dekat sini sorang okey, kan? Tapi jangan mengada-ada nak tutup awal pula. Aku memandang ke arah Jojie pula. Tapi... Shikin yang masih di kaunter kelihatan teragak-agak. Mungkin mencari alasan untuk mengelak. Tak ada, aku tak kira. Dia kena hantar aku juga. Ala... Kak Atien dinner kat Azur, Shangri-La. Nanti Kak Atien belanja kamu sekali la. Tapi kamu duduk meja jauh sikit tau. Ucapku lantas menarik tangan Shikin yang baru terkial-kial mengambil begnya.

AKU tiba di Shangri-La, Putrajaya lewat sedikit dari masa yang dijanjikan. Semua ni Shikin punya pasal, kalau biar aku yang pandu tadikan dah lama sampai. Pemandu berhemah la konon. Aku dapat menangkap susuk tubuh Azlan yang sedang menanti di meja sebaik sahaja aku melangkah masuk ke Azur. Sorry, ujarku pada Azlan yang kini berada di

66

Suria Fatin

hadapanku. Azlan memandang ke arahku kemudian beralih pada Shikin yang berada di sebelah. Kereta I rosak, Shikin tumpangkan, ujarku yang sudah pun mengambil tempat di hadapannya. Aku memandang ke arah Shikin yang masih berdiri di sebelah aku. I know enjoy your dinner, ujar Shikin dan terus berlalu dari situ. You sihat? soal Azlan. I okey you macam mana? Lama I tak dengar cerita pasal you. Ingatkan you dah tak mahu jumpa I lagi, balasku sebaik sahaja pelayan yang menghidangkan makanan berlalu. Azlan menarik nafas panjang kemudian dia tersenyum pada aku. I bukannya tak mahu jumpa dengan you, cuma Kata-kata Azlan tergantung di situ apabila telefonku berbunyi. Aku perhati nama yang tertera pada skrin telefon bimbitku. Apa hal pula mama telefon aku ni. Aku menekan punat cancel pada telefonku. Sorry, ma lepas ni Fatin call balik. Aku kembali memandang ke arah Azlan. Sorry tadi you cakap apa? Cuma apa? soalku pada Azlan. Ha? No. Nothing. Makanlah nanti sejuk tak sedap pula, balas Azlan sambil tersenyum pada aku. Aku kut yang salah dengar tadi. Aku membalas senyumannya. Tujuan I ajak you keluar malam ni sebenarnya...

67

Bila Cinta

Belum sempat Azlan menghabiskan kata-katanya, telefonku berbunyi sekali lagi. Mama ni betul-betul potong line. Sekali lagi butang cancel menjadi sasaran. My mum... sorry. Okey teruskan, ujarku padanya. Kenapa tak angkat? Mana tahu ada hal penting ke, tanya Azlan padaku. Yalah tu... mama memang sentiasa ada hal penting. Kalau tak, tak ada pasal dia nak call aku. Tak apa nanti I call dia balik. So? Tak ada apa I just want to say that. Kalau kita dah tak ada jodoh, kita tetap boleh berkawan, kan? ujar Azlan. Kata-katanya benar buat aku terharu. Memang itu pun yang aku harapkan. Sure, ujarku sambil tersenyum padanya. Telefonku berbunyi lagi. Isy... mama ni memang tak pandai cari masa betullah. Sorry, excuse me for a while, pintaku pada Azlan sebelum bangun dan melangkah ke rest room. Aku menjawab panggilan daripada mama, dan seperti biasa aku terpaksa menerima ceramah percuma daripada mama sebagai mukadimah. Yang paling aku tak dapat terima mama kata hendak datang rumah aku. Macam tak percaya la pulak. Selama aku tinggal di sini, inilah kali pertama mama nak datang ke rumah aku. Apa pula mimpi dia kali ni. Entah-entah dia ada rancang sesuatu. Isy malas aku nak fikir. Aku melangkah semula kembali ke meja. Namun

68

Suria Fatin

ada satu lagi kejutan buatku. Kenapa Hafez ada di sini? Dia kenal dengan Azlan ke? Aku meneruskan langkah ke arah mereka. Aku dapat lihat mereka berdua berbual seperti sudah lama kenal. Fatin? Buat apa kat sini? soal Hafez pada aku. Bukankah aku yang patut tanya macam tu. Aku memandang ke arah Azlan yang tidak langsung memandang ke arah aku. Acik... Hanya itu yang terkeluar dari mulutku. Ah, aku tengah bingung ni. Oh, kenalkan...

69

Bila Cinta

No. ISBN:- 978-967-5067-76-1 Jumlah muka surat: 344 Harga Runcit:Semenanjung Msia: RM17, Sabah/Sarawak: RM20 Harga Ahli KKN:Semenanjung Msia: RM13, Sabah/Sarawak: RM16 Sinopsis:Fatin; Hidup cukup indah kalau kita bijak menghias pandangan kita. Ahli sihir? Huh, mamat tu? Entah la. Cinta??? Hmmm aku pernah dengar la orang kata, kalau kita suka dekat seseorang tu luahkan! Kalau tidak kita

70

Suria Fatin

mungkin akan terlepas. Tapikan, macam mana kalau kena reject? Tolong la walaupun tak pernah kena, tapi dengar pun dah cukup menyeramkan! Atas sebab tu aku rasa cukup gembira menerima kata cinta Azlan. (Wahai ahli sihir dunia kegelapan! CINTAkah aku pada kau? Kalau betul, BILA?) Hafez Azfar; Bukan cinta tak pernah memahat. Malah serik pernah terpaku. Tapi kenapa la dengan budak seorang ni kata cinta seperti hilang pronunciation? Dia yang tak ubah seperti caffeine! Tapi tu la macam aku pernah cakap, mungkin masa bertingkah dan takdir di tempat lain. Maafkan Hafez, kalau benar aku menjadi penghalang. (Aku telah jatuh CINTA padamu, Fatin. Tapi tolong jangan tanya sejak BILA. Aku sendiri tak pasti.) Haikal Azlan; Perempuan? Cinta? Aku langsung tak dapat terima definisi yang mereka semua bagi. Maaf mungkin aku sukar untuk terima. Tapi cukup la perit jalan yang aku tempuh semua sebab dia. Dia yang sepatutnya melindung bukan melepaskan. Tapi aku dah jumpa seseorang yang secara tidak sedar mengalih persepsi aku. Fatin, terima kasih. Tapi mungkin ke aku yang terlewat atau semuanya memang langsung tak bermula?

71

Bila Cinta

(BILA semua ni akan tamat? Ataupun semua ni adalah satu tanda CINTA baru bermula?) Copywriting text; Apabila pandang bertukar sayang, siang terbayang malam termimpi, BILA ingatan sering terbayang, CINTA kan membara sehangat api. Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, segera dapatkan BILA CINTA di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online ataupun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/ kiriman wang atas nama:KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196

72