Anda di halaman 1dari 4

Latar Masyarakat

Masyarakat yang dipaparkan dalam novel ini ialah masyarakat kampung dan masyarakat bandar yang terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam. Masyarakat kampung diwakili oleh Bujei, Samsul, Sameah, Alias dan sebagainya. Masyarakat bandar pula diwakili oleh Adila, Faizal, Pak Lang Dahlan dan ibu Adila.
1.

Masyarakat yang suka menindas insan yang lemah. Contohnya, Alias sentiasa menyuruh Bujei mencuci motosikalnya tanpa diberi upah.
2.

3. Masyarakat yang berpendidikan tinggi.

Contohnya, Adila melanjutkan pelajaran di England selama lima tahun.


4.

Masyarakat yang mengamalkan nilai simpati atau prihatin. Contohnya, Adila cukup prihatin terhadap nasib malang Bujai dan berusaha untuk memulihkannya. Masyarakat yang tamak akan harta dan wang ringgit. Contohnya, Harun mengahwini Fatimah, janda anak satu kerana tamak akan harta kekayaan Fatimah. Malah, dia tergamak menerajang Fatimah yang enggan memberinya wang dan seutas rantai.

5.

6.

Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan rintangan. Contohnya, Bujei cekal menerima segala ejekan dan cacian penduduk kampung terhadapnya.
Masyarakat kampung yang bekerja sebagai penoreh getah. Contohnya, Bujei mengambil upah membersihkan cawan getah dan mengumpulkan getah sekerap yang terdapat pada cawan tersebut daripada pekebun getah di kampungnya. Masyarakat kampung yang saling membantu. Contohnya, Adila membantu menyiapkan persediaan untuk majlis perkahwinana Sameah seperti menolong membuat bekas bunga telur.

7.

8.

9.

Masyarakat yang mudah mempercayai fitnah. Contohnya, Bujei mudah percaya akan fitnah yang disebarkan oleh Alias, iaitu Adila telah rosak dan menghidapi AIDS serta memperalatkan Bujei agar menjadi suaminya. Masyarakat yang sanggup berlaku curang. Contohnya, Faizal berlaku curang terhadap Adila yang masih menuntut di luar negara dan berkahwin dengan gadis lain.

10.

Anda mungkin juga menyukai