Anda di halaman 1dari 9

1.

Pendahuluan

Harapan masyarakat dan tuntutan tanggungjawab guru-guru menjadi semakin meningkat kerana cabaran yang dihadapi oleh guru masa kini jauh lebih rumit berbanding sebelumnya. Bagi menangani cabaran tersebut, guru-guru harus menggerakkan pengamalan budaya cemerlang dalam pengurusannya agar berlaku perubahan dari segi sikap, nilai dan prestasi warga organisasinya. Menjana dan memperkasa pengamalan serta penghayatan terhadap budaya kerja organisasi .Sekolah yang mengamalkan budaya kolaboratif dikatakan mempunyai ciri organisasi yang sihat, termasuk kesediaan untuk berubah dan lebih responsif kepada perubahan. Malahan, sebarang aktiviti kerja yang berasaskan budaya kolaboratif dianggap sebagai salah satu cara guru menyuburkan amalan pedagoginya secara bersama kerana dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran guru (Gable 2004) serta berupaya meningkatkan motivasi kerja guru (Johnson 2003).

2.0 2.1

Faktor-Faktor Yang Menjejaskan Komitmen Guru Faktor Kemudahan Dan Fasiliti Yang Kurang Di Sekolah

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjejaskan komitmen guru sama ada faktor tesebut datangnya dari pengaruh luar mahupun pengaruh dalaman itu
1

sendiri. Isu kemudahan dan peralatan di sekolah merupakan salah satu faktor yang boleh menjejaskan kredibiliti seorang guru, sebagai contoh penggunaan ICT adalah sangat digalakkan dalam kaedah pembelajaran pada masa kini. Evans dan Nation (2000) telah melaporkan bahawa penggunaan inovasi teknologi baru termasuk internet telah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan dan di antaranya adalah menyediakan peluang untuk

penambahbaikan mutu pendidikan (Oliver and Short, 1997). Charp (2000) pula menyatakan kemajuan internet telah membawa perubahan positif kepada cara guru mengajar dan murid belajar, bekerja, berkomunikasi dan bermain. Revolusi internet bukan sahaja mencari maklumat secara global malah menjalin dan merapatkan hubungan manusia untuk berkomunikasi. Tetapi, masalah timbul apabila alatan-alatan dan kemudahan ini masih lagi kurang mencukupi di sekolah-sekolah, rata-rata di sekolah pedalaman. Penggunaan ICT banyak

membantu dalam mengawal kelas dan menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik. Penggunaan bahan yang sama sepanjang tahun menyebabkan murid menjadi bosan. Penggunaan elemen-elemen

multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga didapati mampu menarik minat murid supaya tidak merasa bosan dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pembelajaran, (Thomas, 1996). Selain itu, ada sesetengah perkara memerlukan contoh penggunaan video dan menjadi lebih mudah dan dengan adanya ICT dan guru dapat memperluaskan lagi pengetahuan yang ingin disampaikan kepada murid.

Untuk mengatasi masalah ini, kementerian seharusnya menubuhkan satu jawatankuasa yang bertindak sebagai pemantau dan bergerak ke setiap sekolah untuk memerhati dan dan mengambil data tentang kemudahan dan juga peralatan yang ada di setiap sekolah. Selain itu juga, jawatankuasa ini

bertanggungjawab untuk melaporkan segala masalah dan kekurangan yang timbul di sekolah terbabit. Setelah selesai semua bancian yang dijalankan,

semua sekolah yang kekurangan alatan dan fasiliti boleh disalurkan dengan dana daripada kementerian dan dibuat penambahbaikkan.

2.2

Faktor Beban Kerja Berlebihan

Faktor beban kerja yang berlebihan juga menjadi punca kenapa komitmen guru semakin berkurangan. Pada masa kini, guru juga terpaksa melakukan kerjakerja pengkeranian selain daripada tugas mengajar. Malahan kalau diikutkan tugasan pengkeranian adalah lebih memenatkan guru kerana guru terpaksa melakukan kerja berlebihan. Tugas guru bukan sekadar mengajar di kelas,

banyak lagi pekerjaan yang guru lakukan di sekolah contohnya seperti mengendalikan peperiksaan, mengendalikan sukan dan kokurikulum, tugasan hujung minggu dan sebgainya. Perkara ini sekaligus melunturkan komitmen

guru kerana guru juga manusia biasa yang mempunyai banyak tugas lain seperti di rumah dan sebagainya.

Sebenarnya, faktor ini menjadi satu beban yang berat yang perlu ditanggung oleh guru-guru di sekolah. Sebuah jawatankuasa khas perlu

ditubuhkan supaya kerja-kerja pengkeranian tidak dilakukan oleh guru. Guru hanya sebagai pemungut data dan mereka yang dilantik ini bertanggungjawab untuk memasukkan semua data ini ke tempat yang sepatutnya. Ini bukan sahaja dapat meringankan tugasan guru malah dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan seseorang guru itu dalam tugas mendidik dan mengajar muridmurid mereka. Perkara ini juga disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata bahawa satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata,

keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar, Utusan Malaysia, (31 Mac 2011)

2.3

Faktor Guru Terpaksa Mengajar Opsyen Lain

Selain itu, ada kebanyakan kes guru yang belajar sesuatu opsyen contohnya subjek Bahasa Melayu terpaksa mengajar opsyen yang lain contohnya subjek kritikal seperti subjek Bahasa Inggeris. Memanglah sepatutnya seorang guru itu haruslah versatile tetapi, guru juga mempunyai kebolehan mereka tersendiri yang telah mereka latih bertahun-tahun. KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa sekitar 25,000 hingga 30,000 guru bukan

opsyen mengajar bahasa Inggeris di sekolah sekarang.

Setiausaha Agung

NUTP, Loke Yim Pheng, berkata tindakan itu menyebabkan pelbagai masalah timbul, khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan, Zabidi (2009) melaporkan dalam akhbar Berita Harian. Hasil kajian yang

dilakukan oleh Noraida pada tahun 2006 yang berkaitan Kesediaan Guru-Guru Bukan Opsyen Mengajar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah-Sekolah Menengah Dalam Daerah Kluang mendapati majoriti guru-guru bukan opsyen bersedia melaksanakan mata pelajaran Kemahiran Hidup walaupun mereka tidak mempunyai pengkhususan yang kukuh dalam mata pelajaran tersebut. Walaubagaimanapun, aspek pengetahuan dan kemahiran menunjukkan min penilaian kesediaan yang sederhana sehingga memberi kesan kepada pencapaian pelajar. Jika kebolehan itu tidak sesuai dengan kebolehan dan

kemahiran yang telah dipelajari sekian lama, tidakkah bahana itu akan menimpa murid-murid itu sendiri. Untuk mengatasi masalah ini, tiada cara lain yang lebih sesuai iaitu hanya dengan merekrut lebih ramai guru pada masa akan datang. Lebih banyak institut pendidikan guru harus dibuka untuk melatih rakyat ini menjadi guru. Tetapi

proses pemilihan itu mestilah telus dan bukannya atas dasar kepentingan peribadi. Kerajaan juga boleh menubuhkan satu institut khas untuk opsyen-

opsyen tertentu seperti penubuhan institut khas opsyen Bahasa Inggeris sahaja.

2.4

Faktor Bilangan Murid Yang Terlalu Ramai Dalam Sesebuah Kelas

Bilangan murid yang terlalu ramai dalam sesebuah kelas juga turut menjadi faktor kepada kemerosotan komitmen guru-guru. Mengawal murid yang terlalu ramai dengan pelbagai karenah menjadi satu cabaran kepada guru pada masa kini. Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) William Ghani Bina berkata,

jumlah pelajar atau murid yang terlalu ramai dalam kelas menyebabkan keadaan tidak terkawal, bising, tidak kondusif selain komunikasi dua hala yang terbatas. Bilangan murid yang terlampau ramai menyukarkan komunikasi 2 hala antara guru dan murid. Bayangkan seorang guru terpaksa mengawal sehingga 40

orang murid dalam sebuah kelas, guru yang mengajar di hadapan tidak ubah macam bunyi radio. Tiada komunikasi dua hala yang berkesan antara guru dan murid kerana keadaan terlalu sesak. Menurut guru sosiologi sejarah dunia

sekolah tinggi, Christine Warner, dengan pelajar berjumlah 40 orang atau lebih dalam sesebuah kelas, adalah sukar bagi guru di mana-mana pun untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajarnya. Kementerian seharusnya sedar akan hal ini, bilangan murid yang terlalu ramai menyukarkan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar. Dalam keghairahan meningkatkan prasarana seperti mengutamakan

binaan lanskap yang cantik, makmal baru, dewan baru dan sebagainya, kelas sepatutnya dibina dengan lebih banyak. Kerajaan wajar menyalurkan dana

kepada sekolah yang mempunyai kepadatan murid yang tinggi supaya kelas yang baru dapat dibina dan kepadatan murid dalam sesebuah kelas dapat dikurangkan. Di Australia, kadar bilangan penempatan pelajar dalam sesebuah
6

kelas adalah sekitar 20 hingga 25 orang untuk mewujudkan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Di Los Angeles pula setiap bilik

darjah hanya memperuntukkan minimum 20 dan maksimum hingga 25 orang sahaja. Ini membuktikan negara-negara maju yang melaksanakan dapat melahirkan sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hasilnya dapat kita lihat di mana pelajar-pelajar mereka mempunyai kualiti dari segi pengetahuan yang tinggi terhadap sesuatu ilmu yang dipelajari. Natijahnya,

murid yang dapat belajar dengan lebih selesa dapat meningkatkan kualiti dalam pendidikan dan guru juga dapat meningkatkan komitmen dalam mendidik anak bangsa.

2.5

Faktor Ibu Bapa Yang Terlalu Memanjakan Anak

Generasi muda pada masa ini jauh berbeza dengan generasi pada masa dahulu. Anak sekarang lebih bertuah dengan segala kemudahan dihidang di depan mata. Sekarang ini berapa ramai sudah anak murid yang berani melawan ibu bapa,guru dan ahli keluarga. Kalau dahulu ibu bapa memberi kepercayaan Maka guru dapat mendidik

penuh pada guru untuk mendidik anak mereka.

dengan setulus hati dengan sokongan daripada ibu bapa. Tindakan masyarakat yang seringkali menyalahkan guru tanpa memikirkan sebab musabab tindakan yang dilakukan mereka seringkali menjadi isu hangat dalam bidang pendidikan di Malaysia. Tindakan ibu bapa ini juga menjadi faktor kenapa guru-guru sekarang mempunyai komitmen yang kurang. Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak

mereka sehingga mereka tidak tahu lagi erti hormat kepada guru. Ibu bapa tidak faham bahawasanya tindakan guru adalah untuk mendidik akhlak anak-anak mereka sebenarnya. Kini segala berubah,senario sekarang ibu bapa suka Mereka menyangka anak mereka semua baik

mencari kesalahan guru.

sehingga jika anak mereka dihukum, guru akan menjadi sasaran seperti dicemuh,disaman dan sebagainya. dalam cerita Anakku Sazali. Akhirnya anak mereka menjadi seperti Maka akan lahirlah generasi perompak,

penyamun dan sebagainya. Keprihatinan masyarakat juga sudah kurang dan bersifat keakuan. Perpatah ada menyebut, sayang anak ditangan-tangan, saya isteri ditinggal-tinggalkan. Dalam menangani masalah ini, perkara utama yang penting ialah merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Program-program bersama boleh dilakukan seperti Majlis Makan Malam Bersama Ibu Bapa dan Guru, Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat, perjumpaan yang lebih kerap antara guru dan ibu bapa. Cuma, dalam permasalahan ini, kerjasama haruslah diberikan oleh kedua-dua pihak. Jika cara tersebut tidak berkesan, guru boleh meletakkan kamera litar untuk mengawasi perlakuan murd-murid yang nakal. Jika berlaku sesuatu kes, ibu bapa murid akan dipanggil dan bukti dapat disertakan sekali supaya ibu bapa tidak dapat menyalahkan guru atas perlakuan anak mereka yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, guru boleh mencatat

rekod murid yang bermasalah dan pergi berjumpa dengan ibu bapa mereka sebelum sesuatu tindakan diambil.

3.0

Kesimpulan Terdapat pelbagai ancaman dan anasir yang boleh menjatuhkan kredibiliti

guru, namun semua itu bukan penghalang kepada kemajuan dan kemantapan seseorang guru itu dalam mendidik anak bangsa yang bakal menjadi peneraju negara pada masa akan datang. Kementerian wajar memberi galakan dan

sokongan yang tidak berbelah bagi kepada sektor pendidikan di Malaysia ini kerana melalui pendidikanlah sesebuah negara itu mampu menyaingi dan menandingi sesebuah negara lain. Ini kerana jika sesebuah negara itu

mempunyai asas pendidikan yang baik sudah tentu negara mampu melahirkan ramai ahli ekonomi, jurutera, doktor, saintis dan pelbagai profesion lain yang mampu bersaing dengan negara-negara lain dan menjadikan negara itu dipandang tinggi dan dihormati oleh negara lain.

Anda mungkin juga menyukai