Anda di halaman 1dari 28

PENGHARGAAN

1
PENDAHULUAN
1
HASIL KAJIAN
2
- SINOPSIS
3
- SINOPSIS bab demi bab
4–8
Tema dan Persoalan
9
Watak Perwatakan
10 – 11
Latar tempat
12
Plot 13
Gaya bahasa
14 – 16
Nilai Pengajaran
17
Biodata Pengarang
18
Rujukan
19
Penutup
20

Saya ingin mengucapkan ribuan terima


kasih kepada ibubapa ,
Guru dan rakan – rakan saya yang telah
banyak membantu saya dalam
menyiapkan folio ini . tanpa bantuan mereka
tidak mungkin saya dapat
menyiapkan kerja khusus folio Bahasa Melayu
ini . Tidak lupa kepada En. Azmi
guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang telah
banyak memberi tunjuk ajar
kepada saya untuk menyiapkan folio ini .

Sekian terima kasih .

Novel ini mengesahkan tentang kesedihan


seorang ibu untuk mendermakan hatinya
kepada anaknya sendiri iaitu Nadhirah .
Menurut kajian saya novel ini juga terdapat
unsur – unsur sedih dimana ibu Nadhirah yang
bernama Bushrah telah meninggal dunia .
Novel ini juga mempunyai nilai – nilai moral
yang menarik .
: Novel ini
mengesahakan kegigihan Zulkifli dalam usaha
untuk membiayai perbelanjaan perubatan
anaknya di luar negara . Hal ini demikian
kerana anaknya nadirah menghidap penyakit
kerosakkan hati dan hempedu . Isterinya
Bushrah pula rela mengorbankan sebahagian
kepada Nadhirah . Keputusan Busharah
menimbulkan berbagai – bagai reaksi .
Walaupun begitu Bushrah teteap dengan
keputusan demi masa hadapan anaknya ,
Nadhirah . Di samping itu , dia berkerja sebagai
pembantu hospital , Zulkifli mengikuti
pendidikan jarak jauh di Universiti Sains
Malaysia . Dia juga gigih menulis skrip drama
radio dan berita tentang pembedahan penyakit
Nadhirah di Utusan Malaysia untuk menarik
perhatian Tan Sri Shamsudin , pengarah Sapura
Holdings . beliau dan isterinya bersetuju
menanggung segala kos pembedahan
Nadhirah di luar Negara . Selain itu , tempat
Bushrah berkerja dan penduduk – penduduk di
kawasan tempat tinggal mereka turut
mengutip derma untuk mereka . Setibanya di
Landon, mereka berjumpa doktor Tan Kai Chah
bagi membincangkan pembedahan yang bakal
dijalankan kelak . Pembedahan yang dijalankan
berjaya . Mereka juga selamat tiba di Lapang
Terbang Subang .
Lima tahun kemudian , Nadhirah dan Bushrah
berada dalam keadaan sihat sehinggalah satu
malam Jumaat , Bushrah mengata sesak nafas
, sehinggalah dia meninggal dunia . Zulkifli
ditawarkan sebagai pengarang di Utusan
Malaysia . Manakala Nadhirah berkerja di Bank
Islam dan akan berkhawin dengan seorang
doktor bedah di Hospital Besar Kuala Lumpur .

BAB 1 - Zulkifli sekeluarga dalam


perjalanan ke kampung isterinya di Kampung
Sungai Baru Melaka. Dia membantu pasangan
seikh kerana kereta mereka terjunam ke dalam
sungai. Pada mulanya Bushrah tidak mahu
menolong namun dia terpaksa akur. Pasangan
seikh itu dihantar ke Hospital Seremban
setelah tiba disana hari sudah lewat malam.
Keesokan harinya, mereka pergi ke Felda Ulu
Tebrau menghadiri majlis perkahwinan adik
Zulkifli Nazirah. Dalam perjalanan keretanya
rosak, dengan bantuan seorang lelaki Cina
kereta Zulkifli dapat diperbaiki.

BAB 2 - Zulkifli melihat banyak perubahan


di Felda Ulu Tebrau. Semasa majlis
perkahwinan berlangsung Zulkifli berjumpa
Maliyudi bersama isterinya Saleha bersama
anak-anaknya. Zulkifli menceritakan tentang
penyakit yang dihadapi oleh anaknya Nadhirah
kepada Maliyudi. Maliyudi berasa kasihan
kepada Nadhirah.

BAB 3 - Zulkifli dan Bushrah berbincang


mengenai penyakit Nadhirah. Zulkifli
mengambil keputusan mendedahkan
masalahnya di akhbar. Pada mulanya Bushrah
malu namun terpaksa akur. Bushrah mahu
Nadhirah sihat selalu. Di samping itu Zulkifli
membuat permohonan untuk tukar kerja ke
Hospital melaka kerana sudah jemu berulang
alik ke Kuala Lumpur.

BAB 4 - Zulkifli ke pejabat utusan Malaysia


menyatakan hasratnya. Wartawan yang
menemubualnya bernama Mohd Yusuf. Mohd
Yusuf berasa simpati terhadap penyakit
Nadhirah. Selepas itu, Zulkifli ke Hospital Kuala
Lumpur untuk membuat permohonan bertukar
ke Hospital Melaka. Kemudiannya dia pergi
menjemput isterinya.

BAB 5 - Pada hari itu Zulkifli dan Bushrah


ke Seminar Anak Cemerlang. Zulkifli dan
Bushrah pergi ke atas kesedaran untuk
menimba ilmu bagi mendidik anak supaya
menjadi cemerlang. Zulkifli dan Bushrah juga
menghantar Nazli ke Tadika NURU apabila
berumur 4 tahun.

BAB 6 - Penderitaan Nadhirah yang


mengidap penyakit rosak hati dan hempedu
tersiar di Utusan Malaysia. Mereka tidak
menyangka Nadhirah menghidap penyakit
kronik. Sementara itu, Nadhirah tidak ke
sekolah pagi itu. Gurunya menasihatinya agar
berehat sahaja di rumah. Disekolah Bushrah
menjadi tumpuan rakan-rakanya, sekolah
tempat Bushrah berkerja juga telah
melancarkan kutipan derma untuk keluarga
Bushrah.

BAB 7 - Tan Sri Shamsuddin sedih


membaca kisah Nadhirah. Dia ialah Pengarah
Sapura Holdings. Beliau kemudian segera
menghubungi isterinya, Puan Sri Sapura untuk
menyatakan hasratnya. Kemudian beliau
menelefon rumah Nadhirah pula. Nadhirah
yang menjawab panggilan itu. Pada sebelah
malam pula, Tan Sri Shamsuddin menelefon
sekali lagi dan dijawab oleh Zulkifli. Tan Sri
Shamsuddin memintanya datang ke pejabat
keesokan hari.

BAB 8 - Zulkifli bertemu dengan Tan Sri


Shamsuddin di Pejabatnya dan membincang
mengenai kesedihan Tan Sri Shamsuddin
membantu keluarganya.
Sebelum pulang Tan Sri Shamsuddin
menghadiahkan kepada Zulkifli cek RM50
000.00 sebagai permulaan sumbangannya.
Sebelum pulang, Zulkifli segera ke Bank
Simpanan Nasional untuk menyimpan cek itu.

BAB 9 - Berita kesedihan Bushrah


mendermakan hatinya mendapat pelbagai
reaksi. Namun dia tidak mempedulikannya.
Wartwan Mohd Yusuf telah mewawancara
Bushrah mengenai perkara itu. Zulkifli pula
menyokong dan menghargai pengorbanan
yang dilakukan oleh isterinya itu.
BAB 10 - Nadhirah dan ibunya, Bushrah
menonton filem ` Punca Delima ` . Zulkifli
menaip skip drama, Nadhirah khusyuk
mendengar lagu ` Berkorban Apa Sahaja `
yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri
P.Ramlee.

BAB 11 - Zulkifli menerima surat dari


Muliyadi. Dia berjaya melanjutkan pelajaran
peringkat Ph.D. Dia bersyukur kerana berjaya
menamatkan pengajian di kampus Universiti
Sains Malaysia. Sebulan selepas itu Muliyadi
menyatakan dia dilantik menjadi pensyarah
kanan ITM, akhir surat Muliyadi rasa kasiahan
kepada Nadhirah.

BAB 12 - Zulkifli , Bushrah dan Nadhirah


pergi ke unit hati, Hospital Kuala Lumpur.
Mereka ada temu janji bersama doktor
Goethan. Sudah bertahun
Dr. Beathan merawat Nadhirah. Zulkifli dan
Bushrah mendengar dengan khusyuk apa yang
diterangi oleh Dr. Goethan.

BAB 13 - Zulkfli sekeluarga pulang ke


kampung di Melaka. Pak Ramli, ayah
mertuanya bersama kerana perkejaannya
sebagai penambang di Sungai Linggi sudah
tiada lagi berikutan pembinaan jambatan baru.
Bushrah menceritakan nasib Nadhirah kepada
keluarga. Mereka terkejut kerana tidak tahu
Nadhirah menghidap penyakit kronik.

BAB 14 - Nadhirah tidak ke sekolah


berikutan penyakitnya yang semakin serius.
Cikgu Khairani selalu meberi soalan latihan.
Beliau memberi perasang agar Nadhirah tabah
serta beliau mendoakan keselamatan
Nadhirah.
BAB 15 - Zulkifli menyatakan majlis
kenduri selamat dan tahlil sempena pemergian
mereka ke Landon semua penduduk dikawasan
kediamannya datang. Zulkifli membawa
Nadhirah berjumpa imam Ghazali. Imam
Ghazali turut mengutip derma membantu
mereka sekeluarga.

BAB 16 - Zulkifli sekeluarga akan


berlepas ke Landon. Murid-murid Bushrah
bersama guru Bushrah berkerja turut melawat
mereka. Turut hadir Tan Sri Shamsuddin
bersama isterinya, Puan Sri Sapura. Akhirnya
mereka berangkat ke Landon.
BAB 17 - Akhirnya, Zulkifli sekeluarga
selamat tiba di Landon. Cuaca di Landon cerah.
Muliyadi datang melawat mereka. Muliyadi
bersimpati melihat Nadhirah yang dahulu
cergas tiba-tiba menjadi lemah.

BAB 18 - Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah


solat Subuh berjemaah. Selepas itu mereka
bersarapan bersama-sama. Zulkifli dan
Bushrah bertikam lidah siapa yang patut derma
hati kepada Nadhirah. Menjelang pukul 10.30
pagi, mereka pergi ke Hospital King`s College
bertemu dengan Dr. Tan Kai Chah.

BAB 19 - Dr. Tan Kai Chah mula


melakukan ke atas pemedahan ke atas
Nadhirah dan Bushrah. Pada pukul 2.00
petang, Nadhirah perlu bedah. Pembedahan
kembar itu mengambil masa selama 14 jam
dan akhirnya pembedahan itu berjaya. Doktor
Tan kai Chah menasihati Bushrah dan Nadhirah
berada di Hospital selama 2 minggu.

BAB 20 - Muliyadi menziarahi Bushrah


dan Nadhirah. Mereka kelihatan masih lemah.
Pada hari ke 5, Bushrah dibernakan pulang
manakala Nadhirah perlu berada di Hospital
beberapa hari lagi.
BAB 21 - Hari minggu kota Landon cerah
Muliyadi membawa keluarga Zulkifli bersiar-siar
di beberapa tempat. Antaranya Istana
Bukigham, Sungai Thames, Muzium British, Zoo
Landon dan Westminster Abbey. Zulkifli
meminta Muliyadi tidur dirumahnya.

BAB 22 - Sebelum pulang ke Malaysia


Dr. Tan Kai Chah dilawati oleh Zulkifli
sekeluarga. Zulkifli mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Dr. Tan Kai Chah kerana banyak
membantu keluarganya . Muliyadi menghantar
Zulkifli ke lapangan terbang.

BAB 23 - Kapal terbang yang dinaikinya


terpaksa mendarat di Batu Berendam Melaka
kerana Lapangan Terbang Subang terbakar.
Mereka sekeluarga terus pergi menjemput
Nazli di rumah ibu bapa Bushrah. Bushrah
telalu rindukan Nazli.

BAB 24 - Nadhirah kini telah berusia 19


tahun dan telah melanjutkan pelajaran ke ITM
dalam bidang perakaunan. Zulkifli mendapat
tawaran berkeja di Utusan Malaysia. Pada pagi
Jumaat, tepat jam 4.00 pagi, Bushrah
menghembuskan nafas terakhir. Kini Nadhirah
berjaya menamatkan pengajian dan bakal
berkhawin dengan doktor Bedah Hospatal
Kuala Lumpur. Nazli berjaya melanjutkan
pelajaran ke Sekolah berasrama penuh di Kuala
Kangsar.

= > Kasih sayang ibu bapa terhadap


anak mereka .
= > Pengorbanan ibu bapa demi kebahagian
anak-anak.
= > Masyarakat yang prihatin dan saling
Bantu membantu.
= > Sikap berterima kasih dan bersyukur
terhadap bantuan yang diterima.

Zulkifli
- Bertugas di Hospital Kuala Lumpur
- Berkahwinan dengan Bushrah
- Seorang yang penyanyang
- Tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup
- Bertimbang rasa
- Mencintai ilmu

Bushrah
- Isteri Zulkifli
- Mengajar di Sekolah Kebangsaan Tun Razak
(2)
- Seorang ibu yang penyayang
- Berpendirian tugas
- Tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup
- Meninggal dunia selepas lima tahun
pembedahan hati dilakukan

Nadhirah
- Anak sulung dan berusia 14 tahun
- Seorang remaja yang pemalu dan tabah
- Menghidap penyakit hati dan hempedu
Muliyadi
- Sahabat Zulkfli
- Berkahwin dengan bekas pensyarah
- Melanjutkan pelajaran peringkat Ph.D. di
Landon
- Baik hati
- Seorang yang gigih belajar

Tan Sri Shamsuddin


- Suami Puan Sri Sapura
- Pengarah Syarikat Sapura Holdings
- Seorang yang sentiasa bersyukur
- Membantu membiayai pembedahan
Nadhirah di Landon
- Bersikap rendah diri

Dr. Tan Kai Chah


- Berasal dari Malaysia
- Bertugas di Hospital King`s College sebagai
doktor bedah.
- Bersikap lemah lembut
- Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
- Akhirnya beliau kembali bertugas di
Malaysia
Latar tempat
- Simpang jalan kg. Melawar
- Rumah Zulkifli, di Jalan Mewah Satu,
Bandar Tun Razak
- Rumah emak, ayah Bushrah di Kampung
Kuala Sungai Muda
- Rumah ayah Zulkifli di Felda Ulu Tebrau
- Pejabat utusan Malaysia
- Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak
(2)
- Pejabat Tan Sri Shamsuddin ( Sapura
Holdings ) di Lembah Keramat
- Unit hati di Hospital Kuala Lumpur
- Lapangan Terbang Subang
- Hospital King`s College
- Kota Landon seperti istana Buckigham, Zoo
Landon, Sungai Thames dan Muzium British
- Lapangan Terbang Batu Berendam

Latar Masa Latar


Masyarakat
- berlaku pada zaman sekarang -
Masyarakat melayu
- Ketika Nadhirah berumur 14 tahun -
Masyarakat yang prihatin
- Hingga dia menamatkan pengajian -
Masyarakat berkerjasama
- Waktu siang dan malam -
Masyarakat mentingkan ilmu

Permulaan
Permulaan cerita ini mengisahkan perjalanan
Zulkifli Sekeluarga dalam perjalanan pulang
ke Melaka. Di pertengahan jalan, Zulkifli
ternampak akan sepasang suami isteri
berbangsa seikh. Pasangan itu terbabit
dalam kemalangan jalan raya. Dia
menghantar pasangan seikh itu ke Hospital
Seremban

Perkembangan
Berita kesedihan Bushrah mendermakan
sebahagian hatinya mengemparkan orang
ramai. Tan Sri Shamsuddin bersedia
membantu membiayai rawatan pembedahan
Nadhirah.

Klimaks
Bushrah dan Nadhirah di bedah.
Pambedahan itu mengambil selama 14 jam.
Akhirnya pembedahan itu berjaya

Peleraian
Lima tahun kemudian Bushrah meninggal
dunia. Nadhirah berjaya menamatkan
pengajiannya. Nazli pula berjaya melanjutkan
pelajaran ke Sekolah berasrama penuh.
Zulkifli bekerja di ruangan sastera Utusan
Malaysia.
Diksi
- Penerangan
Gambaran selas serta bersesuaian dengan
jalan cerita

Contoh :
Hati ialah kelejar paling besar dalam
tubuh manusia. Hati terletak di sebelah
kanan bahagian atas abdomen. Ia terletak
betul-betul di bawah diafragma . . . . .
( hal
. 120 )
Peribahasa
Dalam novel ini, pengarang banyak
menerapkan unsur peribahasa.
Contohnya :
- saya bab-bab enjin memang buta kayu
- Ia bukan mimpi disiang hari lagi
- setinggi - tinggi terbang bangau akhirnya
hinggap di belakang kerbau juga

Bahasa Asing
- Bahasa inggeris. Contohnya : repair, role
model, traffic jam, clear,
red fape, by line, urgent, survival, no
problem, dan sebagainya.
- Bahasa Arab – Insya - allah, Subhanallah,
Alhamdullilah
Inversi
- terdiam Zulkifli memikirkan jawapannya.

Metafora
- mereka tenggelam dalam lantaran fikiran
masing-masing.
Simile
- Bagaikan sang pengembara yang berjalan
di Gurun Sahara, keluarga Nadhirah
amat memerlukan seteguk air untuk
penghilang dahaga.
( hal. 70 )

Personifikasi
- Unsur personifikasi ada juga digunakan oleh
pengrang, iaitu pengarang memberikan sifat
manusia kepada benda atau perkara.
- Yang berikut ialah contoh personifikasi :
Dalam pada menonton itu,
perasaan Bushrah terus berperang.
( hal. 104 )

Hiperbola
- Matahari terus memancar terik
membakar kulit Zulkifli, kulit anak-anak, kulit
Bushrah dan kulit bumi.
Sinkof
- ``oh, gitu!`` kata Nadhirah sambil
melontarkan pandangan ke arah Sungai
Thames
( hal.
205 )
- Dalam petikan ini kata begitu disingkatkan
menjadi gitu.

- Kasih sayang

- Cekal dan Tabah

- Bersyukur dan berterima kasih

- Simpati dan belas kasihan


- Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga
kita dan handaklah berkorban demi
kebahagian anak- anak mereka.

- Kita hendaklah tabah dalam menghadapi


dugaan hidup dan sentiasa cekal.

- Kita hendaklah mengucapkan terima kasih


kepada orang yang telah membantu kita dan
bersyukur kepada Allah S.W.T.

- Kita hendaklah bersimpati dan belas


kasihan kepada orang yang berada dalam
kesusahan.
Talib Samat, dilahirkan di Senggarang, Batu
Pahat, Johor. Beliau dilahirkan pada 13 Mac
1959. Menerima pendidikan di Sekolah
Rendah Felda Ulu Terbau, Sekolah Menengah
Rendah Kebangsaaan Majidi Johor Bharu
hingga peringkat Sijil Tinggi Persekolahan.
Dia menghasilkan lebih kurang 40 buah buku
hingga kini. Novel dewasa yang
dihasilkannya ialah Bumi Merdeka (1987).
Novel remaja yang dihasilkannya ialah
Mencari Keredaan_Mu (1989), Gores- gores
Kenangan (1990), Panggilan jihad (1993),
Panas Salju (1995), Melewati Zon Selesa dan
Anak Pulau Mengejar Impian. Kumpulan
cerpen beliau berjudul Hanya Sampai disini
(1991) dan Lambaian Tanah Suci. Novel
Panas Salju beliau menerima hadiah Sastera
Utusan Melayu Public Bank.

- Kupasan dan kajian Merit Komsas

- Novel Panas Salju

- Pusat Sumber Sekolah


Alhamdullilah ,
Akhirnya saya dapat menyiapkan
folio Novel Panas Salju ini dengan masa
yang singkat insyallah. Tanpa bantuan
daripada Guru Bahasa Melayu iaitu En.Azmi,
rakan - rakan dan ibu bapa saya. Kalau
bukan , bantuan mereka tidak mungkin saya
dapat menyiapkan folio ini .
Sekian Terima Kasih

* SeKian TeriMa KaSih *