Anda di halaman 1dari 25

NOR BAHIYAH BT MD.

RAFIDI
______________________________________________________________

1.0 PENGENALAN

Dalam usaha kita untuk memperkasakan sastera dan meluaskan khalayak


sastera kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa kita perlu meneliti situasi semasa
yang begitu banyak berubah yang turut menyebabkan perubahan dalam nilai,
minat, sikap dan keperluan masyarakat terhadap sastera.

Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa.(Hashim


Awang,1985:2) Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan sastera mampu membentuk
tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja mempunyai hubungan rapat
dengan masyarakat namun hal ini juga terlibat dengan pergolakan yang berlaku
dalam masyarakat tersebut. Karya sastera membincangkan apa yang berlaku dan
apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap dan
pandangan pengarangnya (Baharuddin Zainal,1975:1)

Pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dapat memenuhi cita-cita


Falsafah Pendidikan bagi mewujudkan insan yang seimbang lagi harmonis dari
segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Pendidikan sastera diterapkan mulai
tingkatan satu hingga tingkatan lima dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia
melalui aktiviti kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. (A.Ghafar Ibrahim; 2002:
25)

__________________________________________________________________
1
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

2.0 KEWAJARAN PENGGUNAAN BAHAN SASTERA

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahan sastera dapat menarik minat dan
memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid. Berikut adalah alasan-
alasan yang mewajarkan penggunaan bahan sastera dalam pendidikan.

2.1 FAKTOR KURIKULUM BAHASA MELAYU

Bidang estetik dalam Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah


menggalakkan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu
Ini selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu
dalam Huraian Sukatan Pelajarannya iaitu membolehkan murid:

i. memahami isi dan menganalisis aspek sastera.


ii. mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera.
iii. menghayati dan menghargai nilai estetik bahasa.
iv. menghargai penulis dan karya yang telah dihasilkannya.

2.2 FAKTOR MENARIK MINAT

Penggunaan bahan sastera boleh menarik minat dan memberi kesan yang positif
terhadap pembelajaran murid. Menurut Lutfi Abas (1987:1), terdapat beberapa
kebaikan yang diperoleh melalui penggunaan bahan sastera dalam pendidikan
bahasa. Antaranya termasuklah seperti yang berikut:

I. Memberikan keseronokan kepada pelajar semasa


pengajaran di dalam kelas. Ini adalah kerana karya sastera

__________________________________________________________________
2
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

itu adalah karya yang indah dan mempunyai huraian-huraian


tentang tentang perkara yang aneh dan ajaib yang telah
disusun dalam cerita begitu dan sekali gus menyeronokkan
pelajar kerana kelucuannya.

II. Karya sastera itu boleh digunakan untuk mengajar Bahasa


Melayu mengikut peringkat yang sesuai dengan umur, minat,
tahap pemikiran dan peringkat kesukaran pelajaran. Ini
terpulanglah kepada kebijaksanaan guru Bahasa Melayu
untuk membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian bahan
yang digunakan.

2.3 FAKTOR MEMUPUK MINAT MEMBACA

Menurut Subadrah Nair (1989:135) pula, penggunaan bahan-bahan sastera


dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara langsung dapat memupuk
semangat membaca di jiwa pelajar-pelajar. Oleh sebab pelajar-pelajar ingin
mengetahui kesudahan sesuatu kisah atau cerita yang dibaca di dalam kelas,

Mereka akan membaca novel, cerpen, drama atau prosa klasik itu dengan
penuh minat di perpustakaan atau di rumah. Dalam jangka panjang,
pembacaan yang luas akan menambahkan kemahiran mereka dalam aspek
bacaan dan kefahaman.

2.4 FAKTOR UNTUK MEMENUHI FALSAFAH PENDIDIKAN

A.Ghafar Ibrahim, 2002 pula menyatakan pengajaran dan pembelajaran


Kesusasteraan Melayu dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi

__________________________________________________________________
3
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

mewujudkan insan yang seimbang lagi harmonis dari segi intelek, emosi rohani
dan jasmani.

Pendidikan sastera diterapkan mulai tingkatan satu hingga tingkatan lima


dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia melalui aktiviti kemahiran berbahasa,
iaitu kemahiran mendengar ,kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan
kemahiran menulis.

“Kita mahu melahirkan peradaban manusia, pembangunan, dan tamadun, justeru


subjek kesusasteraan sendiri patut diajar kepada semua pelajar untuk semua
kursus di institusi pengajian tinggi” “Bukan mengecilkan jurusan sastera,
sebaliknya kita perlu melibatkan jurutera, pakar sains teknologi, arkitek, dan
sebagainya supaya mempelajari bidang sastera kerana sastera perkara paling
asas dalam pembangunan …” (Shamsuddin,2002:2)

2.5 FAKTOR MEMUPUK INSPIRASI

Napie Mat dan Noraini Abdullah (1988), terdapat beberapa kebaikan


penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu;

i) Bahan sastera dapat menjadi inspirasi dapat memupuk dan


membina prihatin manusia kerana bahan sastera menyatakan
perasaan dan membawa pembaca menghayati watak dalam
sesebuah karya sastera.
ii) Bahan sastera dapat melahirkan insan yang liberal kerana
dengan mempunyai potensi mendidik, bahan sastera dapat
menolong pembaca memahami kehidupan. Menurut ahli psikologi
Bruno Bettelhem, karya sastera dapat membantu pembinaan
sahsiah seseorang.

__________________________________________________________________
4
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

iii) Bahan sastera juga merangsang pembaca meningkatkan


kebolehan empetik dan kreatif.
iv) Bahan sastera boleh membina perkembangan bahasa. Terdapat
interaksi yang berterusan antara pembaca dengan bahasa tulisan
dan lisan.
v) Bahan sastera seperti seni yang lain, memaparkan kehidupan,
menenteramkan keadaan huru-hara, menerangkan yang gelap
dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah.

2.6 FAKTOR UNSUR TARIKAN

Menurut Abdul Rahman Shaari pula (1994) ada beberapa alasan yang
menyokong penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa sastera.
Pertama, sastera adalah bentuk karya yang menggunakan bahasa secara
terbaik. Laras bahasa sastera adalah salah satu daripada sejumlah laras
bahasa dan jika bahan yang dipilih itu berupa karya atau sebahagian karya
sastera yang bermutu, maka bahasanya terjamin.

Bahan sastera memiliki daya tarikan yang dapat menanamkan dan


mengekalkan minat membaca. Ini disebabkan oleh sifat karya sastera itu
sendiri yang selalu nya memiliki ciri-ciri menghibur. Karya sastera yang
bercorak cereka mengandungi plot yang memikat hati pembaca untuk terus
menatapnya.

Dalam keadaan di atas, bahan sastera adalah bahan pengajaran


bahasa yang berkesan. Bahasa yang baik dan menarik akan menyebabkan
timbulnya rasa bangga di hati penggunanya. Kebanggaan terhadap Bahasa
Melayu adalah salah satu objektif pendidikan Bahasa Melayu.

__________________________________________________________________
5
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

3.0 DEFINISI BAHAN SASTERA DAN TEKNIK PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN

Mengikut Abd. Rahman Shaari (1994) bahan sastera yang dimaksudkan


dalam sukatan pelajaran ialah puisi (lama dan baharu), cerpen, novel, drama dan
hikayat (prosa lama).

Menurut Dr. Ali Mahmood (2007) teknik pengajaran dan pembelajaran pula ialah
lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas, simulasi, improvisasi dan
main peranan.

Teknik sangat penting untuk pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan


Bahasa Melayu yang berkesan. Aktiviti-aktiviti bagi setiap teknik tersebut akan
menghidupkan suasana pengajaran dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai teknik
Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran. Antaranya, main peranan,
simulasi, bercerita, lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas dan
improvisasi.

Mengikut keperluan tugasan berikut dihuraikan TIGA teknik penggunaan


bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu.

3.1 TEKNIK IMPROVISASI


3.1.1 Definisi

__________________________________________________________________
6
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

Menurut Som Hj. Nor (1994) Improvisasi membawa maksud bertindak balas
secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh dijalankan
berdasarkan :
i) Situasi
ii) Benda/alat
iii) Watak
iv) Petunjuk
v) Bibliografi

3.1.2 Rancangan Aktiviti

Improvisasi Berdasarkan Situasi


Satu situasi diberikan kepada pelajar secara individu, pasangan atau kumpulan
pelajar diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.

3.1.3 Kaitan kemahiran atau aspek bahasa dengan bahan sastera yang
dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran

Contoh Teknik Improvisasi berdasarkan teks Komsas Antologi Anak Laut (teks
Prosa Klasik Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 “Peminangan Puteri Gunung
Ledang”

Set Induksi
1. Guru menayangkan sedutan VCD filem Puteri Gunung Ledang kepada pelajar
dan mengemukakan soalan berkaitan rakaman tersebut.
2. Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pelajaran.

Langkah-langkah Pengajaran
3. Secara rawak guru memilih beberapa orang pelajar untuk melakonkan watak
__________________________________________________________________
7
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

tersebut secara teknik Improvisasi . Mereka perlu melakonkan cerita tersebut


secara spontan.
Watak utama tersebut ialah Sultan Mahmud, Puteri Gunung Ledang, Tun
Mamat dan Perempuan Tua.
4. Pelajar berlakon.
6. Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan dengan kadar 5 orang bagi
satu kumpulan.Guru meminta pelajar berbincang tentang watak dan
perwatakan dalam “Peminangan Puteri Gunung Ledang”
5. Sesi pembentangan
6. Guru meminta pelajar mengenal pasti perkataan dalam bahasa istana yang
terdapat dalam teks dan mencari makna dalam e-kamus.
http://www.karyanet.com.my/knet/index.php?tpf=PELAJAR

7. Guru berbincang dengan pelajar tentang jawapan yang diberi

Penutup
8. Guru membuat andaian Puteri Gunung Ledang menerima peminangan
tersebut. Secara teknik improvisasi juga, guru meminta beberapa pelajar
melakonkan watak sebagai rakyat Melaka yang menerima reaksi tentang berita
peminangan tersebut (Penerapan Kemahiran Berfikir secara Kreatif)

3.1.4 Kaitan teknik dengan teori dan prinsip pembelajaran yang sesuai

Teknik improvisasi secara jelas menggunakan Teori Pembelajaran Kognitif.


Teori ini yang dipelopori antaranya Jean Piaget, David Ausebel, Robert Gagne,
Kurt Koffka dan sebagainya. Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa
pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk mendapatkan, menyimpan,
mengingat dan menggunakan ilmu. Mereka berpendapatan bahawa ilmu
pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang
mendorong seseorang untuk belajar.

__________________________________________________________________
8
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

Robert M. Gagne merupakan seseorang ahli psikologi eksperimental yang


berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta telah terlibat dalam
latihan dan masalah pendidikan yang lain. Dalam Prinsip Pembelajarannya,
Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran iaitu Pembelajaran
Isyarat, Gerak Balas, Rangkaian Motor, Pertalian Bahasa, Diskriminasi, Konsep,
Hukum dan Penyelesaian Masalah.

Salah satu peringkat pembelajaran ialah Pembelajaran Pertalian Bahasa.


Peringkat ini untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran
berbahasa untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian Bahasa
merupakan satu rangkaian berbahasa. Ini memerlukan kemahiran berbahasa yang
telah dipelajari dahulu.

Semasa pelajar melakukan teknik improvisasi mereka perlu bertindak balas


secara spontan dan kemahiran berbahasa yang dipelajari sebelum ini amat
membantu mereka melaksanakan teknik ini dengan berkesan sekali gus
memperoleh hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang mendorong seseorang untuk
belajar. Ini bersesuaian dengan teknik dalam “Peminangan Puteri Gunung Ledang”
di atas.

3.2 TEKNIK MAIN PERANAN

3.2.1 Definisi
Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan pelajar memegang sesuatu
peranan, sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan kemudian
bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah
ditentukan. Main peranan sebagai individu lain amat sesuai dalam penyesuaian
teknik penggunaan bahan sastera.

__________________________________________________________________
9
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

Main peranan sebagai individu lain memerlukan pelajar memainkan peranan


berdasarkan tokoh, pekerjaan , kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan
tertentu. Oleh kerana peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang
sebenar, para pelajar hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat
maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut sama ada memalui pembacaan
atau membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru boleh
juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.

3.2.2 Rancangan Aktiviti

Main peranan pekerjaan berdasarkan pekerjaan:


Anda seorang inspektor polis yang sedang menyoal seorang saksi tentang
kemalangan di jalan raya yang baru berlaku. Dalam kemalangan tersebut, seorang
penunggang basikal telah luka parah kerana dilanggar oleh sebuah lori. Pemandu
lori tersebut telah memandu dengan lajunya dan tidak berhenti di tempat kejadian
itu. Saksi sedang disoal siasat itu melihat kejadian itu. Cuba sediakan beberapa
soalan dan kemukakan soalan tersebut kepada saksi berkenaan.(Guru meminta
seorang pelajar berperanan sebagai saksi semasa kejadian itu berlaku)

3.2.3 Kaitan kemahiran atau aspek bahasa dengan bahan sastera yang
dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran

__________________________________________________________________
10
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

Contoh teknik main peranan yang menggunakan bahan sastera dalam pengajaran
Bahasa Melayu adalah seperti berikut:

Main Peranan dilaksanakan berdasarkan seseorang cerpen “Pusaran” .(Teks


Antologi “Anak Laut” Tingkatan 4 KBSM.

Set Induksi
1. Guru menayangkan slaid gambar berkaitan Binatang Kesayangan
2. Guru bersoal jawab berkenaan gambar.
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.
Langkah-langkah pengajaran
1. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan.
2. Dalam kumpulan pelajar diminta bersedia untuk melakonkan secara watak
Junid iaitu watak utama dalam cerpen “pusaran” berdasarkan cerpen yang
telah dibaca.
3. Guru mengedarkan kad arahan watak yang perlu dilakonkan.Pelajar
melakonkan watak Junid , Tuan Haji Subki dan Mohsin setelah bersedia
berdasarkan situasi sembelihan lembu kesayangan Junid “Pusaran” yang
ingin dijadikan korban .
4. Murid diminta membincangkan plot dan watak & perwatakan dalam cerpen
Pusaran
5. Guru meminta pelajar mempersembahkan hasil perbincangan kumpulan .
6. Menilai hasil tugasan kumpulan.
7. Guru menayangkan persembahan Power Point berkaitan plot dan watak &
perwatakan
8. Guru meminta pelajar menamakan bahagian dalam plot dan nama watak
berdasarkan pernyataan yang diberi.
9. Murid dibimbing untuk memberi jawapan.
10. Guru menayangkan slaid jawapan yang betul.

__________________________________________________________________
11
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

Penutup
Guru menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar

3.2.4 Kaitan teknik dengan teori dan prinsip pembelajaran yang sesuai

Teknik Main Peranan juga berkaitan dengan Teori Pembelajaran Kognitif


.Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses
dalaman yang berlaku dalam akal fikiran di mana perkara initidak dapat
diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku
manusia.Proses dalaman ini termasuk celik al, pemprosesan maklumat memori
dan persepsi. Lokus pembelajaran
menggunakan struktur dalaman kognitif. Tujuan adalah untuk perkembangan
kapisiti dan kemahiran untuk belajar lebih baik.
Teknik ini amat perkaitan dengan Prinsip Pembelajaran yang ada dalam
pembelajaran secara konstruktivisme. Pendekatan ini dilaksanakan dengan
memberi perhatian antaranya kepada perkara berikut
• Memberi peluang pelajar berkongsi pesepsi antara mereka
• Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka.
• Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.
• Guru tidak menyampaikanmaklumat secara terus kepada pelajar.
• Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan

Jelaslah di sini bahawa teknik main peranan dalam cerpen “Pusaran” ini amat
bersesuaian dengan teori yang dinyatakan tersebut. Pelajar dapat membina
kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dan mewujudkan jaringan atau
hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari.

3.3 TEKNIK BERCERITA

__________________________________________________________________
12
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

3.3.1 Definisi

Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan


untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang
dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan
perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Ini dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan
pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,


kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan
yang penting. Ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan
kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

• Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
• Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
• Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
• Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-
kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
• Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
• Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain
Bahan Bantu Mengajar.
• Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan
dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

__________________________________________________________________
13
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

3.3.2 Rancangan Aktiviti


Dalam teknik bercerita terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan;
termasuklah:
a) Guru menceritakan keseluruhan cerita dan pelajar mencatat urutan cerita
b) Guru bercerita keseluruhan cerita dan pelajar menceritakan semula
c) Murid mendengar rakaman sebuah cerita ( audio) dan pelajar menceritakan
semula
d) Guru menceritakan bahagian awal cerita dan pelajar meramalkan
penyelesaiannya dan menceritakannya semula.
e) Guru mengadakan teater pembaca
f) Guru mengadakan teater bercerita

3.3.3 Kaitan kemahiran atau aspek bahasa dengan bahan sastera yang
dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran

Teknik Bercerita berikut berdasarkan teks novel Bukit Kepong tingkatan 4 KBSM
Set Induksi
Guru meminta pelajar mencerita secara ringkas kerjaya seorang polis

Langkah-Langkah Pengajaran
1. Guru menceritakan permulaan plot “Bukit Kepong”
-Keadaan dan suasana di TM tidak aman – ancaman komunis
-Othman sertai pasukan polis walaupun dihalang
-Tamat latihan, berkahwin dengan Limah
-Dihantar berkhidmat di Pagoh
2. Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan. Dalam kumpulan pelajar
untuk berbincang tentang plot pekembangan,perumitan (konflik) puncak cerita
(klimaks) dan peleraian.

__________________________________________________________________
14
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

3. Guru meminta wakil kumpulan untuk menceritakan plot tadi dengan bantuan
rangka cerita daripada guru.

Perkembangan Konflik Klimaks Peleraian

•Kesan ancaman komunis •Peristiwa komunis •Serangan ke atas Balai •Balai Polis Bukit Kepong
dirasai oleh penduduk di Labis menyerang dan membakar Polis Bukit Kepong. ditawan dan dibakar oleh
dan Pagoh. bas dari Muar ke Pagoh.
•Pihak komunis merancang pengganas komunis.

•Bukit Kepong menjadi •Pengganas komunis telah misi serangan yang rapi •Pasukan bantuan sampai.
sasaran kerana menyerang penduduk sehingga menyukarkan
kedudukannya yang terpencil kampung, orang pasukan polis mengesan
•Semua mangsa dirawat di
dan tiada kawalan perseorangan serta kawasan untuk menyusun strategi. Hospital Muar..

keselamatan yang kukuh. estet setelah penduduk •Limah menjadi gila setelah
kampung membunuh dua menerima berita kematian
orang rakan mereka. Othman.

•Kehidupan Othman tidak


terbela setelah berhenti
daripada perkhidmatan polis.
5. Pelajar mula bercerita dengan bimbingan guru.
6. Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta pelajar menjawab berdasarkan
plot yang diceritakan oleh guru dan murid tadi.
Penutup
7. Guru meminta pelajar menyenaraikan nilai-nilai murni yang ada dalam novel
Bukit Kepong

3.3.4 Kaitan teknik dengan teori dan prinsip pembelajaran yang sesuai

Teori Pembelajaran Sosial amat sesuai sekali dikaitkan dengan teknik


bercerita yang dijalankan di atas. Teori ini yang diasaskan oleh Albert Bandura. Ia
menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar tentang
tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya , akan mempengaruhi tingkah laku
pelajar tersebut.

Teori Pembelajaran Sosial menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif ,


berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk

__________________________________________________________________
15
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

memperlihatkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku


manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan sejarah perkembangan
seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruh persekitaran. Manusia saling
memerlukan , pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain.

Bandura telah memperkenalkan Teori Pembelajaran Peniruan. Kajiannya


bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka
menonton video. Kanak-kanak tersebut cenderung untuk melakukan aksi-aksi
yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam tayangan tadi.

Prinsip Pembelajaran Sosial ini juga berkaitan dengan teknik bercerita.


Semasa menjalankan aktiviti ini, pencerita sama ada guru atau pelajar cenderung
untuk meniru perilaku pencerita yang pernah mereka saksikan sebelum ini. Proses
tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung dapat memberi satu idea kepada
pencerita untuk menceritakan bahan sastera yang dikehendaki sekali gus
menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.

Dalam aktiviti bercerita novel Bukit Kepong tadi, guru sengaja memulakan
cerita sinopsis Bukit Kepong supaya pelajar boleh meniru cara guru bercerita
berdasarkan rangka cerita yang diberi oleh guru.

__________________________________________________________________
16
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

4.0 PEMILIHAN TEKNIK – MAIN PERANAN

Teknik yang dipilih adalah teknik main peranan berdasarkan buku teks “Antologi
Anak Laut” yang terdapat kisah prosa klasik yang bertajuk ““Pertarungan Tuah
dengan Jebat”

4.1 BAHAN PENGAJARAN

4.1.1 Sinopsis cerita

PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT

Cerita ini mengisahkan Hang Jebat yanng mengamuk kerana menuntut


bela atas kematian Hang Tuah yang dibunuh tanpa usul periksa. Hang Jebat telah
bertindak membunuh orang ramai dan menawan istana serta bermukah dengan
dayang-dayang istana. Hang Tuah yang sebenarnya tidak dibunuh, tetapi hanya
disembunyikan oleh bendahara.Hang Tuah yang telah dititahkan oleh sultan untuk
membunuh Hang Jebat.
Hang Tuah menerima tugas tersebut demi kesetiaannya kepada raja.
Sebelum bertarung, Hang Jebat telah berpesan kepada Hang Tuah agar
memelihara anak hasil permukahannya dengan Dang Baru sekiranya anak itu
lelaki. Sekiranya anak itu perempuan, terpulanglah kepad ibunya. Pertarungan
yang sengit itu berkesudahan dengan kematian Hang Jebat.

__________________________________________________________________
17
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

4.1.2 Petikan Prosa Klasik

PETIKAN PROSA KLASIK


Setelah sudah maka Hang Jebat pun makan nikmat pada persantapan
raja itu. Setelah sudah makan maka ia makan pada puan raja lalu ia
berjalan ke muka pintu istana itu. Maka Hang Jebat pun membuka pintu
istana itu sebelah; maka Hang Jebat, “Silakanlah orang kaya naik, kerana
ayapan sudah hadir,’’ .Maka kata laksamana, “Aku tiada mahu
naik,”.Setelah Hang Jebat mendengar kata laksamana demikian itu, maka
oleh Hang Jebat dibukanya pintu sebelah lagi. Maka kata Hang Jebat,
“Silakanlah orang kaya naik, pintu sudah terbuka”. Maka kata
laksamana, “ Baiklah. “maka laksamana pun menyingsing tangan
bajunya, seraya memekis, katanya, “ Cih, Si Jebat! Mati engkau olehku,”
serta ia melompat ke atas anak tangganya itu. Maka Hang Jebat pun
menghunus kerisnya lalu menikam dada laksamana; maka laksamana
pun melompat ke tanah. Maka kata laksamana, “Cih, bukan laki-laki
menikam mencuri!. Maka Hang Jebat pun tertawa, katanya, “Hai orang
kaya, aku geram melihat engkau berdiri di atas tangga itu, tiada tertahan
hatiku” . Maka kata laksamana, “ Bukan laki-laki berani. Jika hendak
bertikam lagi ternama, tiada boleh kupermudah seperti lawan yang
dahulu itu dan engkau saudara tua padaku tiada baik. Jika engkau
hendak bertikam dengan aku, marilah naik,” Maka sahut laksamana, “
Bukalah pintu itu,” Maka kata Hang Jebat, “Nantilah aku seketika lagi,
aku hendak berlangirkan kerisku”.

Maka Hang Jebat pun menutup pintu istana empat puluh itu.
Setelah sudah maka Hang Jebat pun menghunus kerisnya, maka
ditikamnya segala perempuan isi istana yang tujuh ratus itu, seorang pun
tiada tinggal.Maka darah pun seperti hujan yang lebat turun ke bawah
istana.Maka laksamanapun berseru-seru, katanya, “Hai Si
Jebat,pekerjaan apa kau kerjakan ini? Alangkah dosanya,” Maka sahut
Hang Jebat, “Inilah pekerjaan yang sempurna .Sepala-pala jahat jangan
kepalang, seperti pantun Melayu, rosak bawang ditimpa
jambaknya”.Maka laksamana nerkata pula, “Hai Si Jebat, segeralah
bukakan aku pintu ini”.

__________________________________________________________________
18
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

4.1.3 Slaid Set Induksi

• Apakah yang anda


lihat?

• Nyatakan watak yang


terlibat dalam ceritera
tersebut?

• Nyatakan konflik
yang sering berlaku
dalam cerita tersebut.

4.1.4 Soalan Latihan

Berikan maksud bagi kata atau frasa klasik di bawah.


Taip jawapan anda di kotak yang disediakan. Rujuk e- kamus dengan menggunakan kata dasar yang sesuai.

1. Persantapan

2. Ayapan

3. Memekis

4. Berlangirkan

5. Berseru-seru

6. Sepala-pala

__________________________________________________________________
19
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

4.1.5 Silang Kata Perwatakan

TEKA SILANGKATA

PERWATAKAN HANG TUAH DAN HANG JEBAT

D MELINTANG
E A P 1. _______ bermain senjata.
N A 3. Memiliki ______ ramalan
D 5. Kuat
A L T

I M U A MENEGAK
W 2. Tidak menyimpan ______
G H 4. Sangat ______ kepada Sultan.
6. ______ masyarakat feudal.
7. Berpendirian _________.

4.1.6 Peta Minda Perbezaan Watak

PETA MINDA
PERBEZAAN WATAK TUAH DAN JEBAT

TUAH JEBAT

W
A
T
A
K

__________________________________________________________________
20
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

4.2 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI

4.2.1 Hasil Pembelajaran

Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:


Aras1 ( i )
- Menyatakan makna kata dan maksud frasa atau rangkai kata yang sukar
dalam karya dengan meneka berdasarkan konteks atau merujuk kepada
kamus
Aras1 ( iv )
- membaca dengan menggunakan teknik luncuran dan imbasan untuk
mendapatkan fakta yang diperlukan.
Aras ( ii )
- menjelaskan aspek watak dan perwatakan dan latar dalam karya yang sama
atau karya yang berlainan.

4.2.2 Aktiviti Guru dan Pelajar

Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar

1. Guru mempersembahkan slaid iklan 1. Pelajar menjawab soalan guru

filem Hang Tuah, mengemukakan berdasar sinopsis filem Hang Tuah

soalan dan mengaitkan dengan (rujuk 4.1.3)

pengajaran

.(rujuk 4.1.3)

2. Guru menggunakan MS PowerPoint 2. Pelajar membaca sinopsis cerita “

Pertarungan Hang Tuah” bagi


__________________________________________________________________
21
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

bagi menunjukkan sinopsis mengukuhkan pemahaman terhadap

“Pertarungan Tuah dengan Jebat” dan cerita. (rujuk 4.1.1)

meminta pelajar membacanya untuk

pemahaman (rujuk 4.1.1)

3. Membaca petikan prosa klasik yang

3. Guru menunjukkan petikan prosa dipersembahkan. Dalam kumpulan ,

klasik. Guru meminta pelajar menjawab pelajar berbincang tentang dialog

berbincang tentang dialog yang yang akan dilakonkan oleh ahli

digunakan dan bersedia untuk aktiviti kumpulan mereka.

teknik main peranan sebagai Tuah dan ( rujuk 4.1.2)

Jebat. Kumpulan yang terbaik

melakonkan watak tersebut akan diberi

hadiah. (rujuk 4.1.2) 4. Pelajar mula berlakon dengan

4. Guru meminta pelajar untuk menggunakan teknik main peranan

melakonkan watak Jebat dan Tuah. 5. Pelajar mengisi peta minda yang

5. Guru meminta pelajar membuat peta diberi oleh guru.

minda yang menunjukkan perbezaan (rujuk 4.1.6)

watak dan Tuah dan Jebat

berdasarkan prosa klasik dan sinopsis.

(rujuk 4.1.6) 6. Pelajar mencari atau menggariskan

6. Guru meminta pelajar mencari atau perkataan sukar dan mencari makna

mengariskan perkataan atau rangkai perkataan di dalam e-kamus.

__________________________________________________________________
22
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

kata sukar . http://www.karyanet.com.my/knet/index.

7. Guru meminta pelajar merujuk e-kamus php?tpf=kamus_Dewan&kata_utama=S

bagi mencari makna. ANTAP&sid=b43f21f788ce58c6aad819a

http://www.karyanet.com.my/knet/index.php?t 3f6d495ce&findd=Cari

pf=lamanutama 7. Pelajar melengkapkan teka silang kata.

(rujuk 4.1.5)
8. Sebagai penutup, guru meminta pelajar

melengkapkan teka silang kata.

(rujuk 4.1.5)

5.0 KESIMPULAN

Pengajaran secara stereotaip akan membataskan pergerakan pelajar


menyebabkan mereka kurang berminat dan cepat merasa bosan. Pelbagai aktiviti
yang terdapat di atas seperti bertutur, mendengar , membaca, mencari, memadan,
bergerak dan sebagainya menyebabkan pelajar menumpukan seluruh perhatian
pelajar kepada aktiviti tersebut. Tambahan pula kemahiran Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) yang diserapkan juga mampu memberikan satu persepsi
yang menarik tentang bahan sastera. Dengan itu dapatlah merealisasikan hasrat
menarik minat dan memberikan kesan positif terhadap pembelajaran pelajar.

BIBLIOGRAFI
A. Ghafar Ibrahim (2002) .Menggenerasikan Sastera dalam Kalangan Pelajar .
__________________________________________________________________
23
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Abd. Murad b. Salleh. (2002). Pelaksanaan pengajaran komponen sastera dalam


mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 4: Satu kajian kes. Kuala Lumpur,
Malaysia : Universiti Malaya

Borhan Md. Zin. (2000). Kesusasteraan melayu sebagai komponen Bahasa


Melayu: Menangani kekeliruan teknik pengajaran. Dewan Sastera, 19-21.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2005). Huraian Sukatan Pelajaran KBSM


Bahasa Melayu Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kesan Positif Penggunaan Bahan Drama Dalam Pengajaran Bahasa Melayu


(http://cikguhalimah.googlepages.com/koleksiartikel2)

Khadijah Rohani Mohd. Yunus (2007).HBEF2103 Psikologi Pendidikan. Kuala


Lumpur : Open University Malaysia

Mana Sikana (1989). Berkenanalan Dengan Drama. Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Masharyati Musa. (2002). Komponen wajib kesusasteraan Melayu dalam Bahasa


Melayu peringkat menengah atas: Satu tinjauan awal tentang teknik pengajaran.
UPSI.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005). Citra Komsas. Tanjung Malim : Penerbit
Universiti Sultan Idris

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Laporan pelaksanaan komponen sastera


dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tahun
2001 . Kuala Lumpur, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia

__________________________________________________________________
24
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI
______________________________________________________________

Salbiah Ani. “Kemelut komponen sastera dalam Bahasa Melayu”. Berita Harian,
Selasa 20 Mac 2001. hlm 3.

Samat Buang. (1996). Pendekatan, kaedah dan teknik dalam pendidikan Bahasa
Melayu menggunakan bahan sastera, Dewan Bahasa, 40 (3), 205-217.

Thahir Nuruddin (2005). Kefahaman Guru Tentang Konsep Komponen


Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Jurnal IPBA 3(3),
49-61

__________________________________________________________________
25
HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Anda mungkin juga menyukai