Anda di halaman 1dari 1

Amal ibadat malam raya

DARIPADA Abi Umamah daripada Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa
mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan
keredaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya
hati (orang yang kufur ingkar) pada hari itu.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Umat Islam digalakkan menyambut hari raya dengan takbir dan tahmid sebagai menandakan
kesyukuran kepada Allah. Malah orang yang beriman yang menghidupkan malam hari raya
dengan beramal dan beribadat kerana Allah, hatinya akan hidup (bahagia dan gembira). Mereka
akan mendapat balasan yang baik di sisi Allah.

Sebaliknya orang yang kufur ingkar, hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari itu, kerana
dimurkai Allah dan ditimpa balasan.

Anda mungkin juga menyukai