Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM MOTIVASI DAN KEIBUBAPAAN SKBB 2011

Hari

: Jumaat

Tarikh : 15 Julai 2011 Aktiviti :

Program motivasi dan keibubapaan merupakan salah satu landasan memasyarakatkan sekolah. Program ini bertujuan untuk mewujudkan semangat kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah bagi melahirkan murid yang cemerlang dari segi sahsiah dan juga akademik. Program ini bermula pada pukul 8.00 malam dan seramai 179 ibu bapa dan penjaga telah menghadirkan diri mendengar ceramah motivasi keibubapaan ini. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan disampaikan Ustaz Rodii dan diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Fadhil. Tidak ketinggalan juga ucapan ucapan Guru Besar menyusul selepas itu oleh Puan Hajah Noriah binti Abd. Hamid. Majlis penyampaian zakat disempurnakan oleh Bank Rakyat & Baitulmaal diadakan selepas Solat Isya, Solat Hajat dan doa serta munajat secara berjemaah. Solat dan munajat diimamkan oleh al-Fadhil Ustaz Hj Zulkifli B Zainon. Selanjutnya, suatu ceramah khusus Ke arah Melahirkan Genarasi Rabbanioleh al-Fadhil Ustaz Hj Zulkifli B Zainon. Jamuan makan turut diadakan kepada ibubapa dan tetamu jemputan. Majlis bersurai pada pukul 11.00 malam.

Ucapan aluan oleh Ustaz Rodii

Pimpinan Bacaan doa oleh Ustaz Fadhil sambil diaminkan oleh para hadirin.

Ucapan guru besar

Barisan ibu bapa dan tetamu jemputan yang hadir

Para hadirin menandatangani dokumen sebelum menerima sumbangan Zakat.

Majlis Penyampaian Zakat Bank Rakyat & Baitulmal

Setelah selesai Solat Isyak dan solat hajat, jemaah bermunajat beramai-ramai.

Jemaah yang hadir menyambut ketibaan penceramah

Ceramah oleh al-Fadhil Ustaz Hj Zulkifli Bin Zainon

Tetamu khusyuk mendengar ceramah

En. Mohamad Nor menyampaikan cenderahati kepada Penceramah

Anda mungkin juga menyukai