Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT ZON A DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA

Hari

: Rabu

Tarikh : 29 Jun 2011 Aktiviti : Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Zon A Daerah Larut Matang dan Selama 2011 merupakan satu landasan ke arah kecemerlangan kurikulum dan juga ko-kurikulum serta memberi peluang kepada murid-murid istimewa daripada pelbagai kategori mempertingkatkan potensi diri dan sahsiah bagi tuntutan rohani. Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran dan diikuti dengan pertandingan tilawah, bercerita, azan subuh dan hafazan. Pada pukul 10.30 pagi majlis berhenti rehat seketika. Kemudian, pertandingan nasyid dimulakan dan seterusnya diikuti dengan majlis penutupan. Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh En. Mohamad Rodzi bin Awang Kechek Pegawai Khas YB ADUN Selama. Majlis diteruskan dengan ucapan Yang Di Pertua PIBG, En. Abd. Kalam bin Abd. Aziz dan disambung dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Fadzimi bin Drahaman dari SMK Dato Hj. Hussein. Seterusnya, Pn. Hajah Noriah binti Abd. Hamid selaku Pengerusi Panitia Pendidikan Khas Zon A menyampaikan ucapan. Seterusnya majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata. Ini diikuti pula dengan persembahan johan pertandingan nasyid iaitu Sek Men Dato Kamaruddin. Majlis bersurai pada pukul 1.00 petang.

Sesi pendaftaran bagi peserta majlis tilawah sedang dijalankan.

Para hakim sedang menumpukan perhatian untuk memberi markah bagi acara pertandingan tilawah.

Pertandingan azan sedang dijalankan.

Peserta bercerita dengan penuh semangat dan yakin pada diri sendiri.

Peserta berusaha gigih dan tidak berputus asa dalam menyampaikan teks bercerita.

Para hakim sedang mendengar cerita yang disampaikan untuk member markah.

Pentas majlis perasmian penutupan tilawah dihias rapi dengan latarbelakang yang menarik.

Barisan pengacara majlis sedang bertungkus lumus mengendalikan acara penutup Majlis Tilawah Peringkat Zon A.

Peserta sedang membacakan ayat surah yang dipertandingkan.

Persembahan nasyid yang memukau dan menghiburkan para penonton di dalam dewan.

Johan nasyid Sek. Keb. Batu Kurau sedang membuat persembahan.

Setiap peserta menyerlahkan bakat yang terpendam untuk dipertontonkan kepada para hadirin.

Barisan para jemputan yang dihormati dan diraikan.

Johan pertandingan nasyid bagi sekolah menengah - Sek Men Dato Kamaruddin membuat persembahan kali kedua.

Para penonton sedang asyik mendengar persembahan nasyid.

Peserta sedang menerima hadiah cenderahati dan sijil penghargaan

Peserta nasyid sedang menerima hadiah dan sijil penyertaan.

Guru Besar SK Bukit Bertam sedang menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat.