Anda di halaman 1dari 5

SUKAN TAHUNAN SK BUKIT BERTAM 2011

Hari

: Khamis

Tarikh : 30 Jun 2011 Aktiviti :

Acara perbarisan merupakan acara pertama menghiasi tirai pembukaan temasya sukan SK Bukit Bertam. Kontigen perbarisan pertama iaitu Kontigen Rumah Merah diketuai oleh Mohd. Arif Bin Aidil Azli dan pembawa bendera Mohd. Fairul Bin Yahya. Kontigen kedua ialah Kontigen Rumah Hijau diketuai oleh Khairul Naim Bin Zulkifli dan pembawa bendera bendera Mohd. Naim Fahmi Bin Abd. Hamid. Kontigen terakhir ialah Kontigen Rumah Kuning diketuai oleh Mohd. Hasif Bin Muslim dan pembawa bendera Mohd. Hafizah Bin Hashim. Seterusnya, Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah dinyanyikan. Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar murid yang diketuai oleh Mohd. Arif Bin Aidil Azli. Puan Guru Besar SK Bukit Bertam dijemput menyampaikan ucapan. Disamping itu, YDP PIBG SK Bukit Bertam En. Kalam dijemput untuk menyampaikan ucapan. Tidak ketinggalan juga ucapan perasmi, En. Mohamad Nor Bin Hj. Seterusnya acara balapan, Sukaneka Prasekolah dan Sukaneka Pendidikan Khas dijalankan. Setiap peserta berkobar-kobar mempamerkan semangat kesukanan dan tidak ketinggalan menyumbangkan mata kemenangan bagi rumah masing-masing. Rumah hijau terus gah mara ke hadapan dengan mengguli kejuaraan sukan kali ini dengan mata kemenangan 840 berbanding dengan mata Rumah Merah 764 dan mara Rumah Kuning 632. Para ibu bapa juga turut serta beraksi di padang dalam acara Jalinan Kasih, Sambut Sayang dan Timang Sayang. Majlis bersurai dengan pengunguman pemenang dan penyampaian hadiah.

Rumah merah dinobatkan sebagai pemenang perbarisan kali ini.

Perbarisan rumah merah

Perbarisan rumah kuning

Perbarisan rumah hijau

Barisan tetamu jemputan

Barisan pengacara majlis

Ustaz Fadhil membacakan doa

Bacaan ikrar oleh Mohd. Arif Bin Aidil Azli

Ucapan Puan Guru Besar, Pn. Hajah Noriah binti Abd. Hamid

Ucapan Perasmian oleh En. Mohamad Nor Bin Haji Ahmad

Barisan tetamu jemputan

Barisan ibu bapa dan penjaga

Acara sukaneka Pendidikan Khas Susunan Blok

Hadiah dan cenderahati

Acara Sukaneka Tahun untuk Bapa (Timang Sayang)

Acara Sukaneka Tahun untuk Keluarga (Sambut Sayang)

Acara Sukaneka Tahun untuk Ibu (Jalinan Kasih)

Pemenang Acara Sukaneka Tahun untuk Ibu (Jalinan Kasih)

Acara mencari klu tersembunyi oleh ibu bapa

Acara penyampaian hadiah Ibu bapa

Acara penyampaian hadiah ahli keluarga

Acara penyampaian hadiah murid-murid

Acara penyampaian hadiah murid-murid Pendidikan Khas

Rumah Hijau dinobatkan sebagai pemenang

Rumah Hijau dinobatkan sebagai pemenang