Anda di halaman 1dari 3

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian

dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)". Sesungguhnya orang yang berbakti (berbuat kebajikan/ al-abrar) itu benar-benar berada dalam kenimatan yang besar (surga), (TQS.83:22) Allah cahaya langit dan bumi (Allahu nur as-samawaati wa al-ardhi). Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahayaNya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (QS.An-Nuur [24]:35) Fi Zilalil Quran adalah sebuah tafsir lengkap Al-Quranul Karim karya mujaddid unggul Asy-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah. Tafsir ini merupakan antara tafsir yang paling luas tersebar di dunia Islam dan kerap dijadikan bahan rujukan oleh para ulama dan juga sebagai sumber kajian ilmiyah di pusat-pusat pengajian tinggi. Penerangannya yang jelas dan mendalam menggunakan gaya bahasa Arab yang tinggi menyentuh jiwa dan perasaan para pembacanya. Tafsir ini juga telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa, termasuk bahasa Turki, Inggeris, Perancis, Urdu dan Bahasa Indonesia. Penterjemahannya ke dalam Bahasa Melayu telah disempurnakan oleh Almarhum Ustaz Dato Haji Yusoff Zaky bin Haji Yacob berdasarkan naskhah asal Bahasa Arab cetakan keenam, iaitu cetakan yang telah dikemaskini oleh pengarangnya serta ditambah fahrasat ( indeks ) bagi memudahkan para pembaca membuat rujukan. Terjemahan tafsir ini mengambil masa selama 11 tahun untuk disiapkan dan dibahagikan kepada 17 jilid ( 30 juzuk ).

Keistimewaan Tafsir Fi Zilalil Quran :-

1. Kaedah Pentafsiran Naqliyah ( Berasaskan Al-Quran dan Hadith )

Tafsir Fi Zilalil Quran ditulis bersandarkan kepada kajian-kajian mendalam yang ditimba secara langsung dari Al-Quran dan As-Sunnah serta riwayat-riwayat mathurat yang lain. Asy-Syahid Sayyid Qutb menggunakan satu kaedah pentafsiran yang membersihkan pentafsiran A1-Quran dari pembicaraan-pembicaraan sampingan dan selingan seperti perbahasan-perbahasan bahasa dan tata bahasa, ilmu kalam dan ilmu fiqah serta cerita-cerita dongeng Israeliyat yang

lumrah dalam kebanyakan tafsir lain. Beliau menolak sama sekali pendekatan mentafsir ayat-ayat Al-Quran yang menyentuh kejadian alam buana dengan hasil kajian sains dan Fizik kerana ianya tidak dapat bertahan lama dan sering dikuburkan oleh penemuan-penemuan baru yang silih berganti. Almarhum juga menolak kaedah yang mentakwil ungkapan-ungkapan Al-Quran yang tidak jelas pengertiannya. Dimensi kaedah pentafsiran naqliyah ini telah mendorong para ilmuan Islam menganggap Almarhum Asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai pengasas kepada sekolah tersendiri di dalam bidang tabir yang menjadi kunci tentang cara yang sebaik-baiknya untuk memahami isi kandungan kitab suci yang mulia itu.

2. Bersepadu dan Selaras

Tafsir Fi Zilalil Quran telah disusun dalam bentuk yang bersepadu, selaras dan saling berkait antara satu ayat dengan satu ayat lain dalam setiap surah, menjadikan setiap tafsiran itu satu unit yang tersusun dan jelas bagi menegakkan konsep Tauhid Uluhiyah dan Rububiyah Allah. Tidak seperti tafsir-tafsir lain yang menjurus ke arah memisah-misahkan rangkaian ayatnya sehingga mengurangkan kesepaduan, keindahan dan kejelasan Al-Quran itu sendiri. Tafsir ini juga merupakan satu-satunya tafsir yang menjadikan Al-Quran berbicara dengan seluruh entiti manusia, dengan roh dan jiwanya, akal dan mindanya, fitrah dan hati nuraninya serta perasaan dan sentimennya. Ia membuatkan pembicaraanpembicaraan Al-Quran begitu jelas maksudnya, banyak saranan dan inspirasinya, luas dan mendalam bayangannya, dan membuat akal manusia begitu tertarik dan terpesona serta perasaan dan sentimennya begitu segar dan peka.

3. Analisis Budaya dan Pemikiran Yang Mendalam

Tafsir Fi Zilalil Quran mengupas bentuk kehidupan berteraskan budaya jahiliyah yang mempengaruhi kehidupan manusia sepanjang zaman serta mendedahkan tipu daya segenap musuh Islam yang begitu licik dan bertopengkan kajian ilmiyah yang palsu untuk memusnahkan imej Islam yang suci dan menarik para cerdik pandai Islam ke dalam perangkap penyelewengan dari landasan agama yang sebenar. Asy-Syahid Sayyid Qutb dalam tafsirnya juga sentiasa menekankan kesejagatan fenomena kekufuran terhadap ajaran-ajaran Allah yang tidak terbatas kepada masa-masa tertentu. Tafsir ini seterusnya mendedahkan berbagai bentuk fahaman ciptaan akal manusia yang menjurus kepada perbuatan syirik yang mempertuhankan sesama manusia, aliran yang mempertuhankan akal, sains dan teknologi serta aliran hedonisme yang merendahkan martabat insan ke makam haiwan.

4. Ulasan yang Indah, Jelas, Merangsang dan Tegas

Gubahan bahasa Asy-Syahid Sayyid Qutb dalam Tafsir Fi Zilalil Quran amat indah dan mengasyikkan. Saranan-

saranannya tegas dan lantang serta merangsang jiwa mukmin yang sentiasa dahagakan hidayah Allah. Persembahan Tafsir Fi Zilalil Quran ini menggambarkan kehidupan Asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai seorang pendakwah yang amat mencintai Penciptanya, sabar, gigih, redha, tenang, tenteram, penuh tawakkal kepada Allah dan tidak mengenal erti menyerah atau berputus asa daripada Rahmat Allah. Tafsir Fi Zilalil Quran yang bermakna "Di Bawah Bayangan AlQuran" adalah sebuah judul yang tepat dengan fungsi dan sifat Al-Quran yang digambarkan oleh Rahimahullah sebagai sepohon pokok rahmat dan hidayah yang tegap dan rimbun, dengan dahan-dahan serta ranting- rantingnya yang subur dan rendang, menyediakan bayangan teduh, suasana tenang dan qudus, mencetuskan berbagai ilham, inspirasi, kefahaman yang halus dan mendalam kepada setiap pendengar dan pembacanya yang benar-benar serius dan membuka pintu hati dan minda mereka dengan penuh minat. Seperti kata Rahimahullah, "dalam detik-detik kembara Di Bawah Bayangan Al-Quran saya mendapat berbagai lintasan fikiran, pandangan di sekitar aqidah, di sekitar jiwa dan hayat manusia". Pengalaman dan perjalanan kehidupan beliau ini merupakan faktor-faktor penting yang melahirkan Tafsir Fi Zilalil Quran dalam bentuk ulasan yang unik mengatasi tafsir-tafsir yang lain.

CETUSAN HATI NURANI

1.Yusof Al-Azym, Ahli Pengkaji AI-Quran "Tafsir Fi Zilalil Quran adalah wajar dianggap sebagai suatu pembukaan Rabbani yang diilhamkan Allah kepada penulisnya. Beliau telah dianugerahkan matahati yang peka yang mampu menanggap pengertian, gagasan dan fikiran yang halus yang belum pernah diterokai oleh penulis tafsir lain". 2. Dr. Saleh Abdul Fatah Al-Khalidi, Penulis Biografi & Pengkaji Karya Asy-Syahid Sayyid Qutb "Sayyid Qutb dalam tafsir Fi Zilalil Quran adalah dianggap sebagai mujaddid di dalam dunia tafsir kerana beliau telah menambah berbagai pengertian dan fikiran haraki dan pandangan tarbiyah yang melebihi tafsir-tafsir sebelum ini". 3. Dr. Saleh Abdul Fatah Al-Khalidi, Penulis Biografi & Pengkaji Karya Asy-Syahid Sayyid Qutb "Sayyid Qutb dalam tafsir Fi Zilalil Quran adalah dianggap sebagai mujaddid di dalam dunia tafsir kerana beliau telah menambah berbagai pengertian dan fikiran haraki dan pandangan tarbiyah yang melebihi tafsir-tafsir sebelum ini".

4. Muhammad Labib Ahmad, Pakar Bahasa Arab / Ahli Panel Penyemak "Penterjemahan ini merupakan suatu usaha besar dan penterjemahnya berhak disanjungi dan diberi penghormatan sewajarnya".