Anda di halaman 1dari 14

TUGASAN

Disediakan oleh: Norshiima binti Rashid

0|Page

Cara-cara membantu kanak-kanak agar cergas, sihat, sejantera & selamat

Kandungan
1. 1.1. 2. 2.1. 2.2. 2.3. 2.4. 3. Pengenalan ....................................................................................................................................... 2 Mengapa kesihatan penting untuk kanak-kanak? ............................................................................ 2 Kanak-kanak dan persekitaran ......................................................................................................... 3 Mengamalkan amalan kebersihan .................................................................................................... 5 Penyakit berjangkit dikalangan kanak-kanak .................................................................................. 6 Statistik kematian bagi kanak-kanak dibawah umur lima tahun disebabkan oleh penyakit berjangkit ......................................................................................................................................... 7 Mengurangkan risiko penyakit berjangkit ....................................................................................... 9 Rumusan ........................................................................................................................................ 12

Cara-cara membantu kanak-kanak agar cergas, sihat, sejantera & selamat

1. Pengenalan

Kesihatan merupakan kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan kecergasan biologi bagi pihak individu, dengan berpandukan persekitaran (Dubos, 1968). World Health Organization (WHO) telah mengeluarkan definisi kesihatan seperti berikut; Kesihatan ialah kesejahteraan seluruh fizikal, mental dan sosial, bukan hanya ketiadaan penyakit atau infirmity (Rujukan: Nota UMCCED). Terdapat 6 dimensi kesihatan seperti kesihatan fizikal, kesihatan sosial, kesihatan mental, kesihatan emosi, kesihatan persekitaran dan kesihatan spiritual. Sekiranya 6 dimensi kesihatan ini dijaga dengan baik, maka setiap individu itu akan merasai seronok dengan diri sendiri, berasa selesa dengan orang lain, dapat mengawal tekanan dan rasa gemuruh, dapat mengawal cabaran hidup, berkebolehan untuk mengawal kebencian dan rasa bersalah serta mengekalkan kelihatan positif.. Dengan mengamalkan konsep kesihatan holistik pula dapat membantu individu seperti berikut: o Memperseimbang dan menyatupadukan aspek fizikal, mental, emosi dan spiritual: o Menghormati, mewujudkan perhubungan dengan orang lain dan dengan persekitaran; o Memilih gaya hidup sihat; dan o Menyertai secara aktif dalam pemilihan kesihatan dan dalam proses mengubati.

1.1.

Mengapa kesihatan penting untuk kanak-kanak?

Kini, kehidupan kanak-kanak penuh dengan cabaran dan mempunyai pelbagai jenis masalah berlainan berbanding dengan cabaran dan masalah pada waktu-waktu yang lepas. Ini kerana kita tidak dapat meramalkan segala cabaran yang akan timbul apabila kanak-kanak ini membesar, namun kita boleh membantu kanak-kanak dengan menyediakan mereka menghadapi cabaran dan masalah masa depan dengan yakin dan selamat. Antara masalah dan isu kesihatan yang perlu didedahkan kepada kanak-

Cara-cara membantu kanak-kanak agar cergas, sihat, sejantera & selamat

kanak ialah masalah yang berkaitan dengan pemakanan, keselamatan, kebersihan, kepenggunaan, sikap terhadap kesihatan dan amalan tertentu. Faktor-faktor bersabit kesejahteraan seperti pemakanan dan kawalan berat badan, tekanan dan ketegangan, bertenang atau merehatkan diri, salah gunaan dan keselamatan kendiri akan mempengaruhi kesihatan diri kanak-kanak dan

mempengaruhi semua aspek hidup. Kini terdapat pelbagai isu-isu yang mempengaruhi kesihatan kanak-kanak seperti isuisu pencemaran udara, persekitaran, bau, bunyi, air, tanah, makanan dan pemakanan, penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, konsumerisme, tekanan, penderaan, mengawal berat badan, kanser dan kardiovaskular dan sebagainya. WHO juga telah mengeluarkan statistik bahawa pada setiap tahun, terdapat tiga juga kanak-kanak dibawah usia lima tahun yang meninggal dunia akibat daripada penyakit yang berkaitan dengan persekitaran environment-related diseases.. Bukan itu sahaja, terdapat 1.6 juta kanak-kanak yang mati akibat daripada jangkitan pernafasan (acute respiratory infection) pada setiap tahun, cirit-birit (Diarrhoeal diseases) telah menyebabkan 1.5 juta kanak-kanak mati pada setiap tahun dan sebanyak satu juta kanak-kanak dibawah umur lima tahun yang mati akibat daripada penyakit malaria sehingga tahun 2008 dimana punca penyakit malaria tersebut adalah disebabkan oleh faktor persekitaran. (Rujukan Children's environmental health, World Health Organization)

2. Kanak-kanak dan persekitaran

Persekitaran yang sihat adalah persekitaran yang bebas daripada unsur-unsur yang membahayakan kesihatan. Ini termasuk binatang dan serangga pembawa penyakit seperti tikus, nyamuk, lalat dan lipas. Selain daripada itu, unsur-unsur yang boleh mencemarkan air, makanan, udara dan tanah juga membahayakan kesihatan. Pentingnya persekitaran yang sihat

Cara-cara membantu kanak-kanak agar cergas, sihat, sejantera & selamat

untuk kanak-kanak kerana ianya dapat membantu perkembangan yang positif untuk kanakkanak Sekiranya tidak disediakan persekitaran yang sihat, maka ianya dapat mengancam kesihatan dan kesejahteraan manusia terutamanya kanak-kanak. Oleh itu, adalah wajib bagi setiap individu untuk memahami, menghargai dan menyumbang kepada persekitaran bersih dan sihat. Persekitaran yang sihat itu amat penting kerana ianya dapat memberikan kita dengan keperluan asas yang kehidupan seperti air, udara dan makanan yang sentiasa bersih dan berterusan. Bukan itu sahaja, dengan mempunyai persekitaran yang sihat, ianya dapat mewujudkan suasana yang indah dan menenangkan fikiran. Kanak-kanak akan berasa gembira dan merasa tenang apabila berhadapan dengan suasana yang sihat. Ianya dapat menyumbangkan kepada kesejahteraan emosi seseorang kanak-kanak. Selain daripada itu, dengan mempunyai persekitaran yang sihat, ianya dapat mengurangkan bahaya dan risiko jangkitan penyakit kerana ini secara langsung mengurangkan pembiakan nyamuk, lipas, lalat dan tikus. Nyamuk merupakan pembawa penyakit demam denggi, Japanese encephalitis, malaria dan filaria. Lipas dan lalat pula merupakan pembawa penyakit disentri, cirit-birit, tifoid, keracunan makanan, jangkitan cacing dan enteritis. Manakala tikus merupakan pembawa penyakit hawar, tifus dan leptospirosis. Kesemua penyakit ini perlu dielakkan dan guru seharusnya menyediakan persekitaran yang sihat. Persekitaran yang sihat juga dapat mendorong individu melakukan aktiviti fizikal seperti beriadah dan senaman dan juga dapat menimbulkan keharmonian keluarga dan masyarakat. Persekitaran yang Persekitaran yang bersih dan sihat harus dilindungi agar kita boleh meneruskan kehidupan yang sejahtera. Kebersihan adalah tuntutan semua agama dan amat dihargai oleh semua ahli masyarakat.

Cara-cara membantu kanak-kanak agar cergas, sihat, sejantera & selamat

2.1.

Mengamalkan amalan kebersihan

Kanak-kanak adalah golongan yang mudah dijangkiti penyakit terutama penyakit berjangkit. Kita perlu mengamalkan amalan kebersihan setiap masa terutamanya ketika kanak-kanak berada di taman asuhan kanak-kanak (taska) atau di taman didikan kanak-kanak (tadika). Bagi tujuan mengelakkan berlakunya jangkitan penyakit, setiap guru perlu peka dengan persekitaran dan mengamalkan beberapa langkah pencegahan seperti berikut; Bersihkan semua pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan lain-lain sebelum dan selepas makan. Bersihkan dapur untuk menghindar dari lipas, tikus dan lain-lain serangga sebelum dan selepas makan. Bersihkan bilik air dan tandas. Elakkan air bertakung untuk mengelakkan pembiakan nyamuk. Keadaan lantai mestilah bersih, kering dan tidak berlumut. Semua sampah-sarap perlu dikutip. Ini adalah untuk menghindarkan dari lalat dan serangga perosak bermaharajalela. Rumput yang panjang hendaklah dipotong untuk mengelakkan ular. Lantai dimop dan habuk pada tingkap dan persekitaran hendaklah dilap supaya tidak kotor dan selamat untuk kanak-kanak menjalankan aktiviti. Longkang hendaklah dibersihkan untuk mengelakkannya daripada tersumbat dan untuk mengurangkan masalah yang mungkin berlaku akibat daripada longkang yang kotor. Semua alat kelengkapan termasuk barang permainan kanak-kanak, peti sejuk dan almari hendaklah dibersihkan terutamanya di dapur sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kain buaian, sarung bantal, alas tilam dan selimut hendaklah dicuci dan dibersihkan.

Cara-cara membantu kanak-kanak agar cergas, sihat, sejantera & selamat

Semua bantal dan tilam, tikar dan selimut hendaklah dijemur untuk mengelakkan dari hama membiak dan mengurangkan risiko alergi bagi kanakkanak yang sensitif. Pastikan lantai sentiasa bersih. Binatang peliharaan seperti kucing dan anjing adalah tidak dibenarkan berada di sekitar kawasan taska atau tadika.

2.2.

Penyakit berjangkit dikalangan kanak-kanak

Dengan mengamalkan amalan kebersihan ditaska atau tadika, ini akan dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan penyakit daripada merebak daripada satu kanak-kanak kepada kanak-kanak lain. Kanak-kanak yang berada di taska atau tadika akan memperoleh tahap kesihatan yang baik lantas dapat membantu mereka kekal cergas, sihat, sejahtera dan selamat.

Contoh penyakit berjangkit yang sering menyerang kanak-kanak adalah seperti berikut: a. Demam campak dan cacar air b. Jangkitan cacing jarum atau cacing benang c. Penyakit tangan, kaki dan mulut d. Cirit-birit e. Selsema f. Batuk g. Penyakit kulit berjangkit (impetigo) h. Pneumokokal (PnD) i. Batuk kering (Tuberkulosis)

Cara-cara membantu kanak-kanak agar cergas, sihat, sejantera & selamat

2.3.

Statistik kematian bagi kanak-kanak dibawah umur lima tahun disebabkan oleh penyakit berjangkit

WHO telah mengeluarkan statistik kematian yang disebabkan oleh penyakit berjangkit dikalangan kanak-kanak dibawah umur lima tahun bagi tahun 2008. Statistik menunjukkan kadar kematian bagi kanak-kanak dibawah umur lima tahun diperingkat global adalah seperti berikut:

Kadar (%) kematian bagi kanak-kanak dibawah umur lima tahun (Global), tahun 2008
25%

20%
20%

18% 15%

15% 10% 5% 0%

8%

2%

1%

HIV/AIDS

Cirit-birit

Campak

Malaria Pneumonia Lain-lain penyakit

Berbanding dengan tahun 2007, stastik kadar kematian kanak-kanak dibawah umur lima tahun akibat penyakit-penyakit yang serius adalah seperti berikut:

Cara-cara membantu kanak-kanak agar cergas, sihat, sejantera & selamat

Kadar (%) kematian bagi kanak-kanak dibawah umur lima tahun (Global), tahun 2007

20% 18% 16% 14% 12% 10% 8% 6% 4% 2% 0%

17%

17%

18%

7% 3% 4%

HIV/AIDS

Cirit-birit

Campak

Malaria Pneumonia Lain-lain penyakit

Statistik menunjukkan kadar kematian bagi penyakit pneumonia, malaria dan lain-lain penyakit telah meningkat pada tahun 2008 manakala penyakit campak, cirit birit dan HIV/AIDS telah menurun.
Lain-lain penyakit Pneumonia Malaria Campak Cirit-birit HIV/AIDS

23% 6% 0% 0% 1% 4% 0% 10% 20% 30%

Lain-lain penyakit Pneumonia Malaria Campak Cirit-birit HIV/AIDS

33% 8% 0% 0% 15% 2% 0% 20% 40%

% kematian bagi kanakkanak dibawah umur lima tahun (Malaysia), tahun 2008

% kematian bagi kanakkanak dibawah umur lima tahun (Malaysia), tahun 2007

Cara-cara membantu kanak-kanak agar cergas, sihat, sejantera & selamat

Manakala di Malaysia, statistik telah menunjukkan kadar kematian bagi penyakit pneumonia, malaria, campak, cirit birit dan lain-lain penyakit telah menurun pada tahun 2008 kecuali HIV/AIDS.

Walaupun statistik yang ditunjukkan telah menurun, kita sebagai pendidik tidak boleh memperlekehkan mengenai kebersihan. Ianya perlu diamalkan supaya risiko penyakit berjangkit boleh dikurangkan.

2.4.

Mengurangkan risiko penyakit berjangkit

Sekiranya terdapat kanak-kanak yang didapati tidak sihat berada di taska atau tadika, sebagai pendidik, kita perlu tahu serba sedikit untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada kanak-kanak lain. Salah satu daripadanya adalah dengan menghubungi ibubapa dan memaklumkan kepada mereka mengenai tahap kesihatan anak-anak mereka dan meminta mereka mengambil anak-anak mereka untuk dibawa berjumpa dengan doktor. Tetapi, sebelum itu, kanak-kanak tersebut perlulah diasingkan daripada kanak-kanak lain supaya mereka tidak dijangkiti penyakit-penyakit tersebut. Sekiranya ibubapa tidak dapat mengambil anak mereka, kita dibolehkan untuk meminta kebenaran daripada pihak ibubapa untuk membawa anak mereka berjumpa dengan doktor supaya rawatan segera dapat diberikan.

Selain daripada itu, kita perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dengan seperti mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampin yang kotor dan sebelum makan. Kita juga tidak digalakkan untuk berkongsi barang-barang persendirian untuk mengelakan jangkitan.

Sekiranya bersin, kita perlu menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin. Kita juga perlu mendidik kanak-kanak untuk melakukan perkara yang sama untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Cara-cara membantu kanak-kanak agar cergas, sihat, sejantera & selamat

Kita juga perlu bersihkan semua permukaan yang tercemar dan mencuci barangbarang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti, Kita juga perlu pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersih dan perlu mengelakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan.

Sekiranya terdapat kanak-kanak yang mempunyai penyakit seperti cirit-birit, terdapat cara untuk mengurus kanak-kanak yang mendapat diarrhoea adalah seperti rehidrasi. Rehidrasi penting untuk menggantikan air dalam badan yang hilang. Mereka boleh diberi minuman air garam rehidrasi (ORS). Jumlah cecair ORS iaitu garam rehidrasi yang perlu diberikan kepada kanak-kanak ialah dengan menggunakan sudu atau picagari kecil. Jumlah cecair ORS yang perlu diberikan adalah seperti berikut:

bayi berumur 6 bulan ke bawah 30 hingga 90 ml setiap jam, bayi berumur 6 bulan hingga 1 tahun ialah 90 hinggan 120 ml setiap jam; dan kanak-kanak berumur 1 tahun keatas ialah 120 hingga 240 ml setiap jam. (Rujukan daripada: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/kanakkanak/CIRITBIRITKanak_kanak.php)

Selain daripada itu, kita boleh mengelakkan daripada memberi susu formula kepada kanak-kanak tersebut atau kita boleh mengurangkan sukatan susu formula tersebut untuk mengurangkan cirit-birit. Makanan biasa boleh dimulakan selepas 24 hingga 48 jam jika kanak-kanak itu mula pulih. Keadaan najis akan kembali normal selepas 7 hari mengalami cirit-birit. Untuk mengelakkan daripada berlakunya cirit-birit, pendidik perlu memastikan kanak-kanak meminum air minum air yang dimasak, elak makanan yang mentah kecuali disediakan yang disediakan sendiri dengan bersih. Cuci tangan dengan bersih selepas menyediakan makanan, pergi ke tandas, menukar lampin dan sebelum memegang makanan. Selain itu, buang lampin pakai buang dengan betul.

10

Cara-cara membantu kanak-kanak agar cergas, sihat, sejantera & selamat

Untuk mengurangkan risiko jangkitan cacing jarum atau cacing benang, setiap cadar dan pakaian yang digunakan perlu direbus dan dibasuh dengan bahan pencuci untuk menghapuskan telur-telur cacing jarum. Selain itu, jangkitan ini juga boleh dicegah dengan mandi secara kerap, gunakan cadar, pakaian dalam serta pakaian tidur yang bersih dan basuh tangan dengan sempurna selepas ke tandas serta sebelum menyediakan makanan. Jangkitan cacing jarum atau cacing benang ini boleh berlaku apabila kanak-kanak menelan telur cacing jarum. Seorang kanak-kanak mendapat telur cacing jarum melalui pakaian tidur, cadar atau persekitaran kediaman kanakkanak lain yang telah dijangkiti. Oleh itu, kita perlu memastikan kebersihan setiap peralatan dan mengekalkan tahap kebersihan yang maksimum untuk mengurangkan risiko jangkitan. Selain daripada itu, untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit-penyakit lain, cara-cara lain yang boleh dilakukan adalah dengan mengelakkan berkongsi tuala, pakaian dan cadar, membasuh tangan dengan bersih dengan menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kanak-kanak yang dijangkiti, kuku perlu sentiasa pendek dan bersih dan sekiranya kanak-kanak tersebut dibekalkan dengan ubatubatan, pendidik perlu pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor.

11

Cara-cara membantu kanak-kanak agar cergas, sihat, sejantera & selamat

3. Rumusan
Kesihatan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam kehidupan. Faktor kesihatan merangkumi segenap peringkat usia. Kesihatan juga dapat diklasifikasikan kepada beberapa aspek seperti kesihatan mental, fizikal, rohani, sosial, emosi dan persekitaran.

Kesihatan kanak-kanak merupakan salah satu faktor yang perlu diambil berat dan diberikan perhatian oleh para pendidik selain daripada ibu bapa. Memandangkan sekarang kanak-kanak mudah terdedah kepada pelbagai masalah yang melibatkan kesihatan. Kesihatan kanak-kanak juga seringkali dikaitkan dengan penularan wabak-wabak penyakit yang amat sinonim dengan kanak-kanak. Maka, sebagai pendidik, untuk memastikan bahawa kanak-kanak yang terdapat di taska atau di tadika sentiasa sihat, cergas, sejahtera dan selamat, perlulah mengamalkan amalan kebersihan yang kuat.

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah kanak-kanak dan kesihatan merupakan permasalahan yang amat penting yang perlu diberikan perhatian oleh golongan dewasa. Ini adalah kerana kesihatan mampu menjamin kualiti hidup yang lebih produktif dan sempurna. Selain daripada itu, ini akan dapat membantu kanak-kanak mempunyai tahap kesihat yang baik dan seterusnya membantu dalam setiap aspek perkembangan kanak-kanak.

12

Cara-cara membantu kanak-kanak agar cergas, sihat, sejantera & selamat

Rujukan:

o Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Imunisasi kanakkanak. Diperolehi pada May 1, 2011, daripada http://www.infosihat.gov.my o Panduan Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak oleh Puan Zainun Ishak o UEC2007 Asas kesihatan dan keselamatan untuk kanak-kanak oleh UMCCED o World Health Statistics, 2010, oleh World Health Organization o World Health Statistics, 2009, oleh World Health Organization o http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/Impetigo.pdf o http://www.infosihat.gov.my/media/garisPanduan/GP_Imunisasi_BM/GP_Fakta_Imu n_BM.pdf o Penyakit berjangkit. Diperolehi pada May 1, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/53621695/penyakit-berjangkit o Cirit-birit. Diperolehi pada 1 May 2011 daripada http://www.mypositiveparenting.org/bm/chp_vaccination.html o Penyakit kaki, tangan dan mulut oleh Dr. Ramli o Fakta immunisasi kanak-kanak bagi kakitangan kerajaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

13