Anda di halaman 1dari 4

PERANAN MATEMATIK Dewasa ini, bidang Matematik merupakan satu bidang yang tidak asing lagidi dunia ini.

Apabila kita berbicara tentang Matematik, maka kita akan mulamengaitkannya dengan nombor. Berdasarkan carian di laman web Wikipedia,Matematik ini boleh didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenaikuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajianmengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan yangmenerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematikmemainkan peranan yang begitu penting dalam pelbagai aspek di dunia ini. Perananpenting yang ditonjolkan oleh bidang Matematik ini telah membuka matamasyarakat dunia untuk mempelajari Matematik dengan sebaiknya supaya merekatidak lagi ketinggalan.Salah satu peranan Matematik ialah untuk menyelesaikan masalah yangdihadapi dalam kehidupan seharian. Masalah-masalah yang timbul ini mungkinsukar untuk diselesaikan sekiranya masyarakat mempunyai pengetahuan cetekdalam bidang Matematik. Sebagai contoh, sekiranya peniaga dan pembeli tidaktahu untuk membuat pengiraan semasa jual beli sedang berlangsung, maka ini akanmenyukarkan kedua-dua belah pihak iaitu pihak peniaga dan pihak pembeli untukberurusan. Hal ini juga akan menyebabkan masa yang begitu berharga dibuangbegitu sahaja kerana mereka perlu mengambil masa yang lama untuk membuatpengiraan. Pengiraan dalam urusan jual beli melibatkan proses Matematik. Oleh itu,untuk menjadi seorang peniaga yang berkaliber, mereka perlulah cekap dalambidang Matematik. Bidang

Matematik bukan sahaja dilihat dalam urusan jual beli,malah ianya juga dapat dilihat semasa ingin memasak. Tanpa pengetahuanMatematik, maka kita tidak akan tahu bagaimana ingin mengambil sukatan yangbetul untuk menjadikan masakan kita itu lazat ataupun tidak. Justeru itu, dapatlahkita ketahui bahawa bidang Matematik ini tidak boleh dipandang enteng sekiranyakita belum menguasai sepenuhnya bidang ini kerana ia akan mempengaruhikehidupan seharian kita.Disamping itu, bidang Matematik ini juga memainkan peranan dalam bidang-bidang ilmu lain seperti bidang Sains, Muzik, Seni dan banyak lagi. Dalam bidangSains, para Saintis menggunakan ilmu Matematik sebagai tunjang utama dalam memahami sesuatu kejadian dan juga untuk menerangkan kejadian tersebut.Contohnya kejadian siang dan malam, pasang surut air, gerhana matahari, taufan,kelajuan cahaya dan sebagainya. Manakala dalam bidang muzik, operasi Matematikdapat dilihat dalam not-not muzik yang dihasilkan. Setiap not yang dihasilkan inimewakili frekuensi yang berbeza. Maka setiap not yang digunakan akanmenghasilkan bunyi atau nada yang berbeza. Ada yang bernada tinggi danjuga adayang rendah. Pemuzik yang menghasilkan not-not untuk membentuk sebuah laguyang boleh membuai perasaan pendengar adalah seorang yang mempunyaipengetahuan yang baik dalam kedua-kedua bidang ini kerana mereka pandaimengaitkan antara Matematik dan Muzik. Matematik juga dapat dikaitkan denganbidang seni. Bentuk-bentuk yang dihasilkan dalam bidang seni boleh dilihat daripadabentuk-bentuk geometri yang dipelajari dalam Matematik. Justeru, bidang Matematikini mempunyai peranan yang

begitu besar kepada masyarakat dunia kerana iasaling berkait antara satu perkara dengan satu perkara yang lain. Sekiranyasesebuah masyarakat itu menguasai ilmu Matematik ini sepenuhnya, maka ia akanmemudahkan mereka untuk melaksanakan sesuatu kerja dengan sebaiknya keranadi dunia ini, ilmu Sains, Matematik, dan sebagainya tidak pernah lari daripada dirimanusia.Selain itu, Matematik juga memainkan peranan penting dalam bidangpendidikan di Malaysia. Berdasarkan kajian oleh Trends in International Mathematicsand Science Study 2003, (TIMMS), ke atas subjek Matematik, pencapaian pelajar Malaysia dalam subjek ini meningkat daripada kedudukan ke-16 ke tempat ke-10dan mendahului 40 buah negara yang lain termasuk Negara maju seperti UnitedKingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Australia dan New Zealand. Situasi inimenunjukkan bahawa pelajar-pelajar di Malaysia ini mungkin menunjukkan minatyang begitu mendalam dalam bidang Matematik. Mereka juga mungkin menyedaribahawa Matematik memainkan peranan yang begitu penting dalam diri mereka.Bidang Matematik boleh menjadikan pelajar lebih seronok dengan prosespembelajaran mereka kerana mereka didedahkan dengan soalan-soalan yangbegitu mencabar. Mereka juga tidak akan bosan apabila membuat pengiraan yangmelibatkan proses berfikir. Hal ini sekaligus dapat membantu pelajar-pelajar dinegara ini yang terdiri daripada pelbagai peringkat untuk menjadi seorang yang lebihkreatif dan dapat menggunakan minda dengan sebaiknya. Namun begitu, masih terdapat segelintir pelajar yang masih belum menyahut cabaran untuk mendalamiilmu Matematik ini dengan sepenuhnya.Seterusnya, Matematik

juga memainkan peranan yang begitu besar dalambidang ekonomi di seluruh negara bukan hanya di Malaysia sahaja. Masyarakatyang celik Matematik adalah mudah untuk memahami analisis ekonomi yangterkandung di dalamnya. Keputusan yang dibuat dalam pasaran modal, saham dankewangan banyak berasaskan kepada model Matematik. Pengurus sesebuahsyarikat seharusnya mengetahui penggunaan pendekatan Matematik bagimerancang strategi syarikat yang bermatlamatkan keuntungan. Melalui situasi inidapatlah dilihat bahawa hubungan antara ilmu Matematik dan bidang Ekonomi inisangat rapat dan boleh diibaratkan seperti isi dengan kuku. Tanpa Matematik,bidang ekonomi di sesebuah negara tidak akan sempurna. Ekonomi negara jugaboleh terjejas dan boleh menghuru-harakan masyarakat di sesebuah negaratersebut.Kesimpulannya, bidang Matematik ini memainkan peranan yang begitu besar dalam kehidupan manusia di dunia ini. Sejak kecil sehinggalah dewasa, kita sentiasadikelilingi dengan ilmu Matematik. Ilmu ini merentasi pelbagai bidang ilmu yang lainyang juga masih mempunyai kaitan dalam kehidupan seharian masyarakat.Masyarakat dunia yang masih belum menguasai ilmu ini seharusnya bertindakdengan secepat yang mungkin untuk menguasainya. Ibarat kata pepatah Sesiapayang dapat menguasai Matematik dan Bahasa, maka ia dapat menguasai dunia.Oleh itu, dapatlah kita lihat bahawa betapa pentingnya bidang Matematik kepadamasyarakat sejagat.

Anda mungkin juga menyukai