Anda di halaman 1dari 3

Keasalan trigonometri boleh dikesani ke tamadun Mesir kuno , Mesopotamia dan Lembah Indus melebihi 4,000 tahun dahulu.

Orang Babylon kelihatan mendasarkan trigonometri mereka pada asas sistem perenampuluhan. Ahli matematik India merupakan perintis algebra pengiraan pemboleh ubah untuk kegunaan pengiraan astronomi , bersama-sama dengan trigonometri. Lagadha (kk 1350 - 1200 SM ) ialah ahli matematik pertama yang diketahui menggunakan geometri dan trigonometri untuk astronomi dalam bidang Jyotisha Vedanga . Kebanyakan karyanya telah dimusnahkan oleh penyerang asing ketika menyerang India . Penggunaan sinus yang terawal muncul dalamSutra Sulba yang ditulis di India antara 800 SM dan 500 SM , yang dapat mengira dengan tepat sinus untuk / 4 (45 ) sebagai 1 / 2 dalam prosedur untuk mencipta bulatan yang luasnya sama dengan sesuatu empat segi (lawan untuk mencipta empat segi yang luasnya sama dengan sesuatu bulatan). Pada kira-kira tahun 150 SM, Hipparchus , seorang ahli matematik Yunani , menyusun sebuah jadual untuk menyelesaikan segi tiga. Ptolemy , ahli matematik Mesir keyunanian memperkembangkan lagi pengiraan trigonometri di Mesir pada lebih kurang tahun 100. Pada tahun 499 , Aryabhata , seorang ahli matematik India mencipta jadual-jadual separuh perentas yang kini dikenali sebagai jadual sinus, bersama-sama dengan jadual kosinus.Beliau menggunakan zya untuk sinus, kotizya untuk kosinus, dan otkram zya untuk sinus songsang , dan juga memperkenalkan versinus . Pada tahun 628 , lagi seorang ahli matematik India, Brahmagupta , dengan menggunakan formula interpolasi untuk menghitung nilai sinus sehingga peringkat kedua untuk formula interpolasi Newton - Stirling . Ahli matematik Parsi , Omar Khayyam ( 1048 - 1131 ), menggabungkan trigonometri

danteori penghampiran untuk memberkan kaedah-kaedah untuk menyelesaikan persamaan algebra melalui min geometri . Khayyam menyelesaikan persamaan kuasa tiga, x 3 + 200 x = 20 x 2 + 2000, dan mendapat punca positif untuk kuasa tiga ini melalui

persilangan hiperbola segi empat tepat dan bulatan. Penyelesaian nombor hampiran kemudian didapat melalui interpolasi dalam jadual-jadual trigonometri. Kaedah-kaedah perinci untuk membina jadual sinus untuk mana-mana satu sudut diberikan oleh ahli matematik India, Bhaskara pada tahun 1150 , bersama-sama dengan sesetengah formula sinus dan kosinus. Bhaskara juga memperkembangkan trigonometri sfera . Nasir alDin Tusi , ahli matematikFarsi, bersama-sama dengan Bhaskara, mungkin merupakan orangorang pertama untuk mengolahkan trigonometri sebagai satu disiplin matematik yang

berlainan. Dalam karyanya, Karangan mengenai sisi empat merupakan orang pertama untuk menyenaraikan enam kes yang berbeza untuk segi tiga bersudut tegak dalam trigonometri sfera. Pada abad ke-14 , al-Kashi , seorang ahli matematik Farsi, dan Ulugh Beg (cucu

lelaki Timur ), seorang ahli matematik Timurid , menghasilkan jadual-jadual fungsi trigonometri sebagai sebahagian kajian astronomi mereka. Bartholemaeus Pitiscus , ahli matematik Silesia menerbitkan karya trigonometri yang terpengaruh pada tahun 1595 dan memperkenalkan perkataan "trigonometri" kepada bahasa Inggeris dan bahasa Perancis . [ sunting ]Trigonometri pada hari ini Terdapat amat banyak kegunaan untuk trigonometri , khususnya teknik penyegitigaan yang digunakan dalam:

astronomi untuk mengukur jarak bintang- bintang yang dekat; geografi untuk mengukur jarak antara tanda tempat dan sistem pandu arah satelit . lain yang menggunakan trigonometri termasuk pandu

Bidang-bidang

arah (di lautan dan angkasa luar , serta untuk kapal terbang ), teori muzik , analisis pasaran kewangan , elektronik , teori perubatan ( imbas tomografi kebarangkalian , statistik , biologi , pengimejan berkomputer dan ultrabunyi ), farmasi , kimia , teori

nombor (dan oleh itu, Kriptologi ), seismologi , meteorologi ,oseanografi , banyak jenis sains fizikal , ukur elektrik , kejuruteraan tanah dan geodesi , seni bina , fonetik , ekonomi , kejuruteraan awam , grafik

jentera ,kejuruteraan

komputer , kartografi , kristalografi dan pembangunan permainan . Trigonometri rasional yang merupakan pendekatan alternatif untuk trigonometri, dan yang menggantikan fungsi sinus dan jarak dengan kuasa duanya, baru-baru ini diajukan oleh Dr. Norman Wildberger dari Universiti New South Welsh . [ sunting ]Mengenai trigonometri Dua segitiga dikatakan serupa jika satu daripadanya boleh diperolehi dengan

mengembangkan yang lagi satu secara seragam. Kes ini adalah kes jika dan hanya jika sudut sepadan adalah sama dan berlaku sebagai contoh dua segi tiga berkongsi satu sudut dan sisi yang bertentangan kepada sudut itu adalah selari. Fakta penting tentang segi tiga serupa

adalah panjang sisinya adalah sama atau berkadaran.Maksudnya, katakan jika sisi terpanjang satu segi tiga adalah dua kali kepanjangan sisi terpanjang segi tiga yang serupa, maka sisi terpendek juga dua kali ganda kepanjangan sisi terpendek segi tiga yang lagi satu, dan median sisi juga dua kali ganda dengan segi tiga yang lagi satu.

Dengan menggunakan fakta ini, Uboleh ditakrifkan fungsi trigonometri , bermula dengan segi tiga tegak , segi tiga yang mempunyai satu sudut tegak (90 darjah atau / 2 radian ). Sisi terpanjang bagi mana-mana segi tiga pula adalah yang bertentangan dengan sudut terbesar. Sisi terpanjang bagi suatu segi tiga yang betentangan dengan sudut tegak

dipanggil hipotenus . Pilihlah duasegi tiga bersudut tepat yang berkongsi sudut A . Segi tiga tersebut perlulah serupa, maka nisbah bagi sisi yang bertentangan A kepada hipotenus akan sama bagi kedua-dua segi tiga tersebut. Ia haruslah di antara nombor 0 dan 1, kerana hipotenus sentiasa lebih besar dari dua sisi yang lain yang bergantung kepada A ; kita memanggilnya sin bagi A dan menulisnya sebagai sin ( A ), atau hanya sin A . Begitu juga untuk mentakrifkan Kosin bagi A adalah nisbah bagi sisi yang bersebelahan A kepada hipotenus.