Anda di halaman 1dari 3

Pemilihan kuartet acara lari berganti-ganti Pemilihan pelari-pelari dan penempatan mereka di atas trek adalah amat penting.

Secara umumnya, seorang jurulatih akan memilih pelari pecutyang mempunyai kelajuan yang tertinggi dan daya ketahanan kelajuan,iaitu pelari-pelari yang boleh mengekalkan kelajuan tinggi secara terus-menerus sejauh lebih daripada 100 meter. Semua ahli pasukannya harus kukuh dari segi psikologi dan sentiasa tenang semasa baton dihantar.

Adalah menjadi tanggungjawab jurulatih menempatkan pelari-pelarinya secara strategik untuk mendapat sebarang kelebihan yang mungkin timbul. Jurulatih juga harus tahu berkenaan sifat-sifat psikologi pelari-pelarinya, iaitu mengetahui sama ada seorang atlet akan berlari dengan baik sekali di hadapan atau daripada belakang. Adalah amat penting supaya mereka ditempatkan di mana mereka boleh menyumbang yang terbaik dari segi jasmani dan mental. Menguntungkan jika jurulatih tahu berkenaan kelemahan-kelemahan pasukan lawan mereka. Dia harus tahu siapakah di antara pelari-pelari pasukan lawan yang rentak lariannya boleh diganggu oleh pelari pasukannya untuk cuba memaksa pelari tersebut berlari melebihi keupayaannya di awal perlumbaan. Semua maklumat ini akan menolong jurulatih tersebut memutuskan di mana dia akan menempatkan pelari-

pelarinya.Strategi yang digunakan untuk menempatkan atlet-atlet adalah amat penting. Biasanya, atlet yang kurang laju ditempatkan sebagai pelari pertama kerana dia hanya perlu berlari dalam jarak yang lebih pendek iaitu kurang 106 meter. Pelari terlaju biasanya merupakan pelari terakhir, tugasnya adalah memperbaiki apa sahaja

kekurangan atau mengekalkan sebarang kelebihan yang telah dicapai. Jurulatih juga harus mempertimbangkan beberapa faktor lain. Namun apa yang lebih penting adalah pendekatannya haruslah mengambil kira tentang lawan-lawannya.Mulaan acara lari berganti-ganti adalah sangat penting.Kebolehan mulaan keempat-empat pelari tanpa mengira kelajuan keseluruhannya patut dipertimbangkan. Pelari pertama mesti bermula dengan baik dan mahir berlari di atas selekoh supaya dia tidak kehilangan terlalu banyak kelajuan jika dibandingkan dengan larian lurus. Pelari yang mempunyai langkah-langkah panjang biasanya tidak boleh berlari di selekoh dengan laju berbanding pelari yang mempunyai langkah-langkah yang lebih pendek.

Pelari kedua dan ketiga perlu mempelajari dam mahir dalam dua pergerakan, iaitu mereka mesti belajar cara menerima baton dan menghantar baton dengan betul. Mereka juga mestilah pelari-pelari yang lebih laju kerana mereka dikehendaki berlari pecut di zon pemecutan untuk memperolehi kelajuan dan berlari dalam jarak yang lebih jauh,iaitu lebih kurang 126 meter.Pelari ketuga juga mesti berkebolehan berlari di atas selekoh. Pelari keempat hanya perlu menerima baton dan membawanya ke garisan penamat. Biasanya, dia adalah pelari terpantas dalam pasukan.