Anda di halaman 1dari 4

Pembiakan biji benih getah

Pokok getah yang berasal dari biji benih asal yang di ambil dari bawah pokok masih terdapat diladang-
ladang atau di tanam oleh pekebun-pekebun kecil. Benih yang digunakan untuk menanam getah adalah
dari jenis biji biasa. Oleh kerana ia bukan dari keturunan yang terpilih, sudah tentu ia mempunyai sifat-
sifat yang tidak memuaskan. Hasilnya terlalu rendah dan tidak ekonomik bagi peladang-peladang
meneruskan penggunaannya.

Usaha selanjutnya ditumpukan kepada biji benih yang diperolehi dari pokok-pokok induk yang
berhasil tinggi sahaja. Cara ini telah member kesan yang agak baik sedikit dari benih asal. Tetapi, oleh
kerana benih-benih ini berasal dari saluran seksual, iaitu biji, ia melahirkan perbezaan yang sangat nyata
antara pokok-pokok, walaupun ia dari satu keturunan. Ia berbeza-beza dari segi kecergasan, ketebalan
kulit, kepekaan kepada penyakit-penyakit dan yang paling nyata sekali ialah hasil.

Dalam tahun 1917, satu teknik telah dicipta, di mana pokok getah boleh dibiakkan melalui
saluran tampang, iaitu dengan mengambil mata tunas dari pokok yang berhasil tinggi untuk dihidupkan
pada pokok getah yang lain. Teknik ini dipanggil cantuman tunas. Yang paling aneh sekali mengenai
benih ini ialah, ia boleh menurunkan dengan tepat semua sifat pokok di mana tunas tersebut di ambil. Ini
juga bererti ia boleh mengatasi sebala kesulitan yang selalu di alami dari benih yang dihasilkan melalui
saluran seksual, iaitu biji. Dengan cara ini juga dapatlah dipanjang-panjang kan benih-benih yang sudah
dikenal pasti baik. Langkah seterusnya pula ialah dengan menjodohkan pokok-pokok yang baik ini
melalui pendebungan tangan supaya terlahir keturunan baru, diuji selama beberapa tahun dan yang
terpilih sahaja dianjurkan sebagai baka atau klon. Usaha mencipta klon-klon untuk mendapatkan klon-
klon yang lebih baik masih diteruskan hingga kini. Klon akan menjadi asas kepada pembiakan melalui
saluran tampang.

Sementara itu, di bidang biji benih pula, usaha juga diteruskan bagi mendapatkan benih yang
baik, kalau tidak standing sekalipun, hamper sama kebolehannya dengan klon sudah memadai. Benih
jenis ini pula diperolehi dari biji-biji pokok cantuman terdiri dari klon-klon yang baik.

Bagi mengelakkan berlaku kacukan yang tidak diingini, kawasan khas dibuat, di mana klon atau
klon-klon yang terpilih sahaja di tanam untuk kutipan biji. Benih jenis ini di panggil biji klon. Walau
bagaimana pun, sebagai benih yang lahir dari saluran seksual, ia masih ada sifat-sifat perbezaan antara
benih-benih pokok yang dihasilkan.

Pembiakan

Pembiakan ialah sebagai satu usaha untuk membanyak atau menambahkan bilangan pokok supaya ia
sentiasa ada bila diperlukan. Pembiakan juga adalah untuk tujuan menggantikan pokok-pokok yang tua ,
rosak atau mati akibat penyakit.

Pokok getah boleh dibiakkan dengan dua saluran, iaitu seksual dan vegetative atau tampang.
pokoknya tidak dapat dipastikan. Kaedah terhasilnya biji benih ialah melalui pendebungaan.
Pendebungaan boleh dilakukan oleh serangga, tetapi dari mana datangnya bunga tidak dapat dipastikan,
kecuali dalam keadaan terkawal. Sebaliknya pendebungaan boleh dilakukan oleh manusia. Teknik ini
digelar pendebungaan tangan. Manusia boleh memilih pokok yang bakal dijodohkan dan bolehlah
dikatakan benih yang terhasil lebih memuaskan.

Saluran tampang atau vegitatif akan menjamin keseragaman sifat biji benih yang diturunkannya.
Ada berbagai cara untuk menghasilkan benih getah melalui saluran ini dan boleh dibahagikan kepada tiga
kumpulan iaitu keratan, cantuman dan tisu kultur atau tisu didik. Antara berbagai cara tersebut, cantuman
tunas paling mudah di amal kan, manakala tisu kultur sentiasa dalam kajian.

Pendebungaan tangan

Pendebungan tangan adalah merupakan satu usaha memasukkan debungan dari bunga jatan ke dalam
ovary bunga betina. Ia dilakukan oleh manusia. Ini adalah satu cara membiakkan benih getah melalui
saluran seksual. Kedua-dua pokok yang bakal dijodohkan itu mestilah terdiri dari klon-klon yang baik
supaya keturunannya pun baik.

Cara

Pendebungaan tangan hendaklah dilakukan di musim bunga yang banyak, iaitu bulan februari hingga jun.
radas yang digunakan ialah penyepit kecil, gunting kecil, kapas, tabung plastic kecil dan kertas penanda.
Kerja pendebungaan hendaklah dilakukan diwaktu pagi.

Debunga dari bunga jantan akan di ambil dan dikumpulkan ke dalam tabing plastic. Pada jambak
bunga yang bakal didebungakan, buangkan semua bunga jantan yang ada, meninggalkan bunga betina
yang masih kuncup sahaja.ranggi bunga betina akan dibuka supaya kelihatan ovary dan stigma. Seluruh
saluran stamen bunga jantan dicabut dan dimasukkan ke dalam bunga betina. Bunga betina akan disumbat
dengan sedikit kapas yang telah dilekatkan dengan setitik lateks bagi mengelakkan kemasukkan bunga
jantan lain. Apabila satu jambak bunga betina telah selesai didebungakan, label dengan member tarikh
dan jenis klon yang dijodohkan. Dua hingga tiga hari, ranggi dan kapas akan tertanggal. Jika
pendebungaan tersebut Berjaya, persenyawaan akan berlaku dan ovary akan menjadi buah, yang mana
akan masak dalam jangka waktu empat setengah hingga ke lima bulan. Sebelum bijinya gugur, buahnya
akan di sampul kan dalam uncang jarring supaya bijinya tidak jatuh ke tanah dan bercampur dengan biji-
biji lain. Buah itu boleh dipetik apabila lengainya kering dan perang untuk mendapatkan biji benih. Biji
benih tersebut hendaklah dicambahkan dengan segera.

Kejayaan pendebungaan tangan adalah dianggakan sebanyak 5 – 15 %. Seorang pekerja boleh


melakukan kerja pendebungaan sebanyak 120 kuntum bunga sehari. Kerja ini adalah sukar dan mahal.
Teknik ini hanya terhad bagi pengeluaran klon sahaja.

Klon yang dihasilkan biasanya akan dipastikan mempunyai sifat-sifat seperti keturunan baik,
kecergasan muda, kecergasan dewasa, batang lurus, pendahanan, jemala, kulit dara, kulit pulihan,
penghasilan, lateks (KGK, warna, warna krep dan kestabilan), kerosakan angin, kekeringan kulit dan
ketahanan penyakit( Cendawan angin, cendawan lapuk, colletotrichum, oidium, belang/calar hitam dan
penyakit daun luruh dan lengai lapuk Phytophthora)
Keturunan Klon Klas I dan II

GT 1 = Klon asli

PB 217 = PB 5/41 x PB 6/9

PR 255 = Tjir 1 x PR 107

PR 261 = Tjir 1 x PR 107

PRIM 600 = Tjir 1 x PB 86

PRIM 712 = PRIM 605 x PRIM 71

AVROS 2037 = AVROS 256 x AVROS 252

PB 28/59 = Klon asli

PB 230 = PB 49 x PB 5/51

PB 235 = PB 5/51 x PB 578

PB 255 = PB 5/51 x PB 32/36

PB 260 = PB 5/51 x PB 49

PB 280 = Biji PBIG

RRIM 572 = Pil B 50 x Pil B 84

RRIM 623 = PB 49 x Pil B 84

RRIM 628 = Tjir 1 x RRIM 527

RRIM 701 = 44/553 x RRIM 501

RRIM 703 = RRIM 600 x RRIM 500

RRIM 728 = GT 1 x RRIM 623

RRIM 729 = RRIM 623 x FX 25


Pembiakan secara tampang (vegetative)

Benih getah juga dihasilkan melalui pembiakan saluran tampang iaitu dengan mengambil sebahagian dari
tisunya yang tertentu dan dihidupkan menjadi pokok, sama ada dengan sendiri atau ditumpangkan pada
pokok getah yang lain. Cara ini didapi paling berkesan boleh menurunkan atau mewariskan sifat-sifat asal
di mana tisu asal itu di ambil. Ada beberapa teknik yang telah dimajukan dan diguna pakai bagi
mendapatkan benih melalui saluran ini.

I) Cantuman Tunas Perang

II) Cantuman Tunas Hijau

III) Cantuman Tunas (Hijau) Muda

IV) Cantuman Akar

V) Cantuman Baji

VI) Cantuman Sanding atau Sanggitan

VII) Keratan Benih

Anda mungkin juga menyukai