Anda di halaman 1dari 1

Ucapan oleh YDP PIBG SK Batu 29 sempena Hari Guru 2011

Yang Berusaha Encik Abdullah bin Awang Guru Besar SK Batu 29 Yang Dihormat Encik Ralisyardy Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Fauzi bin Mat Zin GPK KoKurikulum, Encik Muhammad bin Muda, GPK HEM guru-guru SK Batu 29 yang diraikan dan seterusnya murid yang dikasihi sekalian.Asslamualaikum dan selamat sejahtera.

Sidang hadirin, Pertama-tamanya, marilah kita bersama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi di atas izin dan limpah kurnia Nya, dapat kita bertemu dan berada di majlis yang mulia ini. Pada petang ini, satu majlis khas sempena hari guru yang diadakan bagi meraikan guru-guru yang telah banyak mencurah bakti dalam mendidik anak-anak bangsa untuk menjadi insan yang berakhlak mulia dan berjaya di dunia dan akhirat. Ungkapan ini adalah sejajar dengan tema sambutan hari guru pada tahun ini iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Hadirin yang dihormati sekalian, Setiap tahun Hari Guru disambut pada setiap 16 haribulan Mei di peringkat nasional, negeri dan juga di peringkat sekolah. Begitu juga di SK Batu 29, HARI GURU menjadi agenda aktiviti utama di dalam taqwim sekolah sekolah sebagai tanda menghargai jasa-jasa guru. Sememangnya, tanpa didikan dan ajaran yang guru berikan pada anak-anak kami, mana mungkin mereka akan berjaya. Guru sememangnya umpana lilin yang menerangi dan menjadi arah dalam membentuk seseorang insan.

Guru-guru yang dirahmati Allah, Terima kasih atas segala budi dan jasa kalian dalam mendidik anak-anak kami. Jasa bakti guru-guru tidak mampu dibalas. Sebagai menghargai jasa dan budi baik guru-guru, kami pihak ajkPIBG telah mengadakan majlis ini. Walaupun ianya tidak seberapa, jika dibandingkan dengan jasa guru.Namun ini merupakan sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan kepada guru-guru.

Guru yang dihormati sekalian. Akhir kata daripada saya,kami barisan ajk PIBG telah cuba sedaya upaya kami berdasarkan kemampuan kewangan yang ada untuk meraikan para guru sekalian dengan majlis yang tidak sepertinya ini. Saya harap guru besar dan para guru semua sudilah menerima majlis yang tak seberapa ini. Saya sekali lagi bagi pihak seluruh warga SK Batu 29 sekali mengucapkan Selamat Hari Guru.Terima kasih Cikgu.

Anda mungkin juga menyukai