Anda di halaman 1dari 11

AMINUDDIN THIVANESH JOSHUA

BAB 1 ZAMAN KANAK-KANAK DI NANGA MELUAN

Kanang Anak Langkau berbangsa Iban dan beragama Pagan. Dia dilahirkan di Nanga Meluan pada 2 Mac 1942 dan tinggal di Rumah Panjang Karangan Manok. Ayahnya bernama Langkau dan dia tidak pernah mengenali bapanya kerana sejak kecil dia dipelihara oleh ibunya. Oleh kerana kenakalannya , dia telah dihalau oleh ibunya dan dipelihara oleh datuk dan neneknya. Kanang bersekolah di Sekolah Local Authority di dalam Bahagian Ketiga Sarawak sehingga darjah 3 sahaja kerana tidak tahan berpisah dengan datuk & neneknya.

Kehidupan remaja Kanang banyak dihabiskan di sungai sebagai penambang perahu, penoreh getah, tukang masak dan mengambil upah mengangkut arang batu kepunyaan Mr. Ford. Kanang banyak mendapat pengajaran dan pengalaman daripada pekerjaannya itukerana hidupnya terumbang ambing tanpa cita-cita dan wawasan. Walaupun dirinya sudah remaja, perangainya masih belum berubah. Justeru, dia dia tidak mempunyai rakan karib, tetapi Kanang masih ditunjuk ajar oleh datuknya.

BAB 3 MENJEJAK DUNIA BARU

Pada suatu pagi, Kanang telah membawa dua puluh anak muda ke sekolah berdekatan. Setibanya di sekolah, dia didatangi oleh askar Inggeris yang mempelawanya untuk masuk askar. Mulanya, Kanang keberatan dan memberikan alasan unuk menolaknya. Akhirnya dia menerima tawaran itu. Semasa temu duga, dia menunjukkan surat sokongan dari Mr. Ford untuk memasuki Iban Trecker. Dia telah lulus temu duga tersebut dan memulakan kerjaya sebagai Sarawak Ranjers pada 21.04.1962 sebagai Iban Trecker. Dia dihantar ke PULADA selama setahun untuk menjalani latihan rekrut.

Dia telah dilatih oleh jurulatih tentera British untuk menjadikannya seorang yang berdisiplin tinggi termasuklah cara pengendalian senjata, teknik bertempur dan cara mengesan musuh.

BAB 4 ERA PEMBERONTAKAN BRUNEI DAN KONFRONTASI

Kanang mula bertugas dengan 42 Komando Tentera British pada tahun 1962 yang bepengkalan di Selat Tebrau. Pada tahun 1962, tercetusnya pemberontakan di Brunei yang dipimpin oleh Azahari. Dia ditugaskan mendapatkan kembali Limbang daripada pemberontak dan akhirnya pemberontakan Azahari berakhir pada Februari 1963. Semasa konfrontasi dengan Indonesia, dia ditugaskan mengesan musuh yang mendarat di Kota Tinggi dan telah menyusup ke Mersing. Akhirnya musuh berjaya dikesan dan berlakulah pertempuran dan pasukan mereka berjaya membunuh 13 orang musuh dan menawan seorang yang cedera serta merampas peralatan perang.

Di Lubuk Antu, dia telah menyelamatkan pegawai pemerintahannya. Dia juga pernah ditawan oleh tentera Siliwangi dan akhirnya dibebaskan. Pada tahun 1964, dia dipinjamkan ke pasukan 1st Royal New Zealand Army. Dalam pasukan ini, dia banyak belajar pergerakan dalam kumpulan kecil dan bergerak secara sendirian untuk mendapatkan maklumat. Masanya banyak dihabiskan di dalam hutan sehingga 6 bulan.

Anda mungkin juga menyukai