Anda di halaman 1dari 31

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PULAU PINANG

BAHASA MELAYU AKADEMIK 1


SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU FONETIK DAN FONOLOGI
NAMA PELAJAR : NUR FARAH BINTI NASIR NO.KAD PENGENALAN : 900816025248 KUMPULAN UNIT : PENGAJIAN MELAYU NAMA M.P : BAHASA MELAYU AKADEMIK 1 NAMA PENSYARAH : PUAN ARBAKYAH TARIKH SERAHAN : 28.08.2009

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sunbernya.

Tandatangan : .. Nama Penulis Tarikh : NUR FARAH BINTI NASIR : 28.08.2009

JADUAL PELAKSANAAN TUGAS

Bil. 1.

Tarikh 6.8.2009

Pelaksanaan tugas Mendapat tugasan kerja khusus daripada puan Arbakyah

2.

8.8.2009

Mengenalpasti kaedah untuk mencari maklumat yang diperlukan

3.

10.8.2009

Mengumpul maklumat melalui internet dan buku rujukan Menyimpan,mencatat dan membuat nota ringkas daripada daripada maklumat yang diperolehi Memulakan kerja khusus - menaip kerja khusus(asal usul bahasa melayu dan bahasa melayu kuno)meletak lampiran yang berkaitan. Memulakan kerja khusus- menyambung menaip kerja khusus(bahasa melayu klasik,penghargaan dan muka depan) Melakukan koloborasi bersama pensyarah dan rakan. Memulakan kerja khusus- menyambung menaip(bahasa melayu moden dan isi kandungan) Menghantar tugasan yang lengkap

4.

15.8.2009

5.

17.08.2009

6.

22.8.2009

7. 8.

25.8.2009 28.8.2009

9.

29.8.2009

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t, pertama sekali saya berasa sangat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah memudahkan jalan dan melancarkan proses untuk mempersiapkan kertas kerja bagi subjek bahasa melayu akademik 1 ini.Alhamdulillah dengan masa yang telah ditetapkan saya telah berjaya untuk menyiapkan kertas kerja ini.Pertama sekali,saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dengan membantu saya untuk menyiapkan kertas kerja ini terutama sekali kepada pensyarah bahasa melayu akademik 1 iaitu Puan.Arbakyah yang tidak pernah jemu untuk meluangkan masa dengan menjawab segala pertanyaan saya tidak mengira masa dan tempat.Seterusnya tidak dilupakan juga kepada ibu bapa dan adik beradik saya yang dikasihi kerana sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada saya supaya terus bersemangat untuk menyelesaikan kertas kerja ini dengan jayanya.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya di kelas 1 pengajian melayu yang selalu menghulurkan bantuan dan berkongsi segala maklumat yang diperolehi bersama-sama bagi menjayakan kertas kerja ini.Tidak dilupakan juga kepada semua pensyarah di IPGM kampus Pulau Pinang yang sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan untuk membantu saya menyelesaikan masalah sepanjang proses untuk menyiapkan kertas kerja bahasa melayu ini.Saya berharap kertas kerja saya ini dapat memenuhi kritiria yang telah ditetapkan.Akhir sekali segala yang baik datangnya daripada Allah s.w.t dan segala yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.Jadi sebarang kesalahan dan kesilapan di dalam kertas kerja ini dapat saya jadikan pengajaran untuk masa hadapan.

SENARAI KANDUNGAN
MUKA SURAT HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN 1.0 Sejarah perkembangan bahasa melayu
1.1 1.2 1.3 1.4 Asal usul bahasa melayu Bahasa melayu kuno Bahasa melayu klasik Bahasa melayu moden

2.0 Fonetik dan Fonologi


2.1 2.2 2.3 pengenalan fonetik dan fonologi Transkripsi fonetik lambang-lambang fonetik

REFLEKSI

BIBLOGRAFI

LAMPIRAN

Asal usul bahasa melayu


Definisi awal istilah melayu menunjukkan bukti penggunaan perkataan melayu telah digunakan sejak abad kedua lagi.Sekitar tahun 100 hingga 150 masihi,M.Ptolemy telah menggunakan istilah maleu-kolon yang diambil daripada kata bahasa Sanskrit malayakolam atau malaikurram yang merujuk kepada suatu tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia.Perkataan melayu juga dikesan dalam sebuah kitab Hindu Purba yang berjudul Purana kerana terdapat perkataan Malaya dvipa yang merujuk kepada Pulau Sumatera iaitu tempat asal bahasa melayu.Selain itu, perkataan melayu juga ditemukan dalam tulisan china yang menyatakan bahawa orang mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke negara China dan kerajaan mo-lo-yeu yang dimaksudkan itu berpusat di daerah Jambi,Sumatera.Satu lagi tulisan China yang menyebut istilah melayu dalam catatan I-Tsing yang menggunakan perkataan mo-lo-yu pada dua buah kerajaan di Sumatera iaitu kerajaan melayu dan kerajaan Sriwijaya.Catatan dalam kesusasteraan China yang menceritakan pengembara China yang singgah di Nusantara dan mengenalpasti bahawa bahasa yang dituturkan di Sriwijaya ialah bahasa kun lun merujuk kepada bahasa melayu kuno.Catatan pengembara China ini membuktikan bahasa melayu kuno telah digunakan sebagai bahasa perantaraan atau lingua franca semasa zaman kerajaan Sriwijaya. Definisi melayu dari segi asal usul dan sejarah Sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut dapat dilihat melalui pendapat Zuber Osman yang berpendapat bahawa perkataan melayu berasal daripada perkataan Malaya yang merupakan kependekkan bagi perkataan hima alaya,jadi Pergunungan Himalaya dikatakan sebagai tempat asal orang melayu. Mengikut Batu Bersurat Bukit Gombak Satu di sumatera Barat telah menemukan perkataan Malayapura yang bermaksud Kota Melayu atau Kerajaan Melayu.Perkataan Melayu juga diambil daripada perkataan bahasa jawa kuno iaitu melayu yang bermaksud mengembara.Jadi ia bersesuaian dengan orang melayu yang dikatakan berpindah dari Yunan menuju ke kawasan Selatan dan mendarat di

Pulau Sumatera.Mengikut Mohd Dahlan Mansor pula perkataan melayu berasal daripada nama sungai iaitusungai melayuseperti yang disebut dalam Sejarah Melayu.Menurut Van Der Tuuk pula perkataan melayu bererti menyeberang iaitu merujuk kepada orang melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama hindhu Buddha kepada agama Islam.Selain itu jika diteliti,definisi melayu berdasarkan bangsa merujuk kepada bangsa-bangsa austronesia yang terdapat di kepulauan melayu,ialah rumpun yang meliputi rumpun Austronesia. Pengertian melayu merujuk kepada bangsa melayu yang menjadi penutur asli bahasa melayu iaitu mereka yang menduduki kawasan diseluruh kawasan

semenanjung Malaysia

Pantai barat Sabah dan Sarawak,Brunei, Pantai Timur

Sumatera,Kalimantan Barat,Kalimantan selatan dan timur,pulau-pulau di kepulauan Melayu seperti Riau, Selatan Thailand, Selatan Filiphina,Champa,Singapura dan termasuk Afrika Selatan.Bahasa Melayu berada di bawah rumpun Austronesia Barat atau dikenali sebagai bahasa Hesperanesia.Rumpun Austronesia Barat melahirkan keluarga bahasa Nusantara atau Bahasa Indonesia dan berada di dalam kelompok Indonesia Pusat yang terdiri daripada bahasa melayu ,bahasa-bahasa bumiputera di Sarawak kecuali bahasa Bisaya,bahasa-bahasa Kalimantan dan bahasa-bahasa di kepulauan Indonesia.Mengikut salasilah,bahasa melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara yang mempunyai jumlah yang paling banyak iaitu antara 200 hingga 300 bahasa.Bahasa melayu termasuk dalam subkeluarga Indonesia pusat yang termasuk dalam golongan bahasa Sumatera bersama-sama dengan

batak,Aceh,Minangkabau,Nias,Lampung dan Orang Laut .Perkembangan bahasa melayu biasanya dibahagikan kepada empat peringkat iaitu bahasa melayu purba,bahasa melayu kuno,bahasa melayu klasik dan bahasa melayu moden.Kebanyakan orang menganggap bahasa melayu moden yang digunakan pada masa kini merupakan perkembangan daripada bahasa melayu klasik dan bahasa melayu klasik berasal daripada bahasa melayu kuno manakala bahasa melayu kuno pula berasal daripada bahasa melayu purba.Tetapi anggapan ini telah ditentang oleh Asmah Haji Omar kerana bahasa melayu moden berasal daripada bahasa melayu klasik dan bahasa melayu klasik berasal daripada bahasa melayu

induk,bukan bahasa melayu kuno kerana terdapat perbezaan yang amat ketara antara bahasa melayu kuno dengan bahasa melayu klasik.Kesimpulannya bahasa melayu moden berasal daripada bahasa melayu purba. Terdapat 2 hipotesis tentang asal bangsa melayu iaitu di kawasan Asia Tengah dan kawasan Nusantara.Teori pertama yang mengatakan bangsa melayu berasal daripada asia tengah kerana berlaku perpindahan orang melayu dari selatan china iaitu Yunan ke Nusantara.Penghijrahan mereka berlaku dalam dua kumpulan iaitu melayu proto dan melayu deutro.Orang melayu proto hidup semasa zaman neolitik dan penghijrahan kumpulan melayu proto ini mula dikemukakan P. Sarasin dan F.Sarasin dan diperkukuhkan oleh R.H.Geldern pada tahun 1932 yang menggunakan alasan kapak tuan, atau beliung batu yang dijumpai di Nusantara,kapak tuan juga dijumpai di sungai-sungai di India Utara, China,Burma dan Nusantara.Jadi beliau percaya kapakkapak itu berasal daripada AsiaTengah dan dibawa pindah ke Nusantara. Teori ini lemah kerana kapak-kapak seperti itu juga dijumpai di Amerika dan Eropah pada zaman yang sama.Penghijrahan kumpulan melayu deutro pula dikatakan berlaku kira-kira pada tahun 1500sm.Kedatangan melayu deutro menyebabkan melayu proto berpindah ke kawasan pendalaman.Selain Geldern terdapat beberapa orang ahli budaya yang turut berpendapat bahawa orang melayu berasal dari kawasan asia tengah seperti J.R. Logan yang membuat kajian berdasarkan adat resam suku bangsa di Asia.Beliau berpendapat bahawa wujud persamaan antara adat resam kaum melayu dengan kaum Naga di Assam di daerah Burma.Jadi persamaan ini menunjukkan bahasa melayu mempunyai hubungan dengan bahasa di Asia Tengah. .Asmah Haji Omar berpendapat bahawa penghijrahan orang melayu dari daratan Asia ke Nusantara tidak berlaku sekali gus dan mereka tidak melalui laluan yang sama iaitu melintasi Tanah Semenanjung Malaysia, melalui Lautan Hindi dan melalui Laut China Selatan.Slametmuljana membuat penyelidikan berdasarkan perbandingan bahasa iaitu bahasa melayu adalah dari daratan Asia.Tetapi hipotesis pertama ini

menimbulkan pelbagai keraguan antaranya dari segi tarikh iaitu penghijrahan kumpulan melayu deutro dikatakan berlaku 1500sm sedangkan kajian arkeologi mendapati manusia moden telah wujud di kepulauan melayu sejak 35000 tahun yang lalu. Dari

segi bahasa pula menunjukkan bahasa melayu berasal daripada rumpun Austronesia tetapi bahasa Asia Tengah berasal daripada rumpun China Tibet. Jika dilihat hipotesis di kawasan Nusantara yang menolak pendapat bahasa melayu yang berasal daripada kawasan Asia Tengah berdasarkan bukti yang pertama dari segi kajian bahasa iaitu bahasa-bahasa di Nusantara memang mempunyai hubungan kekerabatan iaitu induk kepada bahasa tersebut ialah bahasa

Austronesia.Kajian C.A. Mess mendapati bahasa Austronesia mempunyai banyak persamaan daripada segi perkataan, sistem imbuhan,dan susunan tatabahasa.Kajian William Marsden menunjukkan bahasa melayu serumpun dengan bahasa Mikronesia, Melaneia, dan Polinesia yang kesemuanya daripada induk bahasa Austronesia.John Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang menunjukkan bangsa

melayu dan bangsa jawa telah memiliki tahap kebudayaan yang tinggi pada abad 19,jadi kedua-dua budaya itu telah mengalami perkembangan beberapa abad sebelum itu. Kesimpulannya,tempat asal orang melayu adalah di sumatera dan

Jawa.Kenyataan ini disokong oleh kajian arkeologi yang telah menemui fosil manusia yang menunjukkan manusia Jawa telah wujud di Pulau Jawa sejak 2 juta tahun yang lalu.Selanjutnya kajian terhadap tengkorak menunjukkan tengkorak manusia yang ditemukan di Nusantara lebih tua daripada yang ditemukan di Asia Tengah yang masing-masing berusia 670000 dan 550000 tahun.Dari segi Geografi pula

menunjukkan perpecahan dua daratan yang besar kepada semenanjung tanah melayu,pulau Sumatera manakala pentas sahul pula berpecah kepada Benua Australia dan New Guinea.Jadi konklusinya,perpindahan manusia bukan dari Asia Tengah ke Nusantara tetapi penduduk di Nusantara berpindah disebabkan proses Geografi iaitu orang melayu asalnya memang penduduk di Nusantara.

Bahasa melayu kuno


Bahasa Melayu kuno berkembang di Nusantara antara abad ke-7 hingga abad ke-13. Sebelum wujudnya bahasa melayu kuno bahasa melayu yang digunakan

dikenali sebagai bahasa purba.Bahasa melayu purba tidak berbentuk tulisan tetapi hanya wujud dalam bentuk lisan sahaja.Namun disebabkan pengaruh budaya Hindhu,bahasa melayu purba akhirnya telah mempunyai aksara dan setelah itu bertukar menjadi bahasa melayu kuno.Jadi bahasa melayu kuno wujud daripada perkembangan bahasa melayu purba dalam bentuk tulisan. Namun kemasukan budaya Hindhu ke alam melayu melalui para pedagang membawa kepada penyebaran agama Hindhu yang singgah di Nusantara sejak abad pertama masihi.Pengaruh ini telah menggalakkan penggunaan bahasa Sanskrit ke dalam bahasa melayu kuno. Bahasa melayu kuno mula memainkan peranan dan berkembang pesat pada zaman kerajaan sriwijaya dan telah mencapai kegemilangannya yang

pertama.Terdapat penemuan beberapa buah batu bersurat pada zaman Sriwijaya serta catatan-catatan daripada pengembara dan rahib Buddha seperti catatan I-Tsing dan Wu Hing yang membuktikan bahawa bahasa melayu kuno telah digunakan sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya.Selain itu, melalui catatan I-Tsing juga menyatakan bahawa bahasa melayu kuno telah digunakan sebagai bahasa penghantar untuk mengajarkan tatabahasa Sanskrit dan falsafah agama Buddha. Zaman bahasa melayu kuno berakhir pada abad ke 13,apabila kerajaan Majapahit yang berpusat di Jawa didirikan pada akhir tahun 1293 dan semasa itu bahasa Jawa telah memainkan peranan yang utama.Namun pengaruh politik kerajaan Majapahit tidak mampu untuk memalapkan kedudukan bahasa melayu kerana di

beberapa daerah di Sumatera khususnya Jambi masih terdapat negeri melayu yang mengekalkan bahasa melayu sebagai lingua franca mengatasi bahasa Jawa kuno.Terdapat 4 buah Batu Bersurat yang menjadi bukti penting kewujudan bahasa melayu kuno yang ditemukan di Indonesia sekitar abad ke 7,iaitu batu bersurat Kedudukan Bukit yang ditemukan oleh M.Baternburg.Batu bersurat ini bertarikh 605 tahun saka dan merupakan batu bersurat tertua menyebut nama kerajaan Sriwijaya.Bahasa yang terkandung dalam batu bersurat ini ialah bahasa melayu yang bercampur dengan bahasa Sanskrit dan menggunakan tulisan palava. Kemudian ialah batu bersurat Talang Tuwo yang ditemukan oleh Residen Jambi yang bernama L.C Westternek pada 17 November tahun 1920 di Talang Tuwo dan batu bersurat ini bertarikh 606 tahun saka bersamaan dengan tahun 684 masihi serta mempunyai 14 baris ayat.Diikuti pula dengan batu bersurat Kota Kapur yang

ditemukan oleh J.K Van Der Meulan di Pulau Bangka pada 1892.Batu bersurat ini bertarikh 608 tahun saka bersamaan 686 masihi dan mengandungi 10 baris ayat.Kemudian ialah batu bersurat Karang Berahi yang mengandungi kandungan yang lebih sama dengan batu bersurat Kota Kapur tetapi yang berbeza ialah batu bersurat kota kapur mengandungi teks tambahan.Batu bersurat ini telah dijumpai di Merigin di daerah hulu Jambi.Tarikh batu bersurat ini ialah 614 tahun saka bersamaan 692 masihi dan terdapat 16 baris ayat. Selain itu terdapat terdapat bahan bukti lain menunjukkan penggunanaan bahasa melayu pada zaman Sriwijaya yang seperti batu bersurat

kuno

Gandasuli,Kedu,daerah Jawa Tengah yang bertarikh 832 mengandungi penyebaran bahasa melayu kuno bukan sahaja di kawasan Sumatera bahkan menjangkaui Pulau Jawa.Jika kita dapati ciri-ciri tulisan bahasa melayu kuno ialah menggunakan skrip India iaitu Palava,Nagiri dan kawi.Sistem tulisan yang digunakan dalam bahasa melayu kuno ialah palava yang ditulis dalam semua batu bersurat.Menurut Caparis di dalam setiap keempat-empat batu bersurat itu menggunakan tulisan palava. Skrip palava ialah skrip Grantha yang digunakan oleh Brahman Dravidian untuk menulis kitab-kitab dalam bahasa Sanskrit di India.Satu lagi tulisan dalam bahasa melayu kuno ialah tulisan kawi yang merupakan tulisan jawa kuno yang wujud pada

abad ke 8 masihi.Huruf kawi asalnya daripada huruf Vangki(Weggi) iaitu huruf yang dibawa oleh orang india dari Coromandel.Tulisan ini berbentuk kursif yang pada peringkat awal ditulis pada daun lontar kemudian diubah dan diukir pada batu bersurat di Joreng.Terdapat juga tulisan Rencong iaitu huruf melayu tertua yang digunakan di Sumatera dan masih kekal hingga abad ke 18. Berdasarkan kosa kata dalam bahasa melayu kuno banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit kerana kekurangan kosa kata bahasa melayu untuk mengungkapkan konsep baru.Dari segi fonologi penggunaan bunyi seperti vokal 2 bibir/W/ untuk letupan dua bibir bersuara /b/.Bahasa melayu kuno tidak mempunyai bunyi e pepet atau vokal tengah dan digantikan dengan vokal depan luas /a/dan e pepet telah digugurkan begitu sahaja.Penggunaan bunyi sengauan gusi/n/ untuk sengauan lelangit keras/ny/.Selain itu,terdapat konsonan yang dihembuskan atau dieja dengan aspirasi seperti bh,th,kh,dh, akibat daripada pengaruh bahasa Sanskrit.Bunyi /h/ pada perkataan tertentu dalam bahasa melayu kuno telah hilang dalam bahasa melayu moden.Dari segi morfologi pula imbuhan awalan mar dalam bahasa melayu kuno bertukar menjadi ber dan sebagainya.

Batu Bersurat Kedukan Bukit

Bahasa melayu klasik


Bahasa melayu telah mengalami evolusi yang kedua selepas zaman praklasik dan mempunyai aksara sendiri iaitu aksara jawi dan dinamakan bahasa melayu klasik yang bermula pada abad ke 14.Bahan bukti yang pertama ialah pada batu bersurat Kuala Berang Terengganu.Menurut Syed Naquib Al Attas tarikh yang tercatat pada batu bersurat itu ialah 4 Rejab 702 Hijrah bersamaan dengan 22 Februari 1303.Bahasa melayu klasik digunakan pada abad ke 14 hingga abad ke 19 yang bermula dari batu bersurat Kuala Berang Terengganu sehinggalah zaman karya Abdullah Munsyi dan telah mencapai zaman kegemilangannya pada zaman kerajaan Melaka,zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor Riau. Bahasa melayu berkembang dengan pesat pada zaman Melaka kerana pengaruh politik melayu membolehkan bahasa melayu disebarkan dengan

mudah.Bahasa melayu klasik digunakan sebagai bahasa penyebaran agama islam yang tinggi disebabkan daripada perkembangan tulisan jawi dan perbendaharaan kata daripada bahasa arab.Bahasa melayu mengekalkan peranannya sebagai bahasa perantaraan di kepulauan melayu.Penggunaan bahasa melayu pada abad ke 16 dapat dibuktikan daripada daftar kata melayu Itali yang disusun oleh Antonio Pigafetta pada tahun 1521.Bukti lain yang menunjukkan pengaruh bahasa melayu klasik pada abad ke 16 terdapat pada catatan Jan Huygen Van Linschotten yang menyatakan bahawa bahasa melayu dianggap bahasa yang paling dihormati antara negeri timur yang lain.

Jika dilihat dalam sistem tulisan yang digunakan dalam bahasa melayu klasik masih menampakkan pengaruh daripada kebudayaan India.Contohnya pada batu bersurat pagar ruyung Minangkabau yang bertarikh 1356 masihi yang ditulis dalam huruf India dan mengandungi prosa melayu kuno.Pada mulanya,batu bersurat menggunakan bahasa arab dan tulisan arab berbentuk kufi seperti di batu bersurat yang ditemukan di Pekan,Pahang pada 1020 masihi.Tulisan arab mula digunakan dalam bahasa melayu terdapat pada batu bersurat Terengganu dan tulisan yang

digunakan untuk mengeja teks berbahasa melayu ini dikenal sebagai tulisan jawi.Tulisan jawi ialah sejenis tulisan yang menggunakan abjad arab dan enam abjad tambahan yang dicipta oleh orang melayu sendiri.Sistem tulisan ini ditulis dari kanan ke kiri dan tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil.Bentuk abjadnya berubah apabila ditulis secara tunggal atau bersambung.Dari segi kosa kata menunjukkan pengaruh islam dalam bahasa melayu telah diperkayakan dengan kata-kata atau istilah yang telah dipinjam dalam bahasa arab.Tatabahasa bahasa melayu klasik pula dapat ditinjau daripada aspek penggunaan perkataan,imbuhan dan stuktur ayat. Bahasa melayu klasik banyak menggunakan bahasa istana atau bahasa dalam.Terdapat juga penggunaan kata pangkal ayat atau perdu perkataan seperti Alkisah dan termasuklah penggunaan partikel lah dan pun dalam bahasa melayu klasik.Penggunaan kosa kata daripada bahasa arab juga dilihat melalui penggunaan kata-kata ALLAH taala dan sebagainya.Penggunaan imbuhan pula dapat dilihat untuk imbuhan awalan mar dan ni dalam bahasa melayu kuno telah digantikan dengan awalan ber dan di dalam bahasa melayu klasik.Dari sudut sintaksis pula menunjukkan bahasa melayu klasik banyak menggunakan ayat majmuk yang panjang-panjang serta banyak menggunakan ayat sonsang akibat daripada pengaruh daripada tatabahasa bahasa arab. Bahasa melayu juga telah menggunakan aksara jawi iaitu skrip arab yang telah diadaptasi oleh bahasa melayu.Mengikut Omar Awang yang menegaskan bahawa kemungkinan perkataan jawi berasal daripada bahasa arab Al Jawah yang bermaksud Pulau Sumatera iaitu tempat asal bahasa melayu.Perkembangan tulisan jawi dipengaruhi oleh dua unsur iaitu unsur arab dan unsur melayu.Unsur arab pada tahap

pertama ejaan menggunakan tanda-tanda baris atau diakritik supaya aksara jawi dapat disebut dengan betul tetapi ia mengambil masa yang panjang untuk menulis perkataan atau ayat.Oleh itu,telah berlaku perubahan pada tahap kedua apabila tanda-tanda baris tidak digunakan lagi dan dikenali sebagai tulisan arab gondola.setelah itu diperkenalkan pula sistem ejaan jawi yang berunsur melayu iaitu menggunakan huruf saksi atau huruf vokal.Pada mulanya huruf saksi hanya diletakkan pada suku kata pertama sahaja dan kemudian diletakkan pula pada suku kata pertama dan suku kata kedua supaya lebih sempurna. Bukti penggunaan bahasa melayu klasik dapat dibuktikan melalui batu bersurat Terengganu yang telah dijumpai di Sungai Teresat.Tulisan yang terdapat pada batu bersurat ini ialah tulisan jawi dan kosa kata yang digunakan memperlihatkan percampuran kata asli bahasa melayu dengan pinjaman bahasa Sanskrit,jawa dan arab.Selain itu, terdapat juga karya-karya sastera dalam bahasa melayu klasik seperti sejarah melayu,Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, Hikayat Muhamad Hanafiah dan sebagainya..Antara tokoh penulis terkenal seperti Hamzah Fansuri, Syamsudin AlSumaterani,Syeikh Nuruddin Al-Raniri dan Abdul Rauf Al-Singkel.Perkembangan bahasa melayu seterusnya telah berpindah ke Johor Riau dan berpusat di Pulau Penyengat.

Batu Bersurat Terengganu

Bahasa melayu moden


Perkembangan bahasa melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu yang ditandai oleh hasil karangan Abdullah Munsyi.Zaman Abdullah Munsyi merupakan zaman peralihan daripada bahasa melayu klasik kepada bahasa melayu moden.Pada hakikatnya zaman bahasa melayu moden bermula pada awal abad ke-20.Bahasa melayu moden mula berkembang pesat setelah tanah melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 iaitu di bawah perkara 152 perlembagaan Malaysia yang menetapkan bahawa bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan,yang memikul sebagai bahasa rasmi,bahasa pentadbiran,bahasa perhubungan umum,bahasa pengantar termasuk sebagai bahasa ilmiah.Perancangan bahasa melayu dilakukan oleh dewan bahasa dan pustaka,untuk meningkatkan taraf bahasa melayu supaya dapat mencapai status sebagai bahasa moden. Tahap perkembangan bahasa melayu moden dapat dibahagikan kepada zaman bahasa melayu moden pramerdeka dan zaman bahasa melayu moden

pascamerdeka.Zaman bahasa melayu moden pramerdeka bermaksud sebelum penjajahan british.Pada awal pemerintahan british,kedudukan bahasa melayu masih

tidak tergugat,malah masih tetap digunakan dalam urusan rasmi dan pegawai british yang bertugas di negeri melayu dikehendaki mempelajari bahasa

melayu.Hasilnya,melahirkan sarjana-sarjana bahasa melayu seperti R.O.Winstedt, R.J.Wilkinson dan sebagainya.Kedudukan bahasa melayu mula terancam setelah perang dunia kedua kerana British telah menukar dasar pendidikan yang menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Walaubagaimanapun,perjuangan dan perkembangan bahasa melayu tetap terus dipelopori oleh cendekiawan berpendidikan melayu dan arab yang terdiri daripada wartawan,sasterawan,budayawan.guru-guru dan ahli-ahli politik melayu.Antara tokohtokoh penting dalam memperjuangkan bahasa melayu moden semasa zaman pramerdeka ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi yang dilahirkan di kampung Masjid,Melaka.Beliau mendapat pendidikan Inggeris dan pemikirannya banyak

dipengaruhi oleh bangsa Inggeris.Syair singapura terbakar ialah karya pertama Abdullah munsyi serta Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Hikayat Abdullah yang memberikan kritikan tajam terhadap masyarakat melayu.Kritikan tersebut telah memperlihatkan satu perkembangan baru dalam bahasa dan kesusasteraan melayu sehingga Abdullah digelar sebagai bapa bahasa dan kesusasteraan melayu moden.Seterusnya ialah Raja Ali Haji yang dilahirkan di Pulau Penyengat. Dua buah karya bahasa Raja Ali yang penting ialah Bustanul Katibin Lissubyanil-mutaalimi dan kitab pengetahuan dan bahasa. Raja Ali Haji dapat dianggap sebagai tokoh bahasa yang penting kerana karyakarya bahasa beliau telah meletakkan asas pembinaan dan pembakuan bahasa melayu.Sumbangan Raja Ali Haji dalam bidang kesusasteraan lebih tertumpu kepada puisi,khususnya syair.seterusnya ialah Mohd Said bin Haji Sulaiman dilahirkan di Teluk Belanga,Singapura dan merupakan tokoh persuratan Melayu Johor.Pada tahun 1934,beliau memainkan peranan penting menghidupkan pakatan semula dengan menggerakkan kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan pakatan.Tokoh yang terpenting ialah Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zaba yang telah dilahirkan di Batu Kikir,Jempol Negeri Sembilan.Buku tatabahasa beliau ialah Pelita bahasa penggal 1,2, dan 3 yang menjadi rujukan utama di sekolah-sekolah melayu dan

Maktab Perguruan.Karya bahasa lain yang dihasilkan oleh beliau ialah Kitab Ilmu Bahasa Melayu.Kitab Rahsia Ejaan Jawi dan sebagainya. Zaba juga memperjuangkan penubuhan Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya Singapura serta menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara. Zaba telah dianugerahkan gelaran pendeta oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu.Selain itu, terdapat pertubuhan-pertubuhan bahasa melayu moden zaman pramerdeka seperti Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa yang ditubuhkan pada tahun 1888 dan merupakan pertubuhan bahasa yang pertama mengembangkan bahasa melayu.Pertubuhan ini diasaskan oleh Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Datuk Muhammad Ibrahim Munsyi.Matlamat pertubuhan ini adalah untuk memelihara,memperlengkapkan dan memodenkan bahasa melayu dengan menyeragamkan ejaan,mencipta perkataan baru,menyediakan daftar kata dan memelihara ejaan jawi. Pertubuhan Persaudaraan Sahabat Pena Malaya(PASPAM) pula telah bermula dengan ruanganSahabat Penadalam akhbar Saudara pada tahun 1934.Pertubuhan ini telah diasaskan oleh Mohd Al Khatib dan Ariffin Ishak yang telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada 7 April 1934.Sepanjang kewujudan PASPAM telah mengadakan beberapa persidangan di Malaya dan Singapura yang telah berjaya menyedarkan orang melayu tentang perlunya persaudaraan melalui persuratan.Pertubuhan ini dapat

menterjemahkan dokumen-dokumen penting kerajaan inggeris di samping dapat menyediakan buku teks untuk kegunaan sekolah-sekolah di Negeri melayu Bersekutu dan Selat.Pengasasnya ialah O.T Dussek dan Zaba.Angkatan Sasterawan 50(ASAS 50) merupakan pertubuhan sebelum merdeka yang paling besar sumbangannya kepada perancangan dan perkembangan bahasa.(ASAS 50) telah berjaya

menganjurkan Kongres bahasa dan Persuratan Melayu pertama yang memutuskan untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kemudian kongres Bahasa dan Persuratan Melayu kedua telah memutuskan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi untuk memudahkan bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan.Manakala dalam kongres bahasa dan persuratan melayu ketiga ASAS 50 telah mencadangkan penubuhan Balai Pustaka,penyatuan bahasa melayu dan bahasa

Indonesia termasuk bahasa melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah iaitu Cuma wujud satu jenis sekolah rendah,menengah dan pengajian tinggi yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.Peranan ASAS 50 dalam perkembangan bahasa melayu termasuklah aspek ejaan dan peristilahan hingga mengangkat taraf bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.Akhbar dan majalah juga turut memainkan peranan dalam perkembangan bahasa melayu moden pramerdeka melalui kemajuan dalam alat percetakan iaitu sebagai tempat untuk menyampaikan pendapat dan pandangan terhadap bahasa melayu. Bahasa melayu moden Pascamerdeka pula ialah semasa Malaysia mencapai kemerdekaan,bahasa melayu telah menjadi bahasa kebangsaan.Jadi proses

perancangan bahasa telah dilakukan untuk meningkatkan taraf bahasa melayu yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Perancangan bahasa melayu merujuk kepada usaha untuk memupuk,mengembangkan dan membaiki bahasa melayu ke arah bahasa moden.Aktiviti perancangan bahasa melayu terdiri daripada perancangan taraf bahasa,perancangan korpus bahasa dan perancangan strategi. Pengekodan sebutan yang menentukan pengekodan bahasa melayu ialah dialek Johor Riau telah dijadikan sebutan perantaraan rasmi kerana mempunyai taraf pemahaman yang tinggi berbanding dengan dialek-dialek melayu lain.Pengekodan bahasa melayu meliputi perkamusan seperti penghasilan daftar-daftar kata dan penyusunan

kamus.Pengekodan ejaan seperti berlaku pengguguran atau penggatian penggunaan lambang koma di atas () seperti alam bertukar kepada alam.Pengekodan peristilahan ialah cara untuk pembetukan istilah dengan memepertahankan sifat bahasa melayu atau melakukan proses peminjaman terjemah dari bahasa asing.pengekodan tatabahasa untuk menggunakan tatabahasa dengan betul seperti dari segi

penggadaan,pengimbuhan dan struktur kata. Melalui akta bahasa kebangsaan telah menguatkuasakan pelaksanaan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi iaitu semua urusan kerajaan sama ada urusan kerajaan persekutuan atau negeri dan pihak berkuasa awam mesti menggunakan bahasa melayu.Tetapi akta ini memberi beberapa kekecualian kepada beberapa urusan untuk menggunakan bahasa inggeris seperti dalam undang-undang dan sebagainya.Laporan

Razak telah mensyorkan bahasa melayu dipelajari di semua sekolah.Laporan Rahman Talib pula memberi cadangan untuk kelulusan dalam bahasa melayu sebagai syarat wajib untuk memasuki skim latihan perguruan.Sehingga kini,Bahasa melayu moden berfungsi sebagai bahasa komunikasi,bahasa perpaduan dan bahasa ilmu.

FONETIK FONOLOGI
FONOLOGI Fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut.Bunyi bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi yang bertujuan untuk menganalisis sIstem ini. FONETIK Fonetik ialah bidang-bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi tersebut.Bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang digunakan dalam bahasa untuk berkomunikasi.Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya,daerah pengeluarannya dan sifat fizikal. Jenis-jenis fonetik ialah fonetik artikulasi iaitu sebutan,fonetik auditori iaitu pendengaran dan fonetik akustik iaitu sifat bunyi.

Fonetik artikulasi ialah kajian dari segi pergerakan alat-alat yang menghasilkan bunyi.Ia mengkaji bagaimana bunyi bahasa itu dihasilkan atau yang dikeluarkan oleh alat artikulasi. Fonetik auditori pula ialah kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan.Pendengaran bunyi adalah penting kerana ia dapat menentukan jenis-jenis dan perbezaan antara bunyi. Fonetik akustik pula ialah kajian dari segi sifat-sifat atau hakikat bunyi itu sendiri.Mengikut fonetik akustik bunyi adalah gelombang-gelombang udara yang asalnya keluar daripada paru-paru dan mengalami perubahan yang disebabkan olehgangguan yang dilakukan oleh alat artikulasi seperti pita suara,lidah,bibir dan sebagainya.

FONEMIK Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa secara sinkronik,khususnya untuk menegenalpasti fonem-fonem dalam bahasa tersebut dan menghasilkan sistem tulisan.Fonemik mengkaji bunyi-bunyi yang penting dalam sesuatu bahasa itu.Bunyi itu penting kerana ia mempunyai fungsi atau ciri pembeza. FONEM Fonem adalah unit penggalan bahasa yang terkecil yang dapat membezakan makna.Banyak bunyi bahasa boleh diujarkan oleh alat artikulasi dan digolongkan kepada beberapa bunyi yang penting sahaja.

Jadual fonem konsonan di dalam Bahasa Melayu Bibir Nasal m /m/ Bibirgigi Gigi Alveolar n /n/ PascaPeti Lelangit Velum Uvula Alveolar suara ny // ng //

Plosif Afrikat Frikatif Anggaran Lateral

p b /p/ /b/

t d /t/ /d/ c j /t/ /d/ f v /v, /f/ / s /s/ z /z/ sy /, , sj] r /r/ l /l/ y /j/

k g /k/ /g/

h /h/ w /w/

Jadual fonem vokal di dalam Bahasa Melayu Ketinggian Tertutup Pertengahan Terbuka Hadapan Tengah Belakang i [i] e [e, ] e [] a [a] u [u] o [o, ] a []

Transkripsi fonetik
Kehidupan adalah sesuatu yang sangat suci dan amat bernilai.Namun,adakah terdapat peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk melindungi kehidupan khususnya terhadap janin yang belum dilahirkan, dianggarkan 50 juta kejadian pengguguran

berlaku di seluruh dunia setiap tahun dan separuh darinya dilakukan di luar sistem penjagaan kesihatan yang sempurna.Kebanyakan pengguguran yang dilakukan mempunyai alasan tertentu seperti wujudnya ancaman kepada kesihatan atau nyawa ibu yang mengandung,hamil akibat perkosaan, perhubungan seks luar nikah,janin yang cacat dan jantina janin.Terdapat pelbagai kaedah pengguguran terlarang yang dilakukan di seluruh dunia berdasarkan amalan budaya setempat.Kesannya,di kebanyakan negara berkenaan pengguguran terlarang berakhir dengan kematian wanita mengandung itu sendiri.

[Khidupan] adalah [sswatu] [a] [saat] [sui] dan amat bernilai.namun adakah [trdapat] [pruntukan] [unda-unda] [a] [menukupi] untuk [melindui] [khidupan] [ususa] [trhadap] [anin] [a] [blom] dilahirkan, diagarkan 50 [uta] [kadian] [peguguran] [brlaku] di [sluruh] dunia [stiap] tahun dan [sparuh] [daria] dilakukan di luar [sistm] [pnagaan] [ksihatan] [a] [smpurna]. [kbaakan] [pguguran] [a] dilakukan [mmpuai] alasan [trtntu] [sprti] [wujuda] [anaman] [kpada] [ksihatan] atau [awa] ibu [ya] [meandu], hamil akibat [prkosaan], [prhubuan] seks luar nikah,[ anin] [a] [aat], [antina] dan [anin].[trdapat] [plbagai] kaedah [peguguran] [trlarang] [a] dilakukan di [seluroh] dunia [brdasarkan] amalan [budaa] [stmpat].[ksana], di [kbaakan] [ngara] [pguguran] [trlara] [brair] [dan] [kmatian] wanita itu [sndiri].

Rujukan lambang fonetik yang digunakan dalam petikan

Letusan lelangit keras tak bersuara Letusan lelangit keras bersuara Separuh vokal Sengauan lelangit lembut Sengauan lelangit keras

c j y ng ny

menukupi kadian a Saat kbaakan

Konsonan pinjaman geseran lelangit lembut Vokal tengah

kh pepet

ususa sprti

REFLEKSI
Pada .8.2009 saya telah menerima tugasan pendidikan seni visual oleh Encik AznanBin Azoedin.Pertama sekali yang saya lakukan ialah cuba memahami soalan yang diberikan dengan teliti dengan membaca soalan yang telah diberikan secara berulang kali untuk mendapatkan isi yang dikehendaki oleh soalan bagi menyiapkan tugasan.Pada mulanya saya merasakan bahawa soalan yang diberikan mempunyai skop yang luas.Tetapi seteleh membuat perbincangan dan membaca serba sedikit maklumat yang diperolehi saya telah dapat melihat sub topik yang diperlukan bagi mengolah jawapan.Seterusnya melalui pengumpulan dan pembacaan maklumat daripada media cetak dan elektronik saya membuat nota ringkas supaya dapat difahami dan memudahkan proses menyiapkan tugasan ini dapat disiapkan pada waktu yang telah ditetapkan. Namun saya sedari, terdapat kelemahan dan kekurangan yang

tedapat dalam tugasan yang telah disiapkan ini. Terutamanya dari segi penggunaan

tatabahasa, pembinaan ayat serta penyusunan ayat yang kemungkinan tidak tersusun dengan baik dan koheran. Mungkin juga terdapat kelemahan dari aspek keluasan maklumat yang diperolehi kerana tidak melakukan banyak rujukan. Jadi sebagai cadangan untuk penambahbaikan, saya akan memperbaiki kelemahan dari segi kesilapan penggunaan tatabahasa, penggunaan wacana, pembinaan ayat serta penyusunan ayat supaya tugasan yang akan datang dapat dihasilkan dengan lebih berkesan dan sempurna. Di samping itu, saya juga akan melakukan penambahbaikan dengan meluaskan lagi skop pembacaan dan pencarian maklumat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.Akhirnya, setelah saya berjaya menyiapkan kertas kerja ini,saya berasa sangat berpuas hati dan bersyukur kerana saya telah mempelajari dan mengetahui maklumat dan ilmu pengetahuan baru yang berkaitan dengan kaedah pengajaran yang berkesan untuk pendidikan seni visual di sekolah terutamanya dari segi teori pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah iaitu melalui pembacaan dan rujukan yang dilakukan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Konklusinya, melalui segala pengalaman yang diperolehi sepanjang menyipakan tugasan ini, akan saya gunakan dan manfaatkan segala ilmu yang telah saya perolehi sepanjang proses untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin supaya dapat digunakan untuk tugasan yang akan datang.

Filum Bahasa Austrik/Austris

Rumpun Austronesia

Rumpun Austroasia

Rumpun China Tibet

Rumpun Austronesia barat

Rumpun Austronesia Timur

Keluarga Indonesia

Subkeluarga Filiphina-Formosa

Keluarga Melanesia

Keluarga Mikronesia

Keluarga Polinesia

Subkeluarga Indonesia Pusat

Tagalog

Bisaya

Sulu

Bikol

Sumatera

Jawa

Kalaimantan

Bali-Sasak

Bahasa Melayu

Bahasa Acheh

Bahasa Minanagkabau

Bahasa Lampung

Salasilah Bahasa

Bahasa Melayu Purba

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Induk

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Moden

Dialek Johor Riau

Hubungan bahasa melayu melayu moden dengan bahasa melayu purba

BIBLOGRAFI
TEKS BAHASA MELAYUSTPM,NIK SAFIAH KARIM &WAN MALINI AHMAD PENERBIT FAJAR BAKTI SDN.BHD SHAH ALAM 2006 Teks BAHASA DAN ILMU BAHASA DAN FONOLOGI SAMSURI,DBP,KL,1972 FONETIK DAN FONOLOGI:SIRI P&P BAHASA MELAYU,PROF EMERITUS DR,ABDULLAH HASSAN PENGANTAR LINGUISTIK PROF DR.J.W.M VERHAAR,GADJAH MADA UNIVERSITI PRESS YOGJAKARTA 1988. .DR.AWANG HAD SALLEH (NOVEMBER 1958:536-540) Ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu www.Docstoc.com/search/sejarah perkembangan bahasa melayu www.tutor.com.my/stpm/asal usul _bahasa melayu. Ms.wikipedia.org/wiki.Bahasa Melayu Slametmuljana. Asal bangsa dan bahasa Nusantara, 1975. passim., m.s. 12-18. Ibid., m.s. 30. Asmah Hj. Omar. Susur galur bahasa Melayu, 1985, m.s. 395

Refleksi