Anda di halaman 1dari 3

Biskut Susu Marble

kak fida@myresipi.com Tak banyak guna bahan..adunan yang juga boleh divariasikan...kukis yg lemak,ringan dan garing... :)

Bahan-bahan ( 60 keping - lebih kurang )


125 g mentega lembut (1/2 buku) 95g susu pekat manis (1/4 tin) 1/2 sb gula halus/icing (opt) 1 3/4 cawan tepung naik sendiri - ayak 1/2 sk esen vanilla 1 sb serbuk koko - ayak

Cara-cara

1. Putar mentega,susu manis,gula dan esen hingga sebati.Masukkan tepung sedikit2 sambil diuli hingga boleh dikepal.(sekiranya adunan masih melekit boleh tambah sedikit lagi tepung naik sendiri.)

2. Ambil 1/3 adunan dan bubuh serbuk koko dan gaul rata.

3. Gulung kedua2 doh berasingan memanjang.

4. Lekatkan dan gulung lagi,potong2 doh beberapa bahagian dan bulat2kan sebesar guli dan susun atas dulang pembakar.Leperkan sedikit dengan garfu jika suka.

5. Bakar pd suhu 160C selama 10-15 min atau hingga garing.Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.

6. Doh boleh dibahagi 3 dan warnakan ikut suka dan lakukan seperti doh yg dimarblekan.

7. Bulatkan dan bakar hingga garing.

8. Untuk biskut susu plain hanya dibulat2kan dan tekan hirisan ceri merah di atasnya.

9. Untuk biskut susu choc chip hanya tambah 1/4 cawan choc chip atau secukupnya,gaul rata,bulat2kan dan bakar hingga garing.

Anda mungkin juga menyukai