Anda di halaman 1dari 2

HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN

SINOPSIS Cerita mengisahkan jurai keturunan Rajaraja Kalimantan. Bermula dengan Sang Raja Majapahit yang beranakkan Brawijaya. Brawijaya menjadi Raja di Benua Lama dan mempunyai anak bernama Raja Baporang. Jurai Raja-raja Kalimantan ini berkembang apabila dikahwinkan dengan anak-anak raja dari negeri lain. Keturunan raja-raja Kalimantan ini merantau ke negeri-negeri yang lain. Mereka kemudiannya dikahwinkan dengan anak raja negeri tersebut. Ada juga yang menjadi raja di negeri persinggahan itu. Raden Sulaiman digelar Sultan Muhammad Saifuddin di negeri Sembas. Opu Daeng Chelak menaiki takhta menggantikan Opu Daeng Merewah yang meninggal dunia di Riau. Raden Bima dititahkan ke Sukadana dan dikahwinkan dengan Puteri Indera Kesuma yang bersaudara dengan Sultan Muhammad Zainuddin. Jurai-jurai ini berterusan sehinggalah kepada Opu Daeng Menambun merupakan Raja Bugis. Baginda berkahwin dengan Puteri Kesumba, anak kepada Sultan Muhammad Zainuddin. Opu Daeng Menambun dan Puteri Kesumba dikurniakan sepuluh orang anak. Lima orang lelaki dan lima orang perempuan. TEMA Jurai keturunan kesultanan Melayu di rantau kepulauan Melayu PERSOALAN a) Perkembangan keturunan jurai raja-raja keturunan Kalimantan b) Hubungan diplomatik yang dibina melalui hubungan perkahwinan c) Kebesaran kerajaan Melayu pada abad ke-8 WATAK DAN PERWATAKAN Opu Daeng Menambun Merupakan Raja Bugis Berkahwin dengan Puteri Kesumba Mempunyai sepuluh orang anak, iaitu lima anak lelaki dan lima perempuan Puteri Kesumba Anakanda kepada Sultan Muhammad Zainuddin Isteri kepada Opu Daeng Menambun (Raja Bugis) Dikurniakan sepuluh orang anak Utim Dawaman Anak sulung kepada Opu Daeng Menambun dan Puteri Kesumba

Bersuamikan Raja Landak yang bergelar Raja Bagus Mempunyai empat orang anak iaitu Utin Nit, Utin Saadiah, Pangeran Suta dan Utin Salamah Gusti Jamiral Anak kedua Opu Daeng Menambun Bergelar Panembahan Adi Jaya Kesuma Mempunyai sembilan orang anak iaitu Gusti Emas, Gusti Jati, Utin Ratnadi, Raden Saleh, Raden Kantun, Emas Jurit, Emas Johara, Gusti Johan dan Gusti Amir Gusti Jamadin Anak ketiga Opu Daeng Menambun Digelar Sambas Pangeran Chakra Mempunyai dua orang anak, iaitu Utin Chik yang bersuamikan Pangeran Bendahara dan Gusti Putik yang digelar Pangeran Kusuma Negara LATAR Latar Masa - Pada abad ke-18 Latar Tempat - Negeri Sukadana - Negeri Mempawah - Negeri Pontianak - Kampung Matan Latar Masyarakat - Masyarakat golongan raja - Masyarakat daripada keturunan Raja-raja Kalimantan GAYA BAHASA a) Bahasa Klasik. adapun Contoh: alkisah; maka;

NILAI a) Bijak b) Mengambil berat akan asal usul keturunan c) Jati diri yang kental PENGAJARAN a) Kita mestilah bangga akan asal usul sendiri b) Kita hendaklah memahami jurai keturunan yang dapat merapatkan silaturrahim c) Kita sepatutnya mendokumentasikan jurai keturunan supaya dapat menjadi rujukan akan datang LATIHAN 1. Gelaran bagi Gusti Jati ialah... A. Sultan Kamaruddin B. Pangeran Perabu Anom C. Sultan Muhammad Zainal Abidin D. Panembahan Omar Kamaruddin

2. Yang manakah anatar berikut bukan adikberadik Opu Daeng Menambun? A. Opu Daeng Perani B. Opu Daeng Kemboja C. Opu Daeng Merewah D. Opu Daeng Chelak 3. Pilih kesudahan cerita Hikayat Opu Daeng Menambun A. Puteri Kesumba bersuamikan Raja Bugis yang bernama Opu Daeng Menambun B. Berkembangnya keturunan Sang Raja Majapahit di Kalimantan C. Jurai keturunan Pangeran Agung yang mempunyai tujuh orang anak D. Anak Opu Daeng Menambun yang kesepuluh berkahwin dengan Pangeran Ghafura.