Topik 2
2.0 Sinopsis Topik ini merangkumi jenis-jenis sistem nombor dan memfokus kepada takrif sistem
nombor, mengklasifikasi set nombor Nyata dan perwakilan nombor. Sistem nombor dalam topik ini merujuk kepada Nombor Nyata termasuk set nombor asli, Nombor Bulat, Integer, Nombor Nisbah dan Nombor bukan Nisbah. 2.1 Hasil Pembelajaran
Nombor Nyata
Nombor Asli
Nombor Bulat
Integer
Nombor Nisbah
2.3 Sistem Nombor Teori Nombor ialah salah satu cabang tertua dalam matematik tulin dan memfokus kepada kajian tentang nombor asli. Aritmetik diajar di sekolah kepada kanak-kanak dan dimulakan dengan mempelajari nombor dan operasi nombor. Set nombor pertama diperkenalkan kepada kanak-kanak ialah set nombor yang boleh bilang atau nombor asli. Di dalam matematik, sistem nombor ialah suatu set nombor. Kanak-kanak mula mempelajari nombor asli : 1,2,3, ............... dengan empat operasi asas iaitu operasi penambahan,penolakan,pendaraban dan pembahagian. Kemudian, nombor bulat 0,1,2, .... diperkenalkan, diikuti oleh integer termasuk nombor negatif. Langkah seterusnya termasuklah nombor nisbah dan nombor bukan nisbah. Secara ringkasnya sistem nombor merangkumi topik nombor asli, nombor bulat,integer,nombor nisbah dan nombor bukan nisbah dan nombor nyata.
18
Dengan mempelajari sistem nombor, ia boleh membantu anda untuk memahami dengan lebih baik teori asas nombor di dalam topik seterusnya. 2.3.1 Takrif
Untuk menjadi guru matematik yang baik, kita perlu menguasai pengetahuan yang mendalam tentang sistem nombor yang berbeza. Adalah suatu kemestian untuk tahu mentakrifkan set nombor yang berlainan. Nombor Nyata Apakah dia nombor nyata? Suatu nombor nyata merujuk kepada sebarang nombor yang terletak pada garisan nombor .Nombor nyata mengandungi semua nombor nisbah ( iaitu nombor perpuluhan berulang yang infiniti, nombor positif, negatif dan sifar) bersama dengan satu set nombor dipanggil nombor bukan nisbah. Dalam lain perkataaan, set nombor nyata ialah set semua nombor yang diwakilkan oleh nombor perpuluhan infiniti. Di sekolah, nombor boleh bilang diajar terlebih dahulu, diikuti oleh nombor bulat,pecahan dan integer. Hubungan antara set nombor ini ditunjukkan di bawah. Pecahan
Nombor Bulat
Integer Setiap anak panah mewakili ialah subset bagi, sebagai contoh, set nombor boleh bilang ialah subset bagi suatu set nombor bulat, dan seterusnya. Kedua dua nombor pecahan dan integer menjana sistem nombor bulat.
19
Gambarajah di atas boleh dijanakan untuk merangkumi set nombor nisbah seperti di bawah:
Pecahan Nombor boleh bilang Nombor Bulat Integer Mari kita ulangkaji takrif untuk set nombor yang berlainan seperti rumusan yang Nombor Nisbah
ditunjukkan dalam jadual di bawah. Takrif ditulis menggunakan set notasi. Penggunaan simbol { } ,dipanggil kurungan menandakan set tertutup dan terbuka bagi pungutan atau kumpulan nombor-nombor. Tiga titik selepas nombor 3 menandakan pola adalah berterusan. Takrif bagi set nombor-nombor Nama Nombor Asli Nombor bulat Integer Set {1, 2, 3, . . .} {0, 1, 2 , 3, . . .} Nota dan contoh mewakili semua nombor boleh bilang bermula dengan 1 Bermula dengan sifar termasuk semua nombor asli.
{0, 1, 2, 3,. . .} termasuk nombor bulat negatif, 0 dan positif. Dibaca sebagai p per q, di mana p dan q adalah integer,q 0 . Nombor nisbah boleh ditulis dalam bentuk perpuluhan, iaitu sama ada perpuluhan terhad atau berulang. Contoh: | p dan q
1 =0.5 dan 2 2 = 0.67 3
Nombor nisbah
p q
di mana palang di atas 67 bermaksud nombor 6 dan 7 ditulis berulang iaitu 0.67676767676...... Nombor bukan nisbah {x | x ialah nombor Contoh: perpuluhan tak berulang dan tak pi () 3.14159. . , ; terhad. }
e 2.71828 ; 2 , etc.
Nombor nyata
{x | x boleh ditulis Dibaca sebagai semua nombor x, sedemikian hingga x boleh sebagai nombor ditulis sebagai perpuluhan. perpuluhan.}
20
2.3.2
Di dalam matematik, jenis nombor yang berlainan dikumpulkan bersama dan diberi nama khusus. Adalah mustahak untuk memahami organisasi set nombor ini. Nombor nyata boleh diklasifikasikan di bawah set nombor yang berlainan. Perhatikan senarai nombor yang ada dalam jadual di atas. Apakah yang dapat anda perhatikan? Bila kita melihat senarai ke bawah, suatu set baru akan mengandungi semua set nombor di atasnya. Sebagai contoh,Nombor bulat mengandungi nombor asli di dalamnya. Hakikatnya, suatu set nombor bulat mengandungi semua nombor asli bersama satu nombor baharu iaitu sifar. Jika kita terus lihat senarai ke bawah, nombor menjadi lebih rumit. Pecahan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada satu yang menyeluruh. Pada masa yang sama, bila kita belajar mengenai hutang dan nombor negatif, kita mula menggunakan integer.
Daripada penerangan di atas, tentang set yang berlainan yang terdapat dalan sistem nombor nyata, kita boleh lihat bagaimana suatu set nombor mempunyai hubungan antara satu sama lain dan diklasifikasikan secara progresif. Sekarang bolehkah anda menerangkan hubungan antara set?
21
Nombor Nisbah
Nombor Nisbah -1 -2 -3 0
11.23
3 4
Integer
3.2 5 4
3.1427....
Uji kefahaman anda! 1. Tentukan sama ada pernyataan berikut betul atau salah. Beri sebab bagi jawapan anda. i. Setiap integer ialah nombor nisbah.. ii. Setiap nombor nisbah adalah juga nombor bukan nisbah. iii. Setiap nombor asli ialah suatu integer. iv. Setiap integer ialh nombor asli. 2. Pertimbangkan set nombor berikut: { - 81, - 0.315, 1, 3 , , 23, 6, 27, 3, 89.4, 100 000 } Klasifikasikan dan senaraikan nombor berikut di atas mengikut set yang betul. i Nombor asli ii Nombor Bulat iii integer iv Nombor nisbah
22
2.3.3
Perwakilan Nombor
Selain menggunakan set notasi untuk mewakili pelbagai jenis nombor nyata, kita juga boleh menggunakan abjad atau huruf untuk mewakilkan set nombor nyata. Ini ditunjukkan dalam jadual di bawah. Nama bagi set nombor Nombor asli Nombor Bulat Integer Nombor Nisbah Nombor Bukan Nisbah Nombor Nyata Simbol yang mewakili set N W Z Q Q' R
Nombor nyata juga boleh diwakilkan menggunakan garisan nombor. Menulis nombor pada garisan nombor memudahkan kita untuk mengenalpasti nombor yang kecil dan yang besar. Susunan nombor nyata adalah secara tertib pada garisan nombor. Titik disusun secara tertib supaya nombor yang besar terletak di sebelah kanan sifar dan nombor kecil berada di sebelah kiri, seperti yang ditunjukkan di bawah.
Garisan Nombor
Nombor di sebelah kanan lebih besar daripada nombor di sebelah kiri. 8 lebih besar daripada 5 1 lebih besar daripada -1 Tetapi perhatikan bahawa -8 lebih kecil daripada -5
23
Setiap nombor nyata berpadanan dengan jarak pada garisan nombor, yang bermula dengan sifar di titik tengah. Nombor negatif mewakili jarak ke kiri daripada sifar, dan nombor positif ialah jarak ke kanan. Anak panah di hujung menandakan garisan adalah berterusan di kedu dua arah.
10
11
Cuba wakilkan set nombor lain yang dibincangkan di atas menggunakan garisan nombor. Kesimpulannya, Nombor Nyata terdiri daripada perkara berikut: Nombor Nisbah + Nombor bukan Nisbah Semua titik terletak pada garisan nombor. Semua jarak yang mungkin terletak pada garisan nombor.
Perbincangan di atas bertujuan membantu anda untuk mengenali dan mencirikan set nombor berlainan yang terdapat dalam sistem nombor nyata. Di harap anda telah mendapat kefahaman yang mendalam tentang sistem nombor dan bersedia untuk topik seterusnya. SELAMAT BELAJAR!
1. Rujuk pada Resource Materials dan baca nota tentang Numbers and Numeration.
24
2. Cari sesawang yang bertajuk Classification of number systems. Cetak maklumat dari seswang tersebut dan simpan dalam portfolio anda. Rujukan Sesawang yang relevan: 1. Number theory: http://www.math.niu.edu/~rusin/known-math/index/11-XX.html 2. Number Systems: http://www.jamesbrennan.org/algebra/numbers/real_number_system.htm 3. The Real Number System: http://www.jamesbrennan.org/algebra/numbers/real_number_system.htm 4. Whole Numbers and Integers http://www.mathsisfun.com/whole-numbers.html
25