Anda di halaman 1dari 10

DEFINISI PEMASARAN Satu proses sosial dan pengurusan di mana individu atau kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak

mereka melalui penghasilan dan penukaran produk atau nilai di kalangan mereka. Menurut Philip Kotler, pemasaran merupakan aktiviti manusia dalam memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui proses pertukaran. Bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusan-urusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk, perletakan harga, pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan. menyalurkan barangan dan mencari perkhidmatan kepada pengguna akhir. tujuannya ialah untuk

keuntungan di mana barang akan keluar apabila ada permintaan dan permintaan mempromosikan produk mereka.

pula bergantung kepada keperluan dan kehendak pelanggan. Para pengeluar menggunakan saluran yang sesuai untuk

PENDIDIKAN Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian Pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksana. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi

mengasuh jasmani dan rohani seseorang agar dapat sampai ke satu tahap keindahan dan kesempurnaan yang paling tinggi. Secara jelasnya, pendidikan adalah suatu usaha membentuk kesempurnaan dan keindahan di dalam diri individu.Plato satu usaha untuk menyediakan akal-fikiran untuk diisikan dengan ilmu pengetahuan, sebagaimana menyiapkan tanah untuk diisikan dengan tanam-tanaman. (Aristotle) proses mengubah sikap dan tata laku seseorang dalam usaha mematangkan individu (Kamus Dewan)

pendidikan bolehlah ditakrifkan sebagai proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada seseorang.

PENGERTIAN PEMASARAN PENDIDIKAN Menawarkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan pembentukan sahsiah secara menyeluruh. Ini kerana sifat pendidikan lebih kompleks, yang dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, hasil pendidikannya mengacu jauh ke hadapan, membina kehidupan warga negara, generasi penerus ilmuwan di kemudian hari. Secara umumnya, Pemasaran pendidikan itu boleh ditafsirkan sebagai satu bentuk pemasaran produk perkhidmatan pendidikan kepada masyarakat yang memerlukan Ilmu pengetahuan dan maklumat. Suatu proses sosial dan pengurusan material pendidikan, baik oleh individu atau Institusi, untuk memberikan perkhidmatan atau produk yang diperlukan masyarakat (pelanggan) melalui penciptaan, penawaran dan pertukaran produk yang bernilai.

WADAH POPULAR PEMASARAN PENDIDIKAN SEKOLAH Merupakan tempat pembelajaran secara formal dengan produk pendidikan yang kebanyakannya merupakan asas kepada kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh setiap insan. KOLEJ Pusat pemelajaran lanjutan yang menawarkan produk pembelajaran yang agak khusus dan dipilih oleh pelajar sendiri mengikut bidang dan minat mereka. UNIVERSITI Pusat pengajian ilmu dengan pelbagai produk ilmu yang bertaraf tinggi dengan standard kualiti yang mampu mengankat martabat seseorang. Universiti merupakan wadah ilmu dan pusat pemasaran ilmu yang sangat popular.

INTERNET- ICT Masa kini internet merupakan salah satu tumpuan yang sangat popular utnuk memasarkan produk pendidikan yang berbentuk maklumat dan pengetahuan melalui penjualan dalam website dengan teknik online sale atau pun menggunakan internet sebagai wadah iklan bagi memasarkan produk pendidikan. Misalnya dengan wujudnya portal-portal pendidikan. Produk pendidikan elektronik, nota berupa e-book, contohcontoh soalan peperiksaan dan sebagainya.

MAJALAH Melalui majalah pula, produk pendidikan dapat dipasarkan dengan menerbitkan pelbagai produk ilmu yang diperlukan oleh pelajar pada tahap tertentu. Sebagai contaoh Majalah Siswa SPM adalah utnuk pelajar tingkatan empat dan lima.

SURAT KHABAR Melalui surat khabar terdapat sedikit ruangan yang disediakan untuk ruangan pendidikan. Misalnya tips-tips untuk menghadapi peperiksaan atau menjawab soalansoalan untuk beberapa mata pelajaran tertentu.

TELEVISION Pemasaran Produk pendidikan melalui television merupakan fenomena yang sudah lama diamalkan oleh stesen-stesen TV yang ada. Masa kini di Malaysia, antara pemasaran pendidikan melalui TV adalah melalui kelolaan astro. Misalnya TV-IQ , astro Ceria dan lain-lain.

BENGKEL PENDIDIKAN Bengkel pendidikan merupakan cara yang agak lama dalam memasarkan produk pendidikan. Biasanya bengkel ini dianjurkan oleh institusi pendidikan tertentu dalam jangka masa yang pendek iaitu sehari dua sahaja dan peserta memerlukan yuran untuk mengikuti bengkel tersebut.

ELEMAN-ELEMAN DALAM PEMASARAN PENDIDIKAN Produk Pendidikan Produk merupakan segala sesuatu yang dapat ditawarkan untuk diperhatikan, diminta, dibeli, digunakan, atau dipasarkan untuk memenuhi keperluan atau keinginan pasaran penidikan. Produk yang ditawarkan meliputi barang fizikal, perkhidmatan, organisasi, dan idea. Produk perlu selalu ditingkatkan kualitinya supaya pelanggan. Harga (Biaya Pendidikan) Untuk berjaya dalam memasarkan suatu produk, organisasi pendidikan harus menetapkan harga/biaya pendidikan secara tepat. Harga merupakan satu-satunya unsur pemasaran yang memberikan pendapatan bagi institusi pendidikan, Tiga unsur (produk, distribusi informasi, dan promosi) memerlukan biaya dapat memuaskan kehendak

(pengeluaran). Harga dalam dunia pendidikan boleh diungkapkan dengan berbagai istilah. Misalnya yuran, gaji, imbuhan dan sebagainya. Harga tersebut dihubungkan dengan manfaat yang diperolehi atas suatu produk.

Sasaran (Pelanggan) Mengenal pasti siapakah pelanggan kepada perkhidmatan yang ditawarkan. Memperuntukkan jumlah pelanggan (target costumer) Pelanggan sangat penting untuk membolehkan produk pekhidmatan pendidikan dapat dipasarkan dan di analisis kualitinya mengikut kehendak pelanggan dan perkembangan masa.

Lokasi (Wadah pemasaran) Tempat di mana perkhidmatan pendidikan disampaikan. Ini merupakan bahagian dari nilai dan manfaat perkhidmatan yang dirasakan berperanan sebagai bahan pertimbangan dalam menentukan pilihan oleh pelanggan. Dalam hal ini penyedia perkhidmatan perlu mempertimbangkan faktor-faktor: (1) akses - iaitu kemudahan mencapai lokasi. (2) vasibilitas - iaitu organisasi dapat dilihat dengan jelas kewujudannya; (3) lalu lintas (kesibukan traffic) yang akan mempengaruhi minat customer terhadapperkhidmatan. (4) tempat letak kereta yang luas; (5) ketersediaan bahan untuk kemungkinan perluasan usaha; (6) persaingan- iaitu dengan mempertimbangkan lokasi organisasi pesaing. (7) keselesaan tempat. Promosi Merupakan suatu bentuk komunikasi pemasaran Aktiviti pemasaran dalam berusaha menyebarkan informasi, mempengaruhi/memujuk, menarik pelanggan agar bersedia menerima, membeli dan setia pada produk yang ditawarkan oleh organisasi perkhidmatan pendidikan. Aktiviti tentang bagaimana memberitahu pelanggan tentang keberadaan

produk/perkhidmatan pendidikan. Physical Evidence (Bukti Fizikal) merupakan bahan dan prasarana yang mendukung proses penyampaian perkhidmatan pendidikan bagi membantu tercapainya objektif dan janji perkhidmatan suatu organisasi pendidikan kepada pelanggannya.

Misalnya bahan-bahan bantu mengajar dan peralatan-peralatan yang sesuai dan terkini untuk membolehkan penyampaian Ilmu lebih sistematik. Proses Proses penyampaian perkhidmatan pendidikan merupakan inti dari seluruh pendidikan, kualiti dalam seluruh elemen yang menunjang proses pendidikan menjadi hal yang sangat penting untuk menentukan keberhasilan proses pembelajaran sekaligus sebagai bahan evaluasi terhadap pengelolaan organisasi pendidikan dan citra yang terbantuk akan membentuk sirkulasi dalam merekrut pelanggan pendidikan.

Komponen Pemasara Pendidikan Tiga komponen dasar dalam penerapan pemasaran pendidikan, iaitu: (1) integrated marketing (2) create customer satisfaction (3) a profit

Dimana kita harus mengurus 4 faktor: (1) customer-impinging resources (2) policies (3) activities (4) market segmentation

kerana empat faktor tersebut akan memberikan referensi terhadap pilihan para pelanggan perkhidmatan produk pendidikan yang dihasilkan. Akan tetapi lebih spesifik lagi bahwa pemasaran memiliki empat aktiviti iaitu analysis, organization, planning dan control.

Model-Model Strategi Pemasaran Pendidikan Pemasaran Eksternal Pemasaran Internal Pemasaran Interaktif

Pemasaran Eksternal Aktiviti normal organisasi pendidikan dalam mempersiapkan produk, menetapkan harga, melakukan distribusi informasi dan mempromosikan produk perkhidmatan yang bernilai superior kepada para pelanggan(pelajar/ibubapa). Bila ini dilakukan dengan baik, maka masyarakat sebagai pelanggan akan terikat dengan organisasi, sehingga keuntungan jangka panjang akan terjamin.

Pemasaran Internal Tugas organisasi dalam rangka melatih dan memotivasi para guru, staff dan para murid

sebagai aset utama organisasi agar dapat memuaskan hati para pelanggan (ibubapa). Misalnya pemberian penghargaan atau reward. Aspek ini membangkitkan motivasi, moral

kerja, rasa bangga, loyaliti, dan rasa memiliki setiap orang dalam organisasi. Hal ini memerikan impak baik yang besar bagi organisasi dan pelanggan .

Pemasaran Interaktif Interaksi antara pelanggan. Interaksi guru dan staff

Pentadbir organisasi (Ketua Jabatan) Diharapkan setiap sumber daya usaha organisasi yang setia, bermotivasi tinggi, dan empowered dapat memberikan Kualiti Perkhidmatan pelanggan dan bakal pelanggan. menyeluruh kepada setiap

Bila ini berlaku, maka pelanggan yang puas akan menjalin hubungan berkesinambungan dengan individu dan organisasi yang berkaitan, dan mampu menjadi media pemasaran bagi organisasi.

ISU-ISU PEMASARAN PENDIDIKAN DI SEKOLAH Walaupun skop pemasaran seharusnya menjadi intipati penting di kalangan para pendidik, tetapi masih ada di antara mereka yang masih mencurigai akan fungsi atau keperluannya di dalam sektor pendidikan. Senario ini berlaku berikutan kecenderungan untuk mengaitkan istilah atau pendekatan pemasaran itu sendiri dengan sesuatu yang mempunyai nilai komersial. Ruang lingkup pemasaran seringkali dikaitkan dengan sektor perdagangan atau perindustrian yang melibatkan usaha pengagihan sesuatu keluaran berupa produk ataupun perkhidmatan kepada pengguna pada suatu nilai yang mampu mendatangkan keuntungan kepada pengeluar itu sendiri. Kesilapan tanggapan juga berlaku akibat persepsi songsang para pendidik yang melihat kecenderungan aktiviti pemasaran yang boleh mengganggu gugat kualiti pendidikan yang disemai di dalam penerapan dunia ilmu selama ini. Keaslian atau integriti fungsi penyampaian ilmu di kalangan para pendidik dilihat tidak seharusnya dicampuri dengan sebarang sentimen yang berbentuk komersial sehingga hilang nilai keikhlasan atau estetika sebenar. Para pendidik juga beranggapan, ruang lingkup profesion mereka tidak seharusnya dicemari dengan sebarang anasir di luar daripada bidang mereka sehingga boleh mengundang penyimpangan fungsi sebenar mereka di dalam dunia pendidikan.

Saranan Dalam dunia yang semakin terbuka luas tanpa sebarang persempadanan penjajahan minda akibat globalisasi pada hari ini, pihak sekolah umumnya dan para pendidik khususnya harus merubah persepsi terhadap aktiviti pemasaran. Selaku entiti utama yang mempunyai tanggungjawab besar terhadap pembentukan generasi pelapis dan komuniti setempat, pihak sekolah perlu mengorak langkah dan membuat peralihan minda untuk menerima peri penting peranan pemasaran di dalam dunia pendidikan. penyampaian apa dan bagaimana untuk mencurahkan ilmu kepada para pelajar. Pihak pendidik di sekolah pada hari ini tidak lagi boleh menghadkan peranan mereka terhadap fungsi

PENUTUP Dalam pemasaran Pendidikan ada yang berorientasi pada profit organitation dan ada pemasaran yang beroreintasi pada non profit organitation. Institusi pendidikan adalah termasuk ke dalam non profit organization. Institusi pendidikan adalah sebuah kegiatan yang memberi khidmat kepada pelanggan, berupa murid, siswa, mahasiswa dan juga masyarakat umum yang dikenal sebagai stakeholder. Institusi pendidikan pada hakikatnya bertujuan memberi layanan dan perkhidmatan pendidikan. Jadi strategi pemasaran pendidikan bererti rancangan yang komprehesif pada kegiatan memuaskan

organisasi pendidikan dalam memberi layanan perkhidmatan pendidikan yang strategi distribusi informasi perkhidmatan Institusi pendidikan.

kepada pengguna dengan cara memperhatikan konsep, model, produk, biaya pendidikan dan

Kaedah Pemasaran pendidikan mampu membantu institusi atau organisasi pendidikan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan dapat menarik minat pelanggan menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan seterusnya mampu meningkatkan produktiviti Sesebuah institusi pendidikan dan organisasi pendidikan yang menjurus ke arah wawasan pendidikan negara mencapai pendidikan bertaraf dunia.

Prof. Dr.Ansary Ahmad, Prof.Dr. Mansor Fadzil & Dr. John Arul Philips (2007).HBEF 1103 Sosiologi dan Falsafah Pendidikan Malaysia . Kuala Lumpur : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Kotler, Philip. 2003. Marketing Management. The Millennium Edition. New Jesrey:

Prentice-Hall International Inc.


Kotler, & Gery Armstrong. 2004. Marketing An Introduction. Third Edition. New Jesrey:

Prentice-Hall, Inc
Zaharah Bakar (2003). Asas Pemasaran. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. J.E. Mc Carthy Aand W.D. Perrault Jr. (1999). Basic Marketing: A Global Managerial

Approach. (12th Edition.) Irwin.


http://www.angelfire.com/bc3/bcc4/erti_matlamat.html http://www.scribd.com/doc/8767619/Pelan-Induk-Pembangunan-Pendidikan-20062010 http://www.marketingeducationreview.com/