Anda di halaman 1dari 3

http://akademimerdeka.

org/2010/10/27/kecacatan-institusi-awam-mungkin-penyebab-malaysiaketinggalan/ Kecacatan institusi awam mungkin penyebab Malaysia ketinggalan

Hafiz Noor Shams

Teori ekonomi arus perdana mencadangkan yang negara-negara miskin boleh mengalami pertumbuhan dengan lebih pantas dari negara-negara yang lebih kaya dan pada satu ketika, boleh menyertai kumpulan negara-negara kaya. Fenomena ini dikenali sebagai penyatuan (convergence) dan perkara ini dicapai hampir sepenuhnya melalui kemajuan teknologi dan pengumpulan modal.

Teori ini mempunyai bukti-bukti kejayaan dan kegagalannya. Jepun, Korea Selatan , Taiwan, Hong Kong dan Singapura adalah bukti kepada kesahihan teori ini. Hingga satu tahap tertentu, Malaysia dan negara-negara Ekonomi Harimau lain yang mengalami pertumbuhan menakjubkan pada tahuntahun 1980an dan 1990an adalah bukti kebenaran teori ini juga. Kemudian, pertumbuhan China dan India menambahkan keyakinan terhadap teori ini. Kegagalan model ini terlihat dalam ketidakmampuannya menerangkan kenapa majoriti negaranegara Afrika dan beberapa negara lain masih lagi tidak mencapai pertumbuhan sepantas yang diramalkan oleh model tersebut.

Beberapa jawapan dan penerangan untuk kegagalan teori itu menggambarkan penyatuan (convergence) yang lebih lanjut, dan juga kelainan bentuk pertumbuhan (divergence) di kalangan negara-negara telah ditawarkan untuk menjadi teori sampingan. Jawapan yang relevan untuk Malaysia pada ketika ini ialah tumpuan kepada institusi-institusi awam sebagai salah satu faktor untuk pertumbuhan.

Apabila kita perhatikan negara-negara yang gagal untuk bersatu dengan negara-negara yang lebih kaya, salah satu dari sebab-sebab yang jelas ketara adalah kurangnya institusi kerajaan yang berwibawa. Sistem kehakimannya tercalar dengan manipulasi dan tidak berdaya untuk memastikan keluhuran undang-undang dijunjung teguh dengan kesamarataan layanan terhadap semua rakyatnya.

Dengan badan kehakiman yang tidak berkuasa dan sistem penguatkuasaan yang tidak bermakna, korupsi dan rasuah bermaharajalela. Hak-hak individu, termasuk hak terhadap harta benda peribadi, selalu dilanggar. Sebuah sistem yang memastikan peralihan kuasa yang lancar dan aman yang mana selalunya bermakna pilihanraya yang bebas dan adil hampir tidak wujud.

Tanpa institusi-institusi yang dipercayai, kemajuan teknologi dan pengumpulan modal adalah mustahil untuk berlaku. Tambahan pula, satu-satunya sumber pertumbuhan ekonomi yang mudah berdasarkan agregat dan bukan dalam bentuk per kapita, tentunya adalah pertumbuhan penduduk.

Tidak ada institusi-institusi yang begitu tempang ini menggambarkan Malaysia, syukurlah. Negara ini sememangnya mempunyai institusi-institusi yang lebih bagus daripada negara-negara yang masih bertarung dengan kebuluran, kemiskinan tegar dan masih melalui suasana politik yang sangat tidak stabil termasuklah pertempuran senjata. Namun, tidak sukar untuk membuat hipotesis bagaimana kecacatan-kecacatan yang mencalar institusi awam di Malaysia adalah relevan dalam perbincanganperbincangan mengenai pertumbuhan ekonomi.

Sementara beberapa perkara mungkin sudah menjadi lebih baik, perasaan umum rakyat dalam beberapa tahun kebelakangan ini adalah bahawa institusi-institusi awam di Malaysia -baik polis, mahkamah atau perkhidmatan awam tidak mendapat kepercayaan ramai orang.

Pengasingan kuasa antara badan eksekutif dan perundangan kerajaan, seperti yang disaksikan di Perak contohnya, adalah sebenarnya tidak wujud. Kes VK Lingam menunjukkan bahawa garis pemisah antara eksekutif dan kehakiman adalah sangat kabur. Walaupun jika kes itu dianggap sebagai kes seorang peguam yang kedengaran seperti seseorang, kelihatan seperti seseorang tetapi ia bukan orang itu yang berlagak dan bercakap kepada dirinya sendiri lalu, tidak memberi apa-apa makna, isu berkaitan krisis perlembagaan 1988 masih menghantui Malaysia.

Kecacatan dan ketidaksempurnaan pada badan-badan penting di Malaysia meletakkan had semulajadi kepada berapa besar kemungkinan untuk pertumbuhan ekonomi. Ianya akan memerlukan lebih banyak usaha untuk mempertahan kadar tertentu pertumbuhan KDNK per kapita sementara negara ini mencapai kemajuan yang lebih tinggi, dengan tahap kapasiti badan-badan sekarang ini.

Pada satu tahap, ia akan menjadi sangat mahal dan susah untuk mempertahankan kadar itu tidak kira walau bagaimana berkuasanya pasaran bebas atau enjin pertumbuhan ekonomi yang ditadbir kerajaan, sekiranya institusi-institusi negara berada pada keadaan yang tidak sepadan dengan negara yang maju.

Saya merasakan bahawa inilah sebab utama kenapa Malaysia masih tersekat di perangkap paras pendapatan pertengahan (middle-income trap). Institusi-institusi ini adalah penting. Kemungkinan

besar institusi-institusi yang cacat ini menghalang Malaysia daripada bersatu dengan negara-negara yang lebih makmur seperti Singapura dan Korea Selatan atau bahkan negara-negara barat Eropah, sama seperti bagaimana institusi-institusi yang sangat tidak berkesan menghalang negara-negara miskin daripada maju ke hadapan sama sekali.

Anda mungkin juga menyukai