Anda di halaman 1dari 37

Pengenalan Definisi dan konsep pengurusan tingkah laku Adakah bidang pengurusan tingkah laku sesuatu yang baru

bagi anda? Jika ya, sila teliti maklumat yang diberikan agar anda mengetahui apa itu tingkah lkaku dan pengurusan tingkah laku, khususnya bagi murid-murid pemulihan.

Pada umumnya hasil kajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan bahawa;
Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari pada bila-bila masa. Tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku baru yang lebih positf jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti, iaitu sesuai dan sistematik. Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu (Bear, Wolf and Risley, 1968)

Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai laku. (Kamus Dewan, 1979) Manakala modifikasi atau pengubahsuaian pula adalah satu pendekatan berstruktur dan bersistematik bagi meningkatkan tingkah laku

diingini, mengurangkan tingkah laku yang buruk, dan mengekalkan tingkah laku sasaran. Pendekatan ini banyak mengamalkan peneguhan bagi mencapai matlamat pengubahsuaian tingkah laku diingini. Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara-perkara berikut;

perancangan yang rapi tentukan individu atau kumpulan teknik intervensi yang berkesan penilaian secara objektif

Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid pemulihan sebelum program pengurusan tingkah laku dilaksanakan, iaitu;

setiap murid adalah unik tiada satu cara yang berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid

proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid (aspek kognitif, afektif, dan psikomotor murid saling berkait).

Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif, di mana pelaksana: i. memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan semasa; ii. kenal pasti antecedent dan consequences persekitaran; iii. tentukan objektif tingkah laku baru; dan iv. bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau baiki tingkah laku semasa melalui manipulasi antecedent dan consequences yang telah dikenal pasti. Zirpoli &Melloy (1993)

2.1.2 Perspektif sejarah Pada peringkat awal para pengkaji berpendapat bahawa tingkah laku individu itu adalah disebabkan oleh kuasa dalaman sepeerti genetik, kandungan kimia dalam badan, dan pengalaman singkat tentang sesuatu yang menyebabkan individu berkelakuan demikkian. Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu peristiwa akan merangsang sesorang individu mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus. Umumnya hasil kajian tingkah laku menunjukan bahawa: Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru oleh dipelajari sepanjang masa.

Tingkah laku yang tidak sesuai seperti agresif atau tingkah laku suka merosakkan harta benda boleh di diubah kepada tingkah laku baru jika individu itu diberi pengajaran. Menurut Hewett & Forness (1984) dalam Walker & Shea (1995) tingkah laku seseorang itu, sama ada terhadap dirinya dan juga orang lain adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut: i. Keperluan dan kehendak untuk bertahan (survival) dalam persekitaran yang kasar dan kurang mesra. ii. Kepercayaan kepada khurafat / tahyul, atau keperluan untuk bertindak balas terhadap sesuatu yang tidak diketahui. iii. Kepercayaan kepada sains, atau keperluan untuk menyiasat, menganalisis, dan menjelaskan sesuatu yang tidak diketahui.

iv. Perkhidmatan, atau keperluan membantu, membimbing, mengawal, dan mensejahterakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik. 2.1.3 Model pengurusan tingkah laku i. Psikodinamik Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia daripada faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatanintrapsychic. Melalui perspektif psikodinamik, perkembangan personailiti terjadi semasa kanak-kanak berkembang melalui siri tingkat perkembangan psikoseksual(oral stage, anal stage, phallic, latency, genital). ii. Biofizikal Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara organik. Model ini melihat

hubungan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu. iii. Persekitaran Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. Ahli-ahli mazhab persekitaran ini menekankan bahawa mengasingkan kanak-kanak daripada persekitaran yang boleh menyebabkan berlakunya tingkah laku itu boleh mengelakkan fenomena tingkah laku itu berlaku. iv. Behavioral Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri manusia di dalam persekitarannya. Justeru tingkah laku manusia ditentukan oleh faktor-faktor luaran di sekelilingya. 2 Langkah-langkah mengenal pasti

Sebelum anda mengambil langkah-langkah untuk menjalankan program tingkah laku, anda perlu mengetahui terlebih dahulu jenisijenis tingkah laku dan punca tingkah laku ditunjukkkan. 2.2.1 Jenis-jenis tingkah laku bermasalah Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah dan tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah positif Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanakkanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya

bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain. Tingkah laku bermasalah negatif Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberap contoh tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut: i. disruptif Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di lauar kelas dan juga di rumah. ii. Pergantungan berlebihan

Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri. iii. Agresif Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun dan sebagainya. iv. Distuktif Perlakiuan ynag suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya. v. Kebimbangan Perasaan kuranhg senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada

pengalaman emosi yang tidakmenggembirakan yang dialami oleh seseorang . vi. Pengasingan diri Suka menjauhkan diri daripada orang lain yangh kurang disenangi. Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain. vii. Ponteng sekolah Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman permainan. viii. Enggan ke sekolah Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak ini berasa

bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya. ix. Mencuri Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan sekelas. 2.2.2 Punca salah laku Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor tertentu. Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut. Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak.

i. persekitaran ii. tekanan psikologikal iii. ketakutan dan fobia iv. peneguhan yang kurang sesuai v. kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad vi. kesukaran tugasan vii. aktiviti dan tahap rangsangan viii. kesihatan dan perubatan ix. jangkaan tingkah laku Faktor persekitaran Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi bising, sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dll.

Tekanan psikologi Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang. Ketakutan dan fobia Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia termasukjuga takut tehadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian tetapi melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini akan menyebabkan bahaya seperti berlari melintasi jalan raya kerana takutkan anjing. Peneguhan yang kurang sesuai

Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja. Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya. Kemahiran komunikasi dan sosial yangt terhad Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi denan baik. Kesukaran tugasan

Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanakkanak melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan. Aktiviti dan tahap rangsangan Kekurangan aktiiviti yang membina akan menyebabkan berlakuknya masalah tingkah laku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut. Kesihatan dan perubatan Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuan kuranbg sesuai.

Jangkaan tingkah laku Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkahb laku kanak-kanak-kanak dan mmebiarkannya. Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang sepatutnya. Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut dan tidakmboleh diubah lagi (the way he/she is). 2.2.3 Kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran Kesan masalah tingkah laku terhadap pembelajaran adalah jelas, antaranya adalah: i. murid tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran guru ii. mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran

iii. sukar memahami pengajaran guru iv. gagal menyiapkan tugasan yang diberi v. enggan bekerjasama dengan rakan dalam aktiviti berkumpulan

Emel Biarkan saya kekal dilog masuk

Kata Laluan
Log In

Lupa kata laluan anda?

DaftarFacebook membantu anda berhubung dan berkongsi dengan orang dalam hidup anda.

Nota Wasilah Pendidikan Khas

Melanggani

Nota Wasilah Pendidikan Khas

PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID PEMULIHAN


Nota : Nota ini dicuplik daripada Modul Pendidikan Pemulihan

oleh Wasilah Pendidikan Khas pada pada 08hb September 2010 pukul 11.23 pagi

PGSR 2009

2.1 Teori / Model Pengurusan Tingkah laku Model Psikodinamik Berasaskan kepada teori Freud (1949) dan Erickson (1963) Pendekatan yang berfokus pada proses kejiwaan dan masalah dalaman individu iaitu berkaitan dengan personality seseorang. Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku disebabkan oleh: Masalah dalaman individu Faktor persekitaran yang mengganggu kehidupan intrapsikik seseorang Antara strategi pengurusan gangguan tingkah laku di bawah model ini ialah: Model Psikopendidikan Teknik Kaunseling Expressive Media Teknik Pengurusan Tingkah Laku Model Psikopendidikan menjadi syarat asas kepada teknikteknik yang lain. Ia merangkumi pelbagai pendekatan psikologi dan pendidikan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi gangguan tingkah laku. Antara prinsip yang ditekankan dalam model ini ialah: Pemikiran dan tindakan adalah dua proses yang saling berkaitan Seseorang perlulah menerima dan memahami masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak Beri perhatian dan fokus pada masalaah yang dihadapi serta layan kanak-kanak dengan adil dan kasih saying Guru perlu menjaga penampilan dan tingkah laku kerana ia mempengaruhi kanak-kanak. Teknik kaunseling boleh diguna untuk membantu guru mengawal dan mengubah tingkah laku bermasalah melalui perbincangan secara peribadai yang produktif. Teknik ini perlu

dilaksanakan secara konsisten oleh pihak yang terlatih dan berpengalaman. Antara teknik yang boleh dilaksanakan ialah: Life-space Interview Reality Theraphy Teknik Expressive Media menggalakkan kanak-kanak meluahkan masalah atau emosi melalui aktiviti kreatif yang dilaksanakan. Dijalankan dalam satu setting yang terkawal dengan member kelebihan kepada domain afektif serta pembelajaran secara kognitif dan psikomotor. Antara teknikteknik yang boleh digunakan: Free Play Permainan Puppet Main Peranan Pergerakan Kreatif Terapi Seni Muzik Fotografi dan rakaman video Pendekatan pengaruh tingkah laku dikatakan amat berkesan untuk mengubah tingkah laku secara serta merta. Dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah pada bila-bila masa sahaja. Antara Teknik yang boleh diguna ialah: Planned Ignoring Tension Reduction Through Humor Interest Boosting Hurdle Helping

Model Persekitaran Kesan persekitaran ke atas tingkah laku individu. Pendekatan yang diambil dengan menggunakan persekitaran sebagai langkah intervensi. Menurut model ini, punca gangguan tingkah

laku ialah perubahan persekitaran yang dilakukan oleh manusia. Antara teknik yang boleh diguna ialah: Intervensi berpusatkan kanak-kanak Intervensi berpusatkan persekitaran Intervensi berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran Intervensi berpusatkan perantaraan antara kanak-kanak dan persekitaran Model Biofizikal Menekankan kepada perkaitan tingkah laku dengan faktor organik individu seperti keadaan fizikal, penyakit yang dialami, alahan dan ketidakupayaan berfungsi anggota badan (kecacatan). Pendekatan yang diambil melalui kaedah perubatan dengan bantuan pakar perubatan. Berfokuskan kepada langkah pencegahan awal iaitu dalam tempoh sebelum dan selepas kelahiran bayi. Model ini percaya bahawa gangguan tingkah laku berpunca dari factor persekitaran dan baka. Antara teknik teknik yang boleh digunakan ialah: Kaunseling genetic Penjagaan sebelum kelahiran (semasa mengandung) Penjagaan selepas kelahiran Ujian perubatan Pemakanan dan diet Terapi Mega Vitamin Perubatan Model Tingkah Laku Merupakan kaedah modifikasi iaitu pengubahsuaian tingkah laku dengan menggunakan langkah-langkah pengurusan tingkah laku yang sistematik berdasarkan prinsip psikologi. Model ini bertujuan mengubah tingkah laku yang negative

kepadaa yang positif yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah untuk menyelesaikan masalah disiplin. Berasaskan 3 elemen ABC Antecedent ------ Behavior -------Consequence 2.2 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah positif Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain. Tingkah laku bermasalah negatif Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut: i. Tingkah laku Disruptif/mengganggu

Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah. ii. Pergantungan berlebihan Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri. iii. Agresif Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun, dan sebagainya. iv. Distruktif/merosakkan Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya. v. Kebimbangan Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang . vi. Pengasingan diri

Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain. vii. Ponteng sekolah Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman permainan. viii. Enggan ke sekolah Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya. ix. Mencuri Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan sekelas. Punca salah laku Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor tertentu. Guru perlu memahami faktorfaktor yang menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan

tingkah laku bagi murid tersebut. Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak. 1. persekitaran 2. tekanan psikologikal 3. ketakutan dan fobia 4. peneguhan yang kurang sesuai 5. kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad 6. kesukaran tugasan 7. aktiviti dan tahap rangsangan 8. kesihatan dan perubatan 9. jangkaan tingkah laku Faktor persekitaran Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi bising, sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dan lain-lain. Tekanan psikologi Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang.

Ketakutan dan fobia Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia termasuk juga takut terhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian yang melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini boleh menyebabkan bahaya kepada individu tersebut seperti berlari melintas jalan raya kerana takutkan anjing. Peneguhan yang kurang sesuai Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja. Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya. Oleh itu, kanakkanak itu akan sengaja enggan makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya. Kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi dengan baik.

Kesukaran tugasan Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan.

Aktiviti dan tahap rangsangan Kekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut. Kesihatan dan perubatan Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuan kurang sesuai. Jangkaan tingkah laku Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-kanak-kanak dan membiarkannya berkelakuan sedemikian dengan anggapan bahawa tingkah laku itu akan hilang dengan sendirinya. Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang sepatutnya. Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut dan tidak boleh diubah lagi (the way he/she is). 2.3 TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU Pelupusan dan peningkatan tingkah laku Strategi pengurusan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan mengambil kira faktor-faktor murid tersebut seperti fizikal, emosi, mental, tahap

keterukan, dan juga faktor pengaruh persekitaran, dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu. Strategi pengurusan tingkah laku melibatkan teknikteknik berikut; ganjaran (reinforcers) Terdapat 3 jenis ganjaran iaitu; i. ganjaran primer makanan, minuman dll ii. ganjaran social- senyuman, pujian dll iii. ganjaran sekunder token, kupon, mainan, bintang dll dendaan (punishment) - tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik token/hak pengasingan (isolation) - mengasingkan peneguh daripada tingkah laku yang dipilih - asingkan murid daripada aktiviti yang disukainya pembentukan (shaping) - pemberian pengukuhan kepada perlakuanperlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pementukan perlakuan yang dikehendaki. prompting - digunakan untuk mendapatkan rangsangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klu kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan, gerak badan (gesture) dan fizikal. fading (pelunturan) - mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan

modeling - menggunakan watak-watak (murid,guru ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid kejelakan (satiation) - membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri - Over Correction adalah satu teknik kejelakan. desensitization - tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan takut bercakap di depan kelas, fobia dll bimbingan dan kaunseling - pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbjng murid menghadapi atau menangani masalah tingkah laku terapi muzik/seni - menggunakan muzik atau seni untuk mententeramkan emosi, anxiety, dan melepaskan perasaan yang tertekan penamatan/pelupusan (extinction) - memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif pengasingan (time-out, suspension) - menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) - mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan kontrak perjanjian (contigency contracting) - persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku. 2.4 LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen bertulis yang telah dirancang, dibina, dilaksana , dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkan satusatu tingkah laku bermasalah atau luar biasa. Langkah-langkah yang disarankan dalam program pengurusan tingkah laku ini boleh diubah suai bergantung kepada kesesuaian individu atau kumpulan murid tersebut. Langkah-langkah pembentukan program pengurusan tingkah laku; memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai (target behaviour) mengenal pasti masa pelaksanaan bagi tiap peringkat memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai menentukan ganjaran dan dendaan (reinforcer and punishment) menjalankan program melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala (periodical evaluation) tindakan/intervensi susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai

memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yang telah dipulih (positif) dikekalkan atau ditingkatkan Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diambil perhatian terlebih dahulu,iaitu; - Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati? - Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan? - Bila tingkah laku itu berlaku? Kekerapan tingkah itu berlaku. - Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku? - Bagaimana hendak mengurus tingkah laklu tersebut?

PJ Suaian Suka Komen Kongsi


Nur Atiqah Yunus, Siti Nur Fatimah, Cikgu Sue Pkhas dan 3 yang lainmenyukainya.

Senduk Belok thank...

pada 09hb November 2010 pukul 6.20 pagi

Qaseh Qarmila terima kasih:) pada 03hb Jun pukul 3.37 pagi Facebook 2011 Bahasa Melayu Telefon Bimbit Jejak Rakan Lencana Khalayak Halaman Perihal Pengiklanan Buat Halaman Pembangun Kerjaya Privasi Terma Bantuan

2.1.3 Model pengurusan tingkah laku i. Psikodinamik Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia daripada faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic. Melalui perspektif psikodinamik, perkembangan personailiti terjadi semasa kanak-kanak berkembang melalui siri tingkat perkembangan psikoseksual (oral stage, anal stage, phallic, latency, genital). ii. Biofizikal Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara organik. Model ini melihat hubungan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu. iii. Persekitaran Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. Ahli-ahli mazhab persekitaran ini menekankan bahawa mengasingkan kanak-kanak daripada persekitaran yang boleh menyebabkan berlakunya tingkah laku itu boleh mengelakkan fenomena tingkah laku itu berlaku. iv. Behavioral

Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri manusia di dalam persekitarannya. Justeru tingkah laku manusia ditentukan oleh faktor-faktor luaran di sekelilingya. 2.2.1 Jenis-jenis tingkah laku bermasalah Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah dan tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah positif Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain