Anda di halaman 1dari 13

B

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 35900 TANJONG MALIM PERAK DARUL RIDZUAN

KETERAMPILAN MEMBACA (BML 1143)

SEMESTER 5 SESI 2010/2011 TUGASAN KUMPULAN: Masalah membaca adalah berpunca daripada pelbagai faktor dalaman dan luaran. Jelaskan kedua-dua faktor tersebut dengan memberi contoh yang sesuai. PENSYARAH PEMBIMBING: PROFESOR. DR. MAHZAN ARSHAD

NAMA

NO. MATRIK

KOD PROGRAM

AMIRUDDIN KHAKIM BIN FANANI EFFY HARIDTH BIN ROZHAN

D20031032164 D20081033043

AT 10 AT 41

FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN MASALAH MEMBACA Membaca merupakan satu amalan yang mulia dalam memperoleh

pengalaman dan maklumat. Membaca juga merupakan satu proses yang perlu dilakukan oleh semuia golongan tanpa mengira peringkat umur, darjat dan pangkat. Terdapat kata hikmah yang merujuk kepada kelebihan membaca iaitu membaca jambatan ilmu. Kata hikmah ini menjelaskan bahawa dengan membaca, seseorang akan memperoleh pelbagai ilmu dan pengetahuan sebagai panduan dalam kehidupan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, membaca didefinisikan sebagai mengucap apa yang bertulis atau tercetak pada buku, papan tanda atau sebagainya secara lisan dengan kuat. Harris dan Sipay (1980), mendefinisikan membaca

sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercorak atau bertulis. Manakala Kennedy (1981), mendefinisikan membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang diketahui seterusnya memahami dan mentafsir maksudnya berdasarkan pengalaman lalu. Marohaini Yusof (1989) merumuskan membaca merupakan perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua kemahiran utama yang diperakui wujud dalam membaca iaitu kemahiran mengecam perkataan dan kemahiran memahami maklumat yang dibaca. Berdasarkan definisi yang diberikan, dapat dirumuskan bahawa proses memperoleh maklumat melalui gabungan beberapa proses kompleks iaitu proses

sensori, pengamatan, linguistik dan kognitif. Setiap proses ini memainkan peranan penting dalam proses keseluruhan membaca. Tanpa hubungkait antara setiap proses kompleks tersebut, proses membaca tidak akan dapat berlaku dengan baik, selain matlamat yang hendak dicapai melalui proses membaca tidak akan tercapai. Kegagalan penyaluran maklumat sewaktu proses membaca adalah

disebabkan berlakunya kegagalan salah satu proses kompleks sama ada proses sensori, proses pengamatan, proses linguistik dan proses kognitif. Secara amnya, tidak ada satu faktor pun yang boleh dikatakan faktor yang menyebabkan seseorang itu boleh membaca atau tidak. Menurut Marohaini Yusoff (1999), faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca seseorang adalah pelbagai dan saling berkaitan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi masalah membaca seseorang perlu dikenalpasti dan diteliti lebih mendalam bagi mencari kaedah bersesuaian dalam mengatasi masalah yang berlaku. Kaedah, teknik, bahan, alatan dan pendekatan sesuai perlu dipilih bagi membolehkan masalah membaca diatasi. Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah membaca terbahagi dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor Dalaman yang mempengaruhi masalah membaca berpunca dari dalam diri pembaca (murid) itu sendiri. Dalam faktor dalaman ini, pembaca mengalaman masalah dari aspek kognitif atau inteleknya sendiri. Selain itu, masalah dalaman yang wujud dalam diri pelajar yang menyebabkan sebilangan daripada mereka mengalami masalah membaca itu sendiri ialah aspek psikologi. Sebagai

intinya, masalah ini dipengaruhi oleh pelajar dan bukannya dipengaruhi oleh masalah luaran. Walaupun faktor dalaman dan luaran adalah berbeza namun iannya saling berkaitan dan memberi kesan antara satu sama lain. Menurut Marohaini Yusoff (1999), Faktor dalaman yang mempengaruhi masalah pembacaan pembaca (murid) dalam aspek intelektual adalah seperti kecerdasan, kebolehan berbahasa, dan pengalaman sedia ada. Aspek kecerdasan dan kebolehan pelajar membaca saling berkait. Sekiranya pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan minda yang tinggi, nescaya mereka mampu untuk memberi perhatian dan memahami sesuatu struktur ayat yang dibaca lebih mudah tanpa perlu menggulang dan meneliti berulang kali. Perkara ini menampakkan perbezaan ketara sekiranya perbandingan dibuat dengan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang lebih rendah. Golongan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk memahamkan sesuatu bahan yang dibaca. Menurut Roe, Stoodt dan Burn (1978), pertalian yang rapat antara kecerdasan dan kebolehan membaca ini lebih ketara dalam kalangan pelajar (pembaca) pada peringkat menengah daripada murid peringkat rendah. Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar diperingkat menengah kerana kecerdasan dan kemampuan untuk memahami struktur ayat yang lebih kompleks dan canggih. Kesannya, pelajar yang mempunyai tahap kemampuan kecerdasan akal yang rendah akan mengalami kesukaran untuk mengejar dan bersaing dalam matapelajaran yang dipelajarinya.

Pengetahuan sedia ada yang terbatas juga merupakan salah satu faktor dalaman pembaca (pelajar) yang mengalami masalah membaca. Pengalaman sedia ada ini diperolehi daripada kehidupan seharian pembaca. Kesemua pengalaman dan pengetahuan sedia ada ini diperolehi di rumah, didikan ibu bapa, sekolah, sosiobudaya dan sebagainya. Sekiranya seseorang pembaca itu hidup dalam suasana keluarga yang mempunyai tabiat membaca, nescaya pembaca tersebut akan terdorong untuk membaca walaupun secara tidak langsung. Sememangnya pengaruh persekitaran berkait rapat dengan pengalaman sedia ada seseorang pembaca untuk mengukur tahap kebolehan membaca dengan lancar dan kemudah fahaman terhadap sesuatu yang dibaca. Kadang-kala terdapat juga sebilangan kecil pembaca yang hidup disuasana budaya membaca namun, kefahaman dan kemudahfahaman sesuatu yang dibaca ditahap yang rendah. Hal ini sememangnya tidak dinafikan, walaupun suasana persekitaran pelajar mengalakkan membaca tetapi tahap kemampuan kognitif pembaca tersebut ditahap yang rendah untuk menerima dan menilai sesuatu amalan tersebut khususnya membaca. Kebolehberbahasaan merupakan salah satu perkara yang besar mendorong ke arah masalah membaca. Pembaca yang tidak luas tahap pembacaan dan lemah dalam tatabahasa ditambah pula dengan kehidupan dalam masyarakat yang menggunakan bahasa dialek kedaerahan manambahkan lagi masalah kesukaran seseorang pembaca untuk membaca. Mungkin mereka mampu untuk memahamkan diri mereka apa yang dibaca dan mungkin juga mereka manghadapi masalah penyampaian terhadap sesuatu struktur ayat yang dibaca. Hal ini demikian kerana, sekiranya seseorang pembaca itu bertutur dalam dealek kenegerian, nescaya

pembaca tersebut mengalami kesukaran untuk menyampaikan maklumat yang dibaca kepada orang lain. Pembaca tersebut hanya memahami perkara yang dibaca untuk dirinya sahaja dan bukannya menyampaikan perkara yang dibaca kepada orang lain. Menurut Marohaini Yusoff (1999), Faktor dalaman yang mempengaruhi masalah pembacaan pembaca (murid) dalam aspek psikologi adalah seperti minat, motivasi dan konsep diri. Kesemua perkara yang dinyatakan sebenarnya merangkumi motivasi intrinsik iaitu motivasi dari dalam diri pembaca itu sendiri. Minat dan motivasi memainkan peranan yang amat besar bagi memupuk kebolehan membaca dalam kalangan pelajar. Kemahiran membaca sebenarnya memerlukan pembelajaran berterusan untuk memahirkan seseorang pelajar dengan huruf-huruf dan struktur ayat. Maka, minat dan motivasi amat diperlukan seseorang pelajar untuk menyemai minat membaca. Menurut Sylvia Ashton Warner (1973), satu kaedah untuk meningkatkan minat membaca dan memotivasikan pelajar membaca dengan menggunakan cerita-cerita yang dibuat oleh pelajar sendiri berdasarkan topik-topik yang diminatinya. Pada kebiasaanya, pelajar akan tertarik sesuatu bahan bacaan yang menarik minatnya. Sekiranya sesuatu bahan bacaan yang dapat menarik minat mereka, maka mereka akan terus membaca walaupun sesuatu bahan bacaan yang dibaca itu dianggap susah berdasarkan peringkat umur mereka. Dalam konteks ini, guru perlu peka terhadap persekitaran yang berlaku di sekeliling pelajat supaya pelajar lebih minat untuk menerapkan minat pembacaan dari awal usia lagi. Guru perlu

mencari suatu kaedah bagaimana menunjukkan kepentingan membaca dengan menjadikan membaca sebagai suatu amalan hidup. Program Buku Nilam perlu kerap dianjurkan dan pengisisannya perlu menarik minat pelajar. Bagi pelajar yang mempunyai masalah membaca dan tahap kebolehan membaca adalah tahap paling rendah. Program Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah pelajar yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Setiap kelas dan rumah perlu mempunyai bahan bacaan seperti majalah kanak-kanak supaya minat terhadap pembacaan disemai sejak dari kecil lagi. Keadaan perasaan murid tentang diri mereka juga mempengatuhi

pencapaian kebolehan membaca. Menurut Roe, Stoodt, dan Burns (1978), konsep diri merupakan satu set kepercayaan dan sikap seseorang individu yang mempercayai kebolehan dirinya. Pelajar yang mempunyai konsep diri yang negatif, biasanya kurang keyakinan tentang kebolehan diri dan berperasaan rendah diri. Pelajar yang yakin kepada dirinya sendiri biasanya akan berjaya jika hendak dibandingkan dengan pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif. Sebagai contoh yang boleh diambil dalam memberi pengertian mengenai konsep diri positif dan negatif, kebolehan seseorang pembaca memahami struktur ayat Bahasa Inggeris. Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan mampu membaca dan memahaminya walaupun terpaksa membuka kamus. Namun sebaliknya berlaku kepada pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif, sekiranya persepsi mereka mengataka mereka tidak minat maka mereka langsung untuk mencuba memahami struktur sesuatu ayat tersebut. Secara umumnya,

masalah membaca yang berpunca dari dalam diri adalah berbeza dengan faktor luaran namun ianya saling berkai dan memberi kesan terhadap satu sama lain. Faktor luaran dalam masalah membaca merupakan faktor yang bukan berpunca dari dalam diri seseorang individu tetapi faktor yang dapat dilihat dan diketahui menyebabkan seseorang itu mempunyai masalah dalam membaca. Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca masalah membaca. Ianya berkaitan dengan faktor fizikal pembaca, persekitaran dan bahan bacaan itu sendiri. Faktorfaktor yang dinyatakan ini sangat mempengaruhi pembacaan seseorang

terutamanya faktor fizikal yang jelas menghalang seseorang membaca dan memahami pembacaan dengan baik seperti yang sepatutnya. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, fizikal bermaksud jasmani atau sesuatu yang bukan kebendaan atau keadaan alam semula jadi. Berkenaan dengan faktor yang menyebabkan masalah bacaan, fizikal merupakan masalah yang dapat dilihat dan dikenalpasti menjadi punca kepada masalah yang berlaku. Faktor fizikal yang berkaitan dengan masalah membaca ialah daya penglihatan dan pendengaran. Kebolehan melihat merupakan sesuatu yang sangat penting dalam proses membaca kerana membaca memerlukan keupayaan melihat untuk mengenalpasti kod atau lambang bercetak untuk difahami dalam bentuk maklumat. Tanpa penglihatan yang baik, seseorang tidak mungkin dapat membaca dengan baik. Menurut Marohaini Yusoff (1999), proses membaca bermula dengan melihat dan mengecam perkataan atau lambang-lambang bahasa yang hendak dibaca. Walaupun penyelidikan tidak dapat menegaskan perhubungan yang nyata antara

daya penglihatan dengan kebolehan membaca, namun banyak masalah ditemui berkaitan pembacaan. Pembaca yang lemah sering menghadapi beberapa masalah penglihatan untuk membuat diskriminasi terhadap huruf dan perkataan. Contoh kesan masalah penglihatan terhadap keberkesanan membaca adalah seperti kesukaran seorang yang rabun mengecam perkataan dalam bacaan. Disebabkan masalahnya, seseorang itu tidak dapat mengetahui apa yang dibacanya dengan tepat, seterusnya mengagalkan proses pemahaman bacaan yang seharusnya berlaku sewaktu proses pembacaan. Selain masalah penglihatan yang dialami, masalah pendengaran merupakan salah satu faktor fizikal yang menyumbang kepada masalah membaca.

Pendengaran mempengaruhi keberkesanan bacaan kerana ia mempunyai kaitan antara bacaan lisan dengan tulisan. Pembaca akan membaca dengan menyebut perkataan yang tercatat dan mentafsirkannya sebagai maklumat. Seseorang yang mempunyai masalah pendengaran tidak dapat membentuk bunyi yang betul melalui tulisan yang dibacanya. Hal ini membuatkan maklumat yang betul sukar disampaikan. Bagaimanapun, adakalanya maklumat dapat disampaikan dengan tepat sekiranya penulisan tersebut berbentuk ringan. Berdasarkan Roe, Stoodt dan Burns (1978), ujian saringan pendengaran boleh dilakukan oleh guru jika murid menunjukkan tanda-tanda seperti meminta satu penerangan diulang-ulang, ucapan dan penyebutan tidak jelas, mulut bergerak seolah mengajuk percakapan ketika mendengar, kepala menyenget ketika

mendengar, lemah mengeja, sangat kurang perhatian, sering menguatkan suara ketika membaca, sering demam, serta telinga berair atau bernanah. Contoh mudah berkenaan masalah pendengaran ialah orang pekak. Orang pekak mengalami masalah dalam berbahasa disebabkan tidak pernah mendengar dan menghasilkan bunyi bahasa yang betul. Oleh itu, orang pekak tidak dapat memahami bahasa yang disampaikan oleh orang normal sepenuhnya walaupun ia berbentuk tulisan. Penulisan yang abstrak atau menggunakan bahasa yang tinggi lebih menyukarkan pemahaman orang pekak terhadap apa yang ingin disampaikan melalui penulisan itu. Masalah membaca turut dipengaruhi oleh persekitaran kerana setiap kali aktiviti membaca berlaku, ia pasti akan melibatkan persekitaran terutamanya persekitaran rumah dan persekitaran sekolah. Suasana persekitaran ketika membaca akan memberi kesan sama ada proses membaca berjaya atau gagal. Marohaini Yusoff (1999) menyatakan terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Antaranya ialah sosiobudaya di rumah, kestabilan sosial, corak interaksi sesama isi rumah, dan sosioekonomi. Jika perkaraperkara tersebut berada dalam keadaan baik, murid akan mempunyai

perbendaharaan kata yang lebih baik berbanding murid yang mengalami latar belakang yang kurang cemerlang mengurangkan perbendaharaan kara mereka. Ia juga berlaku terhadap pengalaman sedia ada murid kerana pengalaman sedia ada juga turut mempengaruhi keberkesanan proses membaca.

Pearson dan Johnson (1978) mengatakan bahawa guru, rakan sebaya dan ekologi bilik darjah mempengaruhi bacaan dan kefahaman. Kegiatan guru dan rakan-rakan lain mempengaruhi pencapaian membaca murid. Guru bertindak sebagai pencetus kepada keinginan membaca, manakala rakan sebaya pula menjadi pemangkin kepada minat untu terus membaca. Secara ringkasnya, guru dan rakan sebaya bertindak secara tidak langsung sebagai perangsang untuk seseorang murid membaca. Rangsangan yang baik membolehkan murid membaca dengan baik, tetapi rangsangan yang negatif akan memberikan hasil yang negatif juga. Marohaini Yusoff (1999) menegaskan, keupayaan seseorang memahami sesuatu bacaan dipengaruhi juga oleh bahan bacaan tersebut. Bahan bacaan mempengaruhi bacaan pembaca melalui pelbagai aspek. Antara aspek tersebut ialah perbendaharaan kata yang terdapat dalam bahan bacaan, penggunaan ayat sama ada mudah atau abstrak, isi kandungan bacaan, serta penggunaan bahan grafik untuk menarik minat pembaca. Bagaimana seseorang boleh tertarik untuk membaca atau meneruskan pembacaan seandainya bahan bacaan tersebut tidak mempunyai daya tarikan terhadap pembaca? Contoh masalah yang berpunca dari bahan bacaan ialah ketika seseorang membaca bahan ilmiah. Bahan ilmiah yang kompleks memerlukan penerangan yang lengkap selain sesuatu untuk memberi gambaran supaya pembaca mudah faham dengan apa yang dibaca. Aspek-aspek yang dinyatakan memainkan peranan penting dalam

menjadikan bahan bacaan menarik dan mudah difahami. Dengan daya tarikan serta tahap kemudahan bahan bacaan, seseorang yang membacanya lebih mudah

tertarik untuk meneruskan bacaan selain memudahkan pemahaman melalui bacaan tersebut. Dengan pemahaman tentang bahan bacaan, matlamat proses membaca akan berjalan dengan baik. Kefahaman tentang konsep membaca adalah perlu untuk memastikan seseorang tahu matlamat proses pembacaan. Bagaimanapun, masalah-masalah yang berkaitan dengan proses membaca juga perlu diteliti bagi membolehkan sebarang tindakan meningkatkan bacaan boleh dilakukan. Melalui penelitian yang dijalankan, faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan memperoleh maklumat dan ilmu daripada proses membaca dapat dikurangkan. Selain itu, lebih ramai orang akan dapat menguasai konsep sebenar pembacaan seterusnya menjadikan membaca sebagai budaya masyarakat.

RUJUKAN

Awang Sariyan (2004) Teras Pendidikan Bahasa Melayu Asas Pegangan Guru. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Henry Guntur Tarigan (1994) Membaca Sebagai Suatu Keterampilan Berbahasa. Bandung: Angkasa Bandung

Mahzan Arshad (2007) Pendidikan Literasi Bahasa Melayu Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Marohaini Yusoff (1999) Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka

Noresah Baharom (1997). Kamus Dewan Edisi Ke-3: Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai