Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENDAHULUAN Program Khidmat Masyarakat adalah satu daripada program wajib bagi guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 6. Bagi melaksanakan tugasan wajib ini, semua guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2009 Semester 6 telah merangka satu program Bina Insan Guru bertemakan Temu Bual Bersama Guru Cemerlang

2.0 RASIONAL Pendidikan keguruan perlu memberi ruang kepada guru pelatih untuk menyuburkan kecergasan fizikal, ketahanan mental, kemantapan rohani dan emosi. Insan guru adalah Pembina generasi cemerlang, pembentukan jati diri dan menjadi rol model kepada masyarakat. Justeru itu, guru harus mampu dan peka terhadap alam sekitar dan tidak membazir sumber alam.

Diharapkan dengan pelaksanaan program serupa ini dapat menambah kesedaran para guru pelatih terhadap kepentingan penukaran pengalaman dengan guru-guru cemerlang. Melalui aktiviti ini, hubungan antara guru pelatih dapat dieratkan dan semangat kerjasama dapat dipupukan. Program ini juga bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan kitar semula.

3.0 OBJEKTIF Program ini bertujuan untuk : 3.1 Melaksanakan tugasan BIG PISMP semester 6 Ambilan Januari 2009. 3.2 Memupuk tanggungjawab sosial sesama manusia. 3.3 Memberi kesedaran kepada para guru pelatih tentang profesional keguruan. 3.4 Berusaha menjadi insan guru yang patuh pada agama dan mengamalkan nilai-nilai positif serta gaya hidup sihat berasaskan Rukunegara. 3.5 Mempuyai ciri-ciri insan guru yang cemerlang, harmonis dan bersatu padu serta mempunyai ketahanan fizikal, mental dan semangat juang yang tinggi.

(i)

MATLAMAT

1.0

Tujuan: 1.1 Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan melengkapkan program Bina Insan Guru (BIG) yang wajib diikuti oleh setiap pelajar dari semester 1 hingga semester 6. 1.2 Fokus aktiviti lawatan bench-marking adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kepentingannya dalam membina kualiti peribadi dan profesional sebagai seorang insan guru yang mulia, peranan guru sebagai pendidik dan agen perubahan masyarakat, kepentingan hubungan kominiti dan peranan serta tanggungjawab guru dalam memberikan perkhidmatan berkualiti dalam menjayakan dasar-dasar dan wawasan pendidikan negara. 1.3 Pelajar akan mendapat memahami dan mengenalpasti maklumatmaklumat yang berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan. 1.4 Pelajar dapat mengetahui isu yang berkaitan dengan perundangan, peraturan dan pekeliling ikhtisas pendidikan.Pelajar juga akan didedahkan dengan institusi pendidikan yang lain dan dapat mengenalpasti fungsi seperti PPD, PSPN , PKG dan seumpamanya.

(ii)

LAPORAN AKTIVITI

Pada 19 Ogos 2011, saya dan rakan telah mengadakan satu temubual bersama dengan guru cemerlang Sekolah Kebangsaan Pintas Puding, Parit Raja iaitu Hj Shah Beran bin Otoh. Hj Shah Beran merupakan Guru Cemerlang bagi matapelajaran Sains. Saya bersama rakan praktikum iaitu Zarul Shafiq bin Abdul Ghani telah bersama-sama mengadakan temubual tersebut. Temubual tersebut dijalankan di bilik guru sekolah. Kami telah menjalankan sesi temubual itu pada pukul 8.45 pagi iaitu waktu dimana beliau tiada kelas untuk mengajar sehinggalah tamat persekolahan iaitu pada pukul 12 tengah hari. Jadi kami telah menggunakan peluang yang ada ini untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat darfipada beliau. Di awal sesi temubual ini,kami turut ditemani oleh Tuan Guru Besar yang dapat meluangkan masa sebentar dan beliau sempat memberikan sepatah dua kata sebelum beliau menyerahkan kepada Hj. Shah Beran untuk meneruskan sesi temubual tersebut. Selepas Tuan Guru Besar meninggalkan saya dan rakan-rakan untuk bersama-sama dengan Hj. Shah Beran, maka bermulalah sesi temubual di antara kami dan guru cemerlang Sekolah Kebangsaan Pintas Puding. Beliau memberitahu bahawa banyak halangan yang telah beliau tempuhi untuk mendapatkan jawatan guru cemerlang. Ini bukannya sesuatu perkara yang mudah untuk dicapai kerana beliau juga perlu bersaing dengan guru-guru yang lain untuk mendapatkan jawatan guru cemerlang itu. Pada mulanya beliau tidak begitu menyangka dipilih sebagai guru cemerlang ini yang merupakan tanggungjawab baru bagi beliau. Sebelum kami mengemukakan soalan kepada Hj. Shah Beran, beliau terlebih dahulu memperkenalkan dirinya serta serba sedikit mengenai latar belakangnya kepada kami. Apa yang kami dapati semasa beliau menceritakan mengenai latar belakang dirinya, beliau merupakan pelajar Maktab Perguruan Gaya iaitu terletak di Sabah. Setelah menamatkan pengajiannya di situ, beliau

telah ditempatkan di sekolah di kawasan negeri Sabah dan menetap selama 5 tahun di sana. Hj. Shah Beran merupakan seorang guru yang tegas serta sangat menjaga penampilan dan disiplin diri yang tinggi. Ini kerana, beliau sangat menjaga cara pemakaian dan sentiasa hadir ke sekolah paling awal setiap hari berdasarkan pemerhatian saya. Maka memang sesuailah beliau telah dianugerahkan jawatan sebagai guru cemerlang berdasarkan disiplin diri yang tinggi. Kami telah menjalankan 3 slot sepanjang sesi temubual ini. Di antaranya ialah Slot Inovasi Pedagogi Guru Cemerlang, slot amalan pengajaran dan pembelajaran guru cemerlang dan Slot Ciri-Ciri Profesionalisme Dan Komitmen Guru Cemerlang. Sepanjang sesi temubual ini berlangsung, kami tidak dijamukan dengan hidangan makan tengah hari ataupun minum petang. Ini kerana, kami telah menjalankan sesi temubual ini dalam bulan Ramadhan. Namun, ia tidak memberi masalah untuk kami meneruskan sesi temubual ini. Pada akhir sesi temubual ini, kami telah mengadakan sesi refleksi bersama guru cemerlang. Kami turut memberi hadiah kepada pihak sekolah dan juga kepada guru cemerlang tersebut kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kami untuk menjayakan program BIG ini.

SLOT 1 : INOVASI PEDAGOGI GURU CEMERLANG

Setelah beliau menceritakan serba sedikit mengenai dirinya, kami bertiga mula mengatur soalan yang bersesuaian untuk ditujukan kepada Hj. Shah Beran. Hj. Shah Beran telah memberitahu bahawa di antara guru cemerlang dan guru biasa terdapat sedikit perbezaan dari segi pengurusan bilik darjah. Beliau telah menyatakan bahawa untuk mendapatkan sistem pengurusan bilik darjah yang berkesan, aspek latar belakang murid harus diambil berat kerana kebiasaannya latar belakang murid dipengaruhi oleh sikap dan tingkah laku murid itu sendiri. Hj. Shah Beran ada menceritakan cara beliau meningkatkan prestasi murid di dalam kelas. Pendekatan yang beliau gunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran beliau ialah dengan menggunakan kaedah permainan yang banyak melibatkan murid di dalam pengajaran beliau. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran beliau, beliau tidak menggalakkan penggunaan ICT kerana beliau beranggapan bahawa penggunaan ICT di dalam kelas kurang mendapat perhatian murid untuk terus memberikan tumpuan kepada pelajaran. Hal ini mungkin juga disebabkan beliau yang merupakan orang lama dalam dunia pendidikan yang dahulunya kurang menggunakan kemudahan ICT ini. Dengan menggunakan pendekatan permainan dalam pelajaran, murid akan lebih memberi tumpuan dan dapat bekerjasama antara satu sama lain. Ini sedikit sebanyak akan menambahkan minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajarkan. Menurut beliau, penerapan permainan amat disukai oleh murid dan ia amat berkesan terhadap murid-murid. Murid-murid mudah mengingati isi pembelajaran dan tidak akan berasa bosan terhadap pengajaran guru. Pedagogi sebegini amat perlu dicontohi oleh kami sebagai seorang bakal guru.

SLOT 2 : AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU CEMERLANG

Dalam sesi temubual slot kedua ini, saya dan rakan telah menanyakan soalan iaitu adakah lembaran kerja yang diberi untuk tujuan penilaian bagi setiap murid dalam kelas adalah sama atau berbeza mengikut tahap?. Beliau telah memberikan jawapannya iaitu lembaran kerja yang hendak diberikan kepada murid haruslah mengikut tahap yang sama mengikut kelas. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan guru membuat penilaian mengenai pengajaran yang telah disampaikan oleh guru tersebut sama ada berjaya mencapai target yang diingini atau sebaliknya. Jikalau lembaran kerja yang diberikan kepada murid berlainan di antara satu sama lain, ini akan menyukarkan guru untuk membuat penilaian terhadap muridnya. Guru juga sukar untuk mencari kelemahan murid selepas selesai mengajar sesuatu topik pembelajaran. Sekiranya guru tidak menggunakan lembaran kerja sebagai cara untuk mengukur tahap penilaian murid yang telah diajar, guru juga boleh menggunakan pendekatan soal jawab bersama murid. Beliau telah menyatakan bahawa dengan cara ini juga guru dapat mengenal pasti kelemahan murid selepas sesuatu pengajaran berlaku. Ini juga akan membuatkan murid-murid lebih memberikan perhatian terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru kerana murid akan berasa takut sekiranya tidak dapat menjawab soalan yang ditujukan oleh guru kepada murid berkenaan. Beliau turut memberitahu bahawa setiap guru perlu mengambil tindakan susulan selepas membuat penilaian terhadap muridnya untuk meningkatkan pencapaian subjek yang diajar oleh guru tersebut. Guru tersebut perlu memperbaiki kelemahan ataupun lebih banyak memberi perhatian kepada murid yang mempunyai masalah di dalam pelajaran supaya murid tersebut tidak ketinggalan di dalam pelajaran. Ini juga akan membuatkan murid tersebut merasakan bahawa dirinya diambil berat oleh guru dan berkemungkinan akan meningkatkan semangat murid tersebut untuk terus belajar dan belajar.

Beliau telah menegaskan bahawa setiap guru perlu berjaya menguasai setiap murid di dalam kelas. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada murid tidak memberi perhatian semasa pengajaran berlangsung ataupun menyebabkan murid tidak minat di dalam pelajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Guru boleh mengatasi masalah murid yang tidak berminat dengan pelajaran dengan cara menggunakan pendekatan yang berbeza-beza. Contohnya, guru tersebut boleh menjalankan aktiviti pembelajaran di luar kelas seperti di bawah pokok ataupun berada di kawasan kantin. Pendekatan ini kebanyakkan telah dijalankan dalam pendidikan di luar negara dan ia didapati sedikit sebanyak turut mengurangkan masalah murid yang tidak berminat untuk belajar. Selain itu, guru juga boleh menggunakan pendekatan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya menjalankan aktiviti menyanyikan lagu patriotik dan lagu kanak-kanak yang sekali sekala boleh menarik minat murid setelah hari-hari mengadap buku atau papan tulis. Guru juga boleh menggunakan pendekatan muzik dengan membuat lirik lagu yang ilmiah yang membolehkan murid mudah mengingat sesuatu konsep dalam mata pelajaran tertentu.

SLOT 3 :CIRI-CIRI PROFESIONALISME DAN KOMITMEN GURU CEMERLANG

Dalam slot yang ketiga ini pula, kami telah mendapatkan maklumat mengenai syarat-syarat yang perlu ada untuk menjadi guru cemerlang ini. Menurut Hj. Shah Beran, syarat-syarat mudah yang perlu ada ialah perlu mempunyai komitmen tinggi dalam setiap tugas. Prestasi juga perlu dijaga dan elakkan mendapat rekod buruk seperti tidak menjalankan tugas yang dipertanggungjawab. Menurut beliau lagi, untuk menjadi guru cemerlang ini,seseorang itu perlu kreatif dan berinovasi untuk mencipta kaedah atau pendekatan baru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, perkara tersebut dapat dicontohi oleh guru-guru lain di sesebuah sekolah. Senang kata, guru cemerlang ini merupakan pakar rujuk dan ikon yang paling sesuai di sesebuah sekolah. Dengan mengadakan jawatan guru cemerlang ini, kerajaan mengharapkan prestasi sekolah-sekolah di Malaysia ini semakin meningkat. Sebelum kami mengakhiri temu bual ini, kami sempat mendapatkan nasihat daripada Hj. Shah Beran sebagai garis panduan kami untuk menjadi guru cemerlang pada masa akan datang. Beliau menasihatkan kami yang masih baru dalam dunia pendidikan supaya sentiasa tabah sebagai seorang guru. Beliau juga mengharapkan kami supaya menggunakan sepenuhnya tenaga muda ini untuk menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Ini kerana dunia sudah semakin maju dan janganlah jadikan pendidikan tidak dapat setanding dengan kemajuan negara. Itulah nasihat yang begitu berharga buat kami daripada beliau. Memang wajar program BIG ini dijalankan kerana sedikit sebanyak dapat memberikan pelbagai maklumat serta memotivasikan kami. Akhirnya, temu bual ini dapat disempurnakan mengikut waktu yang ditetapkan. Bagi kami, segala maklumat sudah pun diterima daripada Hj. Shah Beran bin Otoh. Kemuncak program ialah sesi penyampaian cederahati antara kami dan pihak sekolah. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pintas Puding iaitu Hj. Hamzah bin Abd. Jamak telah menyempurnakan upacara penyampaian cenderahati ini.

Disediakan oleh:

(Muhammad Zulhakim bin Hazaha)

REFLEKSI KENDIRI

Setelah menjalankan temubual bersama guru cemerlang di Sekolah Kebangsaan Pintas Puding, pelbagai maklumat dan pengetahuan baru telah saya terima berdasarkan program tersebut. Program sebegini amat bagus diadakan untuk menyuburkan kecergasan fizikal, ketahanan mental, kemantapan rohani dan emosi dalam kalangan guru pelatih Terdapat beberapa masalah dan kesulitan telah saya dan rakan alami dari proses perancangan sehingga tamat program. Salah satunya ialah dari segi tarikh menjalankan temubual yang telah diubah beberapa kali sehingga mendapat tarikh sah iaitu 19 Ogos 2011. Ini kerana kepadatan aktiviti dan program lain sewaktu praktikum yang menyebabkan sukar bagi saya dan rakan memilih tarikh yang sesuai. Walaupun tugas-tugas berkaitan praktikum tidak diselesaikan sepenuhnya lagi, temu bual bersama guru cemerlang ini tetap perlu diteruskan kerana sudah kesuntukan masa. Selain itu juga, semasa proses merangka kertas kerja lawatan ini, saya dan rakan mengalami masalah dalam mendapatkan masa yang sesuai untuk menemubual guru cemerlang tersebut kerana beliau juga sibuk dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Lebih-lebih lagi beliau terpaksa menumpukan kepada murid-murid Tahun 6 yang semakin hampir menduduki peperiksaan UPSR. Namun, kami bersyukur dan berterima kasih kepada guru cemerlang Sekolah Kebangsaan Pintas Puding iaitu Hj. Shah Beran bin Otoh yang memahami kehendak kami dan sanggup meluangkan masa untuk ditemubual. Pada mulanya saya dan rakan berasa takut untuk menemubual beliau kerana kami kurang berkomunikasi dengan beliau sebelum ini. Akhirnya barulah kami ketahui bahawa Hj. Shah Beran ini merupakan seseorang yang peramah dan senang didekati. Kami berasa sungguh selesa menjalankan temu bual terhadap beliau. Bagi saya selaku Setiausaha program, saya tidak mengalami masalah atau kesulitan yang berat. Ini kerana saya dapat merangka kertas kerja dengan baik berdasarkan panduan yang telah saya terima daripada rakan-rakan daripada sekolah lain. Saya dan rakan praktikum juga berjaya menyediakan sedikit cenderahati kepada pihak sekolah. Perkara ini dapat menampakkan program ini lebih tersusun.

Semasa temu bual dijalankan, kami berjaya memperoleh maklumatmaklumat yang diperlukan untuk temubual ini. Segala objektif temubual dapat dicapai dengan baik. Ini kerana guru cemerlang tersebut telah dimaklumkan lebih awal tentang apa yang kami inginkan menyebabkan beliau lebih bersedia. Saya berasa sungguh bertuah kerana banyak maklumat dan pengetahuan baru telah diperolehi sepanjang temubual tersebut. Jadi berdasarkan temubual ini, saya berasa sungguh berpuas hati kerana bagi saya temubual ini telah mencapai objektif yang diharapkan. Saya mencadangkan supaya program sebegini dapat diterus dan dikekalkan sebagai satu program wajib bagi guru-guru pelatih bagi mendapatkan pendedahan awal mengenai sikap guru yang perlu dicontohi.

Yanb benar,

(Muhammad Zulhakim bin Hazaha)

CONTOH SOALAN YANG DIAJUKAN

1. Apakah syarat untuk menjadi guru cemerlang? 2. Bagaimana komitmen yang diberikan oleh guru cemerlang? 3. Selain daripada mengajar, apakah tanggungjawab dan sumbangan yang diberikan oleh guru cemerlang kepada warga sekolah? 4. Apakah perbezaan di antara guru biasa dengan guru cemerlang? 5. Bagaimanakah mengatasi masalah / situasi di bawah i. Murid lemah dalam mata pelajaran, bermasalah dalam tingkah laku menyebabkan pencapaian kelas merosot. Guru Besar memberi tekanan kepada guru untuk menyelesaikan masalah tersebut. ii. Murid bermasalah dalam tingkah laku (tidak mendengar arahan, tidak membuat kerja rumah). Guru memberitahu ibu bapa mengenai perlakuan anaknya. Namun, ibu bapa tidak menafikannya dan meletakkan tanggungjawab ke atas guru. 6. Selain daripada mendidik, apakah sumbangan / penglibatan (aktiviti) yang diberikan oleh guru cemerlang kepada sekolah? 7. Bagaimana caranya atau tindakan yang diambil oleh guru cemerlang bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran? 8. Apakah kemahiran yang dimiliki dan patut dikuasai oleh guru cemerlang? 9. Apakah nasihat yang boleh diberikan kepada kami sebagai garis panduan atau rujukan untuk menjadi guru cemerlang? 10. Apakah matlamat/ harapan/ pendapat guru cemerlang terhdap diri (kerjaya) sekolah, cabaran yang bakal timbul?

I P G K AM P US T UN H USSE I N ONN KM 7.75, JALAN KLUANG, KARUNG BERKUNCI 524, 83009 BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM.

KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU


TEMU BUAL BERSAMA GURU CEMERLANG TEMPAT : SK PINTAS PUDING, PARIT RAJA TARIKH : 19 OGOS 2011(JUMAAT)
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD ZULHAKIM BIN HAZAHA (RBT3) ZARUL SHAFIQ BIN ABDUL GHANI (RBT3)

ANJURAN PISMP(SEMESTER 6) AMBILAN JANUARI 2009

4.0 PENDAHULUAN Program Khidmat Masyarakat adalah satu daripada program wajib bagi guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 6. Bagi melaksanakan tugasan wajib ini, semua guru pelatih PISMP Ambilan Januari

2009 Semester 6 telah merangka satu program Bina Insan Guru bertemakan Temu Bual Bersama Guru Cemerlang

5.0 RASIONAL Pendidikan keguruan perlu memberi ruang kepada guru pelatih untuk menyuburkan kecergasan fizikal, ketahanan mental, kemantapan rohani dan emosi. Insan guru adalah Pembina generasi cemerlang, pembentukan jati diri dan menjadi rol model kepada masyarakat. Justeru itu, guru harus mampu dan peka terhadap alam sekitar dan tidak membazir sumber alam.

Diharapkan dengan pelaksanaan program serupa ini dapat menambah kesedaran para guru pelatih terhadap kepentingan penukaran pengalaman dengan guru-guru cemerlang. Melalui aktiviti ini, hubungan antara guru pelatih dapat dieratkan dan semangat kerjasama dapat dipupukan. Program ini juga bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan kitar semula.

6.0 OBJEKTIF Program ini bertujuan untuk : 3.1 Melaksanakan tugasan BIG PISMP semester 6 Ambilan Januari 2009. 3.2 Memupuk tanggungjawab sosial sesama manusia. 3.3 Memberi kesedaran kepada para guru pelatih tentang profesional keguruan. 3.4 Berusaha menjadi insan guru yang patuh pada agama dan mengamalkan nilai-nilai positif serta gaya hidup sihat berasaskan Rukunegara. 3.5 Mempuyai ciri-ciri insan guru yang cemerlang, harmonis dan bersatu padu serta mempunyai ketahanan fizikal, mental dan semangat juang yang tinggi.

7.0 TARIKH 19 OGOS 211 (JUMAAT)

8.0 TEMPAT

SEKOLAH KEBANGSAAN PINTAS PUDING

9.0 GURU PELATIH YANG TER LIBAT MUHAMMAD ZULHAKIM BIN HAZAHA (RBT3) ZARUL SHAFIQ BIN ABDUL GHANI (RBT3) JAWATANKUASA PROGRAM BIG TEMU BUAL BERSAMA GURU

10.0

CEMERLANG Penasihat : Encik Mohammad Roslan bin Aroff (PK) Encik Husin Bin Sarif (RBT 1) Puan Hjh Fadhilah bt Aspar (RBT 3) Pengerusi Setiausaha : Zarul Shafiq bin Abdul Ghani : Muhammad Zulhakim bin Hazaha

Jawatankuasa Cenderamata : Zarul Shafiq bin Abdul Ghani

11.0

TENTATIF

JUMAAT ( 19 OGOS 2011 )

MASA 8.45 A.M.

PERKARA SAMPAI KE SEKOLAH BERJUMPA DENGAN GURU BESAR DAN GURU CEMERLANG

9.15 A.M. 10.15 A.M. 11.15 A.M 11.45 A.M. 12.00 P.M.

SLOT TEMU BUAL 1 SLOT TEMU BUAL 2 SLOT TEMU BUAL 3 REFLEKSI PEMBERIAN CENDERAMATA BERSURAI

12.0

GURU YANG MENERIMA TEMU BUAL HAJI SHAH BERAN BIN OTOH

13.0

PENUTUP

Adalah diharapakan program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektifnya. Kerjasama dan sokongan yang diberikan samada dalam bentuk idea, sumbangan dan sebagainya amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan Oleh;

................................. (MUHAMMAD ZULHAKIM BIN HAZAHA) Setiausah Program BIG Temu Bual Bersama Guru Cemerlang, Guru Pelatih PISMP Ambilan Januari 2009, RBT 3 (Semester 6), IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Disemak dan disahkan oleh;

................................. (ZARUL SHAFIQ BIN ABDUL GHANI) Pengerusi Program BIG Temu Bual Bersama Guru Cemerlang Guru Pelatih PISMP Ambilan Januari 2009, RBT 3 (Semester 6), IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Disokong oleh,

................................. (PUAN HAJAH FADHILAH BINTI ASPAR) Pensyarah Penasihat Program BIG Temu Bual Bersama Guru Cemerlang IPG Kampus Tun Hussein Onn

Ulasan Guru Besar

Diluluskan / Tidak diluluskan

(Haji Hamzah bin Abdul Jamak) Guru Besar SK Pintas Puding

Anda mungkin juga menyukai