Anda di halaman 1dari 64

PROGRAM ETIKA BENDERA: KESEDARAN & PENJAGAAN

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

BETUL ATAU SALAH?

BETUL ATAU SALAH?

BETUL ATAU SALAH?

BETUL ATAU SALAH?

BETUL ATAU SALAH?

BETUL ATAU SALAH?

BETUL ATAU SALAH?

BETUL ATAU SALAH?

BETUL ATAU SALAH?

SEJARAH BENDERA MALAYSIA


Pertandingan mereka Bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1949 373 karyawan telah mengambil bahagian 3 rekabentuk bendera terpilih ke peringkat akhir :a) Lambang Keris bersilang di tengah dikelilingi 11 bintang pecah lima b) 11 bintang pecah lima membentuk 2 bulatan mengelilingi keris bersilang di tengah c) 11 Jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri

SEJARAH BENDERA MALAYSIA


Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat mereka Keputusan akhir disiarkan pada 29 Novermber 1949 dan majoriti memilih rekabentuk ketiga yang merupakan ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor, En. Mohamad b. Hamzah. Rekabentuk tersebut dibuat beberapa pindaan dan diperkenankan pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara

SEJARAH BENDERA MALAYSIA


Rekabentuk mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950 Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor pada 26 Mei 1950. DYMM Raja-raja Melayu dan TYT Gabenor-gabenor dalam Persidangan Majlis Raja-raja memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia diubahsuai pada bilangan jalur dan bintang pecah 14

SEJARAH BENDERA MALAYSIA

Bendera Malaysia dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September 1963. Bendera Malaysia diberi nama Jalur Gemilang yang diisytiharkan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 31 Ogos 1997

MAKNA BENDERA MALAYSIA


Agama Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia Perpaduan antara 13 negeri dan Wilayah Persekutuan Keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 Negeri dan Wilayah Persekutuan Warna Di Raja bagi DYMM Raja-raja Melayu Perpaduan rakyat Malaysia Keberanian menghadapi cabaran Kesucian moral rakyat Malaysia

MAKNA JALUR GEMILANG


JALUR satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah menuju kegemilangan bangsa dan negara GEMILANG Bendera Malaysia melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun samada di dalam atau di luar negara

STRUKTUR BENDERA

UKURAN BENDERA & TIANG


Bil 1 2 Jenis Bendera Bendera Standard Bendera Rumah - Tiang Kekal - Tiang Tidak Kekal Bendera Sedang Bendera Besar Bendera Meja Bendera Kereta Ukuran Bendera 3 x 6 ft Ukuran Tiang 20 ft (Dia: 3)

2 x 4 ft 2 x 4 ft 4 x 8 ft 6 x 12 ft x 1 ft x 1 ft

20 ft (Dia: 3) 10 ft (Dia: 1.5) 30 ft (Dia: 3) 40 ft (Dia: 6) 40cm (Dia:1cm) 40cm (DIa:1cm)

3 4 5 6

PEMASANGAN TIANG BENDERA

ADAT & TERTIB


Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik. Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas. Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya. Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.

ADAT & TERTIB


Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang tertentu. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara Pemakaman/ Pemgkebumian Negara. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan.

TEMPAT PENGIBARAN
Jalur Gemilang dikibarkan di tempat-tempat seperti berikut: - Kediaman - Kedutaan - Bangunan (di luar, di dalam, di atas) - Pejabat - Kapal / Feri / Bot - Kapal Terbang - Kereta

HARI PENGIBARAN
Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 menetapkan Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang) hendaklah dikibarkan pada hari-hari pejabat biasa dan hari-hari Kebesaran Persekutuan dan Negeri. Sekolah-sekolah hendaklah mengibarkan bendera pada harihari persekolahan. Di peringkat Negeri, ia dikibarkan pada hari-hari seperti: - Hari Ulangtahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. - Hari Kebangsaan - Lawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke negeri-negeri.

MASA PENGIBARAN
Tradisi mengibarkan bendera adalah dinaikkan dari waktu matahari terbit sehinggalah matahari terbenam iaitu mulai 7.00 pagi hingga 7.00 petang. Kerajaan Persekutuan telah menetapkan bendera dikibarkan seperti berikut: Bangunan-Bangunan Kerajaan Persekutuan Mengikut waktu pejabat biasa dan dikibarkan terus menerus (overnight) sekiranya hari berikutnya adalah Hari Kebesaran/Cuti Umum yang ditetapkan bendera dikibarkan. Sekolah-Sekolah Mengikut waktu mulanya kelas pertama dan diturunkan selepas kelas terakhir tamat. Kapal dan Feri Dikibarkan sepanjang hari.

ARAH PANDANGAN
Penentuan arah pandangan pengibaran bendera adalah pandangan dari luar bangunan memandang ke arah bangunan. Penetapan arah pandangan bendera adalah seperti berikut:-

SUSUNAN KEUTAMAAN
Susunan Keutamaan bendera-bendera ialah seperti berikut: 1. Bendera Malaysia Jalur Gemilang 2. Bendera Negeri-Negeri (mengikut susunan keutamaan) 3. Bendera Wilayah (mengikut tarikh wilayah diwujudkan) 4. Bendera Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan 5. Bendera Pertubuhan dan Persatuan 6. Bendera Syarikat Keutamaan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri-Negeri ditentukan mengikut Susunan Keutamaan DYMM RajaRaja Melayu dan TYT Yang di-Pertua Negeri (Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan).

SUSUNAN KEUTAMAAN NEGERI


Kedah Negri Sembilan Pahang Kelantan Johor Perak Terengganu Selangor Perlis Melaka Sabah Sarawak Pulau Pinang W.P. Kuala Lumpur W.P. Labuan W.P. Putrajaya

SUSUNAN KEDUDUKAN

Hari Biasa & Hari-hari Kebesaran Persekutuan

Hari-hari Kebesaran Negeri

SUSUNAN KEDUDUKAN
Jalur Gemilang dikibarkan bersama Bendera Negeri-negeri

Sebaris Jalan masuk dari sebelah kanan

Sebaris (dibahagi dua belah) Jalan masuk di tengah

Sebaris Jalan masuk di tengah

SUSUNAN KEDUDUKAN
Semasa Persidangan Antarabangsa

Bendera dikibarkan sebaris mengikut abjad

Di atas meja mengikut abjad secara lawan arah jam Sebaris Jalan masuk di tengah

SUSUNAN KEDUDUKAN
Di Kedai / Bangunan

Bila bendera dikibarkan di deretan kedai atau rumah, ia hendaklah dikibarkan pada tiang yang dicondongkan ke arah jalanraya. Jika 2 bendera dikibarkan, Jalur Gemilang dikibarkan di sebelah kiri.

SUSUNAN KEDUDUKAN
Kedudukan Bersilang

Dalam keadaan dikibarkan bersilang, Jalur Gemilang hendaklah dikibarkan disebelah kiri dan di atas bendera yang lain.

Jika Jalur Gemilang diletakkan di dalam satu kumpulan bendera negeri dan bendera swasta, Jalur Gemilang hendaklah dikibarkan di tengahtengah di antara dua bendera dan tiangnya lebih tinggi sedikit dari tiangtiang yang lain. Bendera Negeri dikibarkan di sebelah kiri manakala bendera swasta di sebelah kanan.

SUSUNAN KEDUDUKAN
Lawatan Rasmi Negara Lain

Menjadi amalan biasa negara kita memberi penghormatan kepada pelawat, bendera negara pelawat akan diberikan keutamaan.

SUSUNAN KEDUDUKAN
Acara dalam Bangunan

Semasa Seminar

Semasa Mesyuarat

Perundangan / perbincangan

SUSUNAN KEDUDUKAN
Semasa Acara Sukan

SUSUNAN KEDUDUKAN
Semasa Perarakan

Terbentang

Sebaris

Sederet

SUSUNAN KEDUDUKAN
Pada Dinding

Aktiviti Tempatan

Aktiviti Antarabangsa

Di belakang penceramah

CARA PENGGUNAAN
Tanda Menghormat Jenazah

Jalur Gemilang boleh digunakan bagi menutup keranda di dalam istiadat Pemakaman / Pengkebumian Negara. Ia digunakan juga bagi menutup keranda ketika membawa pulang jenazah seperti berikut dari luar negara: - Pembesar-Pembesar Negara - Duta-Duta Malaysia - Anggota Tentera yang meninggal dunia ketika menjalankan tugas

CARA PENGIBARAN
Tanda Berkabung
Dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung di atas peristiwa tertentu. Arahan mengenai pengibaran bendera setengah tiang ini akan dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa negeri bagi negeri-negeri yang berkenaan. Dikibarkan separuh tiang pada hari pengisytiharan kemangkatan / kematian hingga hari pemakaman / pengkebumian Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.

CARA PENGHORMATAN

CARA MELIPAT BENDERA


Cara Melipat Canton di luar atau jalur di luar? Segiempat atau segitiga? Membawa bendera yang telah dilipat Menyerahkan bendera

PENJAGAAN BENDERA
Kalau kotor, tersentuh lantai? Kalau basah terkena hujan? Cara Penyimpanan Penggunaan untuk tujuan pengiklanan / komersial Bila untuk disarakan?

APAKAH PERASAAN ANDA MELIHAT

APAKAH PERASAAN ANDA MELIHAT

APAKAH PERASAAN ANDA MELIHAT

APAKAH PERASAAN ANDA MELIHAT

APAKAH PERASAAN ANDA MELIHAT

APAKAH PERASAAN ANDA MELIHAT

PENGUATKUASAAN
Penguatkuasaan oleh siapa? Denda dan hukuman

PROGRAM ETIKA BENDERA


Kami boleh menjadikan Malaysia satu tempat yang lebih sempurna! Tempat permulaan ajar anak-anak kami untuk menghormati Bendera Malaysia. Satu lagi langkah adalah dengan meminta pengurus premis perniagaan atau kerajaan yang mengibarkan bendera uzur untuk mengantikannya dengan yang baru. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran etika bendera di kalangan rakyat Malaysia amnya, dan ahli Pandu Puteri khasnya; memupuk rasa hormat terhadap bendera; mendidik cara mengibarkan bendera dengan penuh hormat dan menyarakan bendera-bendera yang kotor dan uzur.

PROGRAM ETIKA BENDERA


Rancangan: - Membentuk satu kumpulan penjaga bendera dibawah naungan PPPM sebagai pasukan pengawal etika bendera - Mendidik ahli PPPM berkenaan Etika Bendera melalui skim latihan PPPM - Menjalankan aktiviti untuk meningkatkan kesedaran penduduk tempatan berkenaan Etika Bendera - Meningkatkan kesedaran pengurus premis untuk menggantikan bendera-bendera uzur yang masih berkibar - Menghapuskan bendera-bendera uzur dengan penuh hormat

Objektif Program
Bersama-sama Kerajaan Malaysia memupuk semangat cintakan bendera dan meningkatkan semangat patriotik di kalangan ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan rakyat Malaysia. Meningkatkan kesedaran berkenaan Etika Bendera menerusi pendidikan, promosi dan projek khidmat masyarakat. Mewujudkan pasukan Penjaga Etika Bendera untuk terus mendidik dan mempromosikan Etika Bendera ke seluruh pelusuk negara.

KONSEP PROGRAM
Diilhamkan daripada Pasukan Penjaga Bendera Amerika Syarikat (The Flag Keepers Foundation) yang bertujuan menurunkan bendera uzur yang masih dipamerkan di kawasan perumahan, perindustrian dan bangunan-bangunan perniagaan. Di Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengambil inisiatif untuk memainkan peranan Flag Keepers Ditambah dengan pendidikan Etika Bendera bagi meningkatkan kesedaran terhadap cara pengendalian bendera yang betul.

KONSEP PROGRAM
Projek Perintis Tahap I (2006 hingga 2007) Latihan peringkat kebangsaan Latihan peringkat negeri Pasukan Flag Keepers bergerak mulai Julai hingga September 2006 Projek Perintis Tahap II (2008 dan seterusnya) Memberi kesedaran kepada masyarakat yang lebih luas Pasukan Flag Keepers terus memainkan peranan

PELAKSANAAN
Latihan Train the Trainers Risalah
Risalah Kenali Jalur Gemilang daripada Jabatan Penerangan Malaysia Risalah tentang Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan dicetak oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Publisiti melalui media


Publisiti melalui laman web Penjanaan Dana / Tajaan

Penjanaan Dana / Tajaan


Kewangan Bendera Sokongan Lain

PELAKSANAAN
Tindakan Melawat ke kawasan setempat Mengenalpasti bendera yang uzur Meminta bendera diturunkan dan ditukarkan dengan bendera baru Melawat ke tempat letak kereta Mengenalpasti bendera kereta yang uzur atau kotor Meletakkan risalah pada cermin kereta untuk meminta pemiliknya menggantikan bendera tersebut

Flag Keepers
Apa yang telah kami lakukan?

Kami telah menukarkan bendera Malaysia uzur yang telah dikibarkan selama 3 tahun di Taman Kuchai Jaya, KL dengan bendera Malaysia yang baru!

Flag Keepers
Apa yang telah kami lakukan?

Kami telah menukarkan bendera Malaysia uzur yang telah dikibarkan sebuah kilang besi di Jalan Kuchai Lama, KL dengan bendera Malaysia yang baru!

Flag Keepers
Apa yang telah kami lakukan?

Kami telah menukarkan bendera Malaysia dan bendera Negeri Selangor uzur yang telah dikibarkan sebuah kilang jentera di Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Subang dengan bendera Malaysia dan bendera Negeri Selangor yang baru!

Flag Keepers
Apa yang telah kami lakukan?

Kami telah menghapuskan bendera uzur atas permintaan guru S.J.K. (T) Ladang Edinburgh, KL. Sebahagian abunya telah dikebumikan di perkarangan Ibu Pejabat PPPM dan sebahagian lagi dikembalikan kepada guru tersebut sebagai kenangan.

Flag Keepers
Apa yang telah kami lakukan?

Kami telah menghapuskan bendera uzur yang telah ditukarkan dari Taman Kuchai Jaya dengan penuh hormat di S.M.K. Desa Perdana, KL. Sebahagian abunya telah dikebumikan di perkarangan sekolah tersebut dan sebahagian lagi digabungkan dengan abu-abu bendera uzur yang telah dihapuskan dahulu.

Flag Keepers
Apa yang telah kami lakukan?

Kami telah menghapuskan bendera uzur yang telah ditukarkan dari Kilang Besi, Jalan Kuchai Lama dengan penuh hormat di Wisma Pandu Puteri, KL sebagai demonstrasi kepada peserta-peserta Projek Khas Bakal Pandu Puteri Raja 2005. Sebahagian abunya telah dikebumikan di perkarangan Wisma Pandu Puteri dan sebahagian lagi digabungkan dengan abu-abu bendera uzur yang telah dihapuskan dahulu.

MOVING FORWARD!
Apa boleh ANDA lakukan? Bagaimana ia boleh dilakukan? Siapa yang bertanggungjawab memimpin?

CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG!

Anda mungkin juga menyukai