Anda di halaman 1dari 8

BATU SEREMBAN

Pengenalan Batu Seremban merupakan salah satu daripada permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak pada masa dahulu. Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Permainan ini kebiasaannya dimainkan menggunakan batu dan ia dikenali sebagai Buah. Namun, buah yang digunakan tidak tetap kerana ada kanak-kanak yang menggunakan guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanakkanak dalam permainan ini sebanyak tujuh atau lima biji. Kebiasaannya, batu seremban ini dimainkan menggunakan tujuh biji objek-objek yang dikenali sebagai buah ini. Permainan ini sering dimainkan pada waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan. Permainan batu seremban sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan, dan adakalanya kanakkanak lelaki juga tidak ketinggalan bermain permainan ini. Permainan tradisional seperti ini berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional batu seremban ini juga dikenali sebagai permainan rakyat.

Rajah 1: Permainan batu seremban popular di kalangan kanak-kanak perempuan.

Cara Bermain Batu Seremban ( 7 Biji ) Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Peringkat-peringkat

tersebut dimainkan dengan menggunakan lima biji buah sahaja. Walau bagaimanapun, ada sesetengah tempat yang menggunakan tujuh biji buah yang permainannya sedikit ringkas dan tidak memerlukan banyak langkah. Batu Seremban 7 biji buah

kebiasaannya dimainkan secara individu dan lebih mudah menggunakan batu. Namun, boleh juga dimainkan secara berkumpulan sekiranya terdapat lebihan pemain. Antara langkah-langkah bermain menggunakan tujuh biji buah ialah: Sebelum memulakan permainan, pemain akan menetapkan pusingan permainan dan mencabut undi permulaan permainan. Langkah 1: Tujuh biji buah diselerakkan di atas lantai. Langkah 2: Kemudian, sebiji buah dijadikan sebagai ibu buah. Langkah 3: Buah yang diselerakkan diambil mengikut bilangan buah. Langkah 4: Ibu buah dilambung dan ambil satu biji buah. Langkah 5: Kemudian, ibu buah dilambung sekali lagi dan dua biji buah diambil. Langkah 6: Langkah seterusnya, ibu buah dilambung dan ambil tiga biji buah. Langkah 7: Apabila kesemua buah telah diambil, buah kemudiannya diselerakkan semula. Langkah 8: Pihak lawan akan membuang lima biji buah dan meninggalkan hanya dua biji buah sahaja.

Langkah 9:

Dua biji buah kemudian akan dijentik oleh pemain supaya mengenai satu sama lain.

Langkah10: Pemain akan menimbang buah dan bilangan buah yang ditimbang merupakan jumlah mata yang dapat dikumpul.

Rajah 2: Menimbang buah untuk mendapat mata.

Peraturan bermain: Pemain tidak boleh menyentuh buah yang tidak diambil. tangan, dikira batal dan giliran bermain ditukar. Dalam langkah menjentik buah, sekiranya dua biji buah yang ditinggalkan pihak lawan terlalu dekat, pemain perlu menggunakan jari untuk memintas antara buah tersebut. Jika terkena jari, maka permainan batal. Sekiranya bermain secara berkumpulan atau berdua, giliran diberikan kepada ahli kumpulan lain sekiranya pemain pertama batal dan gagal meneruskan permainan. Pemain yang mendapat giliran kembali perlu memulakan permainan dengan menyambung langkah yang gagal dilakukan sebelum itu. Ahli kumpulan juga perlu berbuat demikian. Sekiranya pemain gagal mengingat langkah terakhir yang gagal dilakukan, mata yang dikumpul akan kembali ke angka kosong. Pemenang dikira berdasarkan jumlah mata yang dikumpul pada akhir pusingan. Sekiranya terkena

Rajah 3: Antara objek-objek yang dijadikan sebagai buah bagi permainan batu seremban.

MELESTARIKAN PERMAINAN BATU SEREMBAN

Rajah 4: Batu seremban versi moden

Walaupun permainan batu seremban ini agak lama, ia tetap harus dilestarikan supaya tidak pupus dari muka bumi ini. Permainan tradisional seperti inilah yang memberi semua kaum Melayu identiti mereka sebagai orang Melayu. Jika orang Melayu tidak fasih dalam bahasa Melayu, sekurang-kurangnya terdapat juga permainan tradisional yang membolehkan masyarakat Melayu untuk mengekalkan identiti mereka. Permainan tradisional seperti ini lebih mudah untuk dilestarikan berbanding melestarikan Bahasa Melayu. Selain daripada itu, permainan batu seremban ini ada banyak kebaikannya. Ia membolehkan tangan dan mata untuk bekerjasama dengan lebih tepat dan cepat. Ia juga membolehkan pemain-pemain untuk bersembang antara satu sama lain.

Kesimpulannya, permainan batu seremban ini tidak seharusnya dibiarkan pupus dalam diri masyarakat kita. Oleh yang demikian, kita sebagai bangsa Melayu yang masih punya jati diri perlulah mempunyai kesedaran untuk menjadikan permainan batu seremban ini masih relevan pada masa-masa akan datang. depan. Ini kerana, permainan seperti ini merupakan penyambung warisan untuk generasi-generasi kita pada masa

Rajah 5: Permainan batu seremban boleh dimainkan di kawasan lapang di mana-mana sahaja.

NILAI-NILAI MURNI DALAM PERMAINAN TRADISIONAL

Keistimewaan permainan tradisional melayu ialah nilai-nilai murni yang boleh diperolehi daripadanya melalui permainan, kanak-kanak akan menerima pendidikan yang tidak formal. Lantaran itu, ia berupaya memberi satu kesan yang positif dalam perkembangan kanak-kanak yang boleh diperolehi. Dalam permainan batu seremban, beberapa nilai juga boleh diambil untuk membentuk jati diri masyarakat kita sejak daripada kanak-kanak lagi. Antaranya ialah : 1. Membentuk disiplin Salah satu ciri utama dalam permainan tradisional melayu ialah terdapatnya peraturan atau undang-undang permainan. Pemain-pemain akan dibatasi dengan peraturan ketika bermain. Ini secara tidak langsung membentuk disiplin diri pemain-pemain agar mematuhi peraturan.

2. Menanamkan perasaan hormat-menghormati Salah satu ciri utama dalam permainan tradisional, kanak-kanak ditanamkan dengan perasaan hormat-menghormati keputusan pengadil dan menghormati pasukan yang menang atau kalah. Di samping itu, permainan yang berbentuk permainan keluarga juga penting kerana ia berpengaruh untuk mewujudkan perasaan hormat-menghormati antara ahli keluarga. 3. Melahirkan perasaan toleransi atau tolak ansur Secara tidak langsung permainan tradisional ini turut menyemai perasaan toleransi atau tolak ansur di kalangan kanak-kanak melalui permainan, kanakkanak mudah diasuh untuk bekerjasama sesama rakan dan bantu-membantu antara satu sama lain.

Rajah 6: Permainan batu seremban juga memerlukan kerjasama yang tinggi antara pemain.

4. Sabar, jujur dan amanah Sifat sabar, jujur dan amanah juga boleh diterapkan dalam diri kanak-kanak yang mana mereka boleh mengamalkannya dalam kehidupan sehariannya. Ini membantu dalam membentuk kanak-kanak menjadi manusia yang boleh dipercayai, amanah dan jujur. 5. Berkomunikasi dan berinteraksi Kebanyakkan permainan tradisional melayu dimainkan secara berkumpulan. Ini membantu kanak-kanak berhubung antara satu sama lain. Ahli kumpulan biasanya akan sentiasa bekerjasama untuk memperolehi kemenangan. Cara ini memudahkan kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain. Kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi ini boleh diamalkan sepanjang masa.

Rajah 7: Permainan ini juga memupuk kemahiran komunikasi antara pemain tidak mengira tua atau muda.

6. Menggunakan masa dengan berfaedah Kebiasaannya, permainan tradisional dimainkan oleh kanak-kanak pada waktu petang atau masa lapang yang lain. Kanak-kanak bermain setelah selesai daripada melakukan keja sekolah atau tugasan yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Ini melatih kanak-kanak menggunakan masa mereka dengan cara yang berfaedah. Di samping itu, ia juga mengelakkan kanak-kanak membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. 7. Ketahan fizikal dan daya saing Melalui permainan tradisional, ia dapat membentuk ketahanan fizikal kanakkanak. Ini menanamkan semangat juang dan daya saing yang tinggi terhadap kanak-kanak dan mereka boleh menyemarakkan semangat dalam kegiatan seharian mereka. 8. Mengeratkan hubungan kekeluargaan Sesetengah permainan tradisional boleh dimainkan bersama-sama ahli keluarga. Mereka amat berasa gembira dan bersuka ria bersama-sama. Suasana ini akan mewujudkan ikatan kekeluargaan yang lebih erat sesama ahli keluarga. 9. Hubungan dengan rakan-rakan dan jiran Di samping ahli keluarga, kawan-kawan dan jiran tetangga merupakan rakan sepermainan yang utama. Melalui permainan, ia akan mengeratkan lagi kemesraan dan ikatan persahabatan yang lebih akrab antara satu sama lain. 10. Menghargai warisan bangsa Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang amat bernilai. Apabila kanak-kanak sering bermainnya, ia akan membantu mengekalkan permainan ini.

Dalam pada itu, kanak-kanak akan sentiasa menghargai, mencintai dan menyanjungi permainan warisan bangsa melayu. 11. Bertanggungjawab Dalam permainan tradisional, pemain-pemain lazimnya akan diberikan peranan tertentu etika bermain. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat dilatih bagi memegang suatu tanggungjawab tertentu. Ini sedikit sebanyak membantu melatih kanak-kanak agar bertanggungjawab. 12. Mengelakkan pembaziran Kebanyakkan permainan tradisional tidak menggunakan peralatan tertentu. Walau bagaimanapun, ada yang menggunakan peralatan daripada bahan-bahan terbuang atau pun bahan-bahan yang boleh diperolehi tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan dan mengelakkan daripada berlakunya pembaziran. Keadaan ini akan melatih kanak-kanak agar berjimat cermat. Di samping itu, nilai-nilai murni yag dinyatakan di atas, banyak lagi nilai-nilai murni yang lain. Antaranya ialah ia dapat menanamkan semangat patriotik, kerajinan, kecekapan dan sebagainya. Kesimpulannya, permainan tradisional melayu dapat memberikan banyak manfaat kepada kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai