P. 1
Kumpulan Sinopsis Novel

Kumpulan Sinopsis Novel

|Views: 7,398|Likes:
Dipublikasikan oleh Hadi Link's

More info:

Published by: Hadi Link's on Sep 19, 2011
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/14/2013

pdf

text

original

Buku ini mengisahkan kisah percintaan antara Zainuddin dan Hayati.

Zainuddin merupakan anak kacukan orang Minangkabau dan Mengkasar. Di

kalangan orang Mengkasar dia dianggap orang Minangkabau manakala di kalangan

orang Minangkabau dia dianggap sebagai orang Mengkasar. Dirinya sentiasa

dianggap sebagai orang asing di samping tidak mempunyai keluarga.

Hayati pula dari keturunan Minangkabau. Mereka berdua bercinta tetapi

hajat untuk berkahwin tak kesampapaian memandangkan orang Minangkabau amat

berpegang kepada adat mereka.

Hayati akhirnya berkahwin dengan Aziz, abang bagi kawan karibnya

Khadijah. Aziz bukanlah orang yang begitu baik pada hakikatnya. Zainuddin pula

jatuh sakit akibat kecewa dalam percintaan.

Namun, Zainuddin berjaya menjadi penulis terkenal dengan memaparkan

karya yang berpandukan kisah hidupnya sendiri. Aziz dan Hayati pada suatu hari

terpaksa menumpang di rumah Zainuddin setelah kehabisan harta.

Aziz akhirnya meniggalkan Hayati dengan harapan Hayati dapat bersama

Zainuddin semula. Tetapi Zainuddin menolak untuk menerima Hayati demi

membalas dendamnya terhadap Hayati.

Hayati bertolak pulang dengan perasaan sedih menaiki kapal bernama Van

Der Wijck. Kapal tersebut tenggelam dalam perjalanan tetapi Hayati berjaya

diselamatkan. Dia meninggal setelah Zainuddin mengajarkannya mengucap kalimah

syahadah. Zainuddin juga meniggal tidak lama kemudian.

18

www.hadidjogja.blogspot.com

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->