Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MAJLIS MAULIDURRASUL

‫بسم ال الرحن الرحيم‬

َ‫صحَابِهِ أَ ْجمَعِيْن‬
ْ ‫ والصّلَةُ وَالسّلَمُ َعلَى سَّيدِنَا مُـ ّمدٍ وَعَلَى آلِهِ وََأ‬, َ‫ب العَاَلمِيْن‬
ّ َ‫ل ر‬
ِ ِ ُ‫لمْد‬
َ‫ا‬
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, bersempena Majlis Maulidurrasul, merafa’kan
kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan ni’mat Mu yang tidak terhingga.

Allahumma Antal Hasibul Jalil,

Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru…Berkatilah Majlis kami ini.
Kau jadikanlah segala usaha kami di sekolah ini, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala
kerja dan usaha kami itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati.

Rahmatilah kami Ya Allah dengan al Quran, Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami dengan
kemuliaan sunnah nabi Muhammad s.a.w., Muliakanlah kami dengan cara hidup baginda rasululullah
s.a.w. Ya.. Allah, Peliharalah kami, daripada melakukan penghinaan dan pendustaan terhadap nabi akhir
zaman. Kurniakanlah kepada kami kekuatan dan keazaman untuk mengamalkan sunnah rasulMu dalam
kehidupan.

Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami nanti, dengan keazaman dan komitmen, serta dengan
iltizam dan istiqamah, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama, bangsa dan negara.
Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi
yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

َ‫ وَل‬، ‫ َوتَ َف ّرقَنَا مِ نْ بَعْدِ هِ تَفَرّقًا مَعْ صُومًا‬، ‫الّلهُمّ اجْ َعلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا َمرْ ُحوْمًا‬
. ‫ح ُروْمًا‬ ْ ‫تَجْ َعلِ الّلهُمّ ِفيْـنَا وَلَ مَ َعنَا وَلَ َمنْ يَْتبَعُنَا شَ ِقيّا وَلَ َم ْط ُروْدًا وَلَ َم‬
.‫الّلهُمّ ِزدْنَا عِلْمًا نَافِعًا وَارْ ُز ْقنَا َفهْمًا‬
َ‫الّلهُمّ اغْ ِفرْلَنَا ُذنُوَبنَا وَِ ِل ْخوَاِننَا الّ ِذْينَ َسبَ ُقوْنَا ِباْ ِليْمَانِ وَلَ تَجْ َعلَ فِيْ قُُل ْوبِنَا ِغلّ لِلّ ِذيْن‬
َ‫سنَةً َوقِنَا عَذَاب‬ َ َ‫سنَةً َوفِيْ ا َل ِخرَةِ ح‬ َ َ‫ َربّنَا َاتِنَا فِيْ ال ّدنْيَا ح‬. ٌ‫ءَامَُنوْا ِإنّكَ رَ ُءوْفٌ رَ ِحيْم‬
.‫ وَالْحَمْدُِلِ رَبّ الْعَالَ ِميْن‬، ْ‫حبِهِ وَسَلّم‬ ْ َ‫الـنّارِ َوصَلّى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَص‬

Anda mungkin juga menyukai