Anda di halaman 1dari 2

‫بسم ال الرحن الرحيم‬

‫ والصلة والسلم على سيدنا ممد وعلى آله وأصحابه أجعي‬, ‫ المد ل رب العالي‬.

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi


ini, di Majlis ________________________________ pada
hari ini, merafa’kan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak
ternilai.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini,


bagi menyatakan komittmen dan iltizam kami
untuk memerangi penyalahgunaan dadah habis-
habisan.

Ya Allah, Ya Azim, Ya Alim….


Kami sedar Ya Allah, bahawa Iman kami tidaklah
sekukuh iman Nabi Yusuf, kami juga tidak segagah
Nabi Daud, kami juga tidak sehebat Nabi Sulaiman,
maka kerana itulah Ya Allah kau kurniakanlan kami
keimanan yang mantap, kesihatan mental dan
fizikal yang sempurna, serta ketajaman akal fikiran.

Ya Allah, Sesungguhnya, Kami amat memerlukan


inayahmu dalam meneruskan kehidupan yang
penuh mehnah dan tribulasi ini,
Justeru…Ya Allah.. berkatilah perhimpunan kami
pada pagi yang permai ini. Berkatilah jua usaha-
usaha kami. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah
silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga
dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap
dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan
globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami
kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan
gerakan minda, untuk terus menjana
kecemerlangan Ummah, di alam persada ini.

Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-


hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan
perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari
melanggari larangan Mu. Kurniakanlah Ya Allah
kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan,
zuriat dan generasi yang beriman, serta segala
kebaikan di dunia dan di akhirat.

ِ‫ وََت َفرّقَنَا مِ ْن َبعْ ِده‬، ‫الّلهُ ّم ا ْجعَلْ جَ ْمعَنَا هَذَا جَ ْمعًا َمرْ ُح ْومًا‬
ْ‫جعَلِ الّلهُمّ ِفيْـنَا وَ َل َمعَنَا وَلَ مَن‬ ْ َ‫ وَلَ ت‬، ‫َت َفرّقًا مَ ْعصُومًا‬
‫ الّلهُ ّم ِزدْنَا ِعلْمًا نَاِفعًا‬. ‫ح ُر ْومًا‬ ْ َ‫يَتَْب ُعنَا َشقِيّا وَ َل مَ ْط ُر ْودًا وَلَ م‬
‫ اللهم ا ْغفِرَْلنَا ذُنُوَبنَا وَِلِ ْخوَانِنَا الّذِْينَ سََب ُقوْنَا‬. ‫وَا ْرزُقْنَا َفهْمًا‬
ٌ‫ك َرءُوْف‬ َ ‫جعَلَ فِ ْي قُُلوِْبنَا غِلّ ِللّذِيْ َن ءَامَُنوْا إِّن‬
ْ َ‫بِاْلِيْمَانِ وَ َل ت‬
‫رَ ِحيْمٌرَبّنَا اَِتنَا ِفيْ الدّنْيَا حَسََن ًة وَفِ ْي الَ ِخ َرةِ حَسََن ًة وَِقنَا‬
‫ل عَلَى مُحَمّ ٍد َو َعلَى اَِل ِه َوصَحِْبهِ‬ ‫عَذَابَ الـنّا ِر َوصَلّى ا ُ‬
‫ل َربّ اْلعَالَمِيْن ‪.‬‬‫وَ َسلّ ْم ‪ ،‬وَالْحَمْدُِ ِ‬