Anda di halaman 1dari 2

( Suatu Siti Juliana Siti Juliana

pagi, di tempat letak kereta) : Assalamu'alaikum.Apa khabar? : Wa'alaikumsalam. Khabar baik. : Siapa nama awak? Saya Siti sharuni. : Nama saya Juliana. Tengok di sana tu.

( Dua orang sahabat berjalan mendekati) Sham : Assalamu'alaikum, apa khabar? Adakah awak datang untuk mendaftar? Siti : Ya, kami datang hendak mendaftarlah ni? ( Datang seorang lagi sahabat) Raihan : Assalamualaikum. Saya Raihan dari Johor. Adakah anda semua pelajar baru di sini. Sham : Ya, kami semua pelajar baru di sini. Fuad : Saya Fuad, siapa nama anda semua? Siti : Saya Siti Saya dari Kuala Lumpur. Juliana : Saya Juliana. Saya dari Melaka. Fuad : Mari, kita ke tempat pendaftaran. Raihan : Tapi di mana tempat mendaftar? Sham : Di Dewan Besar kan? Siti : Dewan tu di mana? Juliana : Fakulti Senibina dan Ukur. ( Semua pelajar pun berjalan menuju ke tempat pendaftaran ) Fuad : Awak mengajar di mana? Sham : Saya mengajar di Muar, Johor. Fuad : Jauhnya, pukul berapa bertolak ? Sham : Pukul 3 pagi tadi. Raihan : Awalnya. Alhamdullillah, dah selamat sampai. Fuad : Kak Siti pula mengajar di mana? Siti : Akak mengajar di Puchong, Selangor. Raihan : Ooo...dekat aje. Saya mengajar di Pahang. Fuad : Ramai jugak yang datang dari jauh ye. Juliana : Yelah, elok juga. Kita kan 1 Malaysia. Raihan : Berapa orang ye yang ambil Pengajian Matematik? Semua : Saya. ( semua pelajar menjawab serentak ) Fuad : Alhamdullillah. Nampaknya kita sekelaslah. Sham : Bolehlah kita belajar sama-sama. Fuad : Cikgu mengajar darjah berapa? Saya mengajar darjah 2 dan 5. Juliana : Saya pula darjah 1, 2 dan 3. Siti : Saya guru matematik darjah 6. Teruk sikit le kerana murid hendak UPSR. Raihan : Tak apalah kak, kerjaya kita ni mulia. Juliana : Ya betul tu. Semoga kita semua dirahmati Allah.

( Di waktu petang, di Luar Dewan Besar. Sessi taklimat berkaitan telahpun selesai ) Juliana : Susah juga PPG ni kan? Siti : Ha'a. Yang kena online 1-class yang tak tahan tu. Sham : Betul tu, saya nie belum tentu dapat mengadap selalu. Fuad : Kita ikut aje tip yang diberi. Raihan : Kita buka 48 jam sekali pun tak apa. Sham : Insya Allah..Lepas ni bolehlah kita berbincang secara maya . Fuad : Insya Allah. Sama-samalah kita berkongsi ilmu. Raihan : Baiklah. Dah lewat ni. Saya kena balik Pahang. Esok mengajar. Sham : Saya pun nak balik terus ke Johor. Raihan : Baiklah. Kalau ada apa-apa jangan lupa hubungi saya. Siti : Akak pun. Akak nie tak berapa pandai internet. Juliana : Telefon pun boleh kak. Siti : Insya Allah..hingga berjumpa lagi. Juliana : Baiklah. Sehingga berjumpa lagi. Raihan : Assalamu'alaikum. Berhati-hati memandu semua. Selamat sampai.

Anda mungkin juga menyukai